Friday, November 25, 2016

Healing Songs: Way Back Home Betul Betul Menyentuh Hati

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Saya bukanlah peminat Kpop, tetapi lagu ini betul-betul menyentuh jiwa saya. Kata adik saya, kumpulan ini banyak buat lagu "healing". Kalau saya ada di live concert tu , confirm dah saya menangis.hehe.Layankan aja yek


Siapa ada feeling macam lagu ni? :-P

Wednesday, November 23, 2016

Review Penawar Asma :Minyak Herba Asmak

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Bila dah sampai musim tengkujuh ni, mesti hati saya berdebar-debar.Dengan keadaan cuaca hujan lebat begini, boleh menyebabkan anak sulung saya mudah terkena lelah.Saya dan suami memang tak sanggup melihat cara pernafasannya, walaupun tahap asma dia tidaklah seteruk mana sehingga menyebabkan penggunaan inhaler, atau di"neb" , ia sudah cukup meresahkan kami suami isteri.Setakat ini, ada juga kami mendapatkan rawatan "nebulizer" di hospital dan klinik.


((Video))
(*Lima Tanda Awal Penyakit Asma yang perlu diperhatikan-Mencegah lebih baik dari merawat)

Bukan sekadar dengan musim tengkujuh sahaja, jika dalam keadaan musim jerebu, renovasi rumah dan persekitaran rumah yang berdebu dan habuk juga memberi impak kepada kesihatan anak sulung kami.Alhamdulilah, kami bertemu dengan Minyak Herba Asmak , bukan sahaja melegakan asma malah boleh juga menghilangkan selsema pada peringkat awal yang mana boleh membawa kepada demam dan lelah.Kami bersyukur dengan berikhtiar dengan Minyak Herba Asmak, membuat nafas kami rasa lega dalam menjaga kesihatan anak kami.Benarlah kata kata orang, biar hidup susah, janji anak sihat.

Minyak Herba Asmak keluaran MAHM Sdn Bhd
Dengan isian 30ml yang mengandungi minyak zaitun, minyak kelapa dara, habbatus sauda , dan beberapa kali sapuan dengan cara yang betul,  Insya Allah dan Alhamdulilah ia berjaya mengurangkan selsema dan asma anak kami.Hanya dengan sapuan, dari leher ke dada, dari belakang tengkuk ke belakang badan, sapu juga di perut untuk hilangkan kembung.

Saya terus amalkan dan konsisten memakai Minyak Herba Asmak selepas mandikan anak dan sebelum dia tidur.Sebelum ini, setiap kali anak saya bangun tidur, mesti hidungnya berair.Kali ini, tidak lagi, sampai saya minta dia hembuskan hidung dia sekuat hati.Memang tiada hingus lagi.Allahuakbar, syukur sangat bila meliaht dia boleh bernafas tanpa selsema, kalau tak susah hati itu,hanya Tuhan yang tahu..

Apa yang paling penting adalah cara menggunakan/memakai Minyak Herba kerana penggunaan yang betul akan memberi kesan yang lebih efektif dan berkesan.Salah cara pakai, mungkin tidak memberi kesan yang kita harapkan. Saya juga selalu perhatikan ada pengguna menggunakan cara yang tidak betul jadi menyebakan ianya kurang berkesan.Ianya bukan digunakan dengan sekali sapuan, tetapi perlu konsisten dan ianya bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing. Jadi, jom kita tengok cara pemakaian sepertimna yang disarankan oleh Minyak Herba Asmak dan melalui pengalaman saya yang menggunakannya.

Cara Menggunakan dan Memakai Minyak Herba Asmak

Ketika kita menerima Minyak Herba Asmak ni, pastikan ia di di"sealed" dengan salotep hijau tu yang mengelilingi penutup hijau botol Minyak Herba Asmak


1- Buka penutup utama Minyak Herba Asmak, dan ada satu lagi penutup warna putih.Fungsi penutup putih atau "stopper" ini, adalah untuk menghalang untuk berlaku pembaziran, tumpahnya Minyak Herba Asmak.

