Friday, June 26, 2015

Umrah :Debaran Berihram (Part 3)

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

***Catatan ini sebagai kenangan dan dijadikan panduan untuk masa akan datang, Semoga bermanfaat!


13/05/2015-Bertolak dari Kuantan-KLIA
 kami naik flight dari Airport Kuantan. Aina takut juga dengar  bunyi enjin flight yang kuat, sambil sebut "Allahu Akbar Allahu akbar!" Memang penumpang depan belakang mencari la siapa empunya suara tu. Setelah dipujuk, Aina tertidur sampai kami tiba di KLIA. Seronok dia mengira berapa kapal terbang yang ada. Malam tu kami ziarah di rumah Pak De saya di Cheras, sebab dia akan menghantar kami ke KLIA keesokannya.

"Saya tolak beg saya je yek"..Aina di KLIA sebelum taklimat

Debaran 14/05/2015- Jemputan Allah ke Mekah
Ya Allah, hati tak hilang lagi berdebar.Dah mula mandi sunat ihram siap siap di rumah, solat sunat musafir dan ihram. Mandikan Aina dan niat mandi sunat ihram untuknya.Sebab flight kami direct ke Mekah dulu, Bergerak dalam jam 4.50 petang. Dianggarkan sampai 8.30 malam waktu Mekah, malam Jumaat.

Perasaan bila waktu solat sunat pada pagi tu, ini adalah antara hari terbesar saya lalui, Kali terakhir perasaan macam tu ketika hari pernikahan kami.Tak dapat nak digambarkan perasaan tu macam mana, seolah olah ada sinar hidup baru yang akan menyusul.Insya Allah

adik beradik yang menghantar kami ke KLIA
Alhamdulilah dah sampai KLIA dengan jayanya dan "on time". Kami berpakaian biasa terlebih dahulu.Selepas Jama' Zuhr dan Asar, barulah  berpakaian ihram. Maklumlah pakaian sunat ihram adalah warna putih, Jadi nak elakkan kekotoran dan sebagainya.Tapi akhirnya kotor juga terkena makanan, dan pampers Aina yang basah (sejuk dalam aircond flight SV agaknya). Perkara biasa bila ada anak kan?

Tips: Jika baju kotor terkena najis, jangan panik. Sebab nanti kita akan singgah hotel dulu, jadi sempatlah untuk membersihkan diri dan menyalin baju baru sebelum menyelesaikan umrah (hakikatnya saya pun panik, cuba juga bawa bertenang huhu sebab pertama kali ke sini kan). Cuma kita amalkan sahaja perkara sunat yang dianjurkan ketika waktu berihram.Insya Allah.

Masa sesi taklimat dan  masuk transit KLIA
Tiba di Airport Jeddah
Kami tiba di  Airport Jeddah jam 8.30 malam.Pemeriksaan Imigresen. Cabaran pertama, mengendalikan Aina waktu nak beratur panjang.Bekalan air masak untuk buat susu pun dah habis, nasib baik bawa bekal air kotak untuk Aina.Maka ia membantu.sebab pemeriksaan imegresen untuk lelaki lama sangat.Rasanya kami siap lebih kurang hampir 11.00 malam di sana. Sementara zauj beratur tu, sempat borak dengan perempuan Turki. Katanya, "Malaysian have lot of struggles to arrive to Mekah  for 8 hours". Fuh!

Tips: kalau boleh solat, solat dulu di kawasan transit terlebih dahulu sementara menunggu.Tapi kalau di luar airport Jeddah ada juga surau sebelum menaiki bas untuk terus ke Mekah. Perjalanan dalam dua jam. Banyakkan talbiah dan istighfar.Sebab kita sampai dalam keadaan yang sangatttt letih dan dalam keadaan berihram.Tapi Ustaz yang masa kursus kata, biar nampak serabai, Kerana yang paling serabai itulah , yang lebih afdhal dan mendapat umrah maqbulah.Insya Allah (Saya memang dah serabai dah waktu ni haha) 

Sebelum bertolak ke Mekah, ada orang jual sim kad  di perhentian bas.Tak ingat berapa SR sebab zauj yang belikan.Jadi sebab no Malaysia mahal ye billnya.Guna no simkad di sana lebih berbaloi.Kalau tak silap, simkad Zain rasanya.Tujuan beli, memudahkan komunikasi antara jemaah dan update aktiviti jemaah  kumpulan. Dan jika kami terpisah, ia boleh memudahkan kami berhubung.

