Sunday, February 27, 2011

Mata Mahu Tidur, Tapi Perlu Siapkan Hujahan


Malam ini saya hanya ditemani dengan  mug kopi panas-panas suam, fail kes yang perlu dihujah untuk pagi Isnin nanti di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Oh!adik saya yang bongsu juga sudi temankan saya sampai pagi.Ikut hati, mahu lemah semangat.

Sedari pagi Sabtu, terlalu banyak rencana yang harus di atur, sampai di rumah pun dalam 6.30 petang setelah semua kerja-kerja luar selesai.Sampaikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Peguam Pahang juga yang bertempat di Hotel Vistana Kuantan juga tidak dapat saya hadiri.



Mungkin ada benarnya, bila seorang sahabat saya, mengatakan saya terlalu sibuk mengalahkan menteri!Dan masa saya tercabar lagi, apabila saya mula ragu-ragu untuk menghadiri sebuah majlis ilmu pada esok pagi.


Tapi, saya bernasib  baik kerana Allah memberikan kekuatan untuk melakukan semua kerja itu walaupun saya agak letih dan kesuntukan masa.Nantikan saya di majlis ilmu esok, moga saya beroleh ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi dengan kawan-kawan semua.

Teringat satu kata, lakukan kerja itu sebaik mungkin seolah-seolah kita akan mati pada esok hari.Sesungguhnya dunia itu jambatan akhirat.Kerja yang kita lakukan juga satu pelaburan pahala untuk ke sana jika disertai niat Lillahi Taala.

Dan saya juga terbaca satu kata-kata motivasi untuk terus lakukan terbaik.Moga kawan-kawan semua juga mengambil manfaatnya bersama-sama ye.

" I AM THE ONLY ONE BUT STILL I AM THE ONE
I CANNOT DO EVERYTHING BUT STILL I CAN DO SOMETHING
I WILL NOT REFUSE TO DO THE SOMETHING I CAN DO"


Allah s.w.t mendidik kita melalui masa, peristiwa dan manusia dan kita hanya melakonkan skrip yang tertulis di Luth Mahfuz.Jadi hargai kesibukan yang kita ada itu sebagai satu anugerah untuk mendapat tarbiah dariNya.:-)

Nota: Petang esok perlu ke pejabat sebentar untuk membuat persiapan sedikit untuk Hari Isnin.Sabar Hayati!


Friday, February 25, 2011

Terapi Keletihanku

Minggu ni berlalu begitu pantas sekali,sehingga keletihannya juga tidak dapat diganti dengan tidur yang lena, mimpi yang indah.Rupanya ada banyak cara untuk mendapatkan kembali tenaga-tenaga ini untuk terus berbakti selain supplemen dan minuman bertenaga.

Antara cara-caranya;

1.Iktikaf di Masjid


Kenapa masjid? kerana kawasan-kawasan masjid ada tenaga positifnya.Semua umat Islam yang datang ke masjid, berniat yang baik.secara tidak langsung aura ketenangan itu wujud untuk memulihkan tenaga kita kembali.Beriktikaflah dan solat sunat dua rakaat, pasti ada ketenangannya.

2.Zikir

Ingat tak kisah Fatimah, anak perempuan Rasulullah s.a.w, ketika meminta pembantu untuk mengisar tepung daripada baginda? Zikir ini diberikan oleh baginda bagi  menghilangkan keletihan anakandanya.Ianya bernilai lebih daripada pembantu pengisar tepung.Subhanallah!


Ada juga kawan saya mengakui kelebihan berzikir ini lebih menenangkan jiwanya.Ketika dia letih ketika waktu bekerja, dia memasang zikir ini.Dan terima kasih buat seorang sahabat yang memperkenalkan saya Istighfar dari Dai Nada ini, memang menyejukkan hati juga memberi tenaga.Jom kita dengar bersama-sama ye!


3. Pantai


Saya memang sukakan pantai.Laut yang saujana mata memandang.Bunyi ombak, pokok kelapa yang meliang liuk.Tahukah kawan-kawan, bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh alam sekeliling sebenarnya adalah zikir-zikir?Sebab itulah, bila kita berada di pantai dan seumpamanya, kita akan rasa begitu tenang sekali, kerana kita juga akan turut merasakan ion-ion positif dari zikir-zikir dari alam sekeliling.Syahdu sekali mendengar bunyi-bunyian itu.

Hmm..setakat itu sahaja yang saya terfikir setakat ni, kalau saya rasa letih dan agak tertekan sedikit, carilah saya di masjid yang di tepi pantai ye!Mesti ada :-)



Wednesday, February 23, 2011

Sabar Itu Akhirnya Berbuah



Entah kenapa saya suka mendengar lagu Tombo Ati yang dilagukan Opick itu berulang kali tanpa jemu, hajat di hati ingin cuba merealisasikan lima perkara tersebut walaupun saya tahu saya tidak punya kekuatan untuk melakukan semua itu .Saya post di dinding facebook sebagai satu perkongsian.

Seorang kawan saya rajin pula menceritakan sejarah lagu Tombo Ati , yang merupakan gubahan pendakwah terkenal di Indonesia Sunan Bonang yang menyebarkan dakwah melalui lagu. Saya difahamkan, keadaan masyarakat pada masa itu kuat dengan pengaruh Hindu, jadi beliau mula menyebarkan dakwahnya dengan memasukkan unsur Islam dalam persembahan seni.

Tapi apa yang menyentuh perasaan saya, kesabaran Sunan Kali Jaga (salah seorang dari Wali Songo), anak murid Sunan Bonang.Adakah kita mampu mempunyai kesabaran seperti itu, hendak menuntut ilmu sehingga sanggup menunggu walaupun aras Sungai Kali itu hampir ke hidungnya(betulkan saya jika silap).

Rakan saya  mengadu masalahnya, memang agak rumit, cuma apa yang saya katakan, bersabar walaupun kita nampak seperti ditindas, walaupun kita nampak seperti orang teraniaya dan lemah, serahkan semuanya pada Allah. Sampai masanya dan ketikanya, Allah s.w.t akan tunjukkan siapa yang benar siapa yang salah.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.Cuma kita tak tahu, bila kesabaran itu kan berbuah.

Tengahari itu rakan saya mengajak makan tengahari.Katanya,"Yati, Betul kata awak, kita kena banyak sabar!" Balas saya "Sabar macam Sunan Kali Jaga ke?" .Kami sama-sama ketawa sambil mengimbas kembali kisah Sunan Kali Jaga.

Kisahnya amat menakjubkan dan banyak konflik yang berlaku.Cuma apa yang saya coretkan hanya sebahagian sahaja. Kisahnya membuat saya meremang bulu roma seketika.Subhanallah, terjadi asbab-asbab yang tidak disangka.

Biasanya dia akan balik bekerja pada waktu malam, dan selalu ditinggalkan keseorangan di pejabat tanpa pengetahuannya dalam keadaan pintu pejabat yang tidak berkunci. Sangat-sangat berisiko untuk perempuan!

Cuma , pada hari kejadian, dia mengalami keletihan yang luar biasa dan memgambil keputusan untuk pulang awal.Dan esoknya, dia mendapat berita, ada seorang lelaki cuba menelek-menelek ke pejabatnya selepas waktu bekerja, cuba menanggalkan bajunya, dan pada masa itu seorang rakan sepejabatnya yang sering meninggalkannya keseorangan di pejabat melihat gelagat si lelaki misteri itu.

Padahal itu baru pertama kali rakan sepejabatnya berseorangan.Sedangkan dia yang sering ditinggalkan dan pulang hampir lewat malam setiap hari, tiada pula kejadian seperti itu.Subhanallah, sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang sabar dan yang teraniaya dan Dia tidak akan membiarkan hambaNya keseorangan.





Monday, February 21, 2011

Tanggungjawab Itu Penawar Bagi Keletihan

Sumber:Google

Walaupun hujung minggu itu hanya dua hari, saya dapat merasakan ia berlalu begitu pantas sekali.Satu perkataan. LETIH!Sehingga ada ketikanya sebaik sahaja sampai di rumah, lemparkan kunci kereta, terus terlantar di katil dan lena!Wah, nikmatnya berbaring begitu setelah seharian keluar.

Tapi, terfikir pula barang dapur yang belum dibeli.Aduh! Harus kuatkan hati dalam lawan perasaan kantuk itu dan terus ke pasar pula.Ya, bila kita fikirkan rasa tanggungjawab, perasaan letih itu harus dilawan.



Situasi begini sering berlaku pada sesiapa sahaja balik pada waktu remang-remang petang setelah bekerja seharian, akal mula letih, badan pula kepenatan, mata pula mula terpejam.Mahu menguruskan diri lagi, rumah, perut yang sedang berlagu meminta makanan.Nah, di mana kekekuatan itu wujud?Sudah tentu rasa tanggungjawab yang ada mengatasi segalanya.


"Minta kekuatan dari Yang Maha Kuat, Allah s.w.t"



Sunday, February 20, 2011

Tahniah:Pertunangan Sahabat dan Kelahiran Bayi


Setakat ini, bayi yang berselimut pink ini masih belum diberi nama.Istimewanya, dia dilahirkan pada 12hb Rabiulawal, Hari Keputeraan Rasullulullah s.a.w.Tahniah Ana , rakan sekerja saya yang menimang hero  keduanya.:-)



Tak lupa juga Tahniah dan Selamat Bertunang buat Kak Mawarni dan tunangannya.Alhamdulilah syukur sangat kerana semuanya berjalan dengan begitu lancar.Apa-apa pun saya doakan yang terbaik untuk Kak Wani. Semoga berbahagia selalu.