2- Tebuk lubang kecil pada penutup putih tersebut.Saya hanya gunakan gunting kecil sahaja, pusingkan sahaja mata gunting supaya aliran kuantiti minyak tu boleh keluar mengikut kegunaan kita.Jadi, Minyak Herba Asmak tidak melimpah keluar melebihi kegunaan semasa kita dan lebih menjimatkan dengan saiz tebukan yang sederhana.

3-Goncangkan botol Minyak Herba Asmak  sebelum digunakan supaya minyak itu lebih sekata.

4-Asasnya, sapukan dari leher ke dada dari tengkuk ke belakang,  juga boleh disapu di telapak kaki


Minyak Herba Asmak dah boleh guna, Sedap tau bau herbany
Bagi mereka yang mendapatkan Minyak Herba Asmak juga akan diberikan rundingan cara pakai yang lebih terperinci mengikut masalah yang dihadapi dan biasanya akan dipantau oleh pengedar sah yang mempunyai ID.Malah pelanggan digalakkan berhubung dengan pengedar yang berkenaan sama ada untuk sebarang masalah berkaitan atau berkongsi pengalaman mencuba.

Kelebihan Minyak Herba Asmak

Bagi saya, Bau Minyak Herba Asmak sederhana je baunya.Ada bau herba tetapi sedikit sahaja.Jangan tak tau, minyak ini dihasilkan secara R & D tau, bukan sebarangan minyak. Pihak MHAMSB (Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd) ambil masa yang lama untuk menjalankan R&D Minyak Herba Asmak ini agar ianya selamat, suci dan berkesan lebih cepat untuk semua golongan dari bayi sehinggalah warga emas.

Selain itu, Minyak Herba Asmak juga tidak "overdose" bahan tertentu dan tidak mengandungi bahan aktif yang tinggi yang mana ia lebih mesra kulit.Maka, peratusan alahan pada herba adalah tersangat rendah.Ianya juga lebih cepat menyerap ke dalam kulit dan menyebabkan ia mempunyai keberkesanan yang jauh lebih cepat.

Bila kita membuat sapuan Minyak Herba Asmak, ada rasa berangin dan ianya mengikut piawaian yang ditetapkan.Rasa berangin, memang sesuai dengan bayi dan kanak-kanak.Malah ia boleh dijadikan sebagai minyak telon bayi juga terutama untuk melegakan kembung perut bayi

Minyak Herba Asmak bukan sahaja berkesan untuk asma, semput, lelah, batuk, kahak, selsema, gigitan serangga, luka, terkena api tetapi juga berkesan untuk sakit perut, bengkak, lenguh, buasir, sembelit, senggugut, membantu melancarkan darah, sakit kepala,migrain,resdung,sakit gigi, strok dan ulser.

Perlu diingatkan, Minyak Herba Asmak hanya untuk kegunaan luaran , jadi sapukan ia pada bahagian yang sakit ye.Tetapi jika sakit berlarutan, sila dapatkan rawatan doktor dengan segera.Jangan tangguh jumpa doktor tau.



Pesanan dari  MHAMSB : Pembelian Minyak Herba Asmak
  • Pihak Syarikat MHAMSB memberi jaminan kesucian  dan keselamatan produk kepada pengguna.
  • Pastikan anda mendapatkan minyak dari pengedar sah syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMSB) dan jika anda ragu-ragu,anda boleh meminta ID pengedar dari mereka.
  • Dapatkan minyak ini dari Pengedar  sah yang mempunyai ID  dari syarikat MHAMSB.Ada 1300 orang pengedar di seluruh Malaysia dan menerima ratusan testimoni setiap minggu.
  • Pihak syarikat akan menggunakan hologram meditag yang sah dari KKM sahaja nanti.
  • Buat masa ini,Minyak Herba Asmak tiada hologram. Hati-hati kerana di luar sana ramai yang mengaku menjual Minyak Herba Asmak,tetapi ianya adalah tiruan.Ada perbezaan pada label sama ada yang lama mahupun baru.
Cubalah Minyak Herba Asmak yang original dari syarikat MHAMSB sekarang! Bermula November, beli Minyak Herba Asmak, dapat kotak tabung comel. Eh, boleh buat Tabung Sedeqah Subuh ni.:-)

Masa saya dapat kotak tabung ni, ia masih tidak dilipat lagi.Jadi, tidaklah ada kerosakan seperti kemek kan.Lipat je sendiri, pendek kata DIY.Senang sangat lipat kotak tabung Minyak Herba Asmak tau.Lubang tabung memang sesuai untuk masukkan duit syiling dan duit kertas yang dilipat.


