7/25/10

marhaban ya ramadhan...

BY humble.yat IN No comments

Senarai yang saya hendak lakukan sepanjang ramadhan...
INSHA ALLAH...


- khatam alquran, 1 hari 1 juzuk-
bagaimana : setiap kali lepas solat sekurang-kurangnya baca 5 mukasurat. Oleh itu, dalam 5 waktu , secara automatik kita sudah menghabiskan satu juzuk. 30 hari 30 juzuk, mudah bukan?jika ada keuzuran, pastikan kita akan menghabiskan apa yang sepatutnya kita target. Kaedah-kaedah ini saya buat sewaktu menjadi AJK Ibadah Hisbah Siti Hawa, Kolej Kediaman Aisyah, UIAM, Petaling Jaya di mana saya diamanahkan untuk merancang jadual tadarus al quran sepanjang ramadhan.. alhamdulilah, ia menjadi amalan saya sehingga kini..dalam sebulan sekurang-kurangnya, kita dah khatamkan al-Quran..apa yang penting, dalam melaksanakan perkara ini ,kita harus disiplin dan "garang" terhadap diri sendiri.


- akan melaksanakan terawih secara berjemaah di masjid-masjid-
kalau boleh saya hendak menghadiri masjid yang berlainan supaya mendapatkan keberkatan di setiap seluruh sudut dunia. saya juga tidak boleh melupakan kenangan ramadhan saya bersama sahabat-sahabat seperjuangan di IIUM, Gombak . Berbuka puasa, berterawih, seronok sangat walaupun hanya dengan roti arab dan sup daging yang cukup untuk memberi tenaga untuk meneruskan terawih walaupun bacaan imam yang panjang. karenah anak-anak mahasiswi luar negara juga amat mencuit hati kami..terasa seperti berterawih di masjid seluruh dunia dengan kehadiran mahasiswa dan mahasiswi luar negara.


-berqiyamulail selagi termampu..-
macam susah je nak bangun di sepertiga malam kan? sebelum kita besahur, cuba paksa diri kita untuk berqiyamullail..kerana malam-malam ramadhan penuh keberkatan.teringat pula saya pada arwah abah yang sentiasa melakukan qiamulail di ramadan terakhirnya.. sebelum bersahur arwah pasti melakukan ibadah tersebut dan bersahur pada akhir waktu bagi mengambil kelebihan bersahur. saya sangat berharap mempunyai kekuatan sepertinya dalam menjalankan ibadah sepanjang ramadhan.dan sungguh saya adalah hamba Allah yang sangat naif!

hmm..apa lagi senarai yang saya tertinggal ye?
akan datang, saya akan coretkan keajaiban malam-malam ramadhan yang pernah kita lalui bersama-sama..;-)

~salam ramadhan~

Sebak Di Pagi HariI

BY humble.yat IN No comments


Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah . Ada masa untuk buat benda tak baiktapi tiada masa nak buat yang baik.
Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang ,jadi ibu-ibu jangan jatuhkan air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu,sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya. Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya…kira tak menangis teruk ..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandanglah selalu...Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.
Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik
**************************************************************************
Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”

Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

Doa orang yang mati makbul untuk orangyang masih hidup. Masa ni ustaz tu bagi contoh yang agak sedih sedikit . kunjungi ke pusara ibu dan kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .
Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam.
Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan. Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, sedekahkan duit sebab kita nak cari orang susah untuk sedekah dah amat susah masa sekarang and takde masa jadi
Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!
Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .
Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.
*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita
**************************************************************************************

Selalu Bergaduh Dengan Ibu

Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
Ø Antara gangguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi atau selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
Ø Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
Ø Symptom dah terkena saka
v Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
v Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
v Susah nak dapat anak, senang gugur
v Ada rasa kelibat orang lalu
v Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak berintim, bercakap sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam

Ø Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan
q Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.
q 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.
q Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan
q Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah

q Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari
q Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil

q *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø Agak Seram sedikit masa nak buat ..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia
Info dah disampaikan, marilah kita sama-sama praktikkan mana yang boleh.

7/22/10

- E.G.O.I.S-

BY humble.yat IN No comments

EGOIS...

Saya pernah berkenalan dan bersahabat dengan kawan2 yg egois sampaikan tahap kesabaran meledak…hmm…

Musibah ke tu?
pandangan sy, bersahabat dengan org yg sebegini mendatangkan pahala, sebab kita lebih bersabar… tp apakah hikmah disebalik egois..

Seorang wanita yang tidak berpendidikan tinggi, hanya setakat darjah 6, tetapi tatkala dia mula berbicara mengalahkan org yang berpendidikan apatah lagi ditambah expresi muka. Tp ianya telah ditakdirkan ALLAH sebagai jalan cerita hidupnyer..sebab? andai dia berpelajaran tinggi, berkerjaya dan berjawatan tinggi, egoisnya akan pasti bertambah….dan ALLAh sgt syangkan hamba2NYA…
sesungguhnya setiap peristiwa ada hikmahnya…dan kita harus melihat dengan mata hati..

wallahu a’lam…

Hikmah Musibah

BY humble.yat IN No comments

" Apabila ALLAH menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati, dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek."- SOLUSI isu no. 19