Gambar Solo dulu:-)

Hantaran yang cantik1

Sweet !


Friday, February 18, 2011

Sempurnakan Solatmu Seperti Rasullulah S.A.W

 Alhamdulilah, Misi Maulidur Rasul tahun ini, sempurnakan solatmu seperti Rasulullah s.a.w!Harap dapat habiskan baca buku ini.Mengandungi pendapat fuqaha yang agak terperinci daripada Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.


Antara petikan-petikan yang menarik perhatian saya, " Inilah dia satu buku rahsia solat sempurna untuk pembacaan dewasa bagi menyemak tatacara solat mereka.Buku ini tidak membidaah ini dan itu."

Sambil itu, saya ingin berkongsi satu mesej dari seorang sahabat saya mengenai pentingnya mengenali solat, renung-renungkan.

"sekiranya kamu tidak mengenal 4 perkara: 
SHARIAT,TARIKAT,HAKIKAT & MAKRIFAT,
kamu tidak mengenal 4 rahsia:
RASA, KARSA, CAHAYA & JIWA
maka kamu tidak mengenal 4 huruf:
ALIF, LAM, LAM, HA
dan sekiranya kamu tidak mengenal empat huruf ini,
kamu tidak mengenal 1 zat iaitu WAJIBUL WUJUD.
Jadi sekiranya kamu tidak mengenal kesemuanya,
kamu sebenarnya tidak mengenal 13 perkara
iaitu 13 rukun dalam SOLAT"


Semoga kita semua dapat memperbaiki cara solat yang sempurna seperti RAsullulah s.aw. dan membawa sifat solat ke dalam peribadi harian kita sama ada dari segi pakaian dan sebagainya.

Kadang kadang kita sering mendengar perkara yang berulang-ulang, dan ianya di dalam pengetahuan kita, tapi dengarlah pesanan-pesanan yang baik itu seperti baru pertama kali mendengar supaya kita sama-sama teruja untuk melakukan ibadah sebagai hambaNya.


Wednesday, February 16, 2011

Make Me Strong


I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with

Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud

That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong

Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me

This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow

You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works

I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long

Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf


Stalker: Pertahanan Jalanan

Bercerita mengenai pertahanan jalanan diri untuk wanita selain ilmu pertahanan diri.Yakin Allah s.w.t sentiasa bersama kita.

Walaubagaimana pun, ikhtiar untuk mempertahankan diri harus ada.Contohnya, "personal alarm", penyembur mata, kayu,  (mungkin tak sempat bertindak dengan pantas kerana terlalu panik), jangan melalui jalan yang sunyi , berseorangan dan balik lewat.Pastikan jalan pulang kita melalui jalan-jalan yang berlainan setiap hari jika anda mengesyaki ada yang mengintip anda.

personal alarm

Teringat juga dulu, saya pernah diajar mempertahankan diri menggunakan payung dan selendang untuk mempertahankan diri, walaubagaimana pun, mungkin dalam keadaan yang panik, kita akan lupa semua langkah-langkahnya.

Sebab itu sangat penting, sebaik sahaja kita keluar dari rumah, serahkan segalaNya pada Allah s.w.t kerana Dia adalah Pelindung yang terbaik untuk kita:-)

Nota:
Seorang sahabat akan menghadiahkan saya "personal alarm" sebagai ikhtiar berikutan kisah ini.Indahnya bersahabat apabila masing-masing saling mengambil berat,



Monday, February 14, 2011

Subhanallah! I Got A Psycho Stalker!

Parkir kereta agak jauh pada hari itu.Mula menghidupkan enjin kereta,Dan tiba-tiba terpandang satu nota kecil yang terselit di "wiper" kereta.Astagfirullahalazim!Nota tulisan tangan yang berbunyi,

"Orang dah sukses (berjaya) sekarang.Tak sombong, even dah pakai kereta.Awak kenal saya.Sekarang dah tak naik bas lagi? Call Me 019-xxxxxxx & 012-xxxxxxx. kawan lama."

Cepat-cepat saya kunci kereta, bimbang ada yang menerjah nanti.Pengirim ni lelaki ke perempuan?Ada orang nak kenakan saya ke?Bila saya minta pendapat rakan-rakan saya, mereka katakan tulisan ini milik seorang lelaki, bukan perempuan.Astaghfirullahalazim!

