Monday, March 31, 2014

Semangat Bidadari Syurga

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Throwback : Walimah sepupu Aishah dan Fauzi.15.6.2013
Pertama-tamanya, tahniah buat sepupu , Aishah yang melangsungkan perkahiwnan dengan pilihan hatinya, Fauzi.Semoga berbahagia dunia akhirat.

Seringkali kita dengar, "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah".Ataupun, seorang isteri yang solehah akan menjadi ketua bidadari untuk suaminya di syurga nanti.

Saya pasti adalah impian setiap wanita untuk menjadi wanita solehah.Tetapi sejauh mana kita pergi. Adakah sekadar menjadi isteri yang taat atas segala perintah suami?Menutup aurat, menjaga nama dan maruah suami, atau menjaga segala keperluan hariannya?

Ok.Kali ini kita ambil semangat bidadari syurga, cuba amati hadis di bawah ini;

Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya: Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” 
(H.R. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal r.a)

Atau bahasa yang mudah seperti di bawah ini;


Ha, lihat, jika seorang isteri tidak menjaga suaminya, maka bidadari syurga akan mendoakan si suami yang baik dan soleh akan terus masuk ke syurga.Ada rasa cemburu tak dalam hati masing-masing?

Disebabkan itu, kita ambil semangat bidadari yang mana target setiap isteri adalah menjadi ketua bidadari syurga untuk suami kita di sana nanti.




" Teguhkanlahku di langkah ini , di pencarian hakikat diri, dan izinkan kujemput bidadari, untuk bersama menujuMu mengisi hari" -Song of Menjemput Bidadari.

"Laksana Adam dan Hawa, turun ke bumi terpisah jarak waktu, di penantian mencari diri, memohonkan ampunan dipertemukan"-Song of Menjemput Bidadari.

Bait-bait yang banyak menyentuh hati saya, walaupun Nabi Adam dan hawa terpisah jarak waktu, masing-masing memohon pengampunan dariNYA, supaya dipertemukan semula.

Allahurabbi!


Andaikata mereka pergi dulu, jangan hentikan semangat untuk terus menjadi ketua bidadari si syurga kelak.Teruskan tambah pelaburan saham akhirat dari amar maaruf kita.

Dan jangan lupa, niatkan juga segala amalan baik kita pada mereka yang telah pergi dahulu dari kita.Semoga mereka semua juga mendapat manfaatnya.Insha Allah.

Nota Naluri:
Apakah bekalan kita di syurga nanti yang akan diterima Allah swt nanti?Sejauh mana keikhlasan kita dalam melakukan setiap perkara di dunia ini,Jadikan pekerjaan kita di dunia satu ibadah.

Friday, March 21, 2014

Pintu Taubat

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.


Kerja dan emosi memang tak dapat dipisahkan.Memanglah perlu ada profesionalism, tetapi bila ada keadaan tertentu, yang melangkaui jangkauan, emosi itu di luar kawalan.Maka, membebellah saya dan meluahkan perasaan pada zauji.

Sebaik sahaja dia mendengar luahan saya, zauji ada satu permintaan, katanya

" Kalau umi ada terjaga waktu malam, bangun dan solat taubat"

Berdesup saya mendengarnya.Sebab saya rasa terkena kerana terlalu melayan emosi amarah sendiri.

"Sebab, sekarang ni putaran bumi semakin cepat, matahari akan terbit dari barat dalam masa terdekat.."

Bagi saintis dan NASA, bila matahari terbit dari barat ia adalah satu fenomena alam.Tetapi bagi pandangan umat Islam, itu tanda pintu taubat telah tertutup.

Perkara biasa yang kita dengar bila dah akhir zaman, tapi kali ini saya betul-betul terkesan.Pintu taubat akan semakin tertutup.Adakah kita masih dapat merebut peluang itu ataupun tidak.


Maka, marilah sama-sama meminta ampun dariNYA, sentiasa beristighfar.Sentiasa berbuat amal kebaikan.Jangan menyakiti hati orang lain apatah lagi kita di zaman fitnah yang semakin berleluasa.Asalnya dari rumors, tetapi akhirnya berbunyi fitnah. Bukankah dosa menfitnah itu lebih besar dari dosa membunuh?.

So, remind to yourselves and myself too.Keep it deep in your heart. And practice.

