Wednesday, February 16, 2011

Stalker: Pertahanan Jalanan

Bercerita mengenai pertahanan jalanan diri untuk wanita selain ilmu pertahanan diri.Yakin Allah s.w.t sentiasa bersama kita.

Walaubagaimana pun, ikhtiar untuk mempertahankan diri harus ada.Contohnya, "personal alarm", penyembur mata, kayu,  (mungkin tak sempat bertindak dengan pantas kerana terlalu panik), jangan melalui jalan yang sunyi , berseorangan dan balik lewat.Pastikan jalan pulang kita melalui jalan-jalan yang berlainan setiap hari jika anda mengesyaki ada yang mengintip anda.

personal alarm

Teringat juga dulu, saya pernah diajar mempertahankan diri menggunakan payung dan selendang untuk mempertahankan diri, walaubagaimana pun, mungkin dalam keadaan yang panik, kita akan lupa semua langkah-langkahnya.

Sebab itu sangat penting, sebaik sahaja kita keluar dari rumah, serahkan segalaNya pada Allah s.w.t kerana Dia adalah Pelindung yang terbaik untuk kita:-)

Nota:
Seorang sahabat akan menghadiahkan saya "personal alarm" sebagai ikhtiar berikutan kisah ini.Indahnya bersahabat apabila masing-masing saling mengambil berat,



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...