Wednesday, March 30, 2011

Sila Garang Terhadap Dirimu

Muhammad As Syibli berpesan;

"Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri (tidak menuruti segala kehendak nafsumu).Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah dengan Nya."

 Dari Kitab Al-Istikdad Liyaumil Madi.


Ya, saya sangat tertarik dengan mutiara hikmah di atas, "Garang terhadap dirimu" atau mungkin dalam kata yang lebih mudah disiplin yang sangat kuat.

Kaedah ini terlalu banyak yang boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian kita.Contohnya, sepupu saya pernah berpesan, nak memulakan perkara yang sunnah memang susah, tapi jadikan ia sebagai habit sehingga kita rasa apabila meninggalkan habit itu, kita akan mula rasa gelisah, itu tandanya hati kita mulai ikhlas dalam melakukan ibadah terhadapNya.

Jika kita mengikuti sejarah ilmuwan-ilmuwan dan tokoh-tokoh Islam, mereka juga meletakkan disiplin yang kuat dalam kehidupan seharian mereka.Asas ini yang membuatkan mereka berjaya dan terus bermotivasi dan membina kejayaan yang sangat seimbang sama ada di dunia dan akhirat.Kagum seketika dengan  cara kehidupan mereka.


Monday, March 28, 2011

La Tahzan....

Orang sering kata berkata, kalau rasa sedih, kuatkan hati.Tapi kalau air mata nak mengalir juga tanpa boleh ditahan-tahan, macam mana pula keadaanya?

"Menangislah sehingga hati kamu merasa lega, walaupu tersedu sedan sekalipun sehingga kering kolam air mata kamu!"

Jangan ditahan tangisan itu kerana ianya bakal menjeruk perasaan hati kita. 

Selepas itu,beranikan diri menghadapi kenyataan dan cubalah ambil nafas yang baru dan cubalah memperbaiki diri dengan azam yang sangat kuat.Insha Allah!

Sabda Rasullullah s.a.w "Apabila hamba Allah telah menyintai hambaNya itu dan Allah ikatkan balaNya ke atas hamba tersebut. Apabila hamba itu berdoa maka para malaikat pun berkata; Wahai Tuhanku, sampaikanlah hajat hambaMu itu. Allah menjawab:Usah campuri urusan hambaku itu.  Sesungguhnya aku cinta dan sayang mendengar suaranya berdoa dan bermunajat. Apabila hamba itu berkata:Wahai Tuhanku!Maka Allah menjawab:Selamat dan bahagialah wahai hambaKu.Tidak kamu seru sesuatu melainkan Aku perkenankan buatmu."


Friday, March 25, 2011

Kata-Kata Cinta Terucap Indah


 Dalam cuaca yang tidak menentu, pasti ramai yang demam dan tidak sihat. Jadi lagu ini mungkin untuk ditujukan khas buat mereka yang kurang sihat bagi muhasabah cinta-cinta kepada Allah s.w.t. Sangat menyentuh hati.Sebak!

Terima kasih juga atas keprihatinan sahabat-sahabat saya.Tak sangka dengan hanya berkongsi lagu ini "Facebook" membuatkan saya menerima panggilan dan sms-sms yang bertanyakan tentang kesihatan saya.Dan dari sini saya mula mengenali siapa sahabat saya di waktu sukar.Terima kasih semua.:-).

Saya buat pengakuan di sini, "Saya Sihat dan Tak Apa-Apa Ya" .Alhamdulillah, hanya sekadar merenung diri sahaja.Jangan risau ok?

"When I'm ill, it is He who cures me"

Note: 1000 thanks to Bro. Zaf for your concern.=)

Wednesday, March 23, 2011

Predict The Worst, Optimist and Lets Tawakal Begin....

Di pejabat,Cik H didatangi seorang lelaki pertengahan umur, sudah berkahwin, tapi mata si lelaki tadi  bukan setakat mahu berkomunikasi, tapi lebih kepada "staring". Isterinya ada di sebelahnya.Memang selamba si lelaki ini bermain mata dengan Cik H. 

Dalam hati Cik H "Ah!lelaki semuanya sama sahaja, ada isteri masih mahu mencari perempuan lain...Agaknya bagaimana perasaan si isteri tadi..Kalaulah dia tahu apa yang suami dia buat....!"

Puan S juga menangis tanpa henti dan bermulalah perang kecil apabila mendapat tahu suaminya berpoligami.