Memang comel sangat kotak tabung sebab ada kartun.Zaman sekarang kita memang banyak berjimat, tabung Minyak Herba Asmak ini macam kempen jom menabung kan?

dah siap tabung Minyak Herba Asmak, beli tabung penuh, bolehlah beli Minyak Herba Asmak lagi ;-

Ha, nak tahu siapa yang teruja nak menabung ni, Aina la, nampak tu siap "pose" dengan tabung MHAM lagi.Kumpul duit banyak-banyak, boleh beli mainan ye,hehe

Aina dengan tabung baru Minyak Herba Asmak :-) Terima kasih sebab bagi tabung.

Saya rasa kempen MHAMSB, iaitu 1 Rumah 1 MHAM memang tepat, sebab minyak ini mempunyai pelbagai guna.Sapu sapu dan sembuh dengan izin Allah...



Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen,boleh ke link di bawah atau hubungi terus  :
Hotline HQ : 019 - 970 8897

Website rasmi syarikat :
http://mham.com.my/ 

Website Minyak Herba Asmak : 
http://penawarasma.com.my

Instagram: mham.sdnbhd
 https://www.instagram.com/mham.sdnbhd/

Fb Page :Penawar Asma Mujarab
FB Page: Minyak Herba Asmak HQ
========================

Semoga perkongsian ini bermanfaat ;-)


Friday, November 18, 2016

Telekung Habeb Sebagai Hantaran


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt



Untuk bakal pengantin yang terbayang-bayang nak gubah macam mana telekung hantaran. Meh nak tunjukkan contoh hantaran salah seorang customer sebelum ini, merangkap sepupu saya.

Lawaaaa and kreatif sangat kan ! Setakat ini memang ramai order telekung untuk hantaran. Untuk hantaran,  disarankan guna TH 1.0 sebab lace ni lebih cantik, ekslusif and sesuai untuk letak dalam dulang hantaran. Toksah gaduh2 nak hias beriya2, add je reben atas tu. Mudah sangat !Suami pun mesti suka bila si isteri pakai telekung yang tidak jarang dan tidak melekap

Antara Kelebihan dan keistimewaan Telekung Habeb

- 1 set berserta kain
- Tidak melekap pada badan
- Meterial jersey yang extra superb
- Lapisan dalam yang extra labuh!
- Ready stock!
------------------------------------------------------------------------------
9 SEBAB ANDA PERLU MEMILIKI TELEKUNG HABEB?
Material : Jersey High Quality.
✔ Renda cotton /Renda organza
✔ Size bukaan muka adalah standard.
Sesuai untuk semua bentuk muka besar atau kecil.
✔ Tidak jarang dan tidak panas
✔ Kain getah
✔ Tali ikat belakang
✔ Jahitan kemas, homemade
✔ Tidak perlu pakai anak tudung
✔ Ira corak dan warna renda telekung mungkin sedikit berbeza dengan gambar .



Antara edisi Telekung Habeb 1.0 RM100 (termasuk caj poslaju). Pilih jangan tak pilih.








Pembelian Telekung Habeb adalah secara preorder.Insya Allah akan siap dalam masa 3-7 hari. Jadi jangan beli last minit,sebab telekung ini juga merupakan jahitan homemade bukan jahitan kilang.

Boleh juga pilih renda organza yang macam ni, hanya nyakan kod yang berkenan di hati, ok?



Pada sesiapa yang bakal mendirikan masjid dalam masa terdekat, boleh whatsapp/telegram 012.309.6875 untuk order okay. Nak pikat mak mertua dengan #telekunghabeb pun boleh juga.;-)

Semoga bermanfaat.

