Monday, August 21, 2017

Bila Berita Kematian Diumumkan....

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

"Di sini ada satu pengumuman tentang berita kematian!
En ............ telah meninggal pada pukul ........ . 
Urusan pengebumian akan akan dilaksanakan pada pukul ..... "

Begitulah pengumuman dari surau , tentang kematian jika saya balik ke rumah mertua,  yang rata-rata penghuninya sudah berusia dan hanya menanti giliran.

Macam macam sebab kematian yang ada. Ada yang sihat, pergi tanpa dijangka.Ada yang terlantar sakit, akhirnya dipanggil Ilahi.


Kadang-kadang bila dengar pengumuman macam tu, terbayang pula bila giliran kita nanti.Semoga kematian kita dalam husnul khatimah.

Aamin ya rabb alamin..

Thursday, August 3, 2017

Ready Stock :Handsock Syahirah

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Kali ni saya nak promote handsock raya Syahirah.Selain pakaian, tudung untuk raya, kit akena completekan juga aksesori handsock untuk aurat lengan,Saya dengan handsock memang tak dapat dipisahkan.Dah macam macam handsock dah saya cuba.Kalau tak pakai handsock, sukar nak buat gaya bebas guna tangan eceh..

Dan kali ini , saya nak cadangkan Handsock Syahira sebab rekaan dia sangat ekslusif dan memang nampak elegan.Pakai pun melekap cantik.kelabuhan handsock melebihi siku dan ada padanan saiz S, ML dan XL.

SAIZ
Panjang (melepasi siku)
- 16 inci Ring 
- 14 inci Iysya & Aisya



Ukurlilit lengan / pergelangan tangan
S : 7 inci. / 5 inci
M.L : 8 inci. / 6 inci
XL : 10 inci. / 8 inci

Ada pelbagai design juga tau.Pilihan saya mestilah Aisya Zip Lover dengan Syahira Signature.

AISYA ZIP LOVER PILIHAN HATI SAYA RM 27.00
Antara ciri-ciri yang ada pada Handsock Syahira

  • High Quality Lycra
  • Kain yang sangat sejuk
  • Tidak gatal & rimas
  •  Tiada grip keterlaluan pada hujung lengan
  •  Rekabentuk yang eksklusif
  • Yang gebu gebas tu tidak perlu risau lagi
  • Bimbang terlalu longgar atau ketat ? Jangan bimbang ya sebabSyahira Handsock mempunyai 3 saiz iaitu S, M.L dan XL !
  • Bimbang melorot ? Kami telah panjangkan panjang handsock ke 16 inci (ya... melepasi siku).
  • Ada 6 rekabentuk yang setiap satu mempunyai keistimewaan yang tersendiri !!!
  •  Handsock SYAHIRA EXCLUSIVE ni memang sangat selesa untuk dipakai ke mana sahaja
  • Ramai yang memilikinya, terus setia bersamanya.
  • Yang baru mengenalinya, sekali terlihat terus cinta berputik di hati, diri terpikat impikan Syahira Handsock 



  JENIS HANDSOCK (list harga)


1 ) Syahira Signature - RM22
2) Aisya Zip Lover - RM27
3) Iysya Button Exclusive - RM25
4) Syahira Ring Dwitone -RM25.00
5) Handsock Ribbon -RM25.00
6) Aisya Blink -RM30.00

*harga tidak termasuk postage
(Penghantaran seluruh Malaysia)
COD di sekitar Bandar Kuantan

Whatsapp 012-3096875 /0179059495


SYAHIRA SIGNATURE RM22.00 EXCLUDING POSTAGE

PINK  / GREY   /BLUE    


Handsock ini  sesuai bagi mereka yang suka ringkas tetapi nak nampak smart.Yang ni memang favourite saya ni.,Memang selesa sepanjang hari, tak melorot , kemas dan tidak panas.


AISYA LOVER RM27.00 EXCLUDING POSTAGE




GREY  /COFFEE/PEACH /BLUE/BLACK

Handsock Syahira Zip Lover ini sesuai untuk nampak lebih ekslusif dan menawan dengan kemasan zip lover.Jenis handsock ni, tak buka zipnya pun xpe, just sarung je pun boleh..Senang je, sarung dan terus nampak eksklusif. Penampilan kita nampak elegan gitu.




