Tuesday, August 28, 2012

Alhamdulilah , Aina Shafiyah Dah Sihat!

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulilah, Aina dah sihat!:-)

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi .Setelah Aina melalui 20 hari , dan pelbagai ikhtiar yang dilakukan untuk merawat prolonged jaundice@jaundis susu ibu, akhirnya hari ini Aina sudah bebas dari jaundice.

Bila terkenangkan bagaimana kami sekeluarga berikhtiar dari kekerapan penyusuan susu ibu, manakala abinya pula meredah ladang kambing dan Felda bagi mencari penawar buat Aina Shafiyah, ibunda tercinta pula setia menemani tika Aina menangis di malam hari ketika , ayah dan ibu mertua mencari daun-daun buat mandian.Segalanya penuh usaha dan tawakkal.

Apa yang menyeronokkan saya, lahirnya Aina ketika 10 malam terakhir.Ketika semua umat Islam memburu Lailatul Qadar, ketika saya tidak dapat menunaikan solat terawih, abinya pula sudah berterawih sendiri di rumah berbanding berjemaah di surau, kami diberi peluang untuk berjaga malam menjaga si kecil.Mata kami sudah bagaikan mata panda!Aina Syafiyah tidur, cepat-cepat kami tidur!:-)

Kalau dulu, tidur sepanjang malam pun rasa tidak cukup, sekarang tidur 15-30 minit pun dah rasa berbaloi-baloi.:-)

Setakat ini, Aina Shafiyah memang kuat menyusu.:-)Semoga semangat itu terus ada sepanjang dua tahun kelak.

Hmm..Nama Aina Syafiyah pun simbolik rentetan dari kelahirannya.Semoga Aina Syafiyah bukan sahaja menjadi permata dan penawar kami sekeluarga, malahan untuk semua umat.Ameen!

Jadi orang yang kuat semangat ye Aina..:-), sebagaimana doktor-doktor pakar menyelamatkan kamu ketika lahirnya kamu, kamu juga harus begitu bila sudah dewasa nanti..:-)




2 comments:

izfanora said...

subhanallah.. aina... :)

yati, terasa cemburu pula tengok gambar baby aina.. terdetik di hati nk juga baby.. semoga aina baik-baik saja..

Hayati A.G said...

hehe..janganlah mcm tu..
yg pentiing izfa jaga kesihatan diri baik2 tau..

nampak gaye blog ni akan penuh gambar aina nanti..memang mood blog mak mak :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...