Tuesday, March 17, 2015

Makan Seorang Raja, Rakyat Dan Orang Miskin

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Menarik tak pepatah di bawah ini.Ada benarnya kan?
Tentang cara pemakanan yang betul.

"Makan pagi seperti  seorang raja
Makan tengahari seperti seorang rakyat biasa
Makan malam seperti seorang miskin"

"Makan pagi seorang diri (makan banyak)
Makan tengah hari bersama kawan (berkongsi makan)
Makan malam dengan satu kampung"
(pepatah Arab)

Berat badan mencanak-canak pulak kali ini.Patutlah rasa berat je badannya, dagu pun "berdua",Naik tangga pun rasa mengah.Baju sudah banyak disingkirkan,Kes berat ni.Perlu operasi kawal makan dengan segera.

Bermesej dengan adik-adik yang disayangi, declared "ops diet".Harus kena gelak ramai-ramai. Maka, saya minta adik saya, Halimatun, mahasiswi "dietition", untuk sediakan menu makanan yang sesuai untuk saya.

Tiap tiap hari post telegram menu diet..Dan semua beri sokongan penuh.hehe.Terima kasih sebab sudi layan kakak seorang ni,


Tips adik saya,
- Makan nasi dengan dua senduk flat (Bukan dua senduk berbukit)
- Portion sayur kena lebih
- Kurangkan makan ayam
- elak makan malam selepas pukul 7pm 
- Makan malam, yang ringan seperti buah, biskut dan seumpamanya.
- exercise

Kali ni memang betul-betul kena ringankan badan. Demi kesihatan bagi umur yang makin meningkat.


Alhamdulilah, minggu ini dah masuk minggu yang ketiga, berat badan ada berkurangan sikit.Cincin yang dipakai pun dah longgar ruangannya (tangan yang kurus dulu kot hehe).Harap harap banyak baju lama yang boleh dipakai selepas ini.

Yang paling penting badan memang rasa ringan.

Bagi yang dah biasa makan lewat,mungkin akan rasa lapar sedikit waktu malam.tetapi bila dah biasa , badan memang rasa ringan sedikit.

Semoga bermanfaat.

Nota Naluri.
Insya Allah diet kali ini lebih bermakna pengisiannya, bukan untuk diri sendiri sahaja , tetapi Lillahi Taala.Insya Allah..Semoga dipermudahkan

Counting Days : The Invitation.. 


Monday, March 16, 2015

Idea : Wall Deco Khat

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Aish..akhirnya terkena Monday Blues juga hari ni.Mulalah tak leh duduk diam, selagi entri blog tak settle.Makanya, hari ini cuci mata dan cari idea menarik utk untuk wall decoration.Kosong je dinding kat rumah.Kena cari sesuatu yang menarik ni.

Frame Khat 

Sumber : http://jakamusafir.blogspot.com
Sumber: http://aliffkufi.blogspot.com
Minat betul, warna kufi no 4 tu biru, purple and pink.Sejuk je mata memandang.


Yang ini memang tengah"in" sekarang.Memang cantik dan nampak lebih moden dalam seni khat.





Yang ini boleh letak kat pintu masuk.:-)

Sumber: http://asmahshop.com
Khat di atas ni menarik, kekalkan tulisan khat yang mudah dibaca dan ada corak abstrak lagi,Lima Bintang *****. Macam nak DIY style yang ini je.Berkenan la pula kan?

Idea di Topkhat pun menarik juga kan?





Nampaknya, saya dah lebih terarah kepada khat dan corak abstrak sebagai background.

Parking gambar kat sini dulu , sebab nak senang nak cari ilham.

Semoga bermanfaat.

Thursday, March 12, 2015

My Hijab Online Collection

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Hari ni nak share collection hijab/tudung yang saya beli secara online..Berkali-kali juga nak memikir beli online, sebab pastinya saya nak secara berbaloi dan saya akan pakai secara habis-habisan.Walaupun kedai tudung kat tempat kerja ni berlambak-berlambak.(Hmm banyak terpengaruh kot) 

1. Inspirasi Hana

Aina masa ni kecil lagi, rancak merangkak
Tudung ni dah hampir tiga tahun usianya..memang lasak dan tahan,Tak yah iron, tak kedut, tak cepat kotor.Saya dah ada tiga helai koleksi tudung denim :-) lain corak , dan satu untuk emak . Zauj yang bayarkan kan..Alhamdulilah.Tak beli sekaligus, tunggu ada promosi.Dah lama betul tak beli koleksi baru Inspirasi Hana.

Semuanya  cantik cantik dari tudung labuh, butterfly, shawl, instant shawl, tudung telekung. Geram menengoknya.Tetapi kena sentiasa beringat, beli yang perlu sahaja.


Saya suka sebab dia ada pelbagai pilihan gaya dengan satu kain.Pilih je mana yang berkenan di hati. Saya pilih design di atas.Pelbagaikan gaya.memang jadi tudung favourite.Yang ini pun pre-order sebab kain direct dari kilang. Kainnya pun jenis tebal, tak jarang dan tak melekap langsung :-)

Oh ye, buat adik, Halimatun yang disayangi, Terima kasih atas pemberian dua tudung Woman Hijab pada kakak ye.Jasamu ku kenang sampai bila-bila.Tudung free tu hehe.