IYSYA BUTTON RM25.00 EXCLUDING POSTAGE



                    BLACK /GREY  /LIGHT BLUE /COFFEE/ PINK

Yang ini memang nampak smart and sweet dengan pilihan warna yang sesuai untuk semua pakaian.
                     


AISYA RING DWITONE RM25.00 EXCLUDING POSTAGE




GREY 


PINK   


Yang ini, untuk siapa yang gemarkan handsock ring,Siap ada pilhan dwi tone lagi.Handsock yang sangat sweet.Percaya lah.Rugi tak ada satu hehe.


HANDSOCK SYAHIRAH RIBBON RM25.00 EXCKUDING POSTAGE 







Fuh..yang ni memang comel, sweet tapi tetap namapak elegan kan? Comeeel sangat.Siapa nak nampak muda, bolehlah pakai yang ini..Serius, memnag sanagat sweeet.







AISYA BLINK- RM30.00 EXCLUDING POSTAGE



WHITE ZIP


BLACK 

Handsock Blink inilah yang paling eksklusif sekali sebab zip ada ada manik warna warni..Sesuai untuk semau warna baju..Sangat Cantik.Kadang kadang handsock yang cantik macam ni buat kita konfiden untuk berurusan dengan orang sepanjang hari kan?


Jadi apa lagi, kalau berminat meh wassap kami ye.

*harga tidak termasuk postage
(Penghantaran seluruh Malaysia)
COD di sekitar Bandar Kuantan

Whatsapp 012-3096875 /0179059495

Nak beli ikut Shoppee pun boleh klik sini sahaja ye 

Monday, July 24, 2017

Pentingnya Ketenangan Untuk Jaga Anak

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Al kisahnya, berkongsi pengalaman membahagikan masa untuk anak. Hmm baru saya perasan seorang ibu sangat memerlukan ketenangan dalam menjaga anak, apatah lagi apabila anak itu memerlukan kesihatan dan pemantauan yang rapi dan teliti.

Serius, "feel" tenang itu sangat-sangat membantu dalam membantu perkembangan kesihatan anak untuk stimulate dan sebagainya.Saya tidak menyalahkan kerjaya atau apa-apa selain itu. Kerana kerjaya itu juga sangat penting bagi seseorang keluarga itu meneruskan kehidupan.Tambah-tambah dalam keadaan ekonomi meruncing.Sudah banyak situasi, kebanyakan syarikat-syarikat telah memberhentikan pekerja satu demi persatu.

Tapi bagi seorang ibu, free from stress and 100% , have a flexible time to handle and manage their family is reallly important.Sokongan dari keluarga juga sangat penting.Mungkin level saya sekarang, saya perlukan satu kerjaya yang mempunyai waktu yang sangat-sangat fleksibel .Itulah faktor utama saya berhenti kerja, tiada sebab yang lain.

Adik ipar saya juga mengaku pernah stress dalam menjaga anak-anak yang ada eczema.Melihatnya sudah terasa beban. Apatah lagi bahu yang memikulnya. Apa yang boleh kami buat, memberi sokongan dan doa yang tidak pernah berhenti.Sehinggalah mereka mencuba perubatan herba cina bagi merawat eczema.Jadi Adik ipar saya pun dah kurang stress dalam mengawal pemakanan dan kesan eczema.Dan magiknya anak -anak mereka beransur sembuh.Seronoknya kami melihat perkembangan kesihatan anak mereka.Yela, si ibu terpaksa mengorbankan kerjayanya demi menjaga anak-anak. Satu keputusan yang tekad. 

That's the effect when there is no stress....

Begitu juga dengan saya.Saya bebas mengatur masa saya secara teratur bagi pemantauan anak -anak saya yang memerlukan penjagaan rapi memandangkan rekod pramatangnya.There is a lot of risk. Bulan Syawal hari tu hampir sebulan kami berperang dengan demam.The effect is, I have to quarantine them back.Maaf jika ada yang mahu beraya ke rumah kami terpaksa kami tolak sebab kami perlu mengkuarantin mereka balik.Serik rasanya.Ingatkan mereka sudah ada imuniti dan body booster yang kuat.Rupanya tidak.Maaf sangat-sangat.keluarga kami pun sudah tidak ada feel raya.Lemang, ketupat dan rendang semua entah ke mana.Yang ada sup, sup dan sup dan banyakkan air masak.

