3/18/11

Demam Stress

BY humble.yat IN 1 comment

Tersedar waktu subuh akibat mimpi-mimpi yang mengejutkan, semuanya mimpi-mimpi kerja di pejabat yang menimbun, kes-kes yang belum dapat diselesaikan, dan hakim-hakim pun  termasuk dalam mimpi saya!Seorang hakim itu dilihat dalam keadaan yang tertekan, dan seorang hakim lagi memberi semangat kepada rakan sejawatnya.



Saya mengaku dalam tempoh dua bulan sejak Februari yang lalu  telah menguji saya, untuk menggalas tanggungjawab yang berganda, mengendalikan dua "department" sekaligus, hartanah dan litigasi.Pagi ke mahkamah, petang pula bertemu muka dengan klien untuk menyediakan dokumen-dokumen perjanjian

Kebelakangan ini, sebaik sahaja memegang stereng kereta, saya berdoa begitu banyak sekali, supaya dipermudahkan segala urusan saya, dikuatkan hati saya untuk menghabiskan kerja sehingga 5.30 petang. Bagaimana saya harus memaksimumkan masa dengan meyelesaikan fail-fail di atas meja.

Dan akhirnya, pagi tadi saya ke mahkamah dalam keadaan demam, petang MC.Demam Stress!Balik rumah awal, makan ubat dan rehat.

Nota: 
1.Pernah saya berjumpa klien dengan fail paras hidung!
2.Perlu siapkan penyata saksi, isu-isu untuk dibicarakan dan untuk diputuskan (kes pecah amanah) sebelum "outstation" 2 hari  minggu depan.



1 inspirasi naluri :-):

Anonymous said...

selalu kawan2 saya pesan, jangan jadi hamba kerja