11/8/16

Resipi: Puding Roti Noxxa

BY humble.yat IN 1 comment


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt


Kali ni nak share resipi Puding Roti Noxxa.Dah bertahun dan Noxxa tu dah digunakan, baru kali ni nak update resipi resipinya.Noxxa memang gajet terbaik dalam masak memasak ni.Time gas dah takde, time tetamu datang last minute.Time tengah tak cukup tangan.Memang sekejap je waktu memasak.

Jom Jom tengok resipi kali ini ;

Setengah bungkus roti -dicarik-dicarik dan dilembapkan dengan air masak
(bukan rendam roti yek, hanya lembapkan sahaja, kalau tak puding tu akan jadi lembik)
1 tin susu cair
1 cawan air
2 biji telur ayam
3 sudu gula (kalau nak manis letaklah lebih, yang ini sukatan lemak lemak manis sahaja)
Sedikit garam
1 sudu marjerin
1 sudu tepung jagung
Sedikit bikarbonat
1 sudu esen vanila
Kismis banyak-banyak untuk ditabur

Cara-caranya:
1.Blend susu cair, air, marjerin, gula,garam, telur,tepung jagung, soda bikarbonat, esen vanila
2.Kemudian, gaul rata dengan roti yang sudah dilembapkan tadi,
3. Masukkan ke dalam Noxxa, dan taburkan kismis di atasnya
4. Set steam 15 minit sahaja, kalau lebih, nanti hangus
* Kalau guna pemanggang ajaib  15 minit
* Guna oven 20-30 minit

Bila dah masak,puding roti pun akan nampak naik, jadi biarkan dan sejukkan sampai dia mendap baru keluarkan dari Noxxa ok.

Itu sahaja.Berguna tau, kalau tetamu datang last minute,hehe.Sekejap je dah siap.

Semoga bermanfaat.
.

1 inspirasi naluri :-):

NabilaHasyim said...

Tak berapa nak kena tekak nabilah dengan puding roti ni..
tengok macam sedapp je..
bila try makan, sekali dua je boleh suap..
lepas tu tak nak dah..

Dah lama tak buat..
nanti nak cuba tgok, kot dah tua2 ni, dah boleh makan puding roti, hahaha