Thursday, November 17, 2016

Telekung Habeb: Set Promosi Ibu dan Anak

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

TH 3.0 RAINBOW the best seller of Telekung Habeb

Wah.telekung Habeb dah ada Set Promosi Ibu & Anak, siap free postage lagi. Kalau Telekung Kanak-Kanak sahaja, excluding postage. Boleh pilih warna pilihan. Yang penting ada dewasa and kanak-kanak, kita kira SET IBU & ANAK.

Saya ulang ye, promosi set ibu dan anak

-FREE POSTAGE
-REBATE potongan harga sehingga RM 10
-Harga asal Telekung kanak-kanak sahaja excluding postage
-Set Ibu dan anak adalah FREE POSTAGE!

TELEKUNG DEWASA
TH 1.0 -RM100
TH2.0/3/0 -RM90

Tambah RM5 untuk telekung berwarna
 HARGA TELEKUNG KANAK-KANAK 

Saiz XS (Labuh Telekung 27 inchi)
-1@2 tahun
-TH 1.0        - RM60
-TH 2.0 /3.0 - RM50

Saiz SS (Labuh Telekung 30 inchi   Labuh Kain 40 inchi)
-3@4 tahun
-TH 1.0        - RM72
-TH 2.0 /3.0 - RM60

Saiz S (Labuh Telekung 33 inchi   Labuh Kain 43 inchi)
-5@6 tahun
-TH 1.0        - RM72
-TH 2.0 /3.0 - RM65
Saiz M (Labuh Telekung 37 inchi   Labuh Kain 45 inchi)
-7@9 tahun
-TH 1.0        - RM75
-TH 2.0 /3.0 - RM67
Saiz L (Labuh Telekung 40 1/2 inchi   Labuh Kain 48 inchi)
-10@12 tahun
-TH 1.0        - RM77
-TH 2.0 /3.0 - RM69
#refer jugak saiz badan, boleh request nak adjust inchi.
Untuk telekung berwarna, hanya perlu tambah RM5. Ini adalah pre order.Pre order biasanya mengambil masa dalam 3-7 hari,

Antara kelebihan Telekung Habeb berbanding Telekung pasaran yang lain ia adalah homemade, jahitannya sangat kemas.

TELEKUNG HABEB EDISI BARU !

- 1 set berserta kain
- Tidak melekap pada badan
- Meterial jersey yang extra superb
- Lapisan dalam yang extra labuh!
- Ready stock!
------------------------------------------------------------------------------
9 SEBAB ANDA PERLU MEMILIKI TELEKUNG HABEB?
Material : Jersey High Quality.
✔ Renda cotton /Renda organza
✔ Size bukaan muka adalah standard.
Sesuai untuk semua bentuk muka besar atau kecil.
✔ Tidak jarang dan tidak panas
✔ Kain getah
✔ Tali ikat belakang
✔ Jahitan kemas, homemade
✔ Tidak perlu pakai anak tudung
✔ Ira corak dan warna renda telekung mungkin sedikit
berbeza dengan gambar .


TH1.0 -RM100 (INCLUDING POSTAGE)


TH2.0 - RM90 (INCLUDING POSTAGE)


TH 3.0 -RM90 ( INCLUDING POSTAGE)


Antara warna yang customer request. Cantik kan?

TH3.0 - PINK

KENAPA COMEL SANGAT NI ??? haa, tergugat tak tengok adik comel ni ? Telekung ni nenek adik ni yang order tau untuk cucu dia. Pandai pilih colour. Padan sangat2!

Untuk makluman, Telekung Habeb memang ada untuk kanak-kanak. Cuma jarang upload or promote sebab kebanyakannya adalah pre-order.Proses Pre order biasanya dalam 3-7 hari bergantung kepada stok yang ada.
TH3.0

Yang ni contoh telekung berwarna dipadankan dengan renda soft pink.Cuma tambah RM5.00 untuk telekung berwarna.



Yang di atas ni, pilihan best seller, TH3.0 Rainbow.Memang cantik dan kemas kan?

