Thursday, March 6, 2014

Tudung "Solat Ready"

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Teringat pesanan ini, kalau nak lihat aurat kita tertutup sempurna atau tidak, lihatlah pakaian kita ketika solat, sebagaimana kita menutup aurat ketika solat.Begitulah juga batas aurat kita di luar solat.

Maksudnya, kita perlu menitikberatkan pakaian dan hijab kita walau berada di mana-mana pun.Contohnya, apabila kita melihat mereka yang pergi umrah ataupun mengerjakan haji di Mekah, pasti mereka memakai "telekung".Ke mana-mana pun telekung.Kan seronok kalau kita semua dapat mewujudkan suasana begitu di sini.Sejuk je rasanya hati melihat semua menutup aurat.

Tetapi suasana sebegitu kita hanya dapat lihat di masjid, dan paling meriah di bulan Ramadhan.Semuanya bertelekung dan pastinya menutup aurat sebagaimana kita bersolat di hadapanNYA. 

Sekarang ni pun dah banyak di pasaran edisi tudung "solat ready" ni.Dalam banyak-banyak tu, saya suka tengok tutorial tudung telekung Heliza Helmi..



Ha, menarik kan?Senang je nak je bila nak solat kan (isy warna tudung Heliza ni pun cantik juga kan?).

Alangkah seronoknya kalau semua wanita berpakaian menutup aurat sebagaimana kita solat.Pasti ada rasa ketenangan di situ.Bila hati tenang, kita pun rasa gembira kan?

Nota Naluri
Jiwa akan sentiasa tenang bila kita sentiasa ingat yang Allah swt itu ada sisi kita sepanjang masa.

3 comments:

ieza ashaari said...

Za xdpt tgk video tu..huhu..smoga kiter istiqamah..

Jen Jen Areff said...

harap lebih baik lg dpt tutup aurat.. sama2 kite

maisarah awang said...

Assalamualikum, maaf.tumpang komen .boleh juga jemput tengok tudung ready solat di www.facebook.com/HijrahCM (masih baru lagi)...boleh buat tempahan mengikut saiz muka, labuh dan warna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...