4/16/26

Eh 2026 dah?

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Setelah setahun ,dari last entri. nak start dari mana ye.

Terlalu banyak perubahan drastik berlaku.

Blog menyepi kerana ada alternatif Soc Med , Instagram dan TT yang mana lebih mudah dari blogging kan. 

Letak pic, then caption sikit2 then post. Tadaaaa siap untuk kenangan . 

Blog ini pun dah jadi macam throwback kisah hidup sendiri je. Buka je blog ni, tapi tak tahu nak kongsi apa lantaran kesibukan yang ada.Menjenguk blog-blog lain, pun sepi juga dari post.

Alhamdulilah setakat tahun ini, dah masuk tahun ke 17 dalan bidang perundangan. Orang kata berpengalaman dan matang.Ye, memang nampak cool tapi bila datang yang "file" yang banyak isu, debar tu lain macam. Saya pun dah mula mengambil law grad untuk "chambering". sejak 2020.  Alhamdulilah semuanya bagus- bagus dan ada kelebihan masing- masing dan memudahkan kerja saya

Kira "stage" ini hanya nak menurunkan ilmu, melatih mereka menjadi pelapis agar lebih berfikir panjang dalam melakukan sesuatu keputusan, dan buat main redah je.


"follow the law, don't break the law" 





Nak nak kuasa netizen, AI mode mula rancak sekarang. Bergerak laju ke zaman Digital. Umur 40 an banyak perkara yang perlu belajar berkenaan digital ni, Penat tapi perlu untuk bersaing. 

Kesihatan pun rasa tak sama macam dulu. Apa-apa pun tetap bersyukur kerana masih boleh bangun mencari rezeki, masih boleh bersama keluarga, masih boleh membesarkan anak anak di depan mata. Anak sulung pun dah sama tinggi macam uminya. Dah mula hidup berdikari di sekolah berasrama.

Apa-apa sama sama kita kuatkan hati untuk cabaran yang mendatang.

Jaga Lisan , Jaga Hati, Jaga Iman 
Perkara yang paling susah nak kekalkan .

Semoga kita semua dilindungi oleh rahmat Allah sentiasa . Aamin.


0 inspirasi naluri :-):