Saya cuba bersangka baik, mungkin kawan lama perempuan saya, yang sama-sama menunggu bas ketika saya praktikal dua tahun yang lalu.Alasannya cukup kuat, sehari sebelum itu saya bertemu, dan saya mahu menghantarnya ke terminal, tetapi dia menolak dengan baik dan mahu berjalan kaki sahaja.No telefon juga saya minta, tapi dia tak ingat nombor-nombor yang mana satu.

Rupanya sangkaan saya salah!T.T.Rasa nak tukar kereta dan pejabat aja bila jadi macam ini sebab pengirim nota ini telah mengaku sendri, dia telah memerhatikan saya sudah lama, sejak saya praktikal, iaitu dua tahun yang lalu.Ya Allah, lindungi aku dari perkara-perkara yang buruk-buruk!

Kenapa dia Psycho? Ada banyak ceritanya, sehingga saya dibantu oleh seorang pegawai bank berbangsa Cina.Sehingga saya terpaksa menunggu di tempat yang agak jauh dan risikonya, saya mungkin ketinggalan bas yang terakhir!

Ibunda saya nasihatkan, jangan keluar berseorangan ke parkir kereta, minta rakan-rakan sepejabat temankan dengan menceritakan situasi yang sebenar.Ya Allah!lindungi aku dari perkara yang buruk-buruk..Amin!



Saturday, February 12, 2011

Farewell Session Court Judges & Pahang's Lawyer


9hb Februari 2011, menghadiri jamuan makan perpisahan bersama Hakim Mahkamah Sesyen dan Timbalan Pendaftar di Hotel Shahzan Inn, Kuantan.

Dengan rakan-rakan seperjuangan

bergambar ramai2 plak

tiba-tiba saya ditarik oleh peguam senior 1 Malaysia untuk bergambar!
(nampak muka tak redi)
Pada mulanya tak beniat nak menghadiri jamuan lantaran terlalu banyak lambakan kerja di pejabat, tapi memandangkan kes-kes yang saya kendalikan hampir ke tengahari, ajakan-ajakan kawan -kawan seperjuangan, maka saya hadir di situ.Best moment with them.

Note :
Credit picture to our fellows, Mr.Larry Yeoh and Mr Kevin, a.k.a my neighbourhood in Putra Square!


Wednesday, February 9, 2011

Lima Ubat Hati Yang Resah Dan "Jauh"



Tombo Ati?Bahasa Jawa rupanya.Apa-apa pun saya suka sangat lagu ni, mengenai ubat hati itu ada lima perkara.Sejuk hati dan sangat harmoni.

  1. Baca Al-Quran dan maknanya
  2. Solat Malam
  3. Berkumpul dengan Orang Orang Soleh
  4. Banyakkan Berpuasa
  5. Zikir Malam
Teringat kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak akil baligh.Kalaulah sejak akil baligh , mengamalkan amalan sebegitu, tentu hatinya sentiasa bersih kan?Hati kita? 

Saya juga mengaguminya, bukan sekadar sejarah Sultan Muhammad Al Fateh, tetapi ingin tahu siapakah wanita di sebaliknya.Manalah tahu , boleh menjadi teladan buat wanita untuk menjadi penyokong seorang lelaki, sebagaimana Khadijah isteri Rasullulah s.a.w, dan sebagaimana kisah Asiah dan Firaun.


Monday, February 7, 2011

Esplanade Tanjung Api


Wah bercuti panjang kali ini, lepaskan perasaan pada lautan!Tapi sebelum tu kita makan ABC Cendul Pulut Campur Aiskrim  dan Rojak sebelum menerjah angin pantai.

ABC Cendul Pulut Campur Aiskrim.Panjangnya Menu ...

Rojak Ayam =)


KUALA TANJUNG API

6.00 petang di Espalande Tanjung Api

Suka sangat tengok laut, mungkin dari waktu kecil membesar dengan angin pantai.Malam-malam, angin pantai ini menjadi "air cond" kami sekeluarga, bunyi ombak itu "MP3" kami, ditambah dengan bunyi kerbau malam meragut rumput sebagai penyedap bunyi, burung hantu dan burung belatuk yang asyik menukang.Rindunya waktu itu.

Berbalik kepada tajuk, Esplanade Tanjung Api, merupakan satu tempat yang  baru di Kuantan, jangan lupa berkunjung yer, kerana kawan-kawan akan melihat perkampungan nelayan di kawasan kuala, bot-bot nelayan, dan bagi  yang berminat dalam fotografi, ini adalah tempat yang paling sesuai.Begitu juga yang minat memancing, tapi saya suka menghayati angin lautan walaupun tudung sudah berkeromot disapa angin laut.

Bot-Bot Nelayan "Live"!=)


Lagi dekat...


ada titi cantik untuk naik bot.

Bot yang kecil..



"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan."
-Al Baqarah:16-



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...