8/1/12

Workaholic kah Saya?

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Ikut hati, selagi masih belum sakit-sakit, saya mahu pergi kerja. 
Saya tak kisah langsung turun naik tangga, berulang alik mengambil dokumen dari bilik ke luar bilik, memandu kereta berseorangan. Workaholic kah saya?

Tetapi bila fikir tentang kerja, kerja memang tak pernah habis.Non-Stop. 
Apatah lagi , kaki saya yang pendek tidak mampu menekan pedal minyak dan brek.Seat belt yang dipakai mula membuat perut saya rasa senak dan tidak selesa ketika dan selepas memandu.

Tetapi sejak peristiwa ini, zauji dan ibunda tercinta, meminta saya bercuti awal, iaitu dua minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin.Kata mereka risau.


Tetapi apa yang membuat saya mempertimbangkan kembali, kata-kata ini;

"Masa inilah masa untuk menenangkan diri, mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.Soal bersalin soal bertarung nyawa, sepatutnya lagi harus kita mendekatiNYA"

"Masa inilah untuk mengumpulkan kekuatan jiwa..."

Hmm..teringat saya ketika bermalam di wad, ya, saya banyak termenung, memikirkan perjuangan ibu-ibu yang melahirkan anak.Sukar sekali digambarkan kerutan sakit-sakit mereka.

Apakah persediaan yang saya ada ketika itu?
Sesungguhnya Allah yang lebih tahu....

Jadi saya ambil keputusan untuk bercuti awal, mengkhatamkan Al Quran selagi masih ada masa, mempergiatkan membaca surah-surah amalan dan setiap masa tidak putus untuk berdoa supaya dipermudahkan segala urusan.

Dan saya mahu workaholic dari segi lain pula bukan sahaja dari workaholic dunia.

Ya Allah, semoga cuti ini membawa ribuan rahmat !Ameen!

0 inspirasi naluri :-):