Thursday, August 22, 2013

Bismillah dalam Kerja

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Sudah menjadi kebiasaan saya untuk memulakan hari dengan bacaan Bismillah, surah-surah amalan supaya dipermudahkan segala urusan sepanjang hari.Maklumlah, kerja di bidang guaman ini macam-macam karenahnya.Ha, orang yang tak berpenyakit darah tinggi pun boleh jadi darah tinggi tau.Jadi, sikap tenang sahaja pengubat jiwa jika ada masalah yang berlaku.

Begitu juga tatkala melangkah keluar untuk memandu, Insha Allah doa naik kenderaan, dan sifat tawakal tetap jitu, semoga Allah permudahkan perjalanan pada hari berkenaan.Andai ada berlaku perkara yang tidak diingini, semoga Allah dapat membantu saat itu.kerana Dialah yang berkuasa atas segalanya.Dialah yang menggerakkan tangan kita untuk mengawal stereng, sifat peka memandu, menjaga penglihatan kita ketika memandu.Sebab itu, perasaan memandu itu, iaitu serahkan diri kepadaNya adalah satu elemen yang penting buat saya.Bukan sekadar doa yang dilafaz semata-mata.

Kaitannya;

Sepanjang pengalaman saya bekerja, berdepan dengan pelbagai karenah anak guam,masayarakat dari orang susah sehingga ke orang yang berjawatan tinggi, apa yang saya lihat , kes itu akan selesai dengan mudah tanpa apa-apa aral jika niat mereka baik, ikhlas dan sabar.

Tetapi, jika yang datang tu, dari awal dah ada masalah, marah-marah, kurang rasa hormat,pasti ada aral dalam penyelesainnya kes nya.PASTI.

Saya terfikir kenapa selalu sangat terjadi perkara sebegitu,Orang baik-baik dan ikhlas, perkaranya mudah diselesaikan.Tetapi yang sebaliknya, sukar untuk diselesaikan, bahkan ada aral pula.

Jadinya, saya hanya buat kesimpulan, jika kita bersikap baik, hormat dan ikhlas, pasti Allah jua yang menolongnya jika sebaliknya, itu tanda Allah sayang pada mereka, sebab itu didatangkan aral dalam prosedur mereka.Walllahualam.

Hendak dijadikan satu cerita, ada anakguam yang muda, datang bersama-sama emaknya.Ketika nak menandatangani dokumen perjanjian pun, emaknya mengingatkan anaknya supaya baca Bismillah sebelum tandatangan.Tahu tak apa yang anaknya buat?

Dengan lafaz agak dalam dan ikhlas " Bismillahirahmanirahim, semoga Allah permudahkan urusan kami..." Bukan sekali sahaja, malah setiap tempat yang ditandatanganinya..Banyak!Setiap mukasurat 3 set perjanjian!Tanpa jemu di melafazkannya.

Dan saya memang terkesan dengan perbuatannya.Sebab bila saya mengendalikan failnya, saya juga terikut-ikut habit anakguam tadi.Alhamdulilah,,semoga dipermudahkan urusan.Kan dah banyak doa untuk kes dia kan?

Alangkah bagusnya kalau lah setiap orang ada sikap sebegini.Mudahkan semua urusan.Banyak doa yang akan terpateri.Malah bertambah sikap mahmudah yang ada.

Wallahualam.

Nota Naluri:
Sikap saling ingat mengingati sangat penting dalam hidup sebab itu yang akan menjadikan hidup kita lebih sempurna. :-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...