Friday, August 23, 2013

Sabar: Parking Malay Town (Kuantan) Jem!

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


[kredit]
Mm..pejabat saya ni beroperasi di Malay Town.Dulu, masa mula-mula pindah di sini dalam 2010, tempat parking kereta pun percuma, sebab Majlis Perbandaran ttidak menetapkan lagi no petaknya.Jadi tiada masalah tempat parking kereta.Malah, boleh pilih lagi nak parking kereta tempat teduh atau tidak.Ha..nampak tak keselesaannya di situ?Balik dari tempat kerja pun, kereta sejuk. Takdelah masalah berwap-wap panas dalam kereta kan, lepas tu laju je tekan suis aircond no 3-4.Huhu

Tetapi keadaan sekarang ni berbeza.Kalau balik dari mahkamah atau pejabat tanah atau dari jumpa klien atau urusan di luar, kemudian balik  nak cari parking kat pejabat.Masa tu,kena banyak SABAR!ada orang sabarnya terhad kepada dua pusingan, kemudian hangin. Ada tu baru habis satu pusingan pun dah start panas-panas.

Saya dulu begitu juga, tetapi bila dah biasa dengan keadaan macam tu, saya dah jadi lali, sabar saya dalam nilai sekurang-kurangnya lima pusingan.Kadang-kadang ,terfikir, adakah kesabaran kita hanya setakat lima pusingan itu sahaja?Terasa sikit sangat sifat kesabaran itu kan?

Dan hari ini, saya pusing dalam 6-7 kali pusingan, sampai saya buat double parking tepi ofis dan termenung!Termenung sebab tak dapat parking..huhu...kalau di mekah tawaf tujuh kali, dah haji dah.Saya pula jadi "Hajjah Malay Town" hehe

Tetapi dalam termenung tu, dalam satu minit tu, wah ada kereta mewah nak keluar parking!Syukurnya..dahlah dekat dengan pejabat, teduh pula kan..Peluang jangan dilepaskan.Rezeki jangan ditolak.

Maka, renung-renungkanlah tentang sifat kesabaran yang ada pada kita.Tentang bagaimana mahu tetapkan kesabaran tersebut walaupun dalam mencari parking kereta.

Kisah sabar dalam mencari parking ini, boleh dikiaskan dengan nilai kehidupan kita, sama ada kita mahu terus berusaha atau tidak.Sama ada "memilih" dalam mencari tempat parking, "side parking" atau parking tegak.Semuanya tentang pilihan dan peluang.Kita jua yang memilihnya.Nah fikir-fikirkan..

Wallahualam.

Nota Naluri:
Kereta mewah yang keluar parking tadi adalah kedudukan yang berprestij, tapi tiba masanya ia akan berundur jua, maka digantikan dengan kereta baru bukan mewah (umpama orang muda yang baru mengisi ruang yang ada).:-)

Thursday, August 22, 2013

Bismillah dalam Kerja

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Sudah menjadi kebiasaan saya untuk memulakan hari dengan bacaan Bismillah, surah-surah amalan supaya dipermudahkan segala urusan sepanjang hari.Maklumlah, kerja di bidang guaman ini macam-macam karenahnya.Ha, orang yang tak berpenyakit darah tinggi pun boleh jadi darah tinggi tau.Jadi, sikap tenang sahaja pengubat jiwa jika ada masalah yang berlaku.

Begitu juga tatkala melangkah keluar untuk memandu, Insha Allah doa naik kenderaan, dan sifat tawakal tetap jitu, semoga Allah permudahkan perjalanan pada hari berkenaan.Andai ada berlaku perkara yang tidak diingini, semoga Allah dapat membantu saat itu.kerana Dialah yang berkuasa atas segalanya.Dialah yang menggerakkan tangan kita untuk mengawal stereng, sifat peka memandu, menjaga penglihatan kita ketika memandu.Sebab itu, perasaan memandu itu, iaitu serahkan diri kepadaNya adalah satu elemen yang penting buat saya.Bukan sekadar doa yang dilafaz semata-mata.

Kaitannya;

Sepanjang pengalaman saya bekerja, berdepan dengan pelbagai karenah anak guam,masayarakat dari orang susah sehingga ke orang yang berjawatan tinggi, apa yang saya lihat , kes itu akan selesai dengan mudah tanpa apa-apa aral jika niat mereka baik, ikhlas dan sabar.

Tetapi, jika yang datang tu, dari awal dah ada masalah, marah-marah, kurang rasa hormat,pasti ada aral dalam penyelesainnya kes nya.PASTI.

Saya terfikir kenapa selalu sangat terjadi perkara sebegitu,Orang baik-baik dan ikhlas, perkaranya mudah diselesaikan.Tetapi yang sebaliknya, sukar untuk diselesaikan, bahkan ada aral pula.

Jadinya, saya hanya buat kesimpulan, jika kita bersikap baik, hormat dan ikhlas, pasti Allah jua yang menolongnya jika sebaliknya, itu tanda Allah sayang pada mereka, sebab itu didatangkan aral dalam prosedur mereka.Walllahualam.

Hendak dijadikan satu cerita, ada anakguam yang muda, datang bersama-sama emaknya.Ketika nak menandatangani dokumen perjanjian pun, emaknya mengingatkan anaknya supaya baca Bismillah sebelum tandatangan.Tahu tak apa yang anaknya buat?

