Thursday, February 28, 2013

Dakwah Itu Cinta

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


 Dakwah Itu Satu Cinta.

Saya berani katakan begitu rentetan peristiwa Isnin lalu dalam mengendalikan kes bicara pesaka.Terkesima saya mendengar kata-kata pegawai bertugas kepada anakguam saya.

"Dah berapa lama makcik makan harta anak yatim ni?"
"Bila nak bayar balik hasil dari anak yatim ni kepada waris yang hak?Atau hanya tunggu kematian?Tunggu malaikat?Tunggu Tuhan?"

Luruh jantung saya mendengarnya.
Dengusnya juga agak kasar.Kurang toleransi.Tak ada adab dari seorang yang muda kepada yang tua.Saya juga memahami konsep harta dalam islam.Sanggup berjaga malam untuk memahami konsep tersebut, ikhlas untuk membantu mereka yang diperlukan.Saya juga mahu dakwah dalam kerjaya saya sebab itu saya mahu selesaikan kes tersebut dari terus terbengkalai.

Ok.Noktah.Cukup sampai di situ.
Terpulang kepada kita untuk mengambil pengajaran di situ.
Semuanya tentang adab.
Wallahualam.



Dakwah Itu Satu Cinta kerana dalam menyampaikan pesanan amar makruf, kita perlu ikhlas, ada kasih sayang, mahu berkongsi kasih sayang dari Allah bersama-sama.Perlu dengan akhlak yang baik. Mahu memburu pahala itu bersama-sama.Usahlah mengurangkan pahala lagi berdakwah dengan cara yang agak keras.Itu lebih lagi akan melukakan hati-hati yang ada.

Keras dan tegas adalah perkara yang berbeza."Keras" dalam interpretasi saya, melambangkan keegoan, sombong dalam ilmu.Tetapi "tegas" tidak ada sifat kesombongan dan seumpamanya.

Ya, kita semua mahu menegakkan syiar Islam.Mahu jadi setegas Saidina Umar Al Khatab, tetapi biar pada tempat,masa dan situasinya.Ada keperluan untuk menjadi matang dalam setiap situasi.

Jadilah ular yang menyusur di bawah akar.Merendahkan diri tetapi masih berbisa.

Jadilah rumput yang tetap utuh walaupun ditiup ribut.Lembut dan berpaksi teguh di situ.

"Saya meminta CINTA, dan Allah memberi saya orang-orang yang bermasalah untuk dibantu"
-Salahudin Al Ayubi



Tuesday, February 26, 2013

Productive Muslim: Sleep Routine

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

-kredit to productive muslim-

Semoga tidur kita juga menjadi poduktif.Indahnya Islam.Bila tidur pun dapat pahala.:-)

Wednesday, February 20, 2013

Silibus Pertama Aina :-)

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Aina Syafiyah dan Islamic Softbook Hijaiyah Alphabet.Terharu Umi, bila bagi pada Aina Islamic Softbook ni, dia boleh menjerit macam teruja sangat dengan softbook tu.Macam si gadis dapat handbag baru dari kekasih hati.Eceh..Tak habis-habis dia membelek-belek softbook.

Jadi, ini antara modul silibus pertama Umi untuk Aina.Hari-hari kita baca kan?Kalau dah mula baca softbook, umi atau abi dia bersuara, Aina sibuk berbunyi, konon-konon membaca bersama kami.

Modul ke-2, memperdengarkan bacaan 30 surah lazim menggunakan MP3 dan Speaker Pillow ketika Aina tidur, baring-baring.Tujuannya supaya Aina dapat membiasakan diri dengan bacaan tersebut.Dan Uminya boleh mengulangkaji surah-surah tu,mana-mana yang panjang yang masih belum hafal kan.Sambil menyelam minum air.:-) (gambar kaedah mp3 and speaker pillow nanti saya kana upload kemudian yer..maaf atas kesulitan)


Modul ke-3, mestilah lagu Alif Ba Ta dari You Tube. Kalau bernasyid lagu ni pada Aina Syafiyah yang tengah menangis, dia boleh senyap sekejap. Hehe..Abi dia pun semangat bernasyid lagu ni.Insha Allah, kita sama-sama berusaha untuk kenalkan huruf hijaiyah kepada Aina  sebelum silibus moden yang berikutnya.
 
Sekarang, silibus kedua baru bermula. Ada keizinan, saya kongsikan ye.Tetapi silibus pertama tetap diteruskan.:-)

Asmaul-Husna

Asmaul Husna [kredit]
Teringat waktu Aina Syafiyah di dalam kandungan, tak sempat memperdengarkan secara khusus bacaan Al Quran, cuma Asma Al Husna sahaja sempat didengari melalui MP3 adik (sebab MP3 saya hilang ketika itu!).Nak guna handset, tahap radiasi tinggi ,zauji kata tak elok untuk baby.