Maaf wahai lelaki, situasi ini sering berlaku.Saya hanya mahu meletakkan situasi ini sebagai contoh sahaja.Tentang bagaimana seorang wanita harus kuat bila berdepan dengan situasi sebegini.Kebanyakan wanita yang mempunyai masalah sebegini lebih cenderung untuk cemburu, marah, dan menangis tanpa henti.


Sebab itu harus letakkan "predict the worst" dalam apa-apa situasi.Supaya bila kita"predict the worst", sikap tawakal kita masih menebal dalam jiwa, cinta kita kepada Allah masih kekal dan mekar di hati kit.Dan kesannya kita akan redha dengan segala apa yang berlaku dan lebih kuat untuk menghadapi segala dugaan.

Contoh yang lain, kita harus bersedia untuk kehilangan orang tersayang, ahli keluarga dan seumpamanya, bukanlah untuk meletakkan perasaan negatif tapi untuk meletakkan sedikit ketabahan dan kecekalan bila berhadapan situasi yang tidak disangka.Supaya kita dapat merancang dan teruskan perjalanan hidup kita.Supaya air mata itu tidak terus mengalir kerana duniawi .

Mereka semua hadir kepada kita hanya sebagai pinjaman sahaja.Tetapi hargailah mereka dan berbudi selagi kita masih punya tenaga dan nadi.

Nota:
Sampai sekarang tak mampu melihat video klip Rabbani , "Anak Soleh"...Sebak kerana itulah kisah kami.Syukur, kekuatan itu masih ada.Al-Fatihah!


Sunday, March 20, 2011

Ilmu Itu Umpama Awan Bukannya Telaga



Dalam satu majlis ilmu hari ini, saya mendapat satu perumpamaan yang sangat menyentuh hati iaitu mengenai hakikat ilmu. Benar, selain mengetahui perintah dan larangannya sebagai bekalan kita di akhirat sana, ilmu itu diumpamakan sebagai awan yang sentiasa membawa hujan, mencari tempat yang gersang untuk menyuburkan  pohon-pohon dan rumput-rumput.. Jika ilmu itu umpama telaga, hanya orang yang tertentu sahaja yang memerlukan ilmu.



Nota: 
Sangat bersyukur kerana seorang lagi sahabat saya tergerak hati untuk melakukan satu penghijrahan hati. Semoga dia terus istiqamah:-) . Buat sahabat saya, andai saya tak berkesempatan dan tidak punya masa untuk menolong untuk peringkat seterusnya, kuatkan hati tau!:-)


Friday, March 18, 2011

Demam Stress

Tersedar waktu subuh akibat mimpi-mimpi yang mengejutkan, semuanya mimpi-mimpi kerja di pejabat yang menimbun, kes-kes yang belum dapat diselesaikan, dan hakim-hakim pun  termasuk dalam mimpi saya!Seorang hakim itu dilihat dalam keadaan yang tertekan, dan seorang hakim lagi memberi semangat kepada rakan sejawatnya.



Saya mengaku dalam tempoh dua bulan sejak Februari yang lalu  telah menguji saya, untuk menggalas tanggungjawab yang berganda, mengendalikan dua "department" sekaligus, hartanah dan litigasi.Pagi ke mahkamah, petang pula bertemu muka dengan klien untuk menyediakan dokumen-dokumen perjanjian

Kebelakangan ini, sebaik sahaja memegang stereng kereta, saya berdoa begitu banyak sekali, supaya dipermudahkan segala urusan saya, dikuatkan hati saya untuk menghabiskan kerja sehingga 5.30 petang. Bagaimana saya harus memaksimumkan masa dengan meyelesaikan fail-fail di atas meja.

Dan akhirnya, pagi tadi saya ke mahkamah dalam keadaan demam, petang MC.Demam Stress!Balik rumah awal, makan ubat dan rehat.

Nota: 
1.Pernah saya berjumpa klien dengan fail paras hidung!
2.Perlu siapkan penyata saksi, isu-isu untuk dibicarakan dan untuk diputuskan (kes pecah amanah) sebelum "outstation" 2 hari  minggu depan.



Wednesday, March 16, 2011

Infografik Perkahwinan: An Awesome Work By Adlan Khalidi!


