Tuesday, August 28, 2012

Alhamdulilah , Aina Shafiyah Dah Sihat!

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulilah, Aina dah sihat!:-)

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi .Setelah Aina melalui 20 hari , dan pelbagai ikhtiar yang dilakukan untuk merawat prolonged jaundice@jaundis susu ibu, akhirnya hari ini Aina sudah bebas dari jaundice.

Bila terkenangkan bagaimana kami sekeluarga berikhtiar dari kekerapan penyusuan susu ibu, manakala abinya pula meredah ladang kambing dan Felda bagi mencari penawar buat Aina Shafiyah, ibunda tercinta pula setia menemani tika Aina menangis di malam hari ketika , ayah dan ibu mertua mencari daun-daun buat mandian.Segalanya penuh usaha dan tawakkal.

Apa yang menyeronokkan saya, lahirnya Aina ketika 10 malam terakhir.Ketika semua umat Islam memburu Lailatul Qadar, ketika saya tidak dapat menunaikan solat terawih, abinya pula sudah berterawih sendiri di rumah berbanding berjemaah di surau, kami diberi peluang untuk berjaga malam menjaga si kecil.Mata kami sudah bagaikan mata panda!Aina Syafiyah tidur, cepat-cepat kami tidur!:-)

Kalau dulu, tidur sepanjang malam pun rasa tidak cukup, sekarang tidur 15-30 minit pun dah rasa berbaloi-baloi.:-)

Setakat ini, Aina Shafiyah memang kuat menyusu.:-)Semoga semangat itu terus ada sepanjang dua tahun kelak.

Hmm..Nama Aina Syafiyah pun simbolik rentetan dari kelahirannya.Semoga Aina Syafiyah bukan sahaja menjadi permata dan penawar kami sekeluarga, malahan untuk semua umat.Ameen!

Jadi orang yang kuat semangat ye Aina..:-), sebagaimana doktor-doktor pakar menyelamatkan kamu ketika lahirnya kamu, kamu juga harus begitu bila sudah dewasa nanti..:-)




Sunday, August 12, 2012

Lahirnya Permata Sulung Kami:-)

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.




 Alhamdulilah, sudah selamat melahirkan puteri sulung kami.
Aina Syafiyah Binti Muzafar
8.8.2012/20 Ramadhan 1433H
8.30 malam.
 Doakan kami ye..

Lahirnya penuh perjuangan.
Semoga menjadi penawar hati kami.
:-)

Tuesday, August 7, 2012

A Gift To My Lovely Mother: Pen Digital Al Quran

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sumber Gambar: sini :-)
Salam Nuzul Quran buat semua.Semoga kita lebih menghayati Al Quran sempena bulan yang penuh barakah.Sempena Nuzul Al Quran, dan seperti yang saya pernah sebut dalam entri ini, akhirnya saya dapat menghadiahkan Pen Digital Al Quran buat emak tercinta yang sentiasa membantu dan menyokong saya.

Sumber Gambar : Toko D'Aqisha
Saya beli di sini.Toko D'Aqisha, model M900A yang berjumlah RM190.00.Seharian saya menggoogle apakah model terbaik bagi produk pen digital Al Quran.

Ciri-ciri model pen digital Al Quran yang saya suka, ada kelulusan KDN dan JAKIM, jaminan satu tahun dan yang penting ianya adalah model terbaru di pasaran yang menggantikan model M900. Tapi promosi Al Quran ini hanya promosi Ramadhan sahaja.

Mengikut apa yang saya survey, harga pasaran adalah RM250-RM300.Dan saya rasa pembelian ini berbaloi hanya dengan harga RM190.00.

Info Mengenai Al Quran Pen Digital – M900A

1) Kitab Al Quran yang lengkap 114 surah / 30 juzuk
2) Penggunaan yang mudah, tekan butang ‘START’ dan letakkan pen tersebut di mana-mana ayat atau surah, maka pen ini akan membacanya.
3) Butang ‘REPEAT’ untuk mengulang-ulang bacaan ayat.
4) Boleh mengubah bacaan Qari.
5) Terdapat ENAM Qari terkenal yang boleh dipilih.
6) Terjemahan Al Quran - Pen ini juga boleh menukar bahasa dengan cara menekan butang "translate". Bahasa Melayu dan Inggeris
7) Fungsi butang ‘MP3’ untuk memainkan irama-irama nasyid, nama-nama Allah, Talbiah dan sebagainya yang boleh di download dari komputer ke dalam Pen Digital.
8) Terdapat juga butang untuk memperlahankan atau menguatkan suara.
9) Muqaddam untuk pembelajaran anak-anak. Letakkan pen pada huruf, maka pen akan menyebut huruf dan membaca serta boleh diulang-ulang
10) Pen Digital boleh disambungkan kepada pembesar suara supaya dapat mendengar dengan lebih kuat atau boleh juga disambungkan terus ke pembesar suara masjid atau surau tanpa memerlukan DVD/CD atau TAPE.
11) Pen juga boleh disambung kepada earphone telinga untuk mendengar sendiri tanpa gangguan orang lain.