Kesannya: 
Dalam umur Aina dua bulan lebih, bila Mak De bernasyid lagu Asmaul Husna, dia merenung tepat ke mata Mak De nya, seolah-olah pernah mendengarnya, dan menjerit "Haaaaaa!" sambil menuding jarinya ke Mak De. 

Saya, emak pun terkejut dengan respon Aina Syafiyah dengan Asmaul Husna. Nenek Aina kata, "Mungkin Aina ni macam pernah dengar Asmaul Husna, tapi tak tahu dari mana, sebab tu dia buat muka macam tu tadi..

Alhamdulilah, usaha saya hanya secebis, mungkin tak sampai secebis pun, tapi ada hasilnya dengan izin kasih sayangNYA.Syukur sangat!Sekurang-kurangnya dia mengenal nama-nama Allah s.w.t terlebih dahulu.

Oh ketika dalam pantang pun, saya memperdengarkannya juga bacaan Al Quran (guna radio emak, masuk pendrive aje), Asmaul Husna dan zikir-zikir, tetapi hanya secara random sahaja, tidak mengkhususkannya.

Selawat Syifa 

[kredit]
Nama Aina Syafiyah juga adalah kesinambungan dari selawat syifa.---Syifa---> Syafiyah---> iaitu Penawar. Semasa Aina Syafiyah kena jaundis susu ibu, saya tidak putus-putus membaca selawat Syifa ketika menyusukannya, sambil dodoi Aina tidur pun, saya selang selikan zikir-zikir dan selawat syifa.Nenek  dan Mak De Aina pun selalu dodoikan dengan lagu selawat Syifa ni.

Kesannya: 
Biasanya Aina hanya akan dengar selawat Syifa dari kami, dan tiba-tiba suatu hari tu, TV mana entah yang menyiarkan lagu dan video klip Selawat Syifa, dia senyap dan menoleh ke arah TV, bersungguh mendengar lagu-lagu tu.Oh mesti rasa pelik, sebab suara yang beransyid tu, bukan suara Uminya, neneknya atau Makdenya kan?:-)

Alhamdulilah.Doakan kami sekeluarga berjaya menerapkan persekitaran yang baik buat Aina ye.Sama-sama kita usaha.

Nota Naluri:
Sekarang tengah cuba habiskan blog ni,Cinta Rasul.Menarik sangat.Kagum dengan cara dia mendidik kedua-dua anak lelakinya sampai boleh tolong memasak.Siapa kata anak lelaki tak payah masuk ke dapur kan?


Thursday, February 14, 2013

Punch Card On Time!

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

[kredit]

"Alamak, dah 7.30 pagi dah, 7.45 nanti nak kena gerak dah, nak isi minyak lagi, hantar adik, redah jam, cari parking.."

"Eh, lupa pula handset tengah caj bawah katil.."

Mak , " Nanti tolong buang sampah kat depan yek.."

"Mak, mak, susu Aina dalam peti, nanti habiskan semua ye.."

"Idah, Idah, bukakan pintu pagar kat depan siap-siap, akak nak hidupkan enjin kereta dulu.."

Drama waktu pagi, huru hara, kelam kabut.Itulah senario pagi saya.Hehe.

Rutin berubah lagi, bila pejabat memulakan sistem punch card secara manual, sebelum ini hanya pakai scan-card aje.Mudah untuk pemantauan pihak majikan kerana yang ada bukti fizikal kehadiran berbanding sistem kehadiran berkomputer yang kadangkalanya hanged!.Terkejar-kejar saya memandu ke tempat kerja. Mahu cari parking , bukan suatu yang mudah juga. 

Tetapi , pagi tadi, terngiang-ngiang pesanan adik saya, Angah dua minggu lepas, ketika terkejar-kejar dengan temujanji emak di hospital, servis kereta adik dan ambil kereta saya di bengkel selepas membuat pemeriksaan kali kedua selepas kemalangan sebelum ini.Saya ambil cuti separuh hari sahaja pada hari tersebut untuk menyelesaikan urusan-urusan tersebut.

Katanya; "Jangan fikir apa orang kata, yang penting nilai kita di sisi Allah swt.Masuk pejabat, buat kerja betul-betul kerana Allah swt.."

Saya berfikir sambil terus memandu dari Yayasan Pahang (setelah menghantar adik ke tempat kerjanya) menuju ke tempat kerja saya Putra Square Kuantan.Hari ni pula hujan yang tidak kurang lebatnya, tidak pula renyai-renyai.