TH1.0 , Telekung berwarna

Warna ini pun warna pilihan customer, biru dan renda organza pink.Senyum je dik ye pakai telekung cantik kan, hehe

TH3.0 Brown

Yang ni, Aina, anak sulung saya beria nak pakai telekung dewasa, TH3.0 BROWN.Cantik sangat kan, cuma dengan budak memang besar la saiznya hehe.Aina jadi model je ni hehe..Masa ni saya baru berkenalan dengan Telekung Habeb ni,

Jom kita tengok pulak pilihan renda cotton dan organza yang ada.siapa yang suka mix match warna mesti sukakan.pilih jangan tak pilih.


Untuk TH 2.0/3.0- RM90

TH 1.0 - RM100

So, apa lagi bagi ibu, mama, umi yang suka sedondon dengan anak, bolehlah order ye.Anak anak pun mesti suka bila dah sedondon dengan ibunya kan?

Ada apa-apa soalan dan pada yang berminat boleh whatsapp/telegram saya ye, 012.309.6875

Semoga bermanfaat


Tuesday, November 15, 2016

Harga Baru, Best Seller Telekung Habeb

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt


Jenis -jenis Telekung Habeb
Siapa rindu nak tengok koleksi Telekung Habeb?Jom tengok ye sambil kumpul bajet untuk Telekung Habeb?Pasti tak rugi buat peminat Telekung Habeb, Alhamdulilah, sebab kebanyakan pembeli Telekung Habeb adalah " repeat customer", termasuklah saya sendiri.Terjebak .Jadi kepuasan adalah terjamin dari segi material dan jahitan yang kemas


Untuk makluman, TH dibuat menggunakan *material Jersey* dan terdapat dalam beberapa pattern awning. Ini adalah senarai harga terbaru sekali dengan postage.
 *TH 1.0 - Renda Organza (RM100 FREE postage)*
*TH 2.0 - Renda Cotton (RM90 FREE postage)*
*TH 3.0 - Renda Cotton (RM90 FRRE postage)*
*Jasmine Premium* -*Material : Benang Hitam (RM180 FREE postage)*
*Add RM5 for Sabah & Sarawak

 Untuk testimoni dan gambar, boleh rujuk juga :
*IG : @telekunghabeb     *FB : Telekung Habeb - TH*

Untuk yang berminat nak order, boleh pm saya di whatsapp@ telegram : 012.309.6875

Koleksi TH 1.O

Koleksi TH2.0


Koleksi TH3.0 






Koleksi Telekung Habeb ni memang laku habis, once ada ready stock, berdesup wasap dan telegram nak beli. So, jadi kami dah buka pre order, dalam 5-7 hari baru dapat telekung bergantung kepada keadaan, adakalanya cepat juga.Tapi berbaloi menunggu koleksi Telekung Habeb ni.

Jom kita tengok antara best seller Telekung Habeb

TELEKUNG HABEB 1.0,2.0 & 3.0 Putih

Bagi mereka yang tak berani mencuba warna warni dan menyukai yang lebih selamat, inilah warna renda yang paling selamat untuk mereka, pilih je jenis awning mana yang berkenan.Putih itu tetap menawan juga kan?Biasa mereka yang memilih warna ini untuk persediaan Ramadhan, umrah dan haji.;-)



TELEKUNG HABEB 2.0 - TURQOISE

Customer selalu thumbs up untuk warna ini.TH 2.0 jugak antara yang customer selalu request jugak even jarang up gambar TH 2.0.Yang lainnya untuk TH 2.0 berbanding 1.0 & 3.0, adalah dekat bahagian muka tu. TH 2.0 mukanya bergetah. Jadi, sesuai bagi mereka yang dah biasa pakai awning bergetah. InsyaAllah kita akan sediakan awning yang pelbagai untuk keselesaan semua. 


TELEKUNG HABEB 3.0 - RAINBOW
.
Ini juga antara warna hotselling.Kalau restock mmg tak lama la tahannya sampai kadang kadang memang customer sanggup tunggu untuk stock yang seterusnya.

