6/8/23

.Mission Impossible & Accomplished.

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Masih ingat entry FAILED?

Sambungannya Alhamdulilah tak sangka akhirnya kes itu selesai dengan kos asal. Beberapa kali surat rayuan saya kemukakan. Doa pada setiap hari, inform boss berkenaan status kes tersebut , meluahkan rasa sedih pada rakan sepejabat dan berkongsi cara menyelesaikannya dan minta mereka doakan.

Bila dikenang balik, memang rasa tersungkur nak habiskan file tu. Nak-nak pelbagai ujian yang hadir menguji kami bermula 2023. Yang pentingkan teruskan langkah walau berat. Percaya Allah itu sentiasa ada.

Alhamdulilah. Rasanya tahun ni saya boleh mula bertenang dan fokus pada fail baru memandangkan fail fail lama yang penuh lagenda selesai, nak nak yang terlibat dalam tempoh PKP.

Tau tak, diari dan kalendar bermula 2019- 2022, dengan notis penutupan premis, permohonan permit rentas daerah, notis kuarantin memang saya masih simpan sebab terlalu banyak perkara yang berlaku. Ternyata rekod diari yang diconteng cakar ayam itu akhirnya ada gunanya bila buat permohonan, kronologi kes.

Alhamdulillah ala kulli hal.

Semoga urusan-urusan fail saya selepas ini dipermudahkan urusan dalam era yang penuh mencabar. Doakan ye. 



Since 2008 till 2023 in legal practising. Tetiba dapat "Anugerah Lawyer Sabar Itu Indah" dari firma.  Pandai sangat masing masing letak nama award tu. huhu. 


9/22/22

Kuatkan Hati Menempuh Cabaran

BY humble.yat No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.






Selamat pagi semua (Sebab masa menaip ni waktu pagi haha)

Tujuan utama menulis di sini sebab nak kutip semangat yang bersisa di hujung 30-an ni. Asalnya fasa-fasa macam ni, saya cuba nak settled down sebelum umur bersara, Wah tapi cabaran kerja menguruskan staff dan sistem perbankan yang ada agak mencabar minmda dan emosi juga. Tapi saya yakin Allah itu sentiasa ada. Walaupun kadang-kadang say rasa tersungkur, tetapi saya kena bangkit balik sebab saya perlu menyumbang ekonomi kepada emak tersayang , anak-anak dan adik beradik jika berlaku kecemasan.

Lagipun, kami ni bukan asal orang yang berada-ada, maka usaha itu pasti tak sama. Setiap kali dapat gaji, saya cuma mengucapkan rasa syukur dan semoga apa yang kami perolehi akan mendapat keberkatan bagi setiap sen dari Allah swt.

Sebab tu penting pada setiap pagi, seawal subuh, wajib betulkan niat untuk bekerja, untuk tunaikan amanah, untuk dapat gaji yang berkat, untuk jumpa orang yang baik-baik dan doakan dipermudahkan urusan sepanjang kerjaya kali ini. 

Done misi"warming up blog".

Jalan Terus!.

Semoga bermanfaat.


9/5/22

.Failed.

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Rasa down sangat sebab kerja yang diatur secara sempurna , tiba- tiba ada isu yang baru yang tidak  dijangka langsung. Allahuakbar. Stress betul. Rasa frust dengan diri sendiri. 

Jadi sekarang saya cuba bertenang. Tarik nafas dalam dalam, dan mendoakan langkah yang seterusnya terus akan dipermudahkan Allah.

Setiap hari saya akan mulakan hari dengan betulkan niat, cuba positifkan diri dan banyakkan doa.

Ada juga rasa putus asa dan burnt out. 

Mengharapkan ada magik bagi kes-kes yang saya handle sekarang. Sebab banyak lagi fail fail kes yang perlu saya uruskan,

Semoga urusan kita semua dipermudahkan. Semoga lelah kita menjadi berkat dalam mencari rezeki.

Semoga kita terus berjuang walau sesukar mana pun ujian.








12/6/21

Hujung Tahun, Mana Sabar Kita?

BY humble.yat 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Suasana balik kerja  bila jalan jammed.Malam & Maghrib

Sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung tahun. Tersiksa juga nak melalui hujung tahun ni sebab kita perlu melalui fasa PKP, work from home, PDPR . Kerja ikut peratusan mengikut SOP. 