Saya reda jika punch card saya merah, biar lambat asal selamat, nilaian Allah swt terhadap hambaNya ini lagi penting.Jam menunjukkan 8.15 pagi, lebih kurang 15 minit lagi.Terus memandu dengan hati-hati tanpa mempedulikan berapa minit lagi harus sampai ke pejabat.Apa orang nak kata, saya mahu biarkan sahaja.Redha!

Allahu Akbar!Brek mengejut secara tiba-tiba!

Di hadapan saya ada motor tergolek lebih kurang jarak dua buah kereta di hadapan saya.Andai saya laju tadi, pasti motor itu turut terseret dengan kereta saya, kereta-kereta di belakang pasti terhimpit.Alhamdulilah, penunggang motosikal tadi, dapat bangun dari jalan raya, seorang pejalan kaki menolongnya membawa motor ke tepi jalan.Saya hanya mampu berhenti memberi lampu isyarat kecemasan sebagai tanda isyarat untuk kereta-kereta di belakang saya.

Ya Allah!pagi ini saya ada "lesson learn!". 
Tentang betapa besar nilai kasih sayangNya terhadap hambaNya.
Kadang-kadang tak perlu punch card on time.Tidak perlu terkejar-kejar hal dunia.
Perlu redha dan lakukan yang terbaik tetapi ada ketelitiannya.

Dan walau apapun yang berlaku, saya punch card 08.24 pagi.Awal dari yang dijangkakan.Alhamdulilah! Dipermudahkan segalanya..:-)

"Bila segala perancangan kita tak menjadi seperti yang diharapkan, SENYUMLAH dan INGATLAH, manusia merancang dengan CITA-CITA, tetapi ALLAH merancang dengan CINTA.."

Friday, February 8, 2013

It's Jumaat, Aina 6 months!

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.
[credit]

Alhamdulilah, di hari Jumaat yang penuh barakah, Aina sudah enam bulan, 1/4 perjalanan penyusuan ibu. Masih ada 3/4 perjalanannya lagi, kata zauji. Dan akan bermula perjalanan "solid food".Jadi kami memutuskan untuk memulakan makanan sunnah dahulu, iaitu kurma, untuk dijamah sebelum memulakan makanan yang lain.

Dan bila dengar lagu "Its Jumaat" oleh Raef di IKIM.FM, terasa macam hari raya pula.Apatah lagi zauji berpakaian kemas berbaju melayu  untuk jadi Moderator Forum Maulud Nabi s.a.w di tempat kerjanya pada hari ini.Teringat  masa zauji buat rehearsal semalam, memang best la.:-)

Ok mari kita semarakkan perkara-perkara sunat pada hari Jumaat.Semoga kita bertambah semangat untuk bertemu Jumaat yang akan datang.

Lagu pilihan saya sebagai motivasi Hari Jumaat, Its Jumuah oleh Raef..:-)


5AM Waking up for Fajr
Got to make Wudu, got to pray my Sunnah
Got to make Ghusl, got to clip my nails
Looking outside, the sun is rising up in the sky
Everybody's rushing
Got to get down to the masjid
Got to say "Salam!" to the Imam

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up... Do what the prophet did!

It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Miswaking!, Miswaking!
Pray, Pray , Pray, Pray
Got to read Surat Al-Kahf
  the Imam's on the minbar, talking about something like "Fiqh Az-Zakat"
They're whispering, chatting from the crowd, don't they know that it's haram
I stand up, you stand up, prayer's about to start "Qad, Qaamat es-Salaah"
Foot to foot! shoulder to shoulder! Just don't step on me!

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up... Do what the prophet did!

It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to his mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Miswaking!, Miswaking!
Pray , Pray, Pray , Pray
Got to read Surat Al-Kahf

It's Jumuah Jumuah
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy

Salam Jumaat semua..:-)



Wednesday, February 6, 2013

Masalah Feeder Blog Melanda lah Pulak

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Bila berada di dunia blog, masalah blog akan ada juga.Hari tu ada masalah iklan merepek kat sidebar kiri. Cuba tukar template baru and reset balik.Kalau kawan-kawan ada yang buka blog tak jumpa blog ni, maknanya saya tengah privatekan untuk repair dulu mana yang tak kena.

Tadi pula , masalah blog feed pula melanda, tengah mencari jalan penyelesaian.Seolah-olah blog ni tak pernah dikemaskini pula. Adess..

Rasanya, kena buat segala backup entri dalam blog ni.Sayangnya kalau hilang huhu..Tssk.
Bertahun tu..