Perjalanan Jeddah ke Mekkah mengambil masa lebih kurang dua jam. Mutawif ajak talbiah sama-sama, tapi kebanyakannya akhirnya dah terlentok hehe disebabkan perjalanan yang jauh. Tahu tahu dah sampai ke Mekkah. dalam jam 2.00 pagi Masya Allah..

Kemudian kami check in ke hotel Malak At-Taqwa, lebih kurang 400 meter ke Masjidilharam. Lokasi berdekatan dengan Safwah Tower. Alhamdulillah, dapat yang agak dekat. Kami berehat dalam satu jam dan menunaikan rukun umrah yang seterusnya pada jam 3 pagi, hari Jumaat. Kota Mekah mulai lebih sesak dan padat dengan jemaah dari seluruh dunia pada hari Jumaat, penghulu segala hari.Syukur kerana dipilih untuk sampai ke Mekah pada hari Jumaat, ketika satu pertiga malam.

Baru sampai di hotel di Mekah, inilah emak saya.Alhamdulilah, cita cita bawa emak ke Mekah dah tercapai..
Tips. Pilih pakej yang direct ke Mekah, sebab itu tujuan utama kita, iaitu umrah.Waktu ihram pun bermula dari Miqat Qarnumanazil, 1 jam sebelum mendarat.  Dua jam perjalanan dari Airport Jeddah ke Mekah. Berbanding perjalanan dari Madinah ke Mekah yang bermiqat di Masjid Birr Ali yang mengambil masa lebih kurang 7-8 jam.

Umrah Wajib
Kami dibawa mutawif kami, Ustaz Reza dalam jam 3 pagi dari hotel ke Masjidilharam. Ustaz bawa bendera Malaysia yang kecil sebagai tanda kumpulan jemaah kami SV14Mei. Kami dingatkan juga, jika kami terpisah (Masjidilharam pada hari Jumaat sangat padat dan sesak) , Ingat jalan Hotel, ingat King Fahd Gate, Jangan jalan seorang diri .Paling kurang jalan berdua.

Sedang kami berjalan, terdengar azan subuh, rupanya itu laungan azan subuh sejam sebelum masuk waktu.Pernah baca di blog-blog tentang Azan Subuh dua kali di Mekah, sejam sebelum masuk waktu. dan azan masuk waktu Subuh. Dalam diam, saya bersyukur , kerana kedatangan kami disambut dengan laungan azan Subuh pertama pada hari Jumaat , penghulu segala hari dari MasjidilHaram, Live dari sana, Biasa dengar di TV sahaja kan.Syahdu sangat.Speechless

From google..sebab memang tak sempat ambil pic:-) Masya Allah, tidak dapat nak gambarkan perasaan tu macam mana..
Terpisah Dengan Mutawif
Kemudian kami cari Mataf (tempat tawaf). sambil mencari cari Kaabah. Masya Allah, pertama kali melihat Kaabah, perasaan tidak terkata.Syukur sangat sangat. Tetapi disebabkan kesesakan ketika nak masuk ke Mataf, kami terpisah dengan Mutawif.Makanya, kami buat keputusan, cari mataf di tingkat 1, dan cari port untuk solat subuh terus, Aina pula tidur sambil berdukung. Suami tawaf dulu untuknya.kemudian baru kami tawaf sekali bersama Aina.

Subuh pertama kami di Mekah
Solat subuh pertama kami di Masjidilharam. Emak ikut jemaah subuh dahulu, sementara saya jaga Aina, tujuan, untuk menjaga ketenangan solat masing-masing.Risau kalau Aina berlari ke sana sini, susah nak cari pula.Semoga kami sentiasa dilindungi Allah.

Kepentingan menjaga ibadah orang tua dan pasangan masing-masing adalah sangat penting.Pada mulanya saya juga agak terkilan sebab tak dapat nak solat jemaah lima waktu berderet-deret, tetapi emak saya mengingatkan, mengutamakan dan memuliakan ibu dan suami juga adalah satu ibadah.Insya Allah ada ganjarannya.

