Friday, July 15, 2011

Kalau Saya Seorang Pengarah Filem



Hi, Izfa, saya menyambut tag kamu, boleh juga lah berangan kejap nak jadi pengarah filem, duduk atas kerusi sambil cakap "action!"..Izfa ni juga merupakan rakan editor saya di 100penulis.:-)

Kalau saya seorang pengarah filem, teringin juga nak buat satu cerita tentang penguasaan ilmu.Sebenarnya saya sangat mengagumi kisah-kisah tokoh sejarah, bagaimana mereka berjuang dengan ilmu yang ada.Bukan setakat satu cabang ilmu, tapi PELBAGAI.Hebatnya mereka dalam mendisiplinkan diri dan mempelbagaikan ilmu.Tapi filem ni mesti nampak macam berat kan untuk dihayati.Saya tahu.Mungkin hanya sedikit sahaja yang ingin menontonnya.:-(


Tapi itulah cabaran saya untuk menghidupkan sejarah,terlalu banyak kisah teladan yang boleh golongan muda ikuti, cuma harus ditransformasi sahaja dalam versi moden, bagaimana ada anak-anak muda (macam saya kot) mengambil nilai-nilai murni, Contohnya kisah sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh si pejuang muda, Rabiatul Adawiyah si sufi wanita tentang bagaimana harus kita terapkan nilai kehidupannya dalam kehidupan kita.


Bagi kawan-kawan yang tidak suka matematik, mungkin kita boleh terapkan kisah tokoh Islam Matematik, Al-Khawarizmi dalam kehidupan kita.(Macam saya, kurang suka matematik :-P). Bukan sahaja ilmu matematik, malah ilmu astronomi.


Dalam diam saya juga mengagumi cerita CSI, Criminal Minds bukan hanya kerana kisah siasatan jenayah, tetapi bagaimana mereka boleh menyebarkan ilmu dan mengajar kita berfikir lebih pantas, dan konsep itu yang saya mahukan, supaya minda kita sentiasa berkembang dan tidak hanya di takuk lama.

Tag:
Teringin nak tahu filem arahan kamu.:-P



2 comments:

iPai said...

wah sama laa .. saya ada berangan juga pasal benda ni .. hehe ..


sebab rugi laa kita tak naikkan sejarah2 ni .. dan orang muda pun tak nak amik tahu .. mungkin dgn movie2 gini, diorg akan tgk ..

saya ada tertonton satu filem begini tapi kebanyakkannya daripada filem arab dan tiada subtitle .. kalau betulla impian ini boleh digarap dan direalisasikan, cuba amik contoh filem dariapda arab itu .. heee

humbleyat said...

ipai:
terima kasih singgah ke blog ini yerk:-)

ramai yg tak tahu betapa pentingnya nilai2 sejarah dlm kehidupan kita..

betuk kata ipai, movie sejarah dan ketokohan ISlam hanya dlm movie arab shj..

mana tahu akan ada versi malaysia pula kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...