Tapi rasanya macam ramai dah lupa yang kita lalui fasa tu dan buat buat lupa dan tak faham. Contohnya, kami di dalam sektor guaman sedikit sebanyak memang terjejas flow kerja akibat banyak jabatan-jabatan kerajaan yang tutup akibat ada kes covid, dikuarantin dan disanitasi.

Bila kami terangkan sebab tertangguh , masing masing hilang sabar. Mana hilang sabar kita sebenarnya
Soalan yang tiada jawapan kan? sebab ia bergantung kepada attitude kita sendiri. Saya pun kadang-kadang hilang sabar juga, bila klien-klien dah mula melampaui batas.

En, kita semua menghadapi masalah yang sama. Maka,  sabar itulah yang terbaik sekali, bukan tak cakna.Tapi sama-sama kita redah cabaran ini.

Ingat, Allah turunkan wabak ini bersebab supaya kita bersihkan hati dan jiwa. Sepanjang PKP kita dah bina nilai itu bersama-sama, takkan kita nak hancurkan benteng itu lagi?

Yang baik itu semuanya dari Allah. Semoga kita semua tabah, sabar dalam menghadapi urusan apa-apa pun dan sebaiknya kita cuba berlapang dada, bagi ruang untuk semua menyelesaikan masalah satu persatu. Aamin 

11/26/21

Salam Jumaat November 2021

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Salam Jumaat dan Selawat ke atas Rasullullah saw. 


Mood masa ini  , cuaca hujan rintik rintik dengan kopi panas tanpa gula dari Tealive.Terima kasih kepada yang berkongsi rezeki. Balik hantar anak ke sekolah tadi pun, hanya beli buah nanas potong sahaja.Cukuplah sekadar alas perut,janji makan. Oh ya, bawa bekal makaroni bakar cheese leleh baki breakfast pagi tadi. Anak-anak minta bawa bekal fries cheese. 

Lunch Hari Selasa, klien berkongsi rezeki , Alhamdulilah

Food panda pun dah lama tak order, banyak beli makanan di streetfood sahaja.Agak mahal kosnya kali ini. Patutlah rasa duit susut sangat.Beza harga di kedai dan food panda pun ada RM9-10. So terus berazam bawa bekal terus pagi-pagi, makan apa yang ada. Balik kerja baru masak dan makan nasi, tak pun just masak yang ringan-ringan je.



Cabaran Hari Jumaat adalah jalan yang jammed, waktu kerja pendek sebab ada solat Jumaat, jadi kereta banyak bertembung dengan budak budak sekolah. Balik kerja pun sama. Itulah rutin hari Jumaat. Tapi bila kita dah tau , hari Jumaat adalah begitu, maka aturkanlah masa dengan sebaik mungkin.

Mode kerja kena turbo, perlu lebih target dan fokus. Doa banyak banyak supaya Allah mudahkan urusan kita sepanjang hari ini. Penting sangat. 



Simpan perkongsian dari seorang sahabat , tentang beza gaji dan rezeki, dan letak rasa bersyukur dalam diri. Sebenarnya ada banyak rezeki selain gaji. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki yang lain.

Alhamdulillah sepanjang pandemik, Allah jaga kesihatan kami walau berkali kali jadi close contact.Allahu Akbar, Nikmat mana lagi yang mahu didustakan.

Dapat makan, dapat solat pun dah syukur sangat sangat. Rasanya setiap saat saya lafazkan rasa bersyukur atas nikmat Allah.Sunggu rahmat Allah itu sentiasa ada.

Terima kasih Allah atas segala rahmat yang diberikan. Semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan Allah swt.



11/17/21

Ini Takdir Allah, Bukan Satu Kebetulan

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Kadang-kadang ada rezeki yang tidak terduga yang kita terima selepas kita melakukan satu kebaikan. Perasan Tak? Maka ada yang kata, rezeki kita akan berganda asbab kebaikan kita dan keikhlasan kita.

Tapi, sebenarnya semua itu adalah takdir dan bukannya kebetulan.

(Nasyid Ijabah ini, betul betul dekat dengan apa yang kita rasa kan?)

Setiap masalah dan ujian yang kita hadapi juga adalah takdir Allah bukannya satu kebetulan atau asbab perbuatan kita. Kerana melalui fasa ujian ini, kita akan jadi dekat dengan Allah. 

