Friday, July 1, 2011

Bila Si Tamak Dapat Harta


Harta itu duniawi.Tetapi melalui harta juga , jika dapat dimanfaatkan sebaiknya ianya menjadi jambatan ke akhirat. Banyak juga contoh-contoh ahli perniagaan muslim yang tidak melupakan untuk melabur harta mereka ke tempat yang selayaknya. Berniaga sambil beramal. Saya juga mengimpikan perkara yang sama andaikata rezeki ada, ingin sekali berniaga sambil beramal.


“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui” (Al Baqarah:261)

Teringat satu kes pertama saya dalam wasiat.Secara umumnya wasiat ini hanya sah diberikan kepada bukan waris dan tidak melebihi satu pertiga kerana waris-warisnya sudah mendapat hak mereka dalam faraidh.Tetapi ada sesetengah keadaan wasiat ini dibenarkan kepada waris dengan syarat ianya mendapat persetujuan bersama antara waris-waris yang ada.Jadi sebaik sahaja, Wasi meninggal, ianya tugas Peguam Syarie untuk untuk menguatkuasakan wasiat tersebut dalam urusan pindah dalam mendapatkan perintah Mahkamah Syariah yang berkenaan dalam urusan pindah milik harta alih dan tidak alih.


Tetapi apa yang mengecewakan saya, sikap waris-waris.Terlalu teruja menilai setiap harta ibu bapa mereka, ada juga yang sanggup berbalah dengan saudara sedarah sedaging, ada juga yang sanggup bermusuhan.Ada juga mertua memusuhi menantu sebab harta.Allahu Akbar!Terlalu banyak tidak mengira golongan samada yang ada asas agama dan sebagainya.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kami saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu” (an-Nisaa 4:29).

Sangat kecewa, kenapa harta itu dijadikan pertaruhan sebegitu rupa.Bila nafsu menguasai segalanya.

Tetapi saya tidak menafikan, wasiat, hibah, wakaf dan seumpamanya itu sangat penting bagi setiap umat Islam dalam pengurusan harta, cuma ada segelintir sahaja yang tiba-tiba berubah menjadi haloba dan hilang imannya bila melihat aset-aset yang ditinggalkan.Itu yang tidak patut diamalkan dan patut diubah.

 
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar”
( al-Hujuraat 49:15). 



6 comments:

Papa Mifz said...

berniaga sambil beramal....terbaik...;)

iqbalhafifi said...

eh..nak tau cara tambah pendapatan dari blog, facebook dan twitter?? klik sini http://www.churpchurp.com/godribble/share/thenightrace

asnizapunye said...

lebih baik sederhana dlm mengumpul harta, takut2 termakan harta anak2 yatim pulak :D

humbleyat said...

papa mifz:impian dlm diam tu..hrp2 terlaksana suatu hari nnti jika berkemampuan..:-) ameen!

humbleyat said...

iqbalhafifi: tq..nnti sy join yerk:-)

humbleyat said...

asniza:
betul2.setuju sgt...hidup bersederhana juga terbaik..tapi itulah nafsu, nampak harta, gelap mata.Alangkah baiknya jika mereka yang berharta sentiasa merendah diri:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...