Saya ada baca satu artikel dalam panduan umrah dan ziarah, menjaga kekusyukan dan ketenangan jemaah lain ketika solat berjemaah adalah lebih baik dari membiarkan anak-anak kecil berkeliaran tana pengawasan ibu bapa dan menangis.Maklumlah di sana , memang ramai anak kecil menangis ketika ibu ayah mereka bersolat jemaah.Apa-apa pun terpulang pada masing masing. Bagi saya, jika ke sana membawa anak kecil, kita perlu bertolak ansur dalam menjaga kepentingan ibadah masing-masing, contohnya bergilir-gilir jemaah solat Fardhu dan alternatif banyakkan solat sunat, berzikir dan perkara-perkara sunat di sana.Ganjaran bagi perkara yang baik di Mekah bukankah sangat besar?

Tawaf
Sebelum mula tawaf, kami tukar dulu pampers Aina, ada tong sampah disediakan. Kemudian kami mulakan tawaf bermula dari penjuru Hajarul Aswad . Mula mendukung Aina, kalau lenguh, kami ketepi dan berehat sekejap.Sambil tawaf, saya amalkan baca tasbih Fatimah, untuk kuatkan hati dan hilangkan letih, sebab dukung Aina.tak sangka betul boleh dukung Aina dan bertahan lama,Kata zauj, umi dah jadi kuat,sebab boleh dukung Aina masa buat umrah. Saei macam Siti Hajar dan anaknya.Terharu rasanya dapat penghargaan macam tu. kesannya, sekarang saya tak kisah dah dukung Aina lama -lama.Aina pun dah ada taktik sendiri untuk meringankan badan dia bila hendak didukung.

Alhamdulilah, masa tawaf, Aina dah terjaga masa kami salin pampers dia sebelum tawaf. Adakalanya dia berjalan bersama kami di mataf, kalau penat baru berdukung.Sambil tawaf tu, ada sahaja jemaah luar yang mengusap kepala, bagi makanan pada Aina. Penat memang penat hehe.Sebab ianya ibadah fizikal kan? Air mata pun murah je kat sana kan?Habis tawaf , memang bercawan cawan minum air zam zam,

tong air zam zam.Ada yang sejuk, ada yang biasa..pilih je yang mana sejuk di tekak
** Air zam zam ni  bersifat kenyang, jadi minum banyak-banyak sampai sendawa (tanda kenyang). Biasa saya minum 4-5 cawan, baru sendawa. Tapi serius memang tak rasa lapar. Kami pun tak bawa bekalan apa-apa ke Masjidilharam. Air zam zam itu sahaja yang masuk ke tekak kami.Minum air zam-zam mengadap Kaabah dan baca doa dan niat yang baik baik

Saie
Lampu hijau di kawsan saie.Sunat berlari-lari anak
Kemudian kami cari tempat Saie, Alhamdulilah dimudahkan untuk kami ke sana walaupun tanpa mutawif. Yang ni, umi nak ucap tahniah untuk Aina, sebab Aina semangat nak buat saie sendiri. Bila sampai ke puncak bukit Safa dan Marwah baru dukung, sebab di situ sangat sesak ye.Jemaah mulai penuh.Ada juga kami berhenti minum air zam zam bagi melepaskan lelah. Susu aina bancuh guna air zam zam je.Takde dah air panas.Alhamdulilah Aina tak cerewet.Sampai Malaysia pun tak nak dah minum susu panas.Nak susu sejuk je.Habis tujuh pusingan, kami duduk, tahu tahu Aina tertidur di riba saya.Allahuakbar. Aina ni memang kuat orangnya yek

Dapat duduk lepas saie. terus Aina tidur .Penat sangat buat saie sendiri..:-P
Alhamdulilah, kami siap dalam 9.15 pagi Jumaat. Kami dapat maklum dari Ustaz Reza, jemaah kami siap dalam 8.45 pagi.terkejut juga kami, waktu selesai pun lebih kurang je. dari Bergunting di hotel, kemudian bertahalul.maka selesailah umrah wajib kami. Selera makan di Mekah pula memang menjadi-jadi walaupun masakan Indonesia sebab penat dan banyak guna aktiviti fizikal.