Dengan lafaz agak dalam dan ikhlas " Bismillahirahmanirahim, semoga Allah permudahkan urusan kami..." Bukan sekali sahaja, malah setiap tempat yang ditandatanganinya..Banyak!Setiap mukasurat 3 set perjanjian!Tanpa jemu di melafazkannya.

Dan saya memang terkesan dengan perbuatannya.Sebab bila saya mengendalikan failnya, saya juga terikut-ikut habit anakguam tadi.Alhamdulilah,,semoga dipermudahkan urusan.Kan dah banyak doa untuk kes dia kan?

Alangkah bagusnya kalau lah setiap orang ada sikap sebegini.Mudahkan semua urusan.Banyak doa yang akan terpateri.Malah bertambah sikap mahmudah yang ada.

Wallahualam.

Nota Naluri:
Sikap saling ingat mengingati sangat penting dalam hidup sebab itu yang akan menjadikan hidup kita lebih sempurna. :-)

Thursday, August 15, 2013

Aidilfitri 2013

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Salam Aidilfitri semua.
Semoga amalan-amalan di bulan Ramadhan dikekalkan sehingga sekarang..
Raikan syawal dengan kemenangan dan istiqamah kita.
Huhu Rindu Ramadhan....

Meriah walaupun kami adik beradik je yang ada..:-)
Gambar-gambar ni ambil dari FB/IG adik-adik.Rajin diaorang nak edit-edit gambar.Kakaknya pun cilok je.Sekadar mengabadikan kenangan Aidilfitri di sini.Aci tak?

Seronok juga beraya kali ini, sebab ahun lepas kan berpantang.Jadi tahun ni dapat bakar sate, rebus ketupat ,rendang daging kerbau, solat raya dengan Aina sekali di Masjid Tanjung Api..Ada juga rasa duduk di kampung (walaupun tak balik kampung tahun ni) sambil rasa angin pagi di pantai hehe.Terima kasih semua sebab sudi melayan permintaan hoho :-P



Bermulanya Syawal, bermula juga perjuangan kita untuk terus menjadi hambaNya yang bertaqwa.Bukan sekadar di bulan Ramadhan sahaja tau.


Monday, August 5, 2013

Kasih Abah, Ayah, Abi & So On...

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.
 
Hadir ke Mahkamah Tinggi bagi kes kebankrapan..lebih kurang 18 kes pada hari tersebut.Fuh, penat nak selesaikan satu persatu.Ada pula penghutang penghakiman yang datang bersama-sama anak kecil lelaki dan perempuannya.Si ibu tidak pula saya nampak.Mereka riang berlari berlari di koridor mahkamah tinggi di hadapan bilik bicara.

Si ayah datang berjumpa saya;

" Hari ini kes saya untuk apa ye puan?"
"Maaf encik, hari ni kami memohon perintah bankrap terhadap encik. Encik ada buat perbincangan  dengan bank?Sama ada resechedule pembayaran atau macam mana ke.."

"Oh...Saya dah cuba buat reschedule..bertahan hampir dua tahun aje, lepas itu saya tak mampu dah.."

"Kalau macam tu, perintah bankrap dapat hari ini, nanti encik boleh bincang dengan Insolvensi tentang cara pembayaran yang paling encik mampu, dalam satu sesi perjumpaan yang akan ditetapkan nanti.Tentang siasatan pendapatan, perbelanjaan dan tanggungan hutang..."

"Agak-agak boleh tak saya merayu pada hakim.."

"Terpulang..Semua atas budi biacara mahkamah k..tetapi saya tetap dengan arahan anakguam saya untuk teruskan kebankrapan ye.."

Serius saya tak sampai hati nak cakap macam tu, apatah lagi, bila melihat dia  dikelilingi anak-anaknya yang masih belum mengerti apa-apa.Gembira sekali mereka berlari membuat pusingan.huhu..Si ayah nampak begitu menyayangi anak-anaknya.Penuh kasih sayang.

kredit to instagram adik hehe..

Adeh!Tetiba teringat arwah abah dan saya, seronoknya kalau dia ada lagi.Pasti dia akan menyayangi Aina.Sekarang ni pula Aina pandai sebut Abah.Atau dia nampak arwah tok abah?T.T

Membesar tanpa ayah bukan suatu perkara yang mudah bagi kami.Dan kalau boleh saya mahu semua anak-anak membesar dengan kasih ayah.Melihat kejayaan yang tercipta.

Tapi, bak pesanan zauji, kita mesti redha dan ikhlas atas apa yang terjadi..Jangan bayangkan yang macam itu dan yang macam ini.Bila kita bayangkan begitu, seolah kita tak redha dengan takdir Allah swt.Sedangkan dalam rukun iman, perlu percaya pada qada' dan qadar.Kalau goyah salah satu, ha, fikir-fikirkan bagaimana status iman kita..Huhu..

Cara yang terbaik. sentiasalah berbuat kebaikan, menyumbangkan amalan baik kepada mereka yang telah pergi secara terus menerus.Sedekah Al fatihah supaya mereka sentiasa tenang di sana..Ameen!

Nota Naluri:
Esok je kerja, pastu cuti seminggu..Blog pun mesti bersawang seminggu :-P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...