Kebaikan memiliki AL-QURAN PEN DIGITAL

1. Meningkatkan mutu bacaan Al-Quran.
2. Menghafal Al-Quran. (Terjemahan dalam bahasa Melayu/Inggeris)
4. Membantu menyempurnakan ibadah.
5. Menambah keyakinan apabila membaca al-Quran.
6. Membantu melancarkan bacaan al-Quran.
7. Sesuai untuk semua golongan.
8. Amat sesuai dijadikan hadiah yang sangat bermakna buat orang yang dikasihi.
9. Hantaran Perkahwinan
10. Cenderahati perpisahan
11. Sumbangan kepada Masjid/Madrasah
12. Sedekah (pemberian seorang anak kepada ibu bapa)
13. Mudah digunakan & senang dibawa.

Kalau Berminat untuk memiliki Pen Digital Al Quran, bolehlah beli di sini ya, Toko D'Aqisha sempena promosi Ramadhan.

Salam Nuzul Quran,Lailatul Qadar buat semua.

Nota Naluri: 

Alhamdulilah, saya masih berpeluang untuk menghayati hari Nuzul Al Quran (sepatutnya due date si kecil pada hari ini, tapi dapat extra EDD sehingga hujng minggu ini). 

Doakan yang baik-baik ye untuk saya.

Mode: Tawakal


Friday, August 3, 2012

Ihya Ramadhan, Cinta High Class & Due Date

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Pejam celik pejam celik, dah masuk pertengahan bulan Ramadhan.Sekejap aje kan? Cerita bulan Ramadhan kali ini buat saya agak suspen sedikit sebab penuh dengan drama si kecil dalam perut ni.He2.Tapi, saya fokuskan juga untuk berpuasa selagi masih berkemampuan dan ada kekuatan.Cuma saya tidak berpeluang berterawih berjemaah sahaja.

Alhamdulilah, saya cuba mempertingkatkan untuk menghabiskan Al Quran, selagi masih boleh bersembahyang.Kelak nanti, saya tidak punya waktu untuk membaca Al-Quran jika selepas ini saya dalam tempoh berpantang.Waktu yang lebih panjang dari tempoh biasa. :-(

Rasa bersyukur sangat-sangat kerana due date saya jatuh di bulan Ramadhan.Sebab dapat merasai suasana dan semangat Ramadhan.Alhamdulilah!Kiranya, Insha Allah saya tidak alpa ketika berpantang nanti dan akan sentiasa mendengar bacaan Al Quran dari media, surau, masjid dan ahli keluarga yang sentiasa menghidupkan bulan Ramadan

Terfikir juga cara alternatif bagaimana mahu melakukan ibadah lain ketika berpantang selain berzikir ketika itu?Hmm..mungkin mendengar audio bacaan Al Quran setiap hari dan masanya harus disiplin dan konsisten. Atau ada idea lain yang lagi best tak?:-)

Magic Statement Di Bulan Ramadhan

Membelek Majalah Anis bulan ini, membuatkan saya kagum dengan cara Ihya Ramadhan oleh pasangan Ustazah Fatimah Syarha dan suaminya yang menggunakan magic statement semenjak bulan Rejab lagi.Berkali-kali saya membacanya.

Magic Statement yang mereka gunakan pada kali ini "30 hari Ramadhan,bacaan 30 juzuk Al Quran,hafazan 30 helai".Kiranya mereka sama-sama punya target untuk menghidupkan Ramadhan.Bagaimana pula dengan kita, target seorang dirikah, ataupun beramai-ramai atau saling mengingati sesama kita?Jangan pula kita hanya sekadar mengingati sahaja, yang penting lakukan yang terbaik.