Alhamdulilah , selesai umrah pertama abi, umi, Aina dan emak walaupun dalam keadaan yang sangat penat dan letih,keadaan Masjidil Haram yang sesak pada hari Jumaat. Balik hotel..terus rehat..:-)

Habis Umrah , kita makan soft icecream mekah, ambil yang besar punya SR 4  sahaja ;-)
Misi selepas ini, fokus umrah sunat, solat berjemaah, bacakan doa dari kenalan, ziarah luar dan mencari lokasi sejarah dan tempat doa mustajab. Insya Allah, next entri yek

Umrah: Persiapan (Part 2)

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

***Catatan ini sebagai kenangan dan dijadikan panduan untuk masa akan datang, Semoga bermanfaat!

Rancang perjalanan
Bila dah tahu Mufa No diluluskan, kami berdebar pula menunggu visa diluluskan.Biasalah quota visa terhad kan semenjak renovasi di Makkah.Kami merancang mahu menaiki flight dari Kuantan ke KLIA.Ingat nak tempah awal -awal, boleh dapat harga promosi kan.kalau last minit ni, harga tiket mahal sikit.Tetapi pihak pengurusan Andalusia menasihatkan tunggu sehingga pengesahan Visa diluluskan. Nasib baik pejabat Andalusia ni sebaris dengan pejabat saya.Senang nak follow up apa-apa kan?:-)

Tips: Tunggu Visa lulus baru tempah tiket flight ke KLIA (jika berkenaan)

Aina pun baca buku umrah sebagai persediaan ;-P
Cheklist Umrah dan Ziarah (Panduan untuk next trip sekali, Insya Allah)

 Untuk saya;
- Telekung 2 helai (tanpa kain)
- Jubah Nursing (3 helai termasuk yang pakai waktu bertolak, yang tak perlu iron)
- Jubah Seluar Putih (Nursing)(1 pasang)
* Sesuai untuk tawaf dan Saie sebab mudah untuk melangkah.Apatah lagi saya perlu mendukung Aina sepanjang ibadah tersebut, dan ia sangat membantu.
- Baju T Shirt putih, berpoket di zip (2 helai) ( letak duit cash dalam zip)
- Seluar Panjang Putih (I helai) - (pakai dalam jubah)
- Handsock (3)
- Stokin biasa (3)
- Stokin Tawaf (2)
- Niqab ( 1 helai)  * pakai di tempat yang berdebu sahaja
- Kain batik (2 helai)
- Skirt (2 helai)
*pakai dalam jubah supaya jubah nampak lebih flowy, terletak dan secure bila ditiup angin dan jalan laju laju
- Tuala 
* di hotel dah ada tuala dah, untuk standby kalau nak mandi di mana- mana kalau badan mula rasa tak selesa kan
- T- Shirt Muslimah (3 helai)
*padanan dengan skirt- untuk tidur, pergi ke cafe waktu tengah malam sebab nak ambil air panas untuk susu Aina . Cafe Hotel di Mekah 24 hours yek, tapi di Madinah ikut waktu makan. AJdi kena pandai bajet masa.
- Selipar Jepun RM2 je 
* khas untuk ke masjid , selesa pun selesa. :-) alhamdulilah , selipar tak hilang
- Uncang kasut 
* Di Mekah, sepanjang perjalanan ada disediakan uncang selipar (lutsinar) dalam bekas plastik, digulung gulung, kita hanya tarik dan simpan selipar,
- Botol Spray Wudhu'
* Sangat-sangat berguna, sebab tempat wudhu adalah di luar Masjidilharam.Spray dan ratakan pada anggota wajib sehingga rata. Jimat sangat. Bak kata ustaz, bila isteri ambik wudhu, suami kena jadi"Batman" jaga aurat isteri (hadang dengan kain ihram)
-Pantiliner
-Disposable Underwear

Untuk Aina
- Beg galas kecik (untuk letak mainan dsb)
- Baju siang berlengan panjang (5 pasang)
- Seluar track (4 helai )(yang ringan dan senang kering)
- Baju malam (4 pasang)
- Sweater (utuk standby)
- Stokin (3 pasang)
- Pamper (1 paket besar dan 1 paket kecik)
- Susu (3 Paket)
- Flask Air Panas
- Botol Air Kosong
- Toiletaries (Sabun Head To Toe, Bedak)
- Botol Susu/Berus Botol/Pencuci Botol
- Wet Tissue (2 Pek Besar letak dekat hotel, 2 Pek Kecik letak dalam beg)
- Makanan (Biskut, Coklat dsb)
- Air Kotak
- Tuala (2 Helai)
- Mini Telekung (2 helai)
- Tudung (2 helai)
- Bantal Kecik
- Stroller
- Ubat- ubatan ( balm, ubat demam, batuk, coolfever)

Tips: Bekalan makanan dan air kotak yang cukup. Baju yang mudah kering dan dibasuh. * Buku aktiviti yang menarik. (tapi saya tak bawa pun- guideline selepas ini-Insya Allah).

