Thursday, June 30, 2011

Cinta Itu Sentiasa Muda?


Ha, yang ini rancangan kegemaran saya setiap Khamis.Seronok sangat melihat pasangan pengacara yang begitu romantik ni.Hmm, kebetulan tajuk yang dibicarakan pada malam ini, "Cintaku Tak Kenal Usia". Mengenai rentetan pasangan wanita yang berumur berkahwin dengan lelaki muda dan vice versa.

Tapi alangkah bagusnya andai cinta kita kepada Allah itu sentiasa muda, sentiasa membara.Bila ianya membara, kita juga akan memanfaatkan masa sebaiknya kan?Akan sentiasa melakukan kebaikan.Akan sentiasa menyampaikan kebaikan demi agama tercinta.Betul tak?

Andai cinta Allah itu sentiasa muda, pasti ketenangan itu ada di mana-mana, tenaga positif itu sentiasa ada.Di sana sini, kita saling mengingatkan sesama kita tanpa rasa bimbang .

Nota:

  • Bimbang dengan gejala sosial bukan sahaja di kalangan golongan muda, bahkan yang berusia !
  • Baru sahaja membaca keterangan kes rogol bawah umur petang tadi.Astaghfirullahalazim!Makin gusar!



Wednesday, June 29, 2011

::Wordless Wednesday 2::


 

Bidadari dari Timur


Memoir Isteri Seorang Pejuang

"Kiranya Siti Muthiah menyediakan makanan buat keluarga beserta rotan jika tidak enak rasanya, aku pula cuba-cuba belajar menjadi permaisurinya yang paling cekap"

"Dengan pengorbanan ini, moga layaklah nanti aku menjadi Asma', puteri Saidina Abu Bakar as-Siddiq.Menumpang kekuatannya setelah melihat anak lelakinya Abdullah Bin Zubair terpancang di tiang salib"

~Tuan Sabariah Tuan Ishak~

Mood: Tengah nak menghabiskan buku ini, "Bidadari Dari Timur", buku pinjam ni dari ...Uhuk tersedak pula orang tu kalau saya menyebut namanya, sebab dia ni "silent reader" saya.Hehe..Mesti dia tengah tersenyum kan?

Insha Allah akan cuba menghabiskan melalui masa yang terluang dan berazam untuk mengambil nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.



Monday, June 27, 2011

Gambar itu Diari Saya




Waktu kecil dahulu, saya sangat suka membaca.Suka membaca sesebuah buku itu walaupun berkali-kali tanpa jemu, terpesona dengan bahasa-bahasa yang tercoret di atas kertas putih. Sehingga majalah yang bertulisan saya jawi, saya habiskan ketika usia seawal sembilan tahun.

Fanatik membaca ini diteruskan sehingga saya sanggup membaca buku-buku bersuluhkan lampu suluh dalam selimut ketika semua penghuni rumah tidur.Niatnya tidak mahu mengganggu tidur adik adik saya dengan silauan lampu suluh di tengah malam.

Dan sikap ini berterusan  sehingga arwah abah berkata, jika mahu menulis tentang apa-apa pun, ilhamnya adalah gambar.Letak gambar dan ceritakan semuanya.Pernah satu ketika sepanjang cuti sekolah itu saya buatkan satu buku khas untuk menulis.Saya pun tak tahu kemana menghilangnya buku itu.Tapi yang pasti saya ingat semuanya.Arwah abah ada juga mengambil gambar saya sedang menulis dan gambar adik saya yang kedua dengan lego-legonya.Itulah ilham saya untuk entri kali ini.

Gambar itu diari saya.:-)

Tapi, tak dapatlah saya nak letakkkan gambar di sini yerk:-P

Thursday, June 23, 2011

Tahniah: Mas & Wanie

Tahniah buat rakan-rakan sekolah saya, Maswati & Wani yang telah melangsungkan perkahwinan mereka masing-masing pada 30hb April 2011 dan 11hb June 2011, Alhamdulilah!

Bahagian yang paling seronok apabila bertemu sahabat-sahabat yang lain, kakak-kakak senior yang sama-sama nakal ketika kami di asrama dahulu.Hehe..:-P.Itu  bahagian yang paling menarik jika ke kenduri.Silap gaya boleh bertemu saudara baru pula di situ.Siapa yang akan menyangka di sebalik kemeriahan sesebuah majlis perkahwinan.Bukan sekadar meraikan, tetapi kita juga diraikan dengan tautan ukhuwah yang berpanjangan kan?Insha Allah.

~Mas & Halim -30hb April 2011~

~Hadiah kami kepada Mas & Halim~
Yang ini bukan karya kreatif saya tau.Tapi hasil tangan kawan baik saya , Noor, kawan seasrama yang suka membuli saya yang kecil ni.(Jangan marah saya, Noor, gurau je tau hehe) Dia pun ada blog juga khas mengenai kucingnya, Baby & Geppy.Siapa-siapa yang sukakan kucing boleh nya ke blognya yerk, BABY GEPPY.

Kawan sekolah @ Saudara , Raudhah.

Yang ni pula, kawan saya Raudhah, lama betul tak berjumpa dengannya.Tup-tup di sini kami bertemu muka. Kami juga bersaudara, tak sangka, saya hanya tahu kami bersaudara jauh ketika di sekolah menengah apabila menghadiri kenduri kahwin makcik saudara sebelah ayah.Seronok tau jumpa saudara baru ni.Memanjangkan silaturahim.:-) Still keep in touch k.Ambil gambar pun mana yang sempat je, sebab masing-masing dah sibuk dengan ank yang kecil.Teruja punya pasal, kami tetap bergambar juga tanda kenangan.Aci tak?

Alf Mabruk Wani- 11hb June 2011

Tahniah juga buat Wani dan Zauj. Semoga kalian juga dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya.Ameen. Maaf sangat tidak dapat menghadiri majlis kalian atas sebab-sebab yang tidak dielakkan. Jadi harap entri dan doa  akan jadi pengganti diri yerk.

Wednesday, June 22, 2011

Tuesday, June 21, 2011

Selamat Hari Lahir Adik Bongsuku..:-)

Wah, adik bongsu saya dah besar rupanya,  dah 17 tahun, bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini.Semoga dia berjaya dalam peperiksaan dan arena yang diceburi, Akak hanya mampu mendoakan yang terbaik dan memberikan dorongan sahaja ya.Selamat hari lahir Aizuddin!


Oh ya dia pun ada blog, klik ke sini untuk CERITERA HIDUPKU, berbakat juga tulisannya.Mantap!

Kalau nak ikutkan, terlalu banyak kenangan kami berdua untuk diingati.Mungkin satu ketika nanti saya akan ceritakan bagaimana si sulung menjaga, melayani karenah si bongsu.Huhu.Bagaimana dia cepat belajar, bagaimana dia berpuasa pada usia yan sangat awal.Oh Ya, adik kesayangan seorang ni, boleh merangkap pantun dalam masa yang singkat, mewarisi bakat arwah ayah agaknya.

Kata orang, kalau nak tengok arwah ayah, tengok lah cara dia. Memang ada gaya, dari cara jalannya, dari gaya berceritanya, dari sikapnya yang suka membantu, dari keramahannya, sikapnya yang menghormati orang tua.

Bahagian yang paling saya suka, ketika dia mengalunkan bacaan solat  dan ayat-ayat Al quran, sangat syahdu walaupun dia tidak menerima pendidikan formal bertaranum.Hanya bacaan yang biasa yang mengikut tajwid tetapi amat menyentuh hati.

Oklah, melebih-lebih pula memuji dia.Mesti dah kembang kempis dia membaca tulisan kakak sulung kesayangan dia ni kan?Hehe.

Oklah, Apa-apa akak ucapkan selamat hari lahir, semoga pengalaman yang diraih mematangkan usia dalam menempuh ujian kehidupan ok?.May Allah bless you always.:-)

Monday, June 20, 2011

HambaMu:Tegakkan Semangat Bila Runtuh

Malam ini, terasa nak layan lagu HambaMu oleh Mawi dan Akil Hayy.Lagu ini merupakan  lagu tema Imam Muda musim kedua. Rentak lagu ada rentak perjuangan.Mesej pun sangat tepat.Best juga, zaman belajar dulu, ketika mood bosan melanda, mulalah mencari-lagu yang boleh mengobarkan semangat belajar kembali.Apa kata kali ini kita layan pula lagu ni bagi membangkitkan semangat juang sebagai hambaNya..



Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

Nota: Andai tersungkur, jangan terus rebah, bahkan bangunlah walaupun kita terpaksa merangkak dahulu..:-)

Rindu 15 Kilometer & Empat Marhalah

Baru semalaman di rumah mentua, tetapi beza jarak yang hanya 15 kilometer sangat dirasai.Berhijrah  ke satu daerah keluarga yang baru.Bukan sekadar mendapat ayah dan ibu mertua, bahkan saya mendapat abang-abang dan kakak-kakak. Tapi yang saya pasti, zauj juga bergelar Tok Long .:-P (Oh kita berdua dah tua dalam masa sehari kan?)

Jarak empat marhalah?Hmm. itulah jarak mujahadah PJJ kami berdua.Insha allah, harap-harap semangat kami berdua teguh dan kuat dalam menunaikan tanggunjawab kami sebagai suami isteri, sebagai anak dan menantu, sebagai hambaNya yang masih dahagakan maghfirahNya..

Seringkali soalan ini diajukan kepada kami berdua, mungkin kategori soalan wajib agaknya, "Selepas ini apa rancangan kamu berdua, duduk bersama?", Jawab saya "Hmm, Kami PJJ", antara respons mereka yang bertanya, "Lorr..Sayanglah kalau macam tu..."

Rasa rugi ke?Entahlah, cuma saya teringat sirah-sirah zaman Rasullullah s.a.w dan para sahabatnya yang meninggalkan isteri untuk berjuang demi agama, bahkan berbulan-bulan dan  tiada alat komunikasi seperti sekarang, sms, telefon, internet, facebook?Mujahadah wanita-wanita pada zaman itu harus dicontohi oleh kita.

Mereka dahulu tidak mempunya kereta dan pengangkutan, mungkin berjalan kaki sampai kematu tapaknya dan unta sebagai peneman.

Kemudian, kenapa kita yang hidup di zaman sekarang harus lemah kan?Kita juga harus kuat seperti wanita-wanita di zaman Islam..Wallahualam.Itu hanya naluri saya..:-)

Nota: Sebenarnya jika kita menyusuri sejarah Islam, terlalu banyak yang kita boleh teladani.:-)

Thursday, June 9, 2011

Saat Allah Menemukanmu Dalam Hidupku

 


Alhamdulilah!Tiada kata yang terucap tatkala saat lafaz sakinah telah disempurnakan.Hanya titisan air mata  yang mengalir mampu menceritakan segala perasaan kami berdua pada waktu itu.1001 Kesyukuran dipanjatkan. Terima kasih buat suami tersayang kerana sudi menerima diri ini seadanya.Terima kasih kerana sudi menjadi menantu sulung buat ibunda dan "abang long" kepada adik-adik yang  banyak karenahnya.

Saat Allah Menemukanmu Dalam Hidupku




Tak sangka saya akan bertemu dengan si dia.Perkataan yang paling tepat adalah magika!Bila orang bertanya, saya tak tahu mahu bercerita dari mana. Ketika si dia menegur saya, saya baru sahaja meng"amin"kan doa ketika waktu hujan pagi untuk menentukan apa yang terbaik untuk saya, setakat mana perjalanan hidup saya. Subhanallah!

Bagaimana pertemuan kami seringkali menjadi pertanyaan rakan-rakan, saya hanya mampu menjawab, "Percaya tak kisah Hawa dicipta dari rusuk Nabi Adam, begitu jugalah pertemuan kami.Semuanya kuasa Allah".

Teringat kata-kata sepupu-sepupu saya." Macam ikan disambar helang, kita masih terkulat-kulat, tahu-tahu mereka berdua dah selamat diijabkabulkan..." Apa yang saya mampu saya katakan, itu semuanya takdir Allah!:-) 


Akhir kalam, lagu ini didekasikan buat suami tersayang dan buat kawan-kawan yang bakal memikul amanah sebagai suami..:-)



" Fitrahnya perlukanmu"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...