Alhamdulilah , setakat ini growth chart Adhwa Zinnirah hampir sama dengan kanak-kanak lain.Hasil sokongan keluarga, terima kasih emak , kerana masih sudi menjaga Adhwa' walaupun kesihatannya tidak mengizinkan.Terima kasih Idah, Basirah dan Matun, adinda-adinda tersayang kerana sanggup mengorbankan masa dan memberi sokongan kepada kami.Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Cuma berat Adhwa tak naik-naik sebab dia memang kategori kecik.Umur 11 bulan masih 7 kg.hehe Alhamdulilah sekurang-kurangnya tiada komplikasi yang berat-berat yang boleh meragut jantung umi dan abi.huhu.Kalau demam, masuk emergency, discharge terus dan hanya memerlukan pemantauan di rumah.Itupun umi pun dah cukup bersyukur sangat-sangat.

Itu sahaja coretan hari ini. Pointnya, ketenangan itu sangat penting.
Saya perlukan hidup tenang tenang sahaja .
Semoga Allah permudahkan.
Aamin Ya Rabb Alamin..

Monday, July 17, 2017

Episod Demam Denggi Dan Batuk Berpanjangan

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Allahu macam dugaan lepas raya tahun ni.Ting tong kami sekeluarga.Walaupun raya dah nak habis, tapi nikmat beraya tak sama macam orang lain disebabkan kami sekeluarga tak sihat.




Saya pula kena denggi , hampir seminggu juga. Petang tu sihat je, lepas maghrib, terus badan rasa sejuk yang menggigil-gigil .Makan panadol tak mau kebah kebah.Sakit badan sekali, memang tak larat nak bangun, kiranya memang melepet atas katil.Selera makan, mati terus sebab lidah rasa oahit sangat.Punya lah nak hilangkan rasa pahit , makan asam jawa pun tak menjadi. 

Rasa tak sedap hati untuk demam kali ini sebab biasa saya makan panadol sekali je terus ok.Tapi kali ni, makan panadol, dalam satu jam menggigil -gigil balik.Memang rasa demam kali ini lain.Mula-mula pergi ke Hospital Al Farabi, bila doktor tengok simptom, memag ada tanda-tanda denggi, dengan tekanan darah rendah, sampai tiga kali ulangan ambil BP.Zauj ingat saya nervous, padahal saya memang dah tak larat sangat, cuma buat-buat larat sebab tak nak susahkan hati dia.Huhu..




Esoknya kami terus ke Emergency HTAA, untuk ambil ujian darah dan platlet darah untuk pengesahan denggi.Macam macam juga siasatan doktor, tak terjawab rasanya sebab tengah pening-pening. Bila result darah keluar, terus suspek denggi sebab platlet rendah.Alhamdullillah tak kena admit sebab bacaan darah merah saya masih ok, antibodi saya masih ok, begitu juga kandungan air dalam badan.So kena berehat di rumah, lega sikit kat situ.Jadi , pesan doktor, minum air 2 liter sehari, dan pergi ke klinik setiap hari sehingga platlet darah kembali normal.

Adhwa pula  masih breastfeeding, dia pun kena tempias demam.Ambil ujian darah di Emergency HTAA.Berdebar juga bila doktor kata jika ujian darah di luar jangkaan, Adhwa memang kena admit di bawah pemantauan pakar sebab dia bayi pramatang.Allahu..Berdebar nak tunggu result dia.Bila result keluar, doktor pun happy sebab bacaan darah Adhwa sangat cantik.Memang rasa nak lompat bintang kat situ.Umi bole rest kat rumah dan Adhwa hanya demam biasa sahaja, tapi panasnya boleh tahan juga, dalam tiga hari juga dia demam.

Alhamdulilah walaupun bacaan platlet makin rendah, ikhtiar macam macam dah ni, minum air banyak-banyak, minum air garam, 100 Plus dan sup ketam.Memang tak larat nak minum air banyak banyak, ulang alik bilik air sebab asyik nak terkencing.Lidah pula rasa pahit, so selera makan sup ketam tu pun macam takde.Paksa diri je makan, sebab nak cepat sihat.Dalam dua hari juga makan sup ketam tu.Kisah nak beli ketam pun macam-macam, sebab masa zauj nak beli ketam, ketam itu adalah yang terakhir pada hari tu.Alhamdulilah ada rezeki kami juga.Penuh debaran semuanya.

Hari ke 9 demam, baru bacaan platlet saya ok walaupun tak cukup dua mata lagi ke 150. doktor kta perkembangan itu dah cukup baik, sebab dari bacaan paltlet yang rendah terus naik.