Abi Aina
- Kain ihram (2 pasang)
- Tali pinggang ihram (1)
- Jubah (2 helai)
- Tshirt
- Baju Tidur
- Seluar Putih
- Seluar Slack
- Kain pelekat
- Selendang Bahu
- Selipar/Sandal
- Kopiah

Lain-lain
-  Buku Panduan Umrah
-  Travel Adaptor
-  Charger handset, Powerbank
-  Cotton Bud
-  Pengepit kuku
-  Toiletaries
-  Ubat-ubatan, minyak panas, minyak cap kapak, ubat demam, selsema, batuk , air garam (cirit birit) ubat sakit tekak (Fishermen), krim nivea, vaseline (sapukan pada kulit sebelum keluar untuk elak kulit kering)
-Gunting kecil (untuk bergunting selepas saie)

Tips: kalau dah mula rasa tekak gatal, cepat cepat makan Fishermen/Strepsils sebelum melarat.Memang sangat berguna. Beli banyak banyak yek. Kalau rasa nak demam dedar pun , pun makan panadol cepat cepat, supaya memudahkan urusan ibadah umrah kita di sana. Alhamdulillah, kami semmua dikurniakan kesihatan yang baik sebelum pergi sehingga balik ke sini walaupun di sana suhu  panas mencecah sehingga 42-44 darjah dan dalam keadaan renovasi yang berdebu.


Untuk beg, Pihak Andalusia, bagi tiga beg setiap seorang kami ikat tiga reben berwarna dan tag nama yang besar diikat dengan "cable tight".Beli di Mr DIY je,RM1.20.

Persiapan hati dan mental juga penting. Banyakkan solat hajat, solat taubat, istighfar, berzikir.Perbaiki dan sucikan diri sebelum pergi ke sana. jauhkan melakukan perkara yang buruk,dekatkan diri dengan perkara kebaikan,  banyakkan bersedekah bagi penyucian jiwa sebelum ke sana.Insya Allah.

Wallahualam..

Thursday, June 18, 2015

Seronoknya Ramadhan!

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt..



Alhamdullilah, sudah memasuki 1 Ramadhan.

Hmm. Speechless..

Ok let's go direct to our Ramadhan Preparation.(Bukan raya je kena ada persiapan yek)

1. Kurma ( dah beli banyak banyak di Madinah hari tu)
2. Susu Kambing Hi Goat untuk zauj
3. Tamar Cocoa untuk Umi dan Aina
4. Qaseh Gold Adinda Untuk Umi
5. Qaseh Gold Junior untuk Aina

Pakai telekung yang wangi dan bersih (pakai minyak atar pilihan zauj di Madinah hari tu) Sudah dipesan siap siap pakai hanya di rumah sahaja- jadi pakai di rumah time nak solat yek.Calit kat Aina sekali, sebab dia sibuk nak ikut apa sahaja yang Umi buat  

Sediakan ruang solat yang selesa, sebab saya terawih di rumah sahaja.Yang lain semua ke surau.Jadi Aina boleh join sekali dengan umi jika berkesempatan.Tapi ada juga dia memanjat badan umi waktu solat. Tingkatkan kesabaran yek.:-P 

Kalu Ramdhan lepas, saya suka baca Apps Al Quran, tapi tahun ni saya suka pakai Rasm Uthmani yang biasa.Sebab tak tahu la kenapa..Just love to hold the Quran with wudhu'.

Semalam telekung Aina tertinggal di rumah mak ayah mertua, bising sekali Aina cari telekung dia.Lagi satu bila Aina nampak nenek dan makciknya ke bertelekung hendak ke surau, dia kata "labbaikallahumalabaik" sampai habis .Agaknya Aina masih rindukan Mekkah.Umi pun rindukan Mekkah , Aina. T,T Seronoknya siapa yang dapat pergi pada bualn Ramadhan ni kan? kadang-kadang saja scroll instagram #umrahramadhan #umrah buat ubat hati tengok Kaabah lama-lama .Ada tak orang buat macam ni huhu..

