Showing posts with label BICARA BONDA. Show all posts
Showing posts with label BICARA BONDA. Show all posts

3/12/13

Bahagian 2: Didikan itu masih belum sempurna

BY humble.yat IN , , , 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Saya ada cita-cita untuk mengenalkan huruf hijaiyah dan 30 surah lazim buat permata hati kami, Aina Syafiyah berbanding ABC dan subjek moden pendidikan awal kanak -kanak.

Tetapi ibunda tercinta berpesan,  " ha, kalau nak buat, buat betul-betul, mak pun nak tengok juga, tapi kena ingat...ada juga budak empat tahun hafaz surah yasin lagi-lancar..bila dah besar, biasa-biasa aje budaknya ..maksudnya nak didik anak kena berterusan.."

(^_______^)
Teringat pula pada entri ini, "Didikan itu masih belum sempurna.." .Tentang tugas ibubapa yang harus berterusan dan istiqamah.Bukan setakat garisan penamat, bukan sekadar habis silibus.Kerana dari amalan soleh mereka daripada didikan itulah yang membawa kita ke syurga.

Hatta sehingga sekarang pun, walaupun sudah ada seorang anak, ibunda tercinta, masih lagi mengingatkan saya tentang pelbagai perkara tentang fitrah kehidupan.Tentang pengurusan keluarga.Kata-katanya amat bermakna buat saya. Jatuh terus ke hati.Begitu juga mertua saya.Makin bertambah perkongsian pengalaman hidup.
Tengahari tadi, bersama rakan-rakan sepejabat berbincang tentang perihal keibuan.

" ...Allah itu Maha Adil, kalau kita alahan teruk, dipermudahkan waktu bersalin,begitu juga sebaliknya..."
 -Setiap yang berlaku ada hikmah yang tersirat, tidak kira susah ataupun senang.Yang penting sentiasa mengingatiNYA..

" ....kalau nak anak, perlu persediaan mental dan fizikal..terutama alahan yang teruk..."
 -bukan sahaja persediaan mental sewaktu mengandung tetapi persediaan mental untuk seluruh kehidupan sedari anak itu kecil sehingga dewasa.Berdoalah selalu semoga segala urusan dipermudahkan.

" Ada budak kecik senang je jaga waktu kecil, tidur malam tak berjaga...tapi bukan itu yang kita kira, yang penting membesarkan anak ketika besar nanti bagi membezakan baik dan buruknya...yang itu paling sukar..."
 
Kata-kata yang ini juga menusuk kalbu, saya ada terbaca dari status facebook seorang sahabat.Menarik untuk dikongsi bersama,

" ....Ibu bapa sentiasa doakan anak perempuan kita diringankan jodoh dan jangan jadikan hantaran perkahwinan kriteria kemuliaan anak kita.tentukan anak gadis kita menutup aurat,menjaga solat dan pergaulan baru bernilai anak gadis kita.

Betapa ramai lelaki tertipu dengan rupa bakal isteri yang cantik tetapi tidak berakhlak Islam menyesal kemudian hari kerana masalah anak-anak yang dibesarkan dengan cara tidak mengikut Islam dan redha Allah tidak menjadi tujuan hidup...."

Allahuakbar.

Misi seorang ibu bukan sekadar penyusuan susu ibu selama dua tahun, bukan sekadar dari pakaiannya, bukan sekadar dari homemade solid food, bahkan perlu lebih dari itu. Sahsiah dan akhlak.

Setiap detik bersama-sama anak-anak kecil, perlu ada sahsiah yang perlu dipupuk supaya ia sentiasa subur dan menjadi teguh bila mereka dewasa kelak.

Menjadi seorang ibu dan bapa membuatkan kita perlu menambahkan standard ISO ntuk memainkan peranan yang penting disamping memperbaiki segala amalan kita.

Sebab itu anak adalah satu anugerah dalam kita memuhasabah diri sebagai seorang muslim yang beriman.Insha Allah.

Wallahualam.

3/11/13

Orang Baik, Ujian Hebat!

