Wednesday, April 30, 2014

Checklist & Rutin Harian

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Work station saya :-) Kamus memang tak pernah tinggal..Kena Rajin...
Checklist/Senarai Sama adalah perkara paling penting dalam kesibukan kita seharian.Sebab ia akan memudahkan kerja kita tanpa perlu memikirkan apa nak buat selepas ini.Checklist juga membantu membuat perkara yang mungkin kita akan terlepas pandang.

Tak kisahlah sama ada senarai itu di pejabat ataupun di rumah.Macam saya, zauj selau pesan buat checklist. Nak gi Shopping,mesti ditanya "Dah ada checklist?".Kalau dulu main meraban juga shopping barang keperluan. Tapi bila dilatih zauj macam tu, saya juga dapat jimatkan masa untuk keluar dan dapat simpan duit lebih.

Apatah lagi, senarai perbelanjaan bila dapat gaji, bayar duit kereta, bajet petrol, duit untuk emak, takaful haji, tabung haji lagi perlu disenaraikan supaya mudah dan tak terlepas due date.Tapi, kalau kita ambil pinjaman Islam,tak perlu risau tentang penalti, sebab dah tetap cara pembayarannya.Untung kan?

Oh ya, sekarang ni dengan keadaan ekonomi, pinjaman kewangan secara Islam amat menguntungkan dari konvesional di atas kadar yang ada.Jadi buatlah pilihan produk kewangan Islam yang terbaik ye.

Ok yang di atas ni jadual saya secara umum , saya cuma olah dari jadual masa saya belajar dulu. Tujuan jadual rutin ini supaya kita tahu ke mana masa kita pergi.Dan supaya hidup kita terurus sedikit.Dulu saya ada ceritakan di sini , Strategi & Kepentingan Jadual Harian.

Checklist yang pernah dipakai.Pakai Template word.

Tentang cara saya buat checklist, saya hanya guna buku diari lama atau buku nota biasa yang berkulit tebal, supaya tak lunyai bila diselak-selak.Kalau dulu saya guna macam list di atas.Tapi akhirnya terbengkalai.Maka saya hanya gunakan diari lama, tulis ikut kebebasan.Tiada garis lintang dan menegak.Lagi satu dah terikut cara zauj buat ceklist sebab nampak lebih praktikal.Bila tugasan tersebut dah siap, saya hanya potongkan aje.Memang lebih mudah dan sangat praktikal.

Contoh : Bayar Bil Maxis.06/04/2014

Semoga bermanfaat ye,Hanya sekadar perkongsian.

Monday, April 28, 2014

DIY : Business Card Holder

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.

Hujung minggu.Walaupun Kuantan ni penuh dengan expo pelbagai, sampai tak terkejar nak pergi yang mana satu.Akhirnya saya lebih rela duduk rumah, dari bersesak-sesak di sana.Zauji pun berkali-kali tanya, ada nak keluar ke tak.Maklumlah, perempuan kan suka "window shopping". Tak sanggup nak redah jem kat bandar..

Biasanya hujung minggu, pastilah operasi dobi, operasi mengemas, operasi menjahit.puas hati bila dah siap walaupun berpeluh-peluh.Sambil tu DIY Business Card Holder,Yang lama punya dah makan diri dah,menggelupas covernya, fungsinya masih ok.Nanti cari idea untuk modified yang lama.

Kemudian saya terjumpa di Daiso, Kuantan. Business Card Holder, RM5.00 yang boleh memuatkan sehingga 20 kad.Senang dan mudah dibawa, yang penting nampak kemas bila diasingkan.

Tetapi masalah yang timbul, Cardholder jenis stainless steel, jadi bermacam cop jari yang timbul.Tak smart dan nampak comot.Makanya, si adik bagi idea untuk cover dengan Sticker cellotape yang dibeli di MR DIY, RM1.90 sahaja tau.Jimat sangat.


Maka inilah hasilnya, mix and match kesemua sticker cellotape tadi.Jadi tiada cop jari lagi.


Alhamdullah jimat kos.dah lama survey business card holder baru,kebanyakan harga RM30 ke atas.Yang ini kira dalam bajet.:-)

Baru nampak smart kan? Kalau dah pergi Daiso, tersangkutlah pulak dengan coaster cotton yang comel ni, buat alas botol air di pejabat, minum air di rumah. Ambil contoh, nanti buat boleh buat coaster sendiri dengan kain perca yang ada pulak kan?

Coaster Daiso.Asal 4 Keping, Tinggal 3
Nota Naluri:
Sekarang ini kena banyak menabung dan berjimat. Dah dapat kunci rumah, maka kos pun bertambah.;-)

Wednesday, April 23, 2014

Allah Cinta Padamu, Muslimah..

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Allah Cinta Padamu Muslimah.

Jom tingkatkan produktiviti kita pada hari ini yek.