Sambil berblogwalking ke blog Siti Khadijah, terjumpa satu artikel yang menarik perhatian saya, infografik perkahwinan yang dihasilkan oleh Adlan Khalidi.Sangat-sangat menarik.Jom tengok sama-sama ya!



Nota:
Yang  paling menarik En Adlan memasukkan intipati keberkatan di situ.Tahniah kerana telah berjaya menghasilkan infografik yang sangat-sangat menarik.



Tuesday, March 15, 2011

Nak Share Juga Selawat Ni..


Walaupun saya dah post lagu ini di "wall facebook", saya nak kongsikan juga di blog kesayangan ini.Cetusan idea bermula dari ibunda tercinta, katanya teringin nak dengar selawat yang didengarnya ketika konvokesyen anak-anaknyadi UIAM. Katanya, dia tak berpeluang untuk ke Main Hall CAC untuk mendengar selawat ni sebab tiada siapa lagi yang belajar di sana.Sayu pula saya mendengarnya

Jadi, Mak, dengarlah selawat ni ye.Sepanjang hari pun tak mengapa.Akak tau mak "silent reader" blog ni yang paling setia..:-) Terima kasih mak!

Dan jutaan terima kasih juga buat "silent readers" di luar sana kerana sudi mengunjungi di sini.Terima kasih sangat-sangat.



Monday, March 14, 2011

Tahniah: Mabruk Kak Izza & Abang Zaha..

Walaupun saya baru balik dari Rompin atas tugasan luar di hujung minggu, undangan perkahwinan rakan-rakan sejawatan tetap saya hadiri.Nasib baik sempat hadir dan sama-sama meraikan hari bahagia mereka.Alhamdulilah!Seronok tengok Kak Izza happy..:-)

Dulu, saya selalu pinjam "robe" Kak Izza, jika saya ada pendengaran kes di Mahkamah Tinggi secara terbuka.Dia juga tidak lokek memberi tunjuk ajar tentang kes pengambilan tanah dan pesaka.



Selamat Pengantin Baru Kak Izza, glad to see you..Cantik!Sampai sekarang saya masih tercari-cari rupa asalnya.Sangat berbeza dan anggun.

Cenderahati pun ringkas dan cantik jugak.Antara bait-baitnya, "Let This Be Our Destiny.To Love, To Live, To Begin Each New Day Together, To Share Our Lives Together. Thank You For Sharing Our Special Day"

Ahad pula saya ke majlis sambut menantu adik rakan sekerja, Kak Huda.Nanti saya bagi contoh  permohonan peguam syarie ye kak.Kita jumpa hari Isnin.Insha Allah.:-)



Nota: Akibat kenduri, sakit kepala makan daging gulai kawah 3X dalam 2 hari!Need To avoid this..T.T


Sunday, March 13, 2011

Pembeli Rumah Dapat Pampasan



Bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Daerah Rompin Pahang, seramai 76 orang pembeli yang masih belum mendapat kunci rumah mendapat pampasan denda lewat dari pihak Syarikat Perumahan Negara Berhad sebagai tanda tanggung jawab mereka.

Aduan pembeli-pembeli sering didengari yang menanggung kos tambahan di mana mereka perlu membayar duit sewa rumah dan ansuran bank telah membebankan ekonomi mereka sedikit sebanyak.

Sebelum ini, mereka dijanjikan untuk mendapat kunci rumah pada tahun lepas, namun sehingga sekarang, kunci belum lagi diserahkan.

Pandangan saya?Hmm..kalaulah bab membeli rumah projek, pastikan duit simpanan kita sentiasa ada untuk urusan kecemasan,khuatir jika penyerahan kunci lambat.

Jangan mudah menyalahkan pihak pemaju kerana mereka juga sentiasa mahukan yang terbaik dan memastikan hak-hak pembeli sentiasa dipelihara.

Pembeli-pembeli juga jangan risau tentang hak mereka kerana mereka berhak untuk meminta pampasan jika berlaku kelewatan penyerahan milikan kosong@kunci rumah.Cuma perlu bersabar sahaja.

Jawatankuasa pembeli-pembeli juga harus ditubuhkan supaya mereka senang berurusan dengan pihak pemaju dan peguam andai ada  masalah yang timbul dan ada pandangan yang  ingin diutarakan.


Rindu!