TELEKUNG HABEB - CUSTOMADE




Edisi yang ini customade atas pilihan customer, boleh pilih warna kain dan jenis renda.Cantik kan?

Suka juga warna customade dark green ni dengan lace organza gold.Tampak lebih ekslusif.Cewah macam ayat majalah la pula

Untuk yang berminat nak order, boleh pm saya di whatsapp@ telegram : 012.309.6875

Ok.Semoga bermanfaat buat sesiapa yang mencari telekung ye.

Thursday, November 10, 2016

Nota: Cuci Hati

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Buat peringatan dan renungan diri.Terdengar ceramah motivasi Dr Fadzilah Kamsah.Jadi nak buat nota di sini.Blog juga jadi mangsa catatan ye.Antara point yang menarik hati saya.


Kalau nak wajah dan hati sentiasa tenang, kita kena cuci hati kita, bersihkan pada setiap hari.

Caranya mudah sahaja;
1. Solat Taubat setiap hari, setiap malam
2.Maafkan semua orang sebelum tidur
-akan dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka
3.Istighfar 100x sehari

Amalan amalan ini  akan membuatkan minda kita akan menjadi positif dan tajam.

Dari segi psikologinya, bila kita maafkan orang, hati kita akan bersih, kepala kita akan tenang, badan dan jiwa akan sihat.Bila hati bersih dan doa kita akan makbul, dan orang sayang dan Allah pun akan sayangkan kita

What goes around will comes around.Sebab itu kita kena selalu maafkan orang sebelum tidur

Selalu doa macam ni sebelum tidur.

"If I still live tomorrow, please make my tomorrow better than today
But if die tomorrow, let me die in khusnul khotimah"

Aamin..Aminn Ya Rabb Alamin.

Tuesday, November 8, 2016

Resipi: Puding Roti Noxxa


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt


Kali ni nak share resipi Puding Roti Noxxa.Dah bertahun dan Noxxa tu dah digunakan, baru kali ni nak update resipi resipinya.Noxxa memang gajet terbaik dalam masak memasak ni.Time gas dah takde, time tetamu datang last minute.Time tengah tak cukup tangan.Memang sekejap je waktu memasak.

Jom Jom tengok resipi kali ini ;

Setengah bungkus roti -dicarik-dicarik dan dilembapkan dengan air masak
(bukan rendam roti yek, hanya lembapkan sahaja, kalau tak puding tu akan jadi lembik)
1 tin susu cair
1 cawan air
2 biji telur ayam
3 sudu gula (kalau nak manis letaklah lebih, yang ini sukatan lemak lemak manis sahaja)
Sedikit garam
1 sudu marjerin
1 sudu tepung jagung
Sedikit bikarbonat
1 sudu esen vanila
Kismis banyak-banyak untuk ditabur

Cara-caranya:
1.Blend susu cair, air, marjerin, gula,garam, telur,tepung jagung, soda bikarbonat, esen vanila
2.Kemudian, gaul rata dengan roti yang sudah dilembapkan tadi,
3. Masukkan ke dalam Noxxa, dan taburkan kismis di atasnya
4. Set steam 15 minit sahaja, kalau lebih, nanti hangus
* Kalau guna pemanggang ajaib  15 minit
* Guna oven 20-30 minit

Bila dah masak,puding roti pun akan nampak naik, jadi biarkan dan sejukkan sampai dia mendap baru keluarkan dari Noxxa ok.

Itu sahaja.Berguna tau, kalau tetamu datang last minute,hehe.Sekejap je dah siap.

Semoga bermanfaat.
.

Monday, November 7, 2016

Update Diari Biru Abah

Assalamualaikum wbt
Bismillahirahmanirahiim

Maafkan akak sebab lambat update diari biru abah di sini. Tahun ni banyak suka duka berlaku atas keluarga kita.Tapi ini semua ujian Allah untuk melatih kami supaya lebih kuat, Insya Allah.