Lesson, Jangan-jangan main dengan demam, nak nak demam denggi, memang tak larat sangat, dah la tak larat, kena paksa minum air bergelen-gelen huhu..Serik rasanya.Disebabkan serik, kami sekeluarga tidur dalam kelambu dah.Pantang nampak nyamuk, terus pukul haha.Masa saya dalam pemantauan, dua hari juga KKM fogging nyamuk di kawasan rumah.Buat siasatan di kawasan kejiranan, dan buat announcement untuk alert denggi. 

Sekarang , lepas dari kena denggi, Adhwa demam, lepas Adhwa demam, Aina demam. lepas tu emak dan adik pula demam.Demam pakej batuk, selsema.Saya pula batuk tak baik baik , walaupun dah dua kali jumpa dr.Ubat tak serasi dengan batuk saya agaknya.Hari ini pergi lagi klinik, cek batuk sebab tekak gatal sangat sampai tak boleh tidur.Tersiksa juga rasanya.Macam -macam petua juga lah dicuba, lemon, madu, pati delima, kumur air garam. Semuanya tak menjadi.Kira batuk batuk sampai muntah-muntah bawa ke gastrik.Tak pernah-pernah kena gastrik ni. Bila dr siasat, rupanya gatal tekak datang dari virus, so tak boleh on antibiotik, dan gatal tekak tu datang dari hidung huhu.Sebab tu bila baring je batuk makin menjadi-jadi,Dari hidung turun ke tekak.Jadi dapatlah ubat selsema walaupun tak selsema.

Diuji kesihatan sebegini lebih baik dari stress.

Yelah dah setahun tidak duiji kesihatan diri, kali ini Allah nak bagi saya rehat betul betul.Setahun lepas, pantang pun entah ke mana, sebab berulang alik ke hospital hampir setiap hari selama sebulan sebab ziarah Adhwa di Hospital.Mungkin ini lah masa cuti rehat saya.

Hari tu ada dengar IKIM.FM, DJ tu kata, "Anggaplah sakit itu satu satu anugerah, sebab doa orang yang sakit itu makbul" Amin Ya Rabb Alamin...

Apa apa pun segala ujian kena tempuh dengan kesyukuran sebab setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.Cuma kena sabar dan bersangka baik dengan apa yang terjadi.

Doakan kesihatan kami sekeluarga ye supaya dapat meneruskan amanah yang ada.

Nota Naluri:
Lepas ni tak nak beraya sakan dah, nak makan rendang, ketupat semuanya masa celebrate bulan puasa. huhu 



Tuesday, May 23, 2017

Idea: Sampul Ramadhan

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.



Baru baru ni ada dengar dalam radio tentang ubah konsep duit raya kepada duit ramadhan, sedikit tetapi istiqamah. Maknanya, kita sediakan sampul duit then, sedekah sahaja kepada kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang kita berjumpa.



Biasa bulan Ramadhan, cenderahati kurma memang banyak.Kebanyakannya semua dari kenalan kita kan?Apa kata kita standby banyak pula souvenier kecil kecil macam ni, tetapi kita bagi setiap hari.(Eh macam masa buat umrah dulu macam ni juga, sediakan makanan paket paket kecil dan duit kecil-kecil, kemudian beri sahaja kepada siapa yang kita mahu).

Tetapi, konsep tu mungkin kena jika makanan itu tahan lama dan praktikal.

Idea 1 : Kurma dan air mineral
Idea 2 : Kurma, kismis dan kekacang
Idea 3 : Kurma dan coklat
Idea 4 : Kurma dan Madu 
Idea 5 : Kurma dan Biskut
Idea 6 : Kurma dan Sachet Kopi
Idea 7 : Kurma dan Sachet Susu Kambing
Idea 8 : Kurma dan Sachet Nestum/Oat

Agak agak praktikal tak yang ni? Insya Allah ini azam ramadhan tahun ni, istiqamah dalam memberi.Tak sabar pula rasanya nak start projek ini.

Kalau ada idea lain yang lebih praktikal, pakat-pakat kita share ye.

Sebenarnya, bila kita buat paket paket kecil macam ni, akan kurangkan pembaziran sebab Malaysia ini terlalu mewah dengan makanan. Jadi rasanya jika buat macam macam pakej di atas, ia adalah lebih praktikal dan tidak membazir.Cukuplah sekadarnya kan?

