Monday, May 26, 2014

Time To Recharge: Ramadhan

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.



Ramadhan tak lama lagi.Apa persediaan kita semua.Ramadan adalah bulan yang sering kali ditunggu oleh umat Islam.Saya pun teruja juga. Nak "remotivate" balik diri ini melalui Ramadhan. 

Semoga kita semua membuat persediaan untuk menyambut kedatangan Ramadhan.Antara persediaan mental dan fizikal.

Kalau boleh jangan membeli belah last minit.Sebab malam-malam dan hujung minggu yang ada boleh buat ibadah dan baca Al Quran semata-mata.

Biar semuanya seimbang.Supaya kita ada masa untuk berjaga malam pada 10 malam terakhir.Tenaga yang ada hanya untuk NYA. Memohon kasih sayang daripadan untuk melindungi kita dari fitnah akhir zaman.


Ayuh sama-sama menyambut Ramadhan.

Selamat membuat persiapan Ramadhan.

Tuesday, May 20, 2014

Homeschool : Kenal Hijaiyah

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Sesi Homeschool dengan Aina Syafiyah.Biasanya, main flash card, dia pandai mengikut dah.Kadang-kadang Aina ajar umi main flash card balik..Baca softbook Hijaiyah, Flash Card Digital, Lagu Alif Ba Ta, dengan surah,mengaji sama-sama.Aina buat ikut runut dia, versi bahasa dia.Kadang-kadang jelas, kadang-kadang kelakar juga bunyinya.Geli hati pula kami sekeluarga mendengarnya

Tetapi kali ini kita main flash card di dinding plak.Tampal dengan plastesin aje. Bukan main seronok dia. Apa yang saya perhatikan, bila kita pelbagaikan kaedah, tetapi konsep yang sama, memang nampak keseronokan dia.

Jom ajar anak kenal hijaiyah..

Nota Naluri:
Doakan semangat tak akan pudar dan takkan luntur dengan dugaan masa yang ada.

Monday, May 19, 2014

Sewing Project: Abaya - Plain Cuff & Lace

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Aktiviti hujung minggu dan masa lapang,menjahit.Alhamdulilah, dah siap semua tempahan.Kita fokus next tempahan abaya plain & lace again..Kelebihan jubah abaya ni, longgar , labuh dan selesa...


Yang di atas ni Abaya Plain with Cuff.Baru belajat buat "cuff" 3 inci.Berlatih  juga nak buat lubang butang.Taklah sesempurna mana.Masih kena belajar lagi.Terima kasih buat Kak Liza sebab percayakan saya untuk jahit jubah akak.Akak ni dah hantar satu kain lagi untuk buat baju raya pula..:-)

Yang atas ni "try and error" aksesori di lengan jubah dan pinggang.Tengah pilih mana yang sesuai.Akhirnya , hasilnya ada di bawah, untuk adik saya sempena "dinner" hujung minggu ini.Harap suka yek..:-)


Sebagai catatan untuk koleksi jahitan sendiri,Lepas ni belajar buat jubah lelaki, dan maxi untuk Aina pulak.Semoga dipermudahkan..Amin..

Nota Naluri:
Menjahit boleh hilangkan stress kerja saya seterusnya kerja pun lebih produktif.Insha Allah :-)
Waktu belajar dulu, join silat untuk lepaskan stress study.Pengurusan masa study pun jadi lebih efektif.Badan Sihat Otak Pun Cerdas

Friday, May 16, 2014

Awan

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Saja nak kongsikan minat adik-adik saya yang suka mengambil gambar awan.

Asal nampak awan, Cantiknya! Snap gambar...

Tetapi bila dikumpulkan gambar-gambar awan..Subhanallah cantik.Pelbagai bentuk.
Rasa nak abadikan potret awan mereka di sini.Tapi saya hanya ada satu sahaja.


Awan yang mengisi ruang blog saya yang bersawang
Mendongak ke awan, merasakan diri ini kerdil sekali.

Entri pendek sahaja.Lain kali koleksi gambar awan pula yek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...