Thursday, February 14, 2013

Punch Card On Time!

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

[kredit]

"Alamak, dah 7.30 pagi dah, 7.45 nanti nak kena gerak dah, nak isi minyak lagi, hantar adik, redah jam, cari parking.."

"Eh, lupa pula handset tengah caj bawah katil.."

Mak , " Nanti tolong buang sampah kat depan yek.."

"Mak, mak, susu Aina dalam peti, nanti habiskan semua ye.."

"Idah, Idah, bukakan pintu pagar kat depan siap-siap, akak nak hidupkan enjin kereta dulu.."

Drama waktu pagi, huru hara, kelam kabut.Itulah senario pagi saya.Hehe.

Rutin berubah lagi, bila pejabat memulakan sistem punch card secara manual, sebelum ini hanya pakai scan-card aje.Mudah untuk pemantauan pihak majikan kerana yang ada bukti fizikal kehadiran berbanding sistem kehadiran berkomputer yang kadangkalanya hanged!.Terkejar-kejar saya memandu ke tempat kerja. Mahu cari parking , bukan suatu yang mudah juga. 

Tetapi , pagi tadi, terngiang-ngiang pesanan adik saya, Angah dua minggu lepas, ketika terkejar-kejar dengan temujanji emak di hospital, servis kereta adik dan ambil kereta saya di bengkel selepas membuat pemeriksaan kali kedua selepas kemalangan sebelum ini.Saya ambil cuti separuh hari sahaja pada hari tersebut untuk menyelesaikan urusan-urusan tersebut.

Katanya; "Jangan fikir apa orang kata, yang penting nilai kita di sisi Allah swt.Masuk pejabat, buat kerja betul-betul kerana Allah swt.."

Saya berfikir sambil terus memandu dari Yayasan Pahang (setelah menghantar adik ke tempat kerjanya) menuju ke tempat kerja saya Putra Square Kuantan.Hari ni pula hujan yang tidak kurang lebatnya, tidak pula renyai-renyai.

Saya reda jika punch card saya merah, biar lambat asal selamat, nilaian Allah swt terhadap hambaNya ini lagi penting.Jam menunjukkan 8.15 pagi, lebih kurang 15 minit lagi.Terus memandu dengan hati-hati tanpa mempedulikan berapa minit lagi harus sampai ke pejabat.Apa orang nak kata, saya mahu biarkan sahaja.Redha!

Allahu Akbar!Brek mengejut secara tiba-tiba!

Di hadapan saya ada motor tergolek lebih kurang jarak dua buah kereta di hadapan saya.Andai saya laju tadi, pasti motor itu turut terseret dengan kereta saya, kereta-kereta di belakang pasti terhimpit.Alhamdulilah, penunggang motosikal tadi, dapat bangun dari jalan raya, seorang pejalan kaki menolongnya membawa motor ke tepi jalan.Saya hanya mampu berhenti memberi lampu isyarat kecemasan sebagai tanda isyarat untuk kereta-kereta di belakang saya.

Ya Allah!pagi ini saya ada "lesson learn!". 
Tentang betapa besar nilai kasih sayangNya terhadap hambaNya.
Kadang-kadang tak perlu punch card on time.Tidak perlu terkejar-kejar hal dunia.
Perlu redha dan lakukan yang terbaik tetapi ada ketelitiannya.

Dan walau apapun yang berlaku, saya punch card 08.24 pagi.Awal dari yang dijangkakan.Alhamdulilah! Dipermudahkan segalanya..:-)

"Bila segala perancangan kita tak menjadi seperti yang diharapkan, SENYUMLAH dan INGATLAH, manusia merancang dengan CITA-CITA, tetapi ALLAH merancang dengan CINTA.."

2 comments:

D Yatie said...

:( sedihnya saya dengan kekhilafan saya...

izfanora said...

Allahu akbar.. Allah akan pelihara hamba-Nya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...