Friday, February 1, 2013

Hakim Syarie Wanita

BismillahirahmanirRahim
Assalamualaikum wbt.




Tahniah buat hakim wanita syarie yang baru dilantik, Puan Norhidayah Mat Darus dan Puan Sarah Fawzia Ahmad Fuzi.

"Adakah wanita boleh menjadi hakim" adalah di antara soalan temuduga sebagai pegawai syariah beberapa tahun lalu sebelum hakim wanita syarie pertama dilantik.Soalan kontroversi pada ketika itu.Mungkin bukan rezeki saya pada itu walaupun telah disenaraipendek.Saya percaya ada amanat lain menanti saya di luar sana walaupun bukan dengan jawatan tersebut

Pendapat saya, wanita boleh menjadi hakim syariah dalam kes-kes tertentu yang melibatkan hal ehwal wanita dan kes yang diadili oleh mereka haruslah tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, maklumlah, perempuan ini setinggi mana jawatannya sekali pun ,masih ada sensivitinya, masih ada kelembutannya.Tetapi dengan kelembutan itulah ,wanita merupakan pakar memahami masalah luar dan dalaman wanita.Insya Allah.

Tetapi, jawapan yang menarik perhatian saya adalah dari Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Panel Kajian Syariah yang ke-53 iaitu;

"Wanita harus menjadi hakim dalam bidangkuasa tertentu kecuali dalam bidang hudud & qisas.Ini berdasarkan perubahan-perubahan hidup seperti taraf pendidikan yang melayakkan mereka menjadi hakim" 


Sebenarnya hujah-hujah mengenai isu pelantikan ini ada bermacam-macam sumber, tapi antara yang menarik untuk saya kongsikan tentang realiti semasa iaitu seperti berikut;
  • Undang-undang Syariah di Malaysia tidak melibatkan hudud dan qisas tetapi lebih kepada undang-undang diri dan hukuman ta’zir. 
  • Masa kini, ulama dan hakim lebih kepada mentarjihkan pandangan para fuqaha dan tidak sepenuhnya memerlukan ijtihad yang berat
  • Klien yang berurusan di Mahkamah Syariah majoritinya wanita.
  • Sistem di Mahkamah Syariah tidak membahayakan hakim sekalipun hakim itu seorang wanita 
  • Selain klien wanita, Peguam Syarie, Pendakwa Syarie malah Penguatkuasa Agama juga terdiri  dari kalangan wanita yang hadir ke Mahkamah
  • Dalam konteks maslahah di Malaysia, mengambil pendapat muktabar lain selain dari Mazhab Syafi’i bukanlah suatu kesalahan
  • Peningkatan graduan wanita dan bilangan wanita bekerja meningkat saban tahun. Perlantikan Hakim Syarie wanita membuka peluang baru kepada graduan yang mempunyai kelayakan. 

3) Hukum Pelantikan Hakim Syarie Wanita  
4) Transformasi Undang-Undang Syarie Negara 

Jadi, wahai sahabat yang bergelar jangan gentar untuk belajar tinggi-tinggi, jangan gentar untuk bersuara bila ada hak, tapi yang penting jangan dipengaruhi emosi, buang tisu dan sapu tangan ke tepi bilamengendalikan kes syariah kerana ianya penuh dengan peperangan emosi dan masa :-) (Believe me!) 

Nota Naluri: 
Tiba-tiba rasa nak cek nota-nota lama mengenai isu hakim wanita ni, mana tahu boleh jadi proposal paper untuk incoming Master? hehe

1 comment:

Harith Iskandar said...

Tahniah buat semua wanita terutama sekali yg baru dilantik tu.. :)

teruskan perjuangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...