Thursday, January 21, 2016

2016- Penuh Cabaran

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt



Hari ni dah melangkah ke hari 21 dalam tahun 2016.Masa yang agak panjang bagi saya untuk memulakan langkah di tahun 2016. 2016 kali ini dibuka penuh dengan cabaran.Diuji bertalu-bertalu. Perlu banyak tenangkan hati dan jiwa dengan mengingati Allah.

1.1.2016- Kereta saya jatuh ke gaung kecil di Kuantan sebab nak elak lori, Alhamdulilah tiada apa-apa kecederaan yang berlaku, cuma kereta je teruk.Makanya, kereta tersadai di bengkel lagi dalam tempoh sebulan dua. 

Kes mahkamah dan meeting di luar banyak,.Berterus terang dengan bos masalah saya.Alhamdulilah mereka sangat memahami.Malah bos sendiri yang akan mengambil alih kes sebutan/permohonan dan bicara di mahkamah sivil nanti. Apatah lagi rakan sejAwatan saya dah mula buka firm sendiri.Tinggal lah saya seorang, sebagai peguam muda di pejabat ini, 

Kesihatan saya juga diuji.Semoga ianya menjadi asbab menggugurkan dosa dosa saya.T.T.Tapi gagahkan diri ke pejabat.Kalau tak larat , saya duduk di bilik rehat di pejabat.Balik dari kerja, memang collapsed kat rumah.Malam tadi pun tak mandi dan makan malam.Hanya bangun untuk solat sahaja.

Emak pula sakit lutut, tak larat nak berjalan jauh.Begitu juga dengan emak mertua. Zauj pun begitu juga, sakit sakit akibat slip disc.Ayah mertua , masih berlatih berjlan selepas strok pada awal Muharam tahun lepas. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami semua dalam mengharungi sisa sisa hidup yang ada T.T. 

18.01.2016. Kami sekeluarga kehilangan nenek.Satu satunya nenek yang kami ada.Alhamdulilah wajahnya memang tenang sekali.



Insya Allah, ujian ujian yang kami ada ini, adalah tanda kasih sayang Allah buat kami. Para sahabat nabi terdahulu, akan rasa gembira bila menerima ujian.kerana kata mereka, itu tanda Allah masih ingat pada kita.Insya Allah.


Tuesday, January 19, 2016

Al fatihah: Arwah Tok 18.01.2016

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


18.01.2016.Tengahari, mendapat panggilan dari emak, bahawa arwah tok (nenek) telah meninggalkan kami.Al Fatihah.

Tenang sekali wajahnya,,.Semoga arwah Tok dikumpulkan dengan golongan orang orang yang beriman.




"Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkan kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan dingin. Bersihkan dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampungnya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik.Massukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa api neraka"

Aamin Ya rabb Alamin

Monday, January 18, 2016

Rumah : KDK Wall & Auto Fan

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Akhirnya selesai juga masalah kipas di dinding .
  • bilik yang bersiling rendah, 
  • bilik tengah yang ada loteng aka bilik modus operandi 
  • antara dapur dan meja makan.
Semuanya diselesaikan sebab loteng dah siap. baru senang bila sekali harung.:-) hebatlah zauj buat all out dalam masa setengah hari.Sampai bermandi peluh walaupun kesihatannya tak mengizinkan untuk dia buat kerja lasak-lasak.Semoga Allah sentiasa melindunginya.Aaminn...

Macam biasa , kami beli di kedai pembekal barangan KDK Kuantan di Jalan Bukit Ubