Monday, June 20, 2011

Rindu 15 Kilometer & Empat Marhalah

Baru semalaman di rumah mentua, tetapi beza jarak yang hanya 15 kilometer sangat dirasai.Berhijrah  ke satu daerah keluarga yang baru.Bukan sekadar mendapat ayah dan ibu mertua, bahkan saya mendapat abang-abang dan kakak-kakak. Tapi yang saya pasti, zauj juga bergelar Tok Long .:-P (Oh kita berdua dah tua dalam masa sehari kan?)

Jarak empat marhalah?Hmm. itulah jarak mujahadah PJJ kami berdua.Insha allah, harap-harap semangat kami berdua teguh dan kuat dalam menunaikan tanggunjawab kami sebagai suami isteri, sebagai anak dan menantu, sebagai hambaNya yang masih dahagakan maghfirahNya..

Seringkali soalan ini diajukan kepada kami berdua, mungkin kategori soalan wajib agaknya, "Selepas ini apa rancangan kamu berdua, duduk bersama?", Jawab saya "Hmm, Kami PJJ", antara respons mereka yang bertanya, "Lorr..Sayanglah kalau macam tu..."

Rasa rugi ke?Entahlah, cuma saya teringat sirah-sirah zaman Rasullullah s.a.w dan para sahabatnya yang meninggalkan isteri untuk berjuang demi agama, bahkan berbulan-bulan dan  tiada alat komunikasi seperti sekarang, sms, telefon, internet, facebook?Mujahadah wanita-wanita pada zaman itu harus dicontohi oleh kita.

Mereka dahulu tidak mempunya kereta dan pengangkutan, mungkin berjalan kaki sampai kematu tapaknya dan unta sebagai peneman.

Kemudian, kenapa kita yang hidup di zaman sekarang harus lemah kan?Kita juga harus kuat seperti wanita-wanita di zaman Islam..Wallahualam.Itu hanya naluri saya..:-)

Nota: Sebenarnya jika kita menyusuri sejarah Islam, terlalu banyak yang kita boleh teladani.:-)

4 comments:

epitjack said...

selamat berjuang yati...=) semoga baik-baik aja.
ohh dah dapat cek yang aku hantar as your professional charges ari tu? maaf hantar lambat..

Silent Reader :-) said...

Bukan Senang Nak Senang,
Bukan Susah Nak Susah.

Semuanya perlu mujahadah...:-)

humbleyat said...

epit:
huhu syukran3x:-)
dah dapat dah..tq...:-)
dun wori k..

humbleyat said...

silent reader yg suka tersenyun:-):
kene pasakkan semangat itu sekukuh yg mungkin:-)itu yg mencabar kan?
silap gaya senget juga semangat tu huhu T.T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...