Lagi satu bagi siapa yang tak sempat balik berbuka puasa on time, bolehlah menjamah paket mini yang ada. Kot kot tengah trafic jam kan?Buat alas perut dulu dan ambil sunnah berbuka puasa dengan segera.Kemudian solat dan makan makanan yang berat sedikit.

Semoga bermanfaat dan Salam Ramadhan Al Mubarak dari saya.


Thursday, May 18, 2017

Adhwa' Zinnirah, Bintang Malam

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah , sudah hampir sepuluh bulan penyusuan Adhwa.Perjalanan kali ini memang berliku, sebab Adhwa merupakan bayi pramatang yang mempunyai "poor sucking". Sebulan lebih juga saya menjadi eksklusif EP Mom, sebab Adhwa' Zinnirah ditempatkan di NICU, Hospital Tengku Ampuan Afzan selama sebulan. 

Hati ibu mana tak sayu dan sebak, bila mengimpikan cara kelahiran yang baik dan mudah, tiada komplikasi sebaik sahaja bayi dilahirkan, dapat menyusukan secara terus menerus. Saya pula tidak berpeluang melihat wajahnya selepas lahir, hanya tahu jantina selepas tag pink dipakaikan di pergelangan tangan saya, dan pada masa itu baru saya tahu  jantinanya, perempuan. 

Senarai nama bayi perempuan memang sudah ada, hanya pilih mana yang sesuai bila melihat wajahnya, tetapi hari kedua baru saya dapat menatap wajahnya.Serius, zauj berkali kali ingatkan saya supaya cekal melihat keadaan anak di NICU, jangan titiskan air mata sebab anak itu perlukan semangat juang kuat uminya. Debaran penuh debaran, sebab doktor kata keadaannya 50:50.Hati ibu mana yang tidak sayu.Luar nampak cekal, tapi adakalanya hati ini tetap rapuh dengan deraian air mata.

Debaran bermula di pintu NICU, saya memakai mask dan mencuci tangan dengan hand sanitizer, kamera, handphone dan jam kesemuanya ditinggalkan kerana khuatir akan fungsi alat-alat perubatan yang ada disitu.Menurut pakar, Adhwa memerlukan dua mesin bantuan bagi pemantauan yang teliti. Zauj membawa saya kepada Adhwa, tiada pakaian yang ada , hanya pampers dan wayar-wayar yang penuh di anggota badannya, yang masih memerlukan bantuan pernafasan. Yes, she is risk of sepsis, hypo, meningitis dan yang tak dapat saya sebutkan di sini, paling saya ingat risk of cerebral palsy bila dia meningkat dewasa nanti. 

Akhirnya, janji dengan zauj hendak cekal dimungkiri, dan air mata jatuh juga, sebab Adhwa terlalu sempurna dihadiahkan Allah untuk kami.Comel macam kakak Aina, punya rambut yang lebat. (Patut umi asyik nak terkucil sahaja ye).Senarai nama yang saya sediakan semua itu rupanya tidak sesuai langsung dengan tubuh kecilnya yang seberat 1.7kg.She needs a stronger name!Senarai nama dibubarkan terus.

Dan akhirnya pada hari ketujuh, kami tekad menamakannya Adhwa' Zinnirah, yang bermaksud Cahaya Srikandi Zinnirah, kecil tapi berjiwa besar.Insya Allah.Petang itu, kami dimaklumkan bahawa alat bantuan pernafasan dicabut.Alhamdulilah!

Berlari-lari abi tolak wheelchair umi untuk melihat Adhwa' setelah mendengar berita tersebut. Tapi, kami masih tidak boleh mendukung Adhwa, atas kondisinya yang masih hypo, dan on antibiotik akibat jangkitan kuman.Jadi seperti biasa kami perdengarkan Al-Fatihah, selawat syifa dan ayatul Qursi untuk kesihatan Adhwa'. Itulah rutin kami bila melihat Adhwa'.

Perjalanannya sudah hampir sepuluh bulan.Tak dapat dicoretkan lebih panjang, kerana terlalu banyak ceritanya.Cukuplah, Adhwa' Zinnirah sihat dan umi sudah mengorak langkah ke hadapan. Perubahan 360 darjah. 

Doakan kami semua diberi kekuatan , dan kesihatan yang baik ye.