 

Tuesday, February 5, 2013

Idea: "Baby Bib"

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Memang nampak ekslusif!suka!
Saya mengimpikan "baby bib" yang ekslusif or buatan tangan.Semuanya untuk Aina, sempena enam bulan Jumaat ini, Insha Allah. Mungkin masih sempat buat lagi, setakat ini baru ada dua "baby bib", rasa tamak nak beli lagi bib comel-comel, tapi...nasib baik ibunda tercinta tahan dulu, katanya " kat rumah ada banyak kain reja, buat sendiri pun boleh, bukannya susah pun.."...Betul juga tu, sambil menduga kekreatifan diri sendiri.:-P

Jom cuci mata tengok bib comel-comel...

Comelnya mata-mata tu!
seni quilt dalam baby bib!

corak huruf pun comel jugak..:-)


Ruffle Bib pulak..:-)sweet!

Cerianya!

belum makan pun dah tersenyum hehe..

Ok saja nak cuci mata tengok gambar comel sekali sekala.huhu..

Segala gambar-gambar credit to google.:-)
 
Nota Naluri:
Tengah pilih menu untuk Aina Syafiyah, agaknya-agaknya sangai je beras nanti jadikan bubur, kata anak Malaysia kan:-P



Mati Akal Nak Buang Iklan Di Blog

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Macam mana nak remove iklan yang bukan bukan kat dalam blog ni.
Mati akal!Sakit mata juga nak menengoknya.

Tolong!

Friday, February 1, 2013

Hakim Syarie Wanita

BismillahirahmanirRahim
Assalamualaikum wbt.




Tahniah buat hakim wanita syarie yang baru dilantik, Puan Norhidayah Mat Darus dan Puan Sarah Fawzia Ahmad Fuzi.

"Adakah wanita boleh menjadi hakim" adalah di antara soalan temuduga sebagai pegawai syariah beberapa tahun lalu sebelum hakim wanita syarie pertama dilantik.Soalan kontroversi pada ketika itu.Mungkin bukan rezeki saya pada itu walaupun telah disenaraipendek.Saya percaya ada amanat lain menanti saya di luar sana walaupun bukan dengan jawatan tersebut

Pendapat saya, wanita boleh menjadi hakim syariah dalam kes-kes tertentu yang melibatkan hal ehwal wanita dan kes yang diadili oleh mereka haruslah tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, maklumlah, perempuan ini setinggi mana jawatannya sekali pun ,masih ada sensivitinya, masih ada kelembutannya.Tetapi dengan kelembutan itulah ,wanita merupakan pakar memahami masalah luar dan dalaman wanita.Insya Allah.

Tetapi, jawapan yang menarik perhatian saya adalah dari Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Panel Kajian Syariah yang ke-53 iaitu;

"Wanita harus menjadi hakim dalam bidangkuasa tertentu kecuali dalam bidang hudud & qisas.Ini berdasarkan perubahan-perubahan hidup seperti taraf pendidikan yang melayakkan mereka menjadi hakim" 


Sebenarnya hujah-hujah mengenai isu pelantikan ini ada bermacam-macam sumber, tapi antara yang menarik untuk saya kongsikan tentang realiti semasa iaitu seperti berikut;
  • Undang-undang Syariah di Malaysia tidak melibatkan hudud dan qisas tetapi lebih kepada undang-undang diri dan hukuman ta’zir. 
  • Masa kini, ulama dan hakim lebih kepada mentarjihkan pandangan para fuqaha dan tidak sepenuhnya memerlukan ijtihad yang berat
  • Klien yang berurusan di Mahkamah Syariah majoritinya wanita.
  • Sistem di Mahkamah Syariah tidak membahayakan hakim sekalipun hakim itu seorang wanita 
  • Selain klien wanita, Peguam Syarie, Pendakwa Syarie malah Penguatkuasa Agama juga terdiri  dari kalangan wanita yang hadir ke Mahkamah
  • Dalam konteks maslahah di Malaysia, mengambil pendapat muktabar lain selain dari Mazhab Syafi’i bukanlah suatu kesalahan
  • Peningkatan graduan wanita dan bilangan wanita bekerja meningkat saban tahun. Perlantikan Hakim Syarie wanita membuka peluang baru kepada graduan yang mempunyai kelayakan. 

3) Hukum Pelantikan Hakim Syarie Wanita  
4) Transformasi Undang-Undang Syarie Negara 

Jadi, wahai sahabat yang bergelar jangan gentar untuk belajar tinggi-tinggi, jangan gentar untuk bersuara bila ada hak, tapi yang penting jangan dipengaruhi emosi, buang tisu dan sapu tangan ke tepi bilamengendalikan kes syariah kerana ianya penuh dengan peperangan emosi dan masa :-) (Believe me!) 

Nota Naluri: 
Tiba-tiba rasa nak cek nota-nota lama mengenai isu hakim wanita ni, mana tahu boleh jadi proposal paper untuk incoming Master? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...