Antara sebab yang seronok bila tibanya Ramadhan,masuk pejabat boleh fokus kerja tanpa fikir pasal makanan, Berhenti kerja bila nak solat.Seronoknya.Macam umrah hari tu. Fikir nak solat, buat segala ibadat sunat mengikut kemampuan kita.Kadang kadang kes-kes yang rumit  boleh selesai di bulan ramadhan sebab pegawai pegawai yang berkenaan banyak memberikan kerjasama  yang sangat baik.Macam hari ni, selesai dua kes yang agak sukar. Antara rahmat Ramadhan dalam pekerjaan kita kan?Masya Allah..

Harap harap kes diri sendiri yang tertunggak pun boleh selesai .Insya Allah. Selesaikan kes orang tapi kes sendiri tak selesai.Haru betul..Dugaan dalam profesionalism sendiri.

Semoga baki Ramadhan akan dilalui penuh bermakna dengan iman dantaqwa sebagai perisai untuk mengahdapi cabaran akhir zaman.


Wednesday, June 17, 2015

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Ahlan washahlan ya Ramadhan Kareem
Bulan yang sentiasa dinanti oleh umat Islam
Dan ianya sentiasa di hati setiap umat Islam yang bertaqwa dan beriman
Semoga kita sentiasa dirahmati Allah sepanjang bulan Ramadhan


Semoga kita sama-sama mendapat rahmat dan kasih sayangNya sepanjang Bulan Ramadhan.

Ramadhan Kareem!

Thursday, June 11, 2015

Umrah : Rancangan dan Persediaan (Part 1)

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulilah diizinkan Allah untuk menjejak kaki ke Baitullah.

Berdebar rasanya.

Bayangkan, masa teman zauj ke pejabat Andalusia, Kuantan untuk booking, dah mula rasa longgar lutut..Gementar..Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ketika saya melangkah satu persatu tangga masuk ke pintu Andalusia. Paut tangan zauj kuat-kuat sampai di muka pintu.Bayangkan, nak pandang muka Tn Hj Othman, pengurus Andalusia Kuantan, saya pun tak sanggup.Biasanya, sayalah yang paling banyak tanya nak tahu tentang prosedur kan,.tetapi kali ini, saya jadi kelu.

Sebenarnya perancangan umrah sudah lama bertapak di hati kami, dari awal perkahwinan.Baru sekarang dizinkan, dilapangkan masa untuk ke sana. Hajat ibunda tercinta juga untuk ke sana.

Alhamdulilah..Alhamdulilah..Alhamdulilah

Pesan zauj berulangkali kepada saya, perlu persediaan mental yang kuat sebab nak bawa Aina Syafiyah sekali.Maka kami memilih bulan Mei sebelum cuti sekolah, Sebab pakej umrah waktu cuti sekolah agak mahal berbanding pakej biasa. Pakej Ramadhan mestilah agak mahal kan? Untuk tambang kanak kanak dua tahun ke atas, ada potongan 20% daripada tambang dewasa.Bawah dua tahun RM1,800.00.Setakat hari tula yek.Tambang dewasa bergantung pada pakej yang kita ambil. Kami sekeluarga ambil pakej berempat.

Rancangan Tarikh  berlepas 18/5/2015 sehingga 30/05/2015.

Daftar bulan Januari sebelum pelaksanaan GST.Harga lepas GST dah berbeza yek.

Ok.Kami mula mengumpulkan dokumen yang berkaitan bagi memudahkan urusan visa.Dokumen lengkap, maka mudahlah urusannya.Kena pastikan cop untuk sijil tertentu dari pejabat yang tertentu sahaja, jangan main cop sebarangan yek

Kemudian buat passport.Kami sekeluarga buat di UTC Kuantan.Malam je kami ada masa untuk buat semua perkara tu.Nasib baik UTC dibuka pada waktu malam,Aina pun memberi kerjasama yang baik semasa menurunkankan cap ibu jarinya, ambil gambar untuk pendaftaran passport.Comel sangat gambar Aina.Tapi bagi saya yang memakai spek mata,kena tanggal spek, Memang lain lah mukanya, mata nampak macam kecik je.Muka pun nampak lebar, sebab kena nampak dahi, tak leh cover la muka yang lebar dan ada double chin ni haha..