Thursday, May 11, 2017

Babywearing : Sweet Cherry dan Cuddle Me

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Sebelum ni saya tiada ilmu tentang baby wearing, Maka, baby-carrier "Sweet Cherry" inilah yang menjadi pilihan saya masa zaman Aina kecil dahulu.





Tapi kami tak pakai sangat.Jarang sekali.Lepas tahu cara pakai babywearing yang betul, memang saya rasa bersalah sangat dengan Aina.Makanya,kami pun stop berhenti pakai "baby-carrier" tersebut dan simpan dalam almari.Pakai pun waktu emergency sahaja.Itu pun pakai sekejap sahaja,Nak letgo baby carrier tu pun ada rasa bersalah juga.

Kenangan dengan baby carrier yang banyak juga berjasa pada kami walaupun bukan SSC

Beli tahun 2012.Warnanya dah pudar sedikit yang lain semua ok sebab jarang dipakai.

Dukung Aina Di BBW

Rupanya ada juga yang hack baby carrier jenis begini, supaya sama sturuktur dengan SSC.Macam-macam kan?Ada berani?Kreatif betul diaorg ni.;-)

Tq sis Tazz Muhd dari Malaysian Babywearers  atas perkongsian..very good tips.

Jadi, kami guna sekejap-sekejap sahaja.Pergi kedai, masuk kedai dan keluar kedai.Nasib baik kami ini bukan jenis kaki jalan dan kaki shopping.Yang itu kami memang sekepala, sebab saya tak suka "crowded".

Allah permudahkan kami jika kami dukung Aina sebab dia dah pandai ringankan badan dia.So, tak rasa berat sangat.Bayangkanlah, bagaimana saya mampu mendukung dia ketika tawaf umrah dan saie.Memang satu pengalaman tarbiah untuk saya.Entah dari mana datangnya kekutan fizikal tu.Allhuakbar!

Maka sesuailah dengan cara penjagaan Adhwa , satu kewajiban, tak boleh pergi tempat public and crowded, sebab nanti sepanjang perjalanan ke sana akan ada risk untuk "pick up" segala jenis kuman dan akan memudaratkan dia kelak.Yang tanggung dan rasa, kami juga jika terjadi apa-apa pada dia.

Mula-mula, saya terjah group FB Malaysian BabyWearers. Baca segala guideline yang diberi, kemudian baca setiap review, berulang ulang kali dan akhirnya pilih yang paling mampu dalam bajet. Nak beli beratus beratus tak mampulah, lagipun kami bukan jenis yang selalu travelling.So Cuddle Me sesuai dengan tujuan kami.Mestilah Cuddle Me ni yang paling bajet. Sehingga 20kg boleh pakai tu, dalam maksud yang lain, Aina pun boleh masuk..Alhamdulilah group FB begitu memang banyak membantu saya membuat pilihan, Tapi kena fokus untuk buat carian jangan menerewang ke tempat lain pula ye.

Gambar Guideline Baby Carrier dari FB Malaysian Babywearers










Kemudian cari yang preloved Cuddle Me melalui Group FB : Malaysian Babywearers FSOT & Rental. Alhamdulilah, akhirnya Cuddle Me Neo Giraffe milik saya..Beli preloved dari ahli BW FSOT. Purple lagi.Antara warna kesukaan saya. RM165.00.Walaupun preloved, tapi memang nampak macam baru.Berbaloi beli dari situ.
Setakat ini, Alhamdulilah, Cuddle Me  Neo memang tidak menghampakan kami. Sesuai dengan saiz kami dan Adhwa. Selesa dan tidak panas dan kemas.

Semoga bermanfaat untuk semua ye.


Friday, March 31, 2017

Gelodak 2017

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Lama betul tak bersapu sawang blog ni..memang tak sempat, sebab 2017 ada macam macam cerita. Revolusi jadual dan masa..Comeback terakhir ke tempat bekerja dengan notis setelah lama bercuti tanpa gaji.

Tapi apa apa pun kita kena fikirkan diri sendiri dulu, sebab hanya kita yang rasa, hanya kita yang tanggung bebanannya dan akibatnya.Insya Allah, setakat ini Allah permudahkan urusan satu persatu. Rezeki itu sentiasa ada dengan pelbagai cara.

Doakan kami sekeluarga dipermudahkan urusan.

Insya Allah, Restart. Reset To New Life.

Eh siapa nak order Telekung Habeb , boleh ye, orders always available..:-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...