Wah rupanya dah nak masuk dua bulan berpisah dengan adik kesayangan, Idah setelah dia ke Sabah sejak Februari lalu. Panggilan telefon tidak cukup rasanya nak melepaskan rindu, jadi kami ber"skype".Hilang rindu kat dia..hehe..tersengih memanjang kami depan PC.

Webcam inilah yang menjadi penghubung kami plus Streamyx.Comel kan.Warna biru lagi.Sangat Cool!


Nak letak gambar Idah yang dah snapshot semalam, tiba-tiba tak jumpa pula gambar tu disimpan dalam folder yang mana satu.Jadi, gambar ini lah yang menjadi pilihan saya.Serupa tak muka kami?kembar tak serupa kan?Nama pun sedarah sedaging .Hehe.

Thanks Idah, nanti kita ber"skype" lagi yerk!

Nota: Dah dapat pengganti spek yang patah..:-)Kali ini pilihan saya warna maroon.Sangat berbaloi!

"Air dicincang takkan putus"


Friday, March 11, 2011

Orang Yang Solat di Rumah Lebih Baik dari Solat di Masjid?


Ada seorang kawan bertanya pada saya, "kenapa Cik Yati suka masjid?"

"Hmm..sebab masjid itu tempat paling best sekali, menenangkan jiwa!Kan banyak tenaga positif di situ"

Balasnya sinis," Tapi tak semestinya orang yang solat di masjid itu baik.."

Saya tersentak mendengar pernyataan itu.Dalam hati, saya tekad memohon pertolongan Allah supaya saya dapat memberi jawapan yang baik-baik kepada kawan saya ini.Entah kenapa, kebelakangan ini saya sering dihujani persoalan-persoalan begini oleh rakan-rakan sekeliling.

"Kenapa pula cakap macam tu, cuba beritahu saya sebabnya satu persatu"

Dia membalas, "Saya ada ramai kawan yang sering solat di masjid, latar belakang mereka memang berpendidikan agama tahap unggul, jawatan mereka pun agak bagus dan bersesuaian, boleh menjadi contoh kepada masyarakat tapi yang saya nampak, perangai diaorang sama je.Orang yang solat di rumah lagi baik dari golongan ini."

Terlintas di fikiran saya lagu "Tombo Ati", iaitu, antara ubat hati yang resah berkumpul dengan orang-orang yang soleh.


Balas saya "Mungkin Encik belum bertemu lagi dengan orang yang betul-betul ikhlas beribadah, orang yang soleh , Saya harap suatu hari nanti encik berjumpa dengan golongan yang ikhlas.Mesti ada, kalau jumpa golongan-golongan yang ikhlas ini, berkawanlah dengan mereka.Orang yang datang ke  masjid ni ada bermacam-macam golongan, ada yang baru hendak berubah menjadi baik, ada yang hanya sekadar singgah sahaja, ada yang betul-betul rindukan Allah dan bermujahadah."

"Tapi yang setakat ini, saya nampak orang yang solat di masjid ni masih berbual mengenai perkara dunia, perniagaan dan sebagainya, sebab tu saya kata orang yang solat di rumah lagi baik dari orang yang solat di masjid."

"hmm..sebab tu penting setiap orang perlu betulkan niat jika hendak bersolat Kan setiap malan itu bermula dari niat.Solat jemaah pun berkali ganda pahalanya, tak rugi pun, malah lagi untung dari solat di rumah.Encik tahu tak, lelaki itu tempatnya di masjid?"

Senyap seketika.

"Encik, jika seorang suami ke masjid, si isteri di rumah turut mendapat pahalanya tau.Punyalah hebat barangsiapa yang bersolat di masjid, apatah lagi jika mereka yang bersolat itu membawa peribadi solat itu ke dalam kehidupan kita seharian.Sebab itu bersolat itu mencegah kemungkaran.."

"hmm ..lagi satu, ingat tak kisah sirah zaman nabi s.aw., pernah satu ketika baginda s.a.w pergi ke sebuah masjid lalu didapati tiada seorang lelaki pun di masjid tersebut.Encik tahu tak apa yang Rasullullah s.a.w buat?"

Dia hanya menggeleng kepalanya.

"Baginda s.a.w dengan tegas berkata, "bakar lelaki-lelaki yang tidak pergi ke masjid!.Jadi kejadian ni jelas menunjukkan lelaki itu tempatnya di masjid.Bab niat dan sebagainya, akan di hisab oleh Allah s.w.t. "

Contohnya saya bagi kiasan, seorang perempuan yang tidak menjaga auratnya tapi bersolat, bagaimana pula ia dikatakan  solat yang dilakukannya itu mencegah kemungkaran?Sudah tentu sifat solatnya itu tidak dibawa kepada peribadinya.

