Thursday, June 7, 2012

Jangan Jemu Berjuang Adikku...

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Sejurus pulang dari kerja semalam, ada surat tawaran dari sebuah kolej swasta untuk adik bongsu saya.Tergelakbesar bila saya baca bahagian ini;

Tahniah !Anda ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran. Kursus : Diploma/Ijazah Pilihan sendiri.
 
Pilihan sendiri? Wah mudahnya, kalau saya dapat mesti saya nak kursus perubatan hehe...Cita-cita yang terpendam tu...:-P

Berkongsi cerita dengan ibunda tercinta, Katanya, "Lain kali tulis macam ni: Kalau ada duit banyak, pilihlah course mana yang nak..banyak-banyak pun tak pe,," Haha...emak, emak...Macam-macam, betul jugak katanya.Zaman sekarang memang banyak guna duit.
Sumber: Google

Bayangkan sistem penggunaaan buku teks nanti akan digantikan dengan penggunaan  Ipad. Bak kata suami saya, pendidikan sekarang kembali zaman mak ayah kita dulu-dulu, orang yang berduit sahaja mampu menyekolahkan anak mereka nanti pada zaman Ipad.

Kos pengajian di kolej swasta memang agak tinggi berbanding IPTA sehingga ada yang berhenti separuh jalan, ada juga yang menggadaikan tanah di kampung,ada jugak keluarga yang mengikat perut semata-mata mahukan anak mereka melanjutkan pengajian.

Tetapi, lebih malang, jika anak itu tidak menghargai pengorbanan mereka.Malah membelanjakan duit secara boros, yang mereka tahu, bila poket kosong,mahukan duit belanja dari kampung.Adik-adik, belajar berjimat dan belajar menghargai mereka yang banyak berkorban untuk kamu terus melanjutkan pelajaran ok?

Buat adik-adik yang kurang bernasib baik, jangan jadikan alasan "tak dapat universiti dan kursus idaman" itu sebagai penghalang.Jujurnya, Ada banyak alternatif pendidikan yang lain, tapi harus bijak memilih.Mohon pandangan keluarga sekali, jangan ikutkan hati dan kawan-kawan.Ini soal masa depan kamu.:-)

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...