Banyak mesej pada lagu dan video klip, tentang pentingnya  menundukkan pandangan, menutupi aurat, belajar ilmu agama, tentang muamalat di dalam alam pekerjaan, dan berhias di depan suami sahaja.


Hanya nak ingatkan diri sendiri dan sahabat di luar sana, sekarang ni sudah banyak fesyen-fesyen baju muslimah yang menarik, Tapi perlu diingatkan, pilihlah pakaian yang akan menjadikan kita rendah hati dan tawaduk, dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk bahawa pakaian kitalah yang cantik sekali.Kerana ianya adalah perhiasan dunia, tetapi jangan lupa hiasi hati kita dengan iman yek.Kerana itulah  bekalan kita di sna nanti

Nota Naluri.
Pentingnya pakaian yang membawa kepada tawaduk dan kehambaan untuk hilangkan ujub dari diri kita.

Tuesday, April 15, 2014

Konvesyen Peguam Sharie -3

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Dijemput  untuk ke Konvesyen Peguam Syarie Malaysia tentang perluasan bidang kuasa Mahkamah Syariah terhadap Pentadbiran Harta Orang Islam pada 18/04/2014. 

Tetapi saya tak dapat hadir, kebetulan ada urusan keluarga pada hari tersebut.Minta wakilkan kepada kawan-kawan sepejabat untuk sampaikan ilmu dari konvesyen nanti.Alhamdulilah ada rakan sejawatan yang tak lokek kongsikan ilmu.

Hmm.. teringat masa temuduga peguam syarie, soalan ini yang diajukan kepada saya, isu hartanah dan syariah.

Harapan saya, semoga perluasan bidang mahkamah syariah dalam pentadbiran harta orang Islam akan menjadi noktah dalam menangani isu-isu yang berbangkit.

Nota Naluri:
Peringatan untuk waris-waris perempuan, sila hormati bahagian nisbah bahagian waris lelaki 2 :1 di dalam faraid.Jangan biar nafsu tamak menguasai diri.

Wednesday, April 9, 2014

Aina dan HFMD

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Bagaimana nak mulakan entri ini.Sebagai catatan kami catatan untuk kami kenang sampai bila-bila.

Dalam kesibukan yang sangat-sangat di Bulan Mac ni, iaitu 12-16 Mac 2014, kami diuji dengan kesihatan Aina, iaitu HFMD (Hand, Foot Mouth Disease), penyakit berjangkit sederhana di kalangan kanak-kanak.Cuti EL tiga hari non-stop sambung Sabtu dan Ahad.

Al-kisah, pada mulanya Aina demam, kemudian dia tak nak menyusu, tak nak makan.Dalam erti kata lain, perut dia kosong.Risau masuk angin atau kembung perut.

Nak susukan,dia pun tolak.Masa tu dramatik juga sebab dia lapar tapi dia tolak balik sambil menangis yang beria-ia.Tak pernah lagi dia macam tu.Rasa pelik juga.Tapi terus pujuk dia.Akhirnya dia menangis tersedu-sedu sampai tertidur.Sedih sangat.Tak pernah lagi dia tidur dalam keadaan macam itu.Biasanya wajib peluk umi, dan tangan atau kaki dia mesti mengulit Abi.Pendek kata bila dia nak tidur malam, umi dan abi wajib ada kat sebelah dia.Siang hari kami sibuk bekerja, bila malam, inilah masanya kami curahkan kasih sayang kami.

Hari kedua Aina demam. Bila nak basahkan kepala dan badan dia (masa ini tak nak makan ubat), saya perasan ada bintik-bintik merah pada siku dia.Berdebar jugak.Tapi saya basahkan juga  kepala dan badan dia sebab nak redakan demam.

Susu, air, makanan memang langsung Aina boikot.Nampak juga air liur meleleh dari mulut dia.Mungkin ada gigi geraham bawah ada nak tumbuh.Jadi, saya biarkan.

Petang tu, Abi Aina belikan "honey dew" untuk Aina.."Honey dew" ini antara buah kegemaran Aina.Mesti dia tak tolak.Abi potongkan buah tu, tapi Aina tetap tak nak. Akhirnya saya blend buah tu, buat macam jus buah. Alhamdulilah laju dia minum,memang nampak dahaga sangat-sangat.Masa tu saya bagi dia makan banyak, sementara selera dia masih ada untuk elak perut kosong dan dehidrasi.

Sambil-sambil tu saya pujuk Aina, "Aina, tempat mana yang sakit, cuba tunjuk kat umi? kalau sakit kat tangan, tunjuk tangan, sakit gusi, tunjuk kat gusi..kalau sakit perut, tunjuk kat perut"..Maklumlah Aina tak pandai bercakap dengan lancar, jadi saya guna kaedah tu.