Seharusnya bila kita bersolat, sifat solat itu sendiri harus ada dalam diri kita dan dalam gaya hidup  kita kan?Jadi penting di sini, setiap orang harus menghayati sifat solat, memperbetulkan solat sehingga ia diterima Allah dan kita juga sedia untuk dihisab di padang Masyhar nanti."

Dan kami diam seketika, sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja perbualan kami, ada banyak lagi isu yang disentuh dan saya hanya mampu membuat ringkasan sahaja.

"Yati, mungkin saya belum berjumpa dengan golongan yang betul-betul ikhlas beribadah di masjid..."

Dan hati saya tersenyum riang "Alhamdulilah, Ya Allah, kau telah permudahkan kata-kataku untuk menyampaikan perkara-perkara yang baik-baik. Terima Kasih Ya Allah.."

Yang baik-baik itu dari Allah, yang buruk itu dari diri saya sendiri :-) Wallahualam, jika kawan-kawan ada pendapat, kita kongsi bersama yek..Kita rungkaikan masalah ini bersama-sama ye.


Thursday, March 10, 2011

Satu Panggilan Perangkap Kad ATM


Tengahari itu saya didatangi oleh seorang sahabat baik saya, seangkatan sebagai peguam pelatih pada dua tahun yang lalu.Rindu dan seronok sangat.Sambil saya menandatangani dan menyaksikan dokumen dia, nombor yang tidak dikenali muncul di ruang skrin telefon saya.Lalu saya angkat, jika ada hal yang penting dari klien.

"Hello, ini Cik Hayati ke?" kedengaran sura garau lelaki muda, mungkin pertengahan 20-an
"Ye saya, siapa yang bercakap kat sana ye?"
"Nama saya, H****, dari Agensi sekian-sekian.."

Hmm..ini mesti orang serkap jarang nombor untuk "promote" barang. Tidak mengapa, nantikan soalan-soalan dari peguam cilik ini ye.



En.H: Saya ada pakej baru berkenaan kat visa dan kad debit.dan sekarang saya hendak kurier pada Cik Hayati.Boleh saya tahu alamat untuk saya pos?

Hayati:Hmm..Ceritakan dulu, Visa Card dan debit kad tu dari bank dan syarikat mana?Dan saya bukannya Pengguna Kad Visa!Macam mana nama saya boleh tersenarai?

En. H: Tak pe, tapi Cik Hayati pengguna kad ATM kan?

Hayati: Mm..Memang saya pengguna kad ATM (Saya dah mula syak). En. H dari syarikat mana tadi yer..Saya nak tulis jap..

En. H: Dari Agensi sekian-sekian (laju juga dia sebut)

Hayati:Nak nombor syarikat boleh tak.Saya nak cek kejap.

En. H: Ada, takpe kita ada website dia.Nanti saya bagi lepas Cik Hayati bagi alamat dan bagitau saya Cik pengguna kad ATM yang mana..

Hayati:ok, tapi bagi saya website dia, saya nak cek sekarang, boleh?

En.H: (Mula tergagap)..Mmm

Hayati: Bukan apa, En. H, saya tak konfiden untuk terima apa-apa produk melalui phone call, sebab tu saya nak tau website and no syarikat En. H.

En. H: Mm Tak pelah.terima kasih.(Letak telefon).

Hajat di hati saya, jika dia berkeras, nak minta no. kad pengenalan dia.Tapi bila diminta alamat website, mula tergugup seolah-seolah ada niat untuk menggodam akaun bank saya, saya pasti pemanggil telefon ini tidak jujur dan ada motif tersendiri.Alhamdulilah, kadang-kadang kita perlu berkeras dalam perkara macam ini.