Suntikan vaksin buat di Poliknik Ar Razi Kuantan. Rupanya baru tahu, klinik kerajaan tidak menyediakan perkhidmatan vaksin untuk umrah kecuali untuk haji sahaja.Kemudian kalau di klinik swasta, ianya bergantung kepada stok yang ada,Harga pun lebIh kurang je RM125.00 seorang.Kalau di Kuantan, Perkhidmatan vaksin untuk umrah ni ada di Klinik Al Amin, Hospital Farabi dan Poliknik Ar Razi.Lebih elok hubungi klinik terlebih dahulu, untuk semak stok vaksin ada atau tidak sebelum pergi.

Touch up Aina untuk passport visa
Gambar passport untuk visa.Done!Aina memberikan kerjasama yang baik.Alhamdulilah!

Kemudian serah  kesemua dokumen di pejabat Andalusia untuk urusan mereka yang seterusnya.

Kemudian susun jadual kursus dengan suami, untuk elak bertindan jika suami ada kelas, ada jemputan perkahwinan dan keluarga. Tujuannya, supaya kami ada tempoh bertenang untuk mengulangkaji ilmu umrah dan ziarah,Supaya ada backup- plan jika terjadi apa-apa sebelum berlepas.

Kami pergi ikut giliran, Gilir-gilir jaga  Aina di rumah. Pernah bawa Aina, tapi tak bertahan lama, maka tinggal zauj dan emak di tempat kursus.Saya dan Aina dah merayap keliling bangunan hehe..Boleh latih saie yek Aina. Kursus itu diadakan setiap hari Sabtu 3-5 petang. 

Alhamdulillah.Kami habis kursus "on time" walaupun ada juga aral dan "drama" yang datang. Upload video dan tengok di rumah.Baca pelbagai buku mengenai umrah dan ziarah.Emak yang rajin membaca selalu bercerita kepada saya.Perkongsian ilmu yang baik dari emak untuk saya yang kadang-kadang tak sempat baca buku hehe..Saya risau jika pergi ke sana tanpa ilmu.Memang ada yang kata just ikut mutawwif.Tapi saya kena double effort.Sebab mungkin ini sahaja peluang saya untuk pergi umrah.

Sehinggalah kami dapat panggilan telefon daripada pihak pengurusan Andalusia,memberitahu Mufa No. kami sudah diluluskan.tetapi hanya terhad untuk 15 hari berbanding sebelum ini 30 hari.Mufa No, adalah nombor giliran yang diluluskan oleh Kerajaan Arab Saudi sebelum Visa diluluskan. Dan tarikh umrah dan ziarah kami diawalkan iaitu 14 Mei 2015! Dan kami perlu meminda semula permohonan cuti kami di tempat bekerja.

Live Di Saudi.Menunggu waktu tiba di Miqat Pertama kami.
Masya Allah, hebat perancangan Allah.Semoga segalanya dipermudahkan urusan.Semoga segala ujian dan cabaran di sana dapat dihadapi dengan sabar.


Labbaikallahumalabaik!


Wednesday, June 10, 2015

Meh Beraktiviti Dengan Kasut Sukan New Balance

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

View Taman Gelora ,Kuantan

Dalam kesibukan saya hendak jaga pemakanan bagi mengurangkan berat badan dan gaya hidup yang sihat, jangan lupa bersukan pula ye. Biasa kalau di Kuantan ni, kami sekeluarga suka berjogging dan beraktiviti di Taman Gelora Kuantan. Sebab aktiviti aerobik dan taichi yang paling menarik ada di Taman Gelora tu. Masa tu lah baru kelam kabut nak mencari kasut sukan kan? 

Antara pilihan kasut sukan pilihan kami sekeluarga adalah kasut sukan New Balance.  Serius kasut ni memang selesa sangat. Berbaloi baloi dengan aktiviti yang dilakukan. Ciri-ciri yang saya cari pada kasut sukan biasanya ia selesa dan comfy dengan aktiviti. Warna pun saya ambil kira juga..:-P

Sekarang ni dah banyak rekaan  kasut sukan New Balance yang cantik-cantik. Memang rambang mata memilihnya.Bagi penggemar aktiviti lasak dan bersukan, pasti rasa berbaloi menggunakan kasut ni kan?


