Wednesday, September 26, 2012

Rasa Seperti Sedang Berperang!

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulilah..esok sudah hari ke 50 saya menjadi ibu.Lebih kurang 10 hari lagi mahu pergi bekerja.Sakit bersalin pun dah ingat-ingat lupa bila tengok anak sendiri.Cuma kadang-kadang ada juga rasa ngilu.

Adik saya ada juga bertanya, "Akak tak nak tulis ke pengalaman bersalin akak kat blog?"..
Hehe..kalau nak diikutkan memang mahu dikongsi bersama.Mahu versi seorang ibu dan satu lagi versi si ayah agar bila si kecil ini sudah dewasa, dia akan memahami segala perjalanan tentang kelahirannya sehingga bertukar hampir tiga bilik labour room..

Kalau orang tanya bagaimana rasa sakit bersalin.Saya akan katakan, ketika kontraksi paling kuat di labour room pada 20 Ramadhan, umpama pergi berperang di zaman Nabi s.a.w sambil pegang bendera tanpa menyerah kalah di padang pasir yang terik dan panas.Berjuang habis-habisan, walaupun tenaga sudah berkurangan..Tapi saya takkan lupakan saat itu.Dan saya takkan serik.Insha Allah!

Tapi adik-adik saya pula yang trauma tak nak berkahwin bila melihat sakit bersalin yang saya alami.Hehe.Jangan takutlah, nanti sampai masa kamu semua akan lalui saat ini juga..:-)

Rentetan kelahiran Aina Shafiyah, abinya mahu dia menjadi seorang hafizah dan doktor pakar, Insha Allah jika ada rezeki Aina nanti.Melihat suasana ketika di hospital dan kecekapan para doktor cukup membuatkan saya bersyukur.Uminya tak kisah Aina nak jadi apa, yang penting menjadi anak yang solehah.Amin!

Hmm Shafiyah itu maksudnya penawar, penyembuh .Boleh juga dikenali sebagai doktor kot.hehe..Pesakit pertama dia uminya sebab uminya dah slim seperti ketika zaman bujang dulu.Bagi ubat kurus kat umi ye Aina? Terima kasih ye Aina sebab kuruskan umi balik.

..^_____^..


Nota: 
Ingat nak letakkan gambar terkini Aina, tetapi card reader rosak la pulak.Sabar aje la yek.Sayang Aina dan abi.Eh sayang nenek juga.:-P


Thursday, September 20, 2012

Di Manakah Abi?

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Feeling Usrati Jannati, Insha Allah.

Semoga Aina menjadi anak yang mujahidah solehah yang tabah dan berdikari walaupun umi dan abi PJJ.
Agaknya lagu ini sesuai untuk Aina dan Abi.:-)
Dengarkan ye..


Dalam damai teratak sepi, 
Menjelma pertanyaan menyentap hati 
Bermainlah pilu sang isteri 
Membelai pipi permata suci.. 

Ummi, di manakah abi? 
Bergetarlah bibir mencari.. 
Perlukah ku kisahkan apa yang terjadi.. 
Pada si kecil yang ingin mengerti.

Sayang, Abi kekasih ummi 
Pergi mencari cinta ILAHI.. 
Tidurlah sayang Ummi dodoikan 
Bersama dzikir mendamaikan

Bangunmu esok 
Menjadi pejuang 
Mujahid sepanjang zaman!!
InsyaAllah!

Tuesday, September 4, 2012

Syawal Bersama Aina

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sayang korang semua!Muah!

Salam Syawal dari keluarga saya..gambar raya saya, zauji dan Aina tidak dapat dirakamkan pada tahun ini atas kesihatan yang tidak mengizinkan, tak larat nak posing lebih-lebih.:-P.Takpe Raya Haji nanti ingat nak ambil gambar puas-puas.:-)

Walau apa pun, mereka-mereka yang di atas banyak membantu saya ketika dalam tempoh berpantang.Terima kasih mak, kerana membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang, sehinggakan kakak yang berpantang, mereka pula yang teruja untuk menjaga .Mood Terharu.Memang layanan First Class!

Cemburu sebab diri sendiri tiada kat sini :-(

Syawal tahun ini bermakna bagi saya dan zauji, kerana dengan izinNya kami bergelar abi dan ummi dengan kehadiran Aina Syafiyah.Bermakna juga buat keluarga saya yang pertama kali ada anak saudara.Pakcik makcik yang kat atas ini sudah mula ada konflik identiti sekejap bila tak tahu nak gelarkan diri sebagai apa.Kadang-kadang terbabas juga membahasakan diri mereka sebagai abang dan kakak.Wah Mudanya pakcik makcik Aina yek..hehe.Nenek pun macam tu juga, tersilap memanggil dirinya sebagai mak..hehe..

Aina, Penawar hati kami :-)

Syawal tahun ini berbeza juga, kerana saya balik ke rumah mertua sekejap pada petang raya.Dan ketika pagi raya, saya dan Aina sahaja yang berada di rumah hanya mampu mendengar takbir raya.Khutbah raya dari Aki Aina.Tapi yang paling seronok, orang yang pertama balik rumah selepas sembahyang raya adalah abi Aina!Sejuk rasa hati..:-)

Pagi itu saya bersarapan bukan dengan sarapan rendang, lemang dan nasi impit.Tapi hanya biskut cicah air milo.Saya sendiri pun tak sanggup nak tengok menu atas meja dan lihat air yang berais.Huhu.Buat-buat pejamkan mata je.

Tapi saya tak kisah sebab sebelum bersalinkan Aina, saya dah makan menu raya dan isytihar raya sendiri, dengan nasi impit kuah kacang mak, rendang mak mertua.hehe..Takde lah kempunan sangat..:-P

Ok.Sekadar mengucapkan Selamat Berpuasa Enam semua dna Selamat Hari Raya!
Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga.

Nota:
Geli hati tengok perangai Aina bila kata nak ambil gambar dia dan senyum untuk abi, dia bulatkan matanya dan senyum sikit, dan MMS kat abi nun jauh di mata tapi dekat di hati..:-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...