Masa ni saya berkenan dengan tudung Syria Labuh Muslimah yang ini. Cepat betul Sold Out. Jadi warna yang tinggal hanya  di bawah ini, Alhamdulilah sesuai dengan bentuk muka.Inner awning dia mmg sejuk je..



Dan yang saya pakai yang ini. Alhamdulilah, sampai sekarang pun masih pakai, kain dia bukan lycra, memang tak melekap.Yang penting tudung ni sampai sekarang masih macam baru lagi.Nampak macam tak luak pun even dah pakai berkali kali.

Aina gerak-gerak, jadi gambar dia tak clear
Sekarang banayk juga pilihan tudung shawl labuh D Mahligai Scarf.Saya suka sebab dia labuh dan kain sangat-sangat berkualiti dan tak perlu iron.


Yang ini koleksi 2015, Uwais Scarf Glitters .Ada suntikan glamour sikit , dan pelbagai gaya.Yang penting labuh, tak jarang dan melekat. Boleh pakai macam bawal jatuh, butterfly, lilit-lilit, suaipadan inner soft awning, hard awning.Semua pun boleh. Pre order , sebab Custom Made.Kita tempah dia jahitkan.Then ikut queue listing.Berbaloi baloi tunggu tau.Terima kasih Kak Zue sebab buatkan.Nanti nak order lagi yek. Version lain plak.Tunggu idea datang je.;-P



Yang ini pun Uwais Scarf Dwitone.Cuba tengok, boleh pakai dua version, Hijau striking boleh, hijau gelap pun boleh. Masih boleh 5 in 1 Style. (Faktor cahaya, nampak warna lain). Alhamdulilah puas hati.Dwi tone, kain chiffon yek. Siap dapat free awning lagi.





Page ni saya suka tengok sebab ada banyak kempen dan promosi menarik. Konsep tudung, Tudung Labuh Berdagu dan Ready Solat. Koleksi terkini saya ada, Instant Shawl Moss Crepe  dapat kupon diskaun tau.Boleh guna kupon tu sekali sahaja,Tapi jangan risau sebab ada banyak lagi promosi yang akan datang.Alhamdulilah, memang berbaloi-baloi. Sebab tudung tebal, sejuk, dan solat ready.



Ok itu sahaja perkongsian hari ini.So semoga bermanfaat kalu ada yang berminat nak pakai tudung labuh tapi masih nampak kemas dan bergaya.Ingat ye, kita perlu nampak kemas sebagai muslimah.Dah pakai kemas-kemas cara keperibadian diri pula, bukan sekadar berfesyen dengan tudung, tapi hati dan iman juga perlu dihiasi taqwa. Amiinn..

Solehah.Beauty.Dignity (Pinjam Tagline Woman Hijab) 

Nota Naluri:
Memang dah lama tak shopping online.Ops Jom Jimat.

Monday, March 9, 2015

Homeschool : Hijaiyah & Doa

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulilah, Aina dah pandai sebut semua huruf hijaiyah.

Alhamdulilah saya kongsikan kaedah saya , yang bekerja dan hanya ada masa di waktu malam dan hujung minggu.Semoga bermanfaat yek

Cara ajar;
- Melalui flash card (dah sampai hancur dah, ada juga yang hilang hehe)
- Video hijaiyah di you tube versi Bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia, Arab
- Apps Flashcard Hijaiyah
- Apps Marbel Mengaji
- Tulis  alif ba ta di kertas kosong, whiteboard dan mana mana aje yang boleh diconteng, dan sebut satu persatu.
Aktiviti flashcard

Aina baru berjinak jinak dengan tudung :-)
Yang penting aktiviti kena sama sama enjoy dengan anak, baru dia rasa seronok.

Bukan sekadar pandai sebut  huruf hijaiyah.Dah pandai baca  doa makan, doa naik kenderaan, doa sebelum tidur, doa selepas azan, doa dhuha, doa qunut nazilah, beristighfar walaupun dalam keadaan pelatnya.Petuanya, cari je CD bacaan doa UNIC..dan poster doa dan buku Sehari Dalam Hidupku yang macam ni.Baca sama-sama dengan anak,Kita pun boleh hafaz sekali kan?



Adakalanya dia pula ingatkan kami kalau kami yang terlupa baca.Contoh selepas azan dan ada satu ketika, masa tu azan, dah habis azan, dia angkat tangan untuk berdoa, tapi orang keliling tak baca, jadi Aina ajak semua baca doa sama sama dengan dia.Hehe serentak semua yang ada angkat tangan baca doa.

- Setiap perbuatan, ajak dia doa bersama-sama.Itu aje tipsnya.Yang penting jangan lupa baca doa.

Kalau mengaji, dia banyak mendengar dan melihat. Tapi dia kenal Al-Quran, buku Mathurat dan Yaasin .

Paling berkesan kalau dia tak dapat apa yang dia nak, dia sebut "Allah!"
Kalau ada barang yang jatuh dan seumpamanya " Allahu Akbar..."
Dah pandai  beri salam "Assalamualaikum" sebelum masuk rumah.
Dah pandai jawab salam "Waalaikumussalam"  kalau ada orang beri salam.

Jadi saya kena ajar dia sebut perkataan lain pula.Insya Allah.Slow and steady.

Semoga Allah berkati usaha kami.

Aminn..

Thursday, March 5, 2015

The 24/7 Invitation

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


24/7 Invitation....

Always remember Allah swt...

" Remember me, I will remember you " (2:152)



Nota Naluri:
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...