BY humble.yat IN , , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Menonton sinetron Rindu Bertamu di Abu Dhabi.Yang kelakarnya saya baru tahu Abu Dhabi itu adalah sebuah negara, ingatkan wilayah kecil sesebuah negeri. Sekali pandang, melihat watak-watak bertudung, memang menarik perhatian saya.Tetapi waktunya tidak kena, Maghrib Jadi tengok celap celup sahaja.Jika berkesempatan dan selesai tugas awal, bolehlah menonton.

Persoalan yang muncul di benak hati saya, watak Fahrin (Firdaus) dan watak Tasha Shilla (Ain) adalah di kalangan orang yang baik-baik, tetapi kenapa jodoh mereka bukan dengan cara yang baik, bahkan diperangkap oleh mereka yang berhasad dengki.

[kredit]

Jawapannya, orang baik ujiannya hebat!Tanda Allah swt sayang pada hambaNYA.Dan supaya kita akan sentiasa mengingatiNya, Insha Allah

Ingat kisah Nabi Ayub yang ditimpa pelbagai penyakit yang dahsyat sehingga dia tidak upaya untuk bangun , dan dari menjadi seorang yang kaya raya , dengan tiba-tiba akhir nya Nabi Ayub a.s menjadi faqir miskin. Hartanya hancur begitu saja kerana ditimpa pelbagai kesulitan.

Bagaimana pula kisah Nabi Yusof?Seorang yang dikurniakan rupa yang kacak , dan menerima ujian Hasad dengki antara adik beradiknya, difitnah Siti Zulaika. dipenjara pula.

Sirah Rasullullah s.a.w begitu juga, mempunyai sifat terpuji, tetapi ujiannya dari segi menyampaikan dakwah.Sayunya hati jika mendengar kisah Rasulllullah s.wt menyebut "Ummati..Ummati..Ummati....".

[kredit]
Kesimpulannya, apa saja ujian atau dugaan terhadap kita, jangan melatah terlalu cepat dan menyalahkan sesiapa ataupun takdir, tetapi ingatlah ujian itu tanda ingatan Allah s.w.t kepada kita, tanda sayangNya kepada hamba.

Tarik nafas sepanjang yang boleh, lalu beristighfarlah, supaya diampunkan segala dosa-dosa kita.Ingatlah dengan berzikir, supaya hati kita akan menjadi tenang untuk mengharungi gerak langkah selepas itu.Insha Allah.

Wallahualam.


6/7/12

Jangan Jemu Berjuang Adikku...

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Sejurus pulang dari kerja semalam, ada surat tawaran dari sebuah kolej swasta untuk adik bongsu saya.Tergelakbesar bila saya baca bahagian ini;

Tahniah !Anda ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran. Kursus : Diploma/Ijazah Pilihan sendiri.
 
Pilihan sendiri? Wah mudahnya, kalau saya dapat mesti saya nak kursus perubatan hehe...Cita-cita yang terpendam tu...:-P

Berkongsi cerita dengan ibunda tercinta, Katanya, "Lain kali tulis macam ni: Kalau ada duit banyak, pilihlah course mana yang nak..banyak-banyak pun tak pe,," Haha...emak, emak...Macam-macam, betul jugak katanya.Zaman sekarang memang banyak guna duit.
Sumber: Google

Bayangkan sistem penggunaaan buku teks nanti akan digantikan dengan penggunaan  Ipad. Bak kata suami saya, pendidikan sekarang kembali zaman mak ayah kita dulu-dulu, orang yang berduit sahaja mampu menyekolahkan anak mereka nanti pada zaman Ipad.

Kos pengajian di kolej swasta memang agak tinggi berbanding IPTA sehingga ada yang berhenti separuh jalan, ada juga yang menggadaikan tanah di kampung,ada jugak keluarga yang mengikat perut semata-mata mahukan anak mereka melanjutkan pengajian.

Tetapi, lebih malang, jika anak itu tidak menghargai pengorbanan mereka.Malah membelanjakan duit secara boros, yang mereka tahu, bila poket kosong,mahukan duit belanja dari kampung.Adik-adik, belajar berjimat dan belajar menghargai mereka yang banyak berkorban untuk kamu terus melanjutkan pelajaran ok?

