Monday, September 26, 2016

Grad NICU

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulilah, hari ni Adhwa' Zinnirah dua bulan dari tarikh dia dilahirkan.Baru sebulan bersama abi dan umi di rumah.Masa mula mula dapat pelepasan wad dari pihak hospital untuk bawa Adhwa' balik ke rumah, memang kami nervous,Abi pun tak ready lagi sampai minta umi extend pelepasan dengan pakar.Alhamdulilah, dapat juga extend, umi guna alasan abi outstation and tiada siapa yang akan uruskan discharge wad pada hari tu.Memang abi bekerja di luar daerah pun setiap hari, sebab kami PJJ di siang hari, lima hari seminggu.Malam baru bertemu. 

Room In
Pengalaman room in, Kami dikuaratin di dalam satu bilik, ada tiga katil untuk ibu-ibu, bilik berhawa dingin, dan ada bilik air dan tandas,Yang room in dengan saya, semuanya kes bayi pramatang, dan Adhwa' lah yang paling kecil sekali, masa tu berat Adhwa' 1,8 kg.Baby lain 2kg +++. Sebelah katil saya, ibu muda belasan tahun, melahirkan bayi pramatang disebabkan kemalangan, naik motosikal dan terlanggar lubang besar ketika bayinya tujuh bulan.Masa lahir 1.6 kg.Masa room in dia masih dalam pantang , 4 hari lagi nak habis katanya.Tapi tak dapat discharge sebab kena breastfeeding seminggu, makan ubat tambah susu.

Katil yang hujung, tu pangkat kakak dengan saya, baby dia baby sulung dan pramatang , 2kg++.Sebelum ini, memang saya familiar dengan baby dia, sebab katil baby Adhwa' selalu dekat dengan baby kakak tu, Dilahirkan awal pada 33 minggu dengan 2kg plus sebab pecah air ketuban.Kakak ni baru hari ke 13 pantang, kira cepat juga progress anak dia.Tak dapat keluar lagi, sebab breastfeeding and baby kena masuk incubator care semula sebab baby dia bersin nak selsema.huhu

Alhamdulilah, Adhwa diberi pelepasan awal sebab dia pandai menyusu, saya pun tak sangka dia pandai menyusu.Sebab sebelum ni, masa buat lawatan tiap tiap hari ke hospital, selalu cuba menyusukan dia, but no response, sehinggakan nurse terpaksa buka mulut Adhwa luas luas dan saya cuba susukan dia.Tips, selalu titiskan susu dengan dia, bila dia menguap je cepat cepat saya susukan dia, sebab mulut dia kecik je,sampai sekarang pun saya kena adjustkan untuk dia.Maknanya, syarat discharge dari hospital bukanlah bergantung kepada berat bayi, tetapi bergantung keapda perkembangan kesihatannya sekali.Di hospital, mereka tak mandikan Adhwa, hanya lap dengan kapas basah yang disterilkan, sebab lemak baby belum terbentuk lagi, jadi bila dimandikan, baby akan mudah selsema dan akan membahayakan kesihatannya dan akan mudah terkena jangkitan kuman.

Antara pesan doktor sebelum discharge
  • Sentiasa gunakan handsanitizer
  •  Jangan mandikan dengan air sejuk dan ketika musim hujan, dkhuatiri demam,selsema 
  • Jika kakak Aina demam, asingkan dari adhwa, begitu juga orang lain
  • Hadkan pelawat
  • Jaga kebersihan rumah
  • Jika demam,selsema terus ke wad kecemasan hospital dan jangan pergi ke klinik biasa.
  • Penjagaan yang teliti, rapi dan khas terutama enam bulan pertama.
Bersihkan rumah
Rumah dan bilik juga juga perlu dibersihkan untuk setiap inci sebab bayi pramatang a.k.a tak cukup bulam memang kena penjagaan yang sangat teliti..Nanti saya sharekan ok.Produk DETTOL pun dah jadi barangan wajib kami sekeluarga.Sebelum nak sentuh Adhwa, hand sanitizer adalah wajib!Sesiapa yang selsema,demam dan batuk, kena duduk jauh jauh sebab kuman kuman macam itu sudah cukup membahayakan mana mana bayi pramatang. Ada macam macam lagila pantang larangnya yang tidak tertulis.

Pada hari discharge wad tu, ada dugaan juga buat keluarga kami, adik bongsu saya kemalangan , pengsan dan ditahan di wad pada hari yang sama saya duduk dengan Adhwa'. Kemudian Adik saya, Zahidah pula,, tengah berkejar untuk berlepas ke Iraq bagi urusan kerjanya.Memang tak cukup nafas kami sekeluarga. Tahun ini memang tahun ujian buat keluarga kami, Tapi Insya Allah pasti ada hikmahnya.

Ujian bukan sebarang ujian tetapi ianya adalah episod perjuangan.

Doakan kami terus kuat ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...