Fitrah manusia, mudah lupakan Allah bila sedang berseronok. Bila susah dan sukar, fitrah kita akan sentiasa mengingatinya. Padahal setiap masa , seharusnya kita perlu sentiasa ingat Dia, jangan pernah lupa walau sesaat. 

Jangan sesekali kita lupa diri kerana ia akan membawa sifat kufur nikmat yang akan menghapuskan segala amal baik kita.

Jadi, mari kita sama sama perbaiki diri dalam setiap perbuatan kita, mulakan dengan bismillah, niat kerana Allah dan bacaan zikir dan doa. 

Wallahualam.

9/19/21

Yeay Petik Sawi

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah, pertama kali tanam sawi. Akhirnya sudah boleh dituai dan dimasak untuk rencah masakan dalam mee goreng untuk sarapan. Orang kata tanam sawi ni senang, tapi, kena ada cara menanam , menyemai dan memindahkan anak-anak sawi dengan betul . Sawi yang kami tanam , memang ada rasa manisnya.Takde rasa pahit pun. Alhamdulilah.

Seronok betul bila petik sawi yang kita tanam sendiri. Dapat benih sawi ni percuma dengan set hidroponik salad.Tanam salad pun tak mula lagi sebab nak mula dengan tanam sawi. Tapi suspen juga sebab tak tahu jenis sawi apa, jenis lebar daunnya macam mana. Muat ke tak letak satu benih dalam satu pasu.Haa macam macam kena fikir.

Ada yang bagi tips , jarakkan 2 inci untuk setiap benih supaya bila tumbuh nanti nampak meriah kan. Tapi saya tanam satu pasu kecil satu benih. Pasu pun beli kat kedai ECO sahaja.



Gambar di atas ni, saya dah pindahkan satu benih untuk  satu tapak semaian bila benih itu sudah bercambah macam ni, memang kena cepat pisahkan dan asingkan  sebab kalau tak pindahkan nanti benih akan jadi macam batang taugeh. Bila jadi macam taugeh, maksudnya sawi tu tak menjadi lah yek. 


Bila sawi dah bercambah kepada empat daun dan ke atas, inilah masa sesuai untuk pindahkan ke dalam pasu. Daun sawi dah membesar dengan baik bila daunnya dah bercambah macam di atas.Excited tak?

Saya pindahkan satu benih sawi untuk satu pasu kecil macam gambar di bawah ini.



Masa ni memang seronok sangat. Tapi memang kena gigih siram pagi dan petang. Bila daun dah lebar macam ni, nampak batang sawi pun dah besar sikit. Alih-alih, ada beluncas, belalang, ulat melombong pulak makan daun ni. Saya cuma guna semburan cuka kayu organik sahaja untuk meracun serangga.Membaja dengan Mila Agro dan EM secara berselang seli setiap minggu.

Masa PKP. lepas je sarapan pagi memang wajib siram. Tapi bila dah start kerja , ada juga tertinggal siram dan tak sempat siram, sedih tau bila tengok tanah mengering. Kena belajar buat self watering pula selepas ini. Kadang-kadang ada daun dah mula menguning, memang kita kena rajin buang daun yang rosak tu supaya dia tak berjangkit kepada daun yang lain.


Bila daun dah lebar macam ini,  saya keliru balik sebenarnya saiz daun sawi untuk jenis yang ini besar mana , dan adakah ia sesuai untuk dipetik. Jadi saya tunggu lagi sehingga saya perasan setiap daun sawi yang gugur hanya itu saiz yang paling lebar.

Lagi satu, kalau guna plastik hitam tu, bolehlah letak dalam tiga pokok supaya nampak meriah bila sawi tu membesar. Tengok atas saiz sayur sawi tu macam mana. 



Apa lagi terus petiklah, kita masak buat rencah masakan. Alhamdulillah, rezeki makan sawi tanam sendiri. Siap susun cantik cantik batang sawi sebab kenangan pertama menanam sawi. Sekarang sawi sawi ni dah mula berbunga kuning. Excited lagi.


Gambar bonus, antara tanaman yang diusahakan saya dan suami. Kecil-kecilan aje. Mulanya nak buat ala fertigasi , tapi masa belum mengizinkan lagi. Kita buat mana yang mampu dulu yek.

Semoga bermanfaat untuk semua bagi sesiapa yang masih mencuba menanam sawi.Insya Allah, kita boleh buat asalkan ada usaha