Friday, March 30, 2012

Setia Seorang Isteri

BismillahirahmanirRahim..
Assalamualaikum wbt.


Saya suka lagu ni, dari zaman saya masih "single" sehingga sekarang.Tajuknya "Setia Seorang Isteri"..Sesuai tak untuk yang masih PJJ?Lagi syahdu kan?Hehe..Insha Allah, Masih kuat sehingga sekarang, wanita-wanita sekarang adakalanya perlu belajar berdikari juga.Zaman sekarang bukan macam dulu lagi, kedua dua harus bekerja bagi mempertingkatkan ekonomi dan menyumbangkan sedikit sebanyak budi pada keluarga dan masyarakat.Tapi saya masih "tabik spring" buat wanita yang bekerja dari rumah, ataupun sekarang lebih dikenali sebagai SOHO (Small Office Home Office) khususnya perniagaan online..:-)

Semoga saya juga akan ada satu SOHO nanti.Ameen!

Bukan Untukmu  


Pernah tak tengok Drama Bukan Untukmu di TV9? Berkisarkan tentang lafaz talak yang lebih dari 3, isu muhalil ataupun "cina buta" .Saya fikir itu satu drama yang bagus buat generasi sekarang.Ramai yang masih bermain-main tentang matlamat perkahwinan.Perkahwinan bukan sahaja menghalalkan dua ikatan hati, tetapi lebih dari itu, bermatllamatkan kasih SayangNya sehingga ke syurga.Andai ini yang sentiasa ada di dalam jiwa kita, Insha Alllah, Allah swt akan pelihara kita sebaik mungkin.Jangan terlalu ikut emosi.

Kenapa Perkahwinan Orang Dulu-Dulu Lebih Bertahan Lama?

Ramai yang mengatakan sebab perkahwinan dulu-dulu kebanyakannya direstui keluarga, adalah pilihan keluarga, jadi ia melibatkan kedua-dua suami isteri bertanggungjawab  untuk menjaga nama kelaurga masing-masing di samping memellihara perkahwinan masing-masing.

Ada juga yang kata, ketika itu isteri-isteri tidak bekerja, hanya si suami yang bekerja, Jadi penggantungan hidup si isteri tadi hanya pada si suami.Sebab itu setia itu berpanjangan.Andai tiada jodoh itu adalah suratan takdir Ilahi dan tanda ujian uuntuk hambaNya.

Berdikari

Sekarang, wanita lebih banyak berdikari.Tapi bagi saya berdikari itu perlu bertempat, jangan terlalu menguasai tanggungjawab lelaki.Apabila terjadi di mana wanita itu menguasai lelaki, di situ akan akan menjadi isu "queen control" dan sebagainya. Jadi ada perlunya si isteri membiarkan suami melakukan tanggungjawabnya sebaik yang mungkin walaupun adakalanya kita boleh melakukannya sendiri.Jangan tunjuk pandai sangat yerk..:-)

Pasangan Veteran 

Sumber: klik

Ketika menemani ibunda tercinta menjalani pemeriksaan di hospital, saya cukup gemar apabial melihat si suami yang sudah berusia menemani isterinya, ada juga isteri yang menemani suami.Melangkah perlahan-lahan sehingga mereka sampai tempat yang dituju.

Ada juga ketika saya "outstation" dan berhenti di lampu trafik, saya nampak si isteri veteran ini memandu membawa suaminyaPemandangan yang cukup indah bagi saya.Mungkin itulah yang dikatakan setia seorang isteri.

Panjang pula saya mencoret yerk, jika ada perkongsian, kongsikan bersama saya ye..:-)

 
"Saat Allah menemukanmu dalam hidupku
Maka saat itu Dia mahu kau dan aku bersatu
Memikul amanah dan ikatan yang mulia ini
Bukan sahaja untuk kehidupan hari ini
Tetapi sampai alam akhirat yang pasti"



4 comments:

izfanora said...

Subhanallahh. indah rasanya bergelar isteri yer.. skrg nie pun dh mula terasa bila PJJ.. hahaha..

tue r, izfa kn jaga diri lebih nie.. mungkin sbb byk fikir..

ermizamustafa said...

Salam...

Menarik sgt bingkisan ini...Perkahwinan hari ini agak rapuh jika dibandingkan dgn perkahwinan org dulu2, ditambah pula dgn cabaran pd hr ini cukup hebat.Akak sgt bersetuju dgn pendpt yatie,wanita perlu berdikari ttp jgn sampai terlalu menguasai tanggungjwb lelaki...ini juga punca berlakunya keruntuhan dlm perkahwinan.

Hayati A.G said...

izfa:
ehem..ehem..dah PJJ?dgn siapa tu...
jgn lupa jemput tau...:-P

tulah risau dgn izfa..selalu aje tak sihat...jaga diri baik2 yerk..:-)

Hayati A.G said...

kak ermiza:
wslm kak, rindunyer kat akak, teringat zmn belajar dulu...jumpa jugak kita kat blog kan?:-)

sebab itu penting bertolak ansur dlm rumahtangga, jgn jd queen ctrol..

kdg2 prp tak boleh jugak nak jadi "superwoman" kan? bahaya tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...