Friday, March 16, 2012

Normalkah Cemburu Itu?

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


 
Rasa cemburu itu sentiasa ada dalam hati saya.Cemburu melihat mereka yang lebih baik dari saya, mereka yang sering berpeluang menhadiri majlis "usrah", masjid dan majlis-majlis ilmu. Sedangkan saya tidak berkesempatan membuat semua perkara tersebut buat masa ini akibat kekangan tanggungjawab yang ada.

Cemburu juga melihat perwatakan mereka-mereka yang nampak "suci" pada pandangan mata saya.Cemburu melihat kejayaan-kejayaan mereka.Dan cemburu juga bagaimana mereka mengekalkan personaliti begitu.

Pada mulanya saya berfikir, jika cemburu ini ini adalah jenis positif, dan boleh membuatkan saya memperbaiki diri, apa salahnya kan?

Sehingga suatu hari, dalam memikirkan isu " cemburu positif"  ini dalam memberi persaingan dalam diri untuk menjadi yang lebih baik. saya tersentak apabila mendengar salah seorang panel di radio IKIM.(Saya tidak pasti pula siapa yang bercakap ketika itu..huhu)

Katanya lebih kurang begini,

" Jika ada rasa cemburu tatkala melihat kebaikan orang lain, itu tandanya kurang keikhlasan dalam diri kita..."

Ok.Noktah.Mungkin itu jawapan yang saya cari , dalam memperbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik..:-)

Alhamdulilah...Terima kasih atas jawapan itu Ya Rabb...

" Perjuangan itu bukannya sesuatu yang mudah "


7 comments:

izfanora said...

hati kita mati bila tiada rasa. cemburu itu normal, cuma kena tahu positif atau negatif..

mira maisara said...

rasanya tak normal la kalau orang tak de perasaan cemburu kan..haha

NaZRaHKu =) said...

Kenapa ya? Kenapa cemburu dgn kebaikan org tanda kurang ikhlas pula? Apa kaitannya?

Hayati A.G said...

izfa:
cemburu yang negatif itu paling bahaya...boleh membwa rasa dendam di hati:-)

Hayati A.G said...

mira maisara:
hehe mmg tak noramal, tak jgn jadi cemburu buta pulak kan?hehe...

salam kenal mira:-)

Hayati A.G said...

nazrah:
kaitannya..seolah2 mcm kita buat atas dasar cemburu..bukan kerana diri kita dan lillahi taala...

ikhlas pula satu sifat yang sgt telus dr hati kita, tanpa mengharapkan apa-apa2 balasan melainkan keranaNYA:-)

ME said...

salam. mohon link ye. jzkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...