Astaghfirullahalazim..........Sayu rasanya bila mendengar doa taubat.

Nota Naluri:
Allah Itu Maha Pengampun. Di dalam hati pasti ada rasa sekelumit untuk berubah menjadi lebih baik dari sekarang.Cabarannya , ISTIQAMAH!


Friday, March 7, 2014

Perkongsian Ke Syurga

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Antara cita -cita terpendam saya, mahu terbitkan sebuah buku.Tapi tak pasti jenis genre apa.

Pernah sekali saya , waktu belajar dulu, saya buat modul buku Bahasa Inggeris untuk PMR (Kalau tak silap, nampak sangat dah tak ingat)bersama sepupu saya , Kak Wani.Hujung minggu je, saya ke rumahnya untuk buat modus operandi.Alhamdulilah buku itu diterbitkan.Kak Wani ada tanya nak letak nama ke tak.Saya tak nak.hoho.Malas nak interframe lah kononnya.

Dan kali ini ada tawaran lagi.Insha-Allah sebagai penulis bersama zauji.Tapi masa nak edit pula semput. Sehinggalah semalam, balik dari kerja,seperti biasa mendengar IKIM.FM, sekitar 5.30petang .Tajuk yang dibincangkan "perkongsian ke syurga" yang sangat menyentuh hati.

Antaranya, perkongsian ke syurga melalui catatan.Adakalanya catatan yang kita buat, akan menyentuh hati orang lain, yang mana mungkin akan membawa perubahan diri, walaupun satu ayat yang mana ia boleh dijadikan salah satu pelaburan di akhirat nanti, iaitu pahala menyebarkan kebaikan.

Apa yang diceritakan semalam, tentang amalan anak-anak dis ebuah sekolah, membacakan dan menghadiahkan Al Fatihah kepada kedua ibu bapa mereka setiap kali habis solat.Cara coretannya penceritaanya amat menyentuh hati saya walaupun hanya amalan membaca Al  Fatihah.

Ada juga diceritakan sesibuk Ibnu Sina, dia juga sempat mencatit tentang perkembangan anak-anaknya.

Ada juga had menulis yang dikongsikan, jangan mencatat tentang kebaikan kita, kerana telah ada Malaikat yang mencatat segala kebaikan kita.Tetapi catitlah segala pengalaman yang baik yang mana boleh membawa manfaat kepada semua.

Allahu Akbar.Memang saya terkena, dalam kesibukan tidak dapat mencatat, walhal ada banyak perkongsian yang saya mahu kongsikan.

Perkongsian Ke Syurga....

Wallahu'alam.

Nota Naluri:
Berazam mahu mencatat segal perkongsian ke syurga.

Thursday, March 6, 2014

Tudung "Solat Ready"

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Teringat pesanan ini, kalau nak lihat aurat kita tertutup sempurna atau tidak, lihatlah pakaian kita ketika solat, sebagaimana kita menutup aurat ketika solat.Begitulah juga batas aurat kita di luar solat.

Maksudnya, kita perlu menitikberatkan pakaian dan hijab kita walau berada di mana-mana pun.Contohnya, apabila kita melihat mereka yang pergi umrah ataupun mengerjakan haji di Mekah, pasti mereka memakai "telekung".Ke mana-mana pun telekung.Kan seronok kalau kita semua dapat mewujudkan suasana begitu di sini.Sejuk je rasanya hati melihat semua menutup aurat.

Tetapi suasana sebegitu kita hanya dapat lihat di masjid, dan paling meriah di bulan Ramadhan.Semuanya bertelekung dan pastinya menutup aurat sebagaimana kita bersolat di hadapanNYA. 

Sekarang ni pun dah banyak di pasaran edisi tudung "solat ready" ni.Dalam banyak-banyak tu, saya suka tengok tutorial tudung telekung Heliza Helmi..



Ha, menarik kan?Senang je nak je bila nak solat kan (isy warna tudung Heliza ni pun cantik juga kan?).

Alangkah seronoknya kalau semua wanita berpakaian menutup aurat sebagaimana kita solat.Pasti ada rasa ketenangan di situ.Bila hati tenang, kita pun rasa gembira kan?

Nota Naluri
Jiwa akan sentiasa tenang bila kita sentiasa ingat yang Allah swt itu ada sisi kita sepanjang masa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...