Walimah Basirah & Jihan

Alhamdulilah , pada 5hb February 2016, abah dah dapat menantu lelaki kedua, Jihan,Insya Allah dia akan menjaga Basirah sebaik mungkin.Orang Johor, berdarah jawa, abah kan nak menantu orang Jawa,.Sampai juga hajat abah bermenantukan orang jawa..Jangan marah ye Basirah dan Jihan.Kenduri Basirah juga dilakukan di rumah kami untuk pertama kali.Berdebar rupanya nak menyambut “menantu baru” di rumah baru ni.



Kemudian, anak bongsu abah, Aizuddin telah menamatkan pelajarannya di KIPSAS, Diploma Teknologi Maklumat dengan Anugerah Khas Kecemerlangan Yayasan Pahang.Kalau abah ada, mesti abah senyum tak henti kan.Alhamdulilah kami semua hadir ke majlis konvokesyennya.Sekarang Aizudin baru sahaja melanjutkan pelajaran ke UTEM, bahagian Network Security .Berat juga dengar nama course tu.Okla tu, dia pun memang minat bahagian computer ni.Lega sangat  dia kuat untuk sambung pelajaran setelah bekerja hampir satu tahun bekerja  di Kuantan.



Ketika pendaftaran, Angah dan keluarga je yang menguruskan Zudin.Dah Nampak sangat kewibawaan Angah menjaga kami semua.Mak dan akak tak dapat nak ikut, sebab masih dalam tempoh berpantang.

Hari pertama di UTEM

Sebelum pendaftaran ke UTEM, Zudin ada mengalami kemalangan, pengsan di tempat kejadian, ditahan di wad untuk satu malam.Berjahit juga di mulutnya.Dalam pada masa yang sama, akak juga ada di hospital room in dengan cucu baru Abah yang paling istimewa, Adhwa Zinnirah.Sebulan juga cucu abah berkampung di hospital atas kesihatan yang tidak memberangsangkan.Idah pula tengah berkejar untuk outstation di Iraq.Menantu abah yang hantarkan setelah semalaman selesaikan urusan zudin.Memang masing masing tak cukup tidur, penat .Tak terkata rasanya.

Idah dengan baju kalis peluru
Alhamdulilah, Idah dah selamat pergi dan balik dari Iraq.Bukan senang dapat pergi Iraq sebab Iraq bukan Negara pelancongan.Tetapi yang mempunyai tugasan sahaja yang dibenarkan untuk ke Iraq.Adalah pengalaman memakai baju kalis peluru yang beratnya hampir 10kg. huhu..Kami dapat kurma fresh dari Iraq, memang best rasanya.Idah pun dah ambil talent abah, photographer dan sains.Perhi ke iraq untuk sebarkan sains.Hebat kan, abah? Doakan Idah dapat jodoh yang baik bila tepat waktunya. Aamin Ya Rabb Alamin.

Konvokesyen di USM
Alhamdulillah juga kerana anak manja abah, Halimatun juga telah menamatkan ijazahnya di USM dalam bidang Dietetik. Majlis konvokesyen di Pulau Pinang.Yang hadir dalam dewan menyaksikan penyerahan skrol ialah Idah dan Basirah sebab mak tak larat dah nak jalan jauh, akibat Rheumatid Arthritis dan Osteoarthritis yang di alaminya.Akak pun tak dapat turut serta ke majlis konvokesyen Matun memandangkan cucu abah masih perlu dikuarantin dan pemantauan rapi dalam tempoh setahun.Syahdu juga rasanya, sebab inilah satu satunya konvo adik adik yang akak tak dapat pergi.Tapi kuatkan hati sahaja.Insya Allah, doakan yang baik baik untuk mereka.

Walaubagaimanapun, pada awal tahun ini juga, Tok dan Pak Andak telah meninggalkan kami, meninggal dunia di bawah jagaan Mak Su Ros.Alhamdulilah, berkesempatan menguruskan jenazah Tok. Insya Allah, semoga mereka digolongkan di kalangan orang-orang yang beriman. Tetapi yang paling sedih, bila kami melalui kampung, memang rasa sunyi, rumah di kampung sudah terbiar tanpa jagaan. Insya Allah satu hari nanti kami akan hidupkan semula suasana di situ.

Semoga arwah abah juga bahagia di sana.

Al Fatihah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...