Nota: Teringat pula akan ketegasan Umar Al Khatab di dalam menegakkan syiar Islam.:-)

Tuesday, March 8, 2011

Selamat Hari Lahir : Si Cahaya Yang Bijak



Selamat Hari Lahir Basirah

Wah! Dah besar dah dah adik akak ye.Melepasi 21 tahun akhirnya, lepas ni boleh lah mengundi sama-sama ye.Selamat Hari Lahir Basirah!Si Cahaya Yang Bijak!=)
Personaliti dia?Memang menyenangkan hati semua orang.Rajin!Untung dapat adik macam dia ni merangkap AJK Kebersihan rumah.Nak-nak hujung bulan mesti ada kat rumah, katanya "homeseek". Rindu kat kakak dia la kot.:-)

Ok.Pesanan akak, "study smart", kenal buku dulu baru kenal orang ye.Sentiasa yakin dengan apa yang kita ada dan lakukan yang terbaik untuk keluarga.Jangan nakal-nakal.

Ok.Dengarkan lagu ni ye, Basirah., Kalau nak hadiah, balik rumah dulu..:-P





"Semoga Allah sentiasa memayungi dengan rahmatNya untuk menempuh onak dan duri  walaupun kita jauh di mata"




Alhamdulillah! Our Khitbah@Betrothal


Alhamdulilah, berbekalkan pagi yang sangat tenang majlis "khitbah" berakhir dengan sempurna, cuma saya sahaja agak gementar, biasanya petah berbicara tetiba sahaja membisu 1000 bahasa.Mungkin agak gugup sedikit atau itu adalah kelemahan diri.

Terima kasih Pak de, Pak Njang, Angah dan Along dan semua wakil sebelah kami...Sayang semua!

Bersama ibu-ibu..:-) 


Personal Assistant yang sangat best!Terima kasih adik he2..dan Selamat Hari Lahir yerk:-)

Alhamdulillah!

Jutaan terima kasih buat sahabat saya Maslina , Hartini atas sokongan moral buat saya yang naif ini.:-) Buat ibunda tercinta, adik-adik tercinta, sepupu-sepupu yang samggup jadi perunding imej, jurugambar rasmi dan susun atur majlis.Alhamdulilah!Hanya Allah sahaja mampu membalasnya.

Sebenarnya terlalu banyak kejadian di belakang tabir yang tidak disangka;
  •  Servis kanopi, tak minta pun warna biru keunguan, tapi yang dihantar biru keunguan, matching!
  •  Katering- skirtingnya pun biru juga,tak pernah request juga warna biru.
  •  Perkhidmatan katering dan kanopi tak sesat ke rumah saya.Alhamdulilah!
  • Warna hantaran perak keunguan, adalah "on the spot" tanpa dirancang, hanya mengikut naluri ibu dan anak.
  • Pakaian-hasil deria keeenam sahabat baik saya, dan saya yang pertama memakainya.Dia tahu aura biru saya agak kuat..:-) Terima kasih banyak-banyak Mas.Klik kat sini untuk ke blognya.
  • Jurugambar-Gambar-gambar diambil oleh sepupu saya, Aishah yang baru sahaja tiba dari India (bakal doktor) yang tiba lebih awal di Malaysia dari rancangannya dengan kamera DSLR kesayangannya.
  • Adik saya tiada tiket balik ke rumah, namun berjaya memperolehi tiket dari satu negeri yang lain dan sampai tepat pada masanya sebelum majlis bermula.
Nota: Ops..He is my silent reader blog too..:-) Thanks for your support!

"Bila takdir mengalahi takbir.Subhanallah!"


Friday, March 4, 2011

My Broken Spec's Story...

Spek Mata En. Google

Tanpa disangka dan tanpa sebab, spek saya patah ketika mahu menunaikan Solat Zuhur.Aduh, macam mana nak balik ni, tak nampak jalan la maknanya.T.T. Mahu menghadap komputer.Lens? Sangat tidak biasa!

Tapi simboliknya di sebalik spek patah ni jelas menunjukkan apa-apa boleh jadi tanpa sebab dan tanpa di undang.

Contohnya, sebelum ini saya memakai "frame less".Memang nampak "smart".Kemudian saya tukar kepada "full frame" dengan harapan ianya lebih lasak, nampak lebis tegas dan sesuai dengan profesion saya sekarang.



Tapi, walaupun tahan lasak, tetap tahan tidak lama, ianya patah tiba-tiba, tiada kesan reput, tiada kesan retak!

Mode: Saya memandu pulang dengan spek yg patah!bersalotep sedikit.Alhamdullilah sampai ke rumah denagn selamat.Tengah berperang belajar pakai lens untuk sementara waktu ia dibaiki.

"Setiap yang hidup pasti merasai saat kematian"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...