Sunday, July 25, 2010

marhaban ya ramadhan...

Senarai yang saya hendak lakukan sepanjang ramadhan...
INSHA ALLAH...


- khatam alquran, 1 hari 1 juzuk-
bagaimana : setiap kali lepas solat sekurang-kurangnya baca 5 mukasurat. Oleh itu, dalam 5 waktu , secara automatik kita sudah menghabiskan satu juzuk. 30 hari 30 juzuk, mudah bukan?jika ada keuzuran, pastikan kita akan menghabiskan apa yang sepatutnya kita target. Kaedah-kaedah ini saya buat sewaktu menjadi AJK Ibadah Hisbah Siti Hawa, Kolej Kediaman Aisyah, UIAM, Petaling Jaya di mana saya diamanahkan untuk merancang jadual tadarus al quran sepanjang ramadhan.. alhamdulilah, ia menjadi amalan saya sehingga kini..dalam sebulan sekurang-kurangnya, kita dah khatamkan al-Quran..apa yang penting, dalam melaksanakan perkara ini ,kita harus disiplin dan "garang" terhadap diri sendiri.


- akan melaksanakan terawih secara berjemaah di masjid-masjid-
kalau boleh saya hendak menghadiri masjid yang berlainan supaya mendapatkan keberkatan di setiap seluruh sudut dunia. saya juga tidak boleh melupakan kenangan ramadhan saya bersama sahabat-sahabat seperjuangan di IIUM, Gombak . Berbuka puasa, berterawih, seronok sangat walaupun hanya dengan roti arab dan sup daging yang cukup untuk memberi tenaga untuk meneruskan terawih walaupun bacaan imam yang panjang. karenah anak-anak mahasiswi luar negara juga amat mencuit hati kami..terasa seperti berterawih di masjid seluruh dunia dengan kehadiran mahasiswa dan mahasiswi luar negara.


-berqiyamulail selagi termampu..-
macam susah je nak bangun di sepertiga malam kan? sebelum kita besahur, cuba paksa diri kita untuk berqiyamullail..kerana malam-malam ramadhan penuh keberkatan.teringat pula saya pada arwah abah yang sentiasa melakukan qiamulail di ramadan terakhirnya.. sebelum bersahur arwah pasti melakukan ibadah tersebut dan bersahur pada akhir waktu bagi mengambil kelebihan bersahur. saya sangat berharap mempunyai kekuatan sepertinya dalam menjalankan ibadah sepanjang ramadhan.dan sungguh saya adalah hamba Allah yang sangat naif!

hmm..apa lagi senarai yang saya tertinggal ye?
akan datang, saya akan coretkan keajaiban malam-malam ramadhan yang pernah kita lalui bersama-sama..;-)

~salam ramadhan~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...