Buat adik-adik yang kurang bernasib baik, jangan jadikan alasan "tak dapat universiti dan kursus idaman" itu sebagai penghalang.Jujurnya, Ada banyak alternatif pendidikan yang lain, tapi harus bijak memilih.Mohon pandangan keluarga sekali, jangan ikutkan hati dan kawan-kawan.Ini soal masa depan kamu.:-)

 

6/5/12

Photoshoot And Trend

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Facebook saya sekarang dipenuhi dengan gambar "wedding photoshoot", meriah! Maklumlah musim cuti sekolah, musim kenduri perkahwinan.

Di rumah adik-adik saya pula beria-ia mahu menjadi "volunteer" untuk "maternity photoshoot" pula sebagai kenanagan anak saudara pertama mereka.Bersungguh-sungguh mahu mencari tempat dan "shoot" yang menarik.Cuma masa yang menjadi penghalang. Ambil gambar yang sopan-sopan aje tau..Malu akak nak posing lebih-lebih hehe..
Sumber : klik sini :-)
Sambil meredah laman internet mencari contoh "maternity photoshoot" yang agak sopan, terpapar juga gambar yang kurang sopan, bukan dengan baju longgar seperti yang disarankan syariat.Saya dan ibunda tercinta pula jadi malu melihatnnya.Sekurang-kurangnya kami terjumpa juga contoh "maternity photoshoot"yang agak sopan bagi kami, sesuai dijadikan panduan.Nak letak gambar kat sini? eh gambar orang tu, tak leh nak ambil kan hehe..

Hmm..saya dan ibunda cuba "google" lagi.Wah lagi banyak jenis photoshoot.Kita sendiri pun semua maklum, "photoshoot" sekarang pun sudah menjadi "trend", dari pre wedding, outdoor wedding, post wedding, maternity photoshoot, majlis aqiqah dan cukur jambul pun ada..Pendek kata semua peringkat usia ada.Konon mahu jadikan kenangan kan..Saya pun suka jadikan gambar sebagai kenangan juga.

Tapi bagi saya, bergambar boleh, tapi yang penting biar berpada-pada, janganlah buat aksi yang kurang manis yerk..

P/S: Kata-kata terbaik dari mak saya, agaknya kalau orang yang tengah nazak, ada lagi tak "photoshoot?" hehe..



3/29/12

Antara Dua

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Sumber : klik 

Kita seringkali berdepan antara dua pilihan.Sebagai Muslim, berdoa dan beristikharah adalah cara yang terbaik dalam membuat pilihan.Ia bukannya bermaksud setelah kita membuat pilihan yang terbaik , ianya sudah memadai untuk ita teruskan kehidupan.Tetapi sikap redha dan tawakal yang kita serahkan kepada Allah s.w.t.Sejauh mana, kita letakkan perjalanan hidup kita kepadaNya.Segala yang terindah semua datang darinya.

Allah Sayangkan Kita!

Adakalanya kita juga mungkin ada rasa kesal di hati, dan sikap sabar kita dikikis sedikit demi sedikit dengan ujian yang ada.Tetapi kita perlu ingat, ujian yang ada itu adalah dugaan untuk kita.Ianya tentang sejauh mana sikap kesabaran kita.Adakah ianya satu kepura-puraan atau tidak?

Sumber: klik

Kesabaran Kita Diuji

Hmm.Perasan tak, tatkala kita memegang stereng dan meredah kesesakan jalan raya, waima sebaik mana pun kita, ada juga sikap melenting kita di jalan raya, memarahi pengguna jalan yang lain.Haa..Kadang-kadang kita juga agak terkejut dengan sikap marah sahabat kita , yang mana personalitinya dikagumi.Masha Allah, rupanya sikap sabar itu duji dalam keadaan sebegitu.

Bak kata bonda saya, Allah  sayangkan hambaNYA, Dia bagi dua pilihan sebagai bukti kasihNya kepada kita.Nah, terpulang kepada kita untuk membuat pilihan yang baik.Segalanya terpulang pada iman kita.

