Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Sumber gambar : di sini |
Bukan mudah mahu jadi superwoman.Seimbang dan sempurna dalam
segalanya.Pendek kata “PERFECT”.Cekap bekerja
di rumah, mahupun di pejabat.Bonus juga bagi wanita yang sentiasa istiqamah
dalam ibadat harian mereka.
Ah!Saya juga cemburu melihat “superwoman”.Kebanyakan
kunci kejayaan mereka adalah S.A.B.A.R.Nampak mudah tapi sebenarnya itulah
perkara yang paling sukar.Bila hilang SABAR,semuanya akan hilang sekelip mata.
Saya sebenarnya cukup kagum
dengan sahabat saya , bilamana sanggup bangun awal 4.00 pagi semata-mata untuk
membasuh baju suaminya, iaitu cuci dengan tangan, bukan dengan mesin basuh
automatic ataupun semi auto!Bukan tiada kemudahan mesin basuh, Cuma suaminya
lebih suka bajunya dicuci dengan tangan isterinya.
Saya juga cukup kagum dengan seorang
lagi sahabat saya yang mempunyai dua hero yang masih kecil dan sedang
membesar.Suaminya kerap kali “outstation”.Berjumpa pun hanya sekali sekala.Tetapi
dia mampu menguruskan anaknya dengan baik sekali walaupun tanpa suaminya di
sisi.Bukan setakat cekap dalam bekerja, berhujah di mahkamah, malah pandai
membuat kek-kek yang sedap.Bertuahnya!
Mereka yang sebut di atas
merupakan inspirasi saya untuk menjadi SUPERWOMAN, walaupun saya tak mampu
untuk 100%.Mampu menguruskan keluarga, adik-adik yang baru menerjah dunia
remaja yang penuh pancaroba.Mampu melakukan kerja di pejabat dengan cekap.Mahu
mencari sedikit bakat yang ada untuk tambah skill untuk membina SOHO (walaupun
saya masih belum ada idea lagi..hehe :-P)
Apa yang paling penting , saya
mahu istiqamah dalam segala amalan harian saya. Itu adalah cabaran yang paling
sukar.Walaubagaimanapun, akhirnya saya mendapat satu inspirasi, “Bidadari dari
Timur” yang mengisahkan suka duka hidup sebagai isteri seorang tokoh, Tuan Sabariah Tuan Ishak.
Petikan dari Novel Bidadari Dari Timur- Sebuah Amanah di Serambi Mekah.
" Aku renung mata itu yang kelihatannnya begitu bersyukur dan berbangga.Dia amat berbesar hati.Dia sering mendoakan anak-anaknya, itu aku pasti.Hadiah itulah yang paling penting buat insan yang bergelar anak.Biarpun waktu bersama anak terhad buatnya, tetapi dia tidak pernah lupa untuk menghargai detik yang terluang.Dan segalanya pasti akan dipergunakan sebaik mungkin olehnya untuk memberikan yang terbaik buat anak-anaknya.Aku bersyukur kerana dia tidak pernah alpa untuk berbuat demikian"
"Dengan kesibukannya yang luar biasa, akulah yang mengambil alih peranan di rumah.Memastikan segala kerja rumah mereka selesai, memastikan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dilagukan setiap kali selesai solat Maghrib dan Isyak oleh kami anak beranak.Tepat jam 10 malam, segera kukunci segenap tingkap dan pintu untuk keselamatan diri, putera dan puteriku"
"Dalam menghitung perjalanan waktu yang kian mengengsot detik usia, aku terus tegakan diri menerima suratan takdir menjadi isteri seorang pejuang.Biarpun ruang waktu untuk bersamanya kian berkurang, aku redha.Biarpun tanggungjawab di rumah kian bertambah tatkala kehadiran zuriat kian bertambah, aku tidak pernah rasa terhimpit"
"Bagiku andai dia tega berjuang di luar demi menobatkan Islam di ancala kehidupan insan, aku akan sentiasa membina kekuatan untuk berjuang di ruang rumah rumahtangga ini. Dan nubari kubujuk untuk sentiasa bersyukur menerima segala takdir hidup ini"
"Biar dia tahu.Biar nalurinya kuat mengatakan bahawa aku selamat di rumah bersama anak-anak.Kami ada di saf hadapan, betul-betul disisinya tanpa pernah berputus harap.Walaupun aku sering gusar dan ketakutan menjelang suasana sepi malam yang sunyi dan gelap tetapi kukuatkan semangat untuk merandai segalanya.Apatah lagi dengan ketiadaan susuk seorang suami dan ketua di rumah, sememangnya sesekali menguji keberanian hati wanitaku"
"Dengan pengorbananan ini, moga layaklah nanti aku menjadi Asma', puteri Saidini Abu Bakar As Siddiq.Menumpang kekuatannya setelah melihat anak lelakinya Abdullah bin Zubair terpancang di tiang salib...."
Review
Setelah menghayati bagaimana Tuan Sabariah membesarkan anak-anaknya tanpa kehadiran suami di sisinya (situasi saya mungkin PJJ dan sahabat saya, suami selalu outstation ) dia sentiasa membina kekuatan untuk berjuang. Dan saya harap semangat juang itu akan ada dalam diri saya.Dan saya rasa itu adalah kunci itu menjadi orang kuat.Insha Allah.
Nota:
Terima kasih banyak buat zauji yang memperkenalkan novel ini pada awal perkahwinan kami untuk membina semangat juang isterinya :-)
3 inspirasi naluri :-):
sungguh menyentuh kalbu..
huu...semoga kita sama2 kuat juga yer..
salam dik...
nak try bace etek buku niii...info canteeq...TQ ^__~
menarik sekali. thanks share dear. salam perkenalan.
Post a Comment