Antara warna favourite saya..;-)
Sebenarnya jenama New Balance bukanlah sebuah jenama yang asing di kalangan rakyat Malaysia. jenama sukan ini sudah lama bertapak dan mempunyai penggemar yang tersendiri. New Balance juga merupakan jenama sukan yang setanding dengan jenama-jenama sukan gergasi seperti Nike dan Adidas. 

Dan apa yang menarik mengenai New Balance, koleksi kasut sukan yang ditawarkan adalah versatile dan boleh dipakai untuk apa jua kegunaan seperti berikut.Kadang kadang saya padankan aje kasut sukan dengan jubah atau baju kurung kalau ia melibatkan aktiviti lasak.Yang penting selesa dan tak sakit kaki kemudian hari .Rekaan kasut sukan New Balance. yang versatile membolehkan kita mudah untuk memadankan ia dengan apa jua jenis pakaian.

Masa ni berjalan berjalan di Pantai Batu Hitam.

Selain tu , boleh juga dipakai untuk ke kelas, ke shopping mall, atau pun keluar bersiar-siar bersama rakan-rakan dan keluarga di hujung minggu, sepasang kasut New Balance adalah pilihan yang sesuai untuk anda. Maklumlah shopping mall sekarang boleh tahan luasnya kan?Salah pilih kasut, mahu sakit kaki berjalan.

Lagi-lagi kalau nak bercuti dan mahukan perjalanan yang lebih selesa,New Balance amat mementingkan keselesaan para pelanggan dan menawarkan reka bentuk tapak kasut yang amat fleksible untuk pemakaian seharian.

Dan jika kawan kawan inginkan prestasi sukan yang baik, kasut sukan New Balance adalah kasut yang paling sesuai untuk  pilihan yang tepat.

Selamat bersukan.Jom jaga kesihatan dan ringankan badan dengan beraktiviti . Sekrang dah banyak jenis aktiviti kita boleh buat walaupun dalam kesibukan yang ada.Eh gym pun selalu buka pada waktu malam tau.Apa salahnya pilih kasut sukan New Balance kan? 


Monday, June 8, 2015

Umrah: Rindu

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.



Sudah dua minggu berlalu selepas menunaikan umrah bersama keluarga.
Hati masih tertinggal di Baitullah dan Masjid Nabawi
Walaupun bermacam ujian dan dugaan sebelum dan ketika berada di sana.
Tetapkan dalam  hati pasti ada hikmah di sebalik yang terjadi
Rupanya, maksud sabar itu, percaya bahawa setiap ujian itu pasti ada hikmahnya.
Dan kini sedang melalui dan merasa segala hikmah yang diberikan oleh Nya.

Ya Allah, jemputlah kami ke sana lagi..

Rupanya ini yang dikatakan perasaan rindu kepada Baitullah.

Setiap kali mata bertaut pada Kaabah, juga pada Raudhah
Setiap kali itulah mata ini menangis tanpa dikawal.
Sensitif sekali jiwa kami di Mekah dan Madinah rupanya.

Insya Allah, kami akan tanamkan azam untuk pergi kali kedua.
Permudahkanlah urusan kami Ya Allah..

Amiin ya Rabb Alamin

Thursday, June 4, 2015

Update Harga Produk Ana Edar 2015

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Nak update sedikit harga terbaru produk Ana Edar Sdn Bhd

Untuk harga lebih rendah, jom daftar ahli.Fee RM30.00 untuk seumur hidup.
Whatsapp/Telegram 0123096875. Taip QASEH .
Order ikut pada stok yang ada ye.
Siapa cepat dia dapat. Boleh COD di Kuantan.
(Area Bandar, Permatang Badak, dan sepanjang Jalan Beserah)



Empat Tahun Kasih Sayang

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Syukur Alhamdullilah..

Tahun keempat meniti usia perkahwinan

Terima kasih atas segala kasih sayang, nasihat dan sokongan yang diberikan...
Terima kasih kerana sudi menerima segala kelemahan dalam diri ini..
Terima kasih atas kesabaran yang sentiasa diberikan...

Semoga ianya sentiasa dirahmati Allah hingga ke syurga

Aamin...


Telekung Siti Khadijah pemberian zauj ketika awal perkahwinan,
Jubah zauj jahitan tangan isteri #tandakasihsayangsuamiisteri
Insya Allah..

Terima kasih atas segalanya...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...