Tepuk dada , tanyalah iman..:-)

Wallahualam.

"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah!"


Nota: Alhamdulilah, kerja-kerja sekarang sudah mulai surut..:-)


1/24/12

"Aku Ada...Kau Hade?"

BY humble.yat IN 1 comment

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.



Pagi, di dapur, membantu ibunda menyiapkan sarapan pagi, yang lain masih lena diulit mimpi.Biasalah adik-adik cuti semester.Takpe, lepas ni kita tukar syif kat dapur yek,Untung ada adik perempuan ramai-ramai ni, boleh bertukar syif.:-)

Kalau dah berdua di dapur dengan emak, mestilah ada sahaja yang menjadi bahan bualan kami.Mula-mula saya menyentuh tentang attitude orang sekarang.Ramai yang terlalu mengejar kemewahan, trend majlis yang besar-besar dan mahukan kelainan.Sudah hilang sederhana dan zuhud dalam diri.Sukar untuk saya jumpa majlis yang sangat sederhana.

Ada juga situasi, di mana ibu ayah terlalu berbangga dengan anak yang baru membeli kereta baru, berbangga dengan profesion anak masing-masing, malah dicanang-canang satu kampung.Bukan kah di sutu ada sifat ujub.Wallahuallam.

Alhamdulilah, saya tidak punya jiran yang suka bersaing kebendaan, malah apabila salah seorang dari kami yang mendapat kejayaan, masing-masing melafaz rasa syukut, kesyukuran yang dikongsi bersama.Alhamdulilah!Kami rasa bersyukur sangat-sangat berada di dalam kawasan kejiranan yang begitu.

Kata emak saya, "Sekarang ni trend "aku ada..kau hade?"..Hehe tergelak saya dengar terma sebegitu.Memang tepat apa yang dikatakannya.Contoh yang terdekat, mengejar gadget telefon terkini.Huhu..

Kata emak saya lagi, dia takut untuk berbangga dengan setiap kejayaan anak-anaknya, kerana ia bersifat sementara, tapi hanya rasa syukur dalam hati dengan apa yang dikurniakanNya..Rupanya banyak perkara yang saya boleh belajar dari pagi pagi begitu..:-)


1/11/12

Kereta Mewah Dan Kopiah

BY humble.yat IN 6 comments

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Favourite Car Color: :-)
 Aktiviti hari Isnin, ke pasar malam, bersama ibunda tercinta dan adik bongsu.Saya dah target Roti John awal-awal.Hari memang hujan, tapi kami redah dengan payung.Tekad kan? :-)

Dalam perjalanan, adik bongsu saya bercerita; " Din, tengok budak-budak sekolah sekarang semua kaya-kaya, baru habis SPM, dah bawa kereta besar-besar, kerja apa la agaknya diaorang tu.."

Dia mengomel lagi, "Kalau pergi sekolah , belanja pun dalam RM10 sehari..kot-kot ada yang lebih..Kaya betul diaorang..."

Saya sambung bicaranya

"Ala Din, diaorang mewah bukannya harta diaorang, mak ayah diaorang juga, tapi rugilah diaorang sebab tak rasa susah , macam mana kalau tak de kereta, takde duit yang cukup dan sebagainya.."

Zaman saya dulu pun saya belanja lebih kurang tiga puluh sen je sehari.Jauh beza dengan belanja budak-budak sekarang.


Nah, kali ini emak saya pula berbicara, 

"Din, dari awak tengok budak-budak itu dengan kereta besar, baik tengok berapa ramai budak muda sebaya awak rajin ke masjid..dan cuba jadi macam tu..

Tit Tit...bunyi cengkerik ......

Sumber gambar : Sini

:-)

:-)

:-)

Saje je senyum lama-lama sikit, bermakna kan mesej emak saya?

Jadi, dalam kehidupan ada banyak perkara yang lain kita patut contohi, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan dan pengajaran buat kita.

Semoga kita sentiasa ambil contoh yang baik baik dalam kehidupan seharian kita untuk tingkatkan segala prestasi kita .Ameen!