Beli jangan tak  beli.:-)

Hmm..kisah mereka membuat saya terfikir, kadang-kadang bukan sekadar saling mengingati sesama sendiri dalam menghidupkan Ramadhan, bahkan perlu lebih dari itu, kerjasama dalam menghidupkan Ramadhan dan sama-sama fokus, barulah kita sama-sama mendapat cinta "High Class" kan? (lepas ini nak cari buku Cinta High Class lah, ada tak orang nak bagi sebagai hadiah?hehe:-P-mode berangan)

Next Book for collection :-)

Nota Naluri:

Hari ini pertemuan dengan doktor di klinik buat kali terakhir jika masih belum bersalin.Agaknya si kecil nak  keluar Hari Nuzul Quran ke?Janji kamu sihat k.Ameen!Semoga segalanya dipermudahkan.:-)


Thursday, August 2, 2012

Kempunan Triffle :-)

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Dah buat Triffle lama dah.Baru berpeluang nak upload kat sini sementara ilham "Naluri Kehidupanku" tak menjelma lagi.Percubaan pertama, silap sebab ikut resepi secara mutlak dan memandai "adjust" sendiri, jeli agak keras sikit.Pengajarannya, ikut aje panduan yang ada ya.

Al kisah nya mimpi nak buat triffles ni, sebab dah seminggu mengadap gambar triffles.Rasa macam sejuk aje bila lalu kat anak tekak ni.Cari-cari kat kedai tak jumpa.Alamatnya cari resipi buat sendiri.Sampai terbayang-bayang sepanjang minggu tu.Oh Triffles!

Tapi jangan risau, ikut sahaja resepi di bawah ini, dan jangan memandai tambah itu dan ini.Nanti jadi macam saya.hehe.

Bahan-bahan
1 Bungkus kek gulung (perisa mengikut citarasa)- saya pilih swiss roll coklat!
1 kotak agar-agar segera perisa strawberi (3 sudu makan)
1 cawan air
1 tin buah-buahan koktel
2 sudu makan tepung kastad
1/2 cawan gula halus
3 cawan susu segar

Cara Membuat
  1. Campurkan tepung kastad, gula dan susu segar.
  2. Masakkan sehingga mendidih.Kemudian ketepikan.
  3. Potongkan kek gulung dan susun dalam bekas.
  4. Kemudian ambil sedikit jus buah-buahan koktel dan tuangkan ke atas kek tadi
  5. Tuangkan kastard di atas permukaan kek sehingga rata.
  6. Taburkan buah-buahan di atas kastard.
  7. Masakkan agar-agar segera dengan secawan air sehingga mendidih dan tuangkan di atas buah-buahan koktel tadi.
  8. Masukkan ke dalam peti sejuk dan sedia di hidangkan.
Sumber: Buku 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza :-)

Cuba, jangan tak cuba.Mudah dan cepat!:-)


Wednesday, August 1, 2012

Workaholic kah Saya?

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Ikut hati, selagi masih belum sakit-sakit, saya mahu pergi kerja. 
Saya tak kisah langsung turun naik tangga, berulang alik mengambil dokumen dari bilik ke luar bilik, memandu kereta berseorangan. Workaholic kah saya?

Tetapi bila fikir tentang kerja, kerja memang tak pernah habis.Non-Stop. 
Apatah lagi , kaki saya yang pendek tidak mampu menekan pedal minyak dan brek.Seat belt yang dipakai mula membuat perut saya rasa senak dan tidak selesa ketika dan selepas memandu.

Tetapi sejak peristiwa ini, zauji dan ibunda tercinta, meminta saya bercuti awal, iaitu dua minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin.Kata mereka risau.


Tetapi apa yang membuat saya mempertimbangkan kembali, kata-kata ini;

"Masa inilah masa untuk menenangkan diri, mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.Soal bersalin soal bertarung nyawa, sepatutnya lagi harus kita mendekatiNYA"

"Masa inilah untuk mengumpulkan kekuatan jiwa..."

Hmm..teringat saya ketika bermalam di wad, ya, saya banyak termenung, memikirkan perjuangan ibu-ibu yang melahirkan anak.Sukar sekali digambarkan kerutan sakit-sakit mereka.

Apakah persediaan yang saya ada ketika itu?
Sesungguhnya Allah yang lebih tahu....

Jadi saya ambil keputusan untuk bercuti awal, mengkhatamkan Al Quran selagi masih ada masa, mempergiatkan membaca surah-surah amalan dan setiap masa tidak putus untuk berdoa supaya dipermudahkan segala urusan.

Dan saya mahu workaholic dari segi lain pula bukan sahaja dari workaholic dunia.

Ya Allah, semoga cuti ini membawa ribuan rahmat !Ameen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...