Ulser

Tiba-tiba Aina tunjuk pada bibir bawah dia.Oh ada ulser , lebih kurang tiga biji, pada lidah ada 1 biji, bawah lidah ada satu.Terkejut saya. Patutlah dia tak selera nak makan.Jadi saya guna petua aiskrim pada ulser, untuk bagi dia terus selera makan.Alhamdulilah menjadi.Seronok tau bila tengok dia makan.Tapi masa ini,saya guna "reversed psychology" kononnya, saya minta semua makan aiskrim, sebab Aina ni suka makan berkawan.Bila dia tengok semua makan aiskrim, dia pun teruja sekali.Memang saya yang paling teruja bila tengok dia selera nak makan.Lega pun ada.Alhamdulilah.

Hmm..tapi masa nak mandikan dan pakaikan baju, saya nampak lagi bintik-bintik merah pada lengan, kaki.Ok. mungkin HFMD, cuma tak heavy je.Maka, saya buat keputusan, kalau bintik-bintik tu mula berair macam melepuh, terus ke hospital untuk "HFMD confirmation".

Apa yang saya tahu, HFMD memang tiada penawar, dan ia akan berkurangan setiap hari.

Alhamdulilah Aina Syafiyah sekarang dah sihat, kembali cergas dan makin pandai.

Kenangan yang terpahat

Aina selfie-version..:-P
Antara kenangan yang tidak dapat dilupakan, bila Aina rasa sakit, dia akan baring, menangis dan berguling-guling.Diangkat pun tak mahu.Puas kami pujuk.

Masa nak tidurkan dia.Selalu tertidur sambil menangis.Ada satu ketika tu, untuk redakan tangisan dia, kena bawa jalan-jalan dengan kereta dan akhirnya tertidur atas riba.Abi bawa kereta sampai ke Sungai Soi, Indera Sempurna.Nak tidur dalam air cond kereta sambil pandang langit agaknya.

Hmm.. satu lagi, dalam tempoh dia HFMD, Aina ada menangis lebih kurang hampir 1 jam lebih tanpa henti.Apa lagi, kami cuba cari bantuan dari aki Aina.Tapi tak berjaya juga.Bacaan Al Quran 3 Qul, Ayatul Qursi dan selawat juga tak henti henti diperdengarkan.Tapi tak berjaya juga. Kami juga basahkan Aina dengan air wudhu untuknya.Tenang sekejap.Kemudian sambung balik menangis.Akhirnya aki Aina cadangkan berjumpa Pakcik Din untuk membuat air tawar untuk Aina.Aina masih menangis.Tapi bila siap, dan pandu balik rumah, akhirnya Aina tertidur atas riba saya di dalam kereta selepas saya bacakan azan di telinganya.Alhamdulilah, malam tu Aina tidur lena sangat sampai ke pagi.Leeega sangat.Alhamdulilah!!

Minta Air

Bila Aina bangun dari tidur, dia ada minta air.Rasa comel sangat dengar suara Aina minta "Umi, Air....".Laju-laju, saya bagi dia air tawar untuk diminum, habis juga dua gelas penuh.Syahdu tau.Aki dan tok Aina ada juga ziarah pagi sabtu bawa roti kek untuk Aina.Aina buka dan cubit sikit untuk makan, dan kata "Mmmm...dap.." Aina, sejuk hati umi dengar tau.Pandai ambil hati aki dan tok yek.

Dan sebenarnya, satu nikmat yang tak ternilai, bila Aina nak menyusu kembali dengan saya, bila melihat Aina mengunyah makanan dengan selera, bila melihat Aina tersenyum gembira.Memang rasa sebak dalam hati.Hanya Allah yang tahu.

Alhamdulilah dan syukur ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat yang diberikan.

Nota Naluri:
Teringat kata-kata seorang ibu yang mempunyai anak yang sedang menderita sakit.Katanya, "biar hidup tak senang, janji anak sihat".Saya setuju sangat dengan pendapat tu.Nikmat sihat adalah nikmat yang tidak ternilai , dan tanda kasih sayang Allah swt.

Monday, April 7, 2014

Muamalat : Pesanan Imam Ghazali

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Peringatan untuk saya, yang selalu berurusan dengan pelbagai lapisan masyarakat. 

Pernah dahulu, saya suka mendengar cerita hidayah oramg mualaf.Serius, hati ada rasa cemburu, kerana cinta mereka kepada Islam lagi kuat dari kita.Apatah lagi kita, yang sejak lahir, sudah beragama Islam.Sepatutnya sudah pelbagai ilmu yang asas kita perlu ada kan?

Tetapi perlu diingat, ilmu tu lebih luas dari lautan.Maka pesanan Imam Ghazali juga adalah satu ilmu.Sama-sama kita manfaatkannya dalam muamalat harian kita.Menjaga hubungan sesama manusia dengan baik, adalah perkara yang ma'ruf juga kan?

Nota Naluri:
Tentang bertemu dengan kana-kanak, kadang-kadang mereka menyampaikan mesej yang lagi telus buat kita.Maka hargailah setiap teguran yang ada di sekeliling kita sama ada tersurat atau tersirat.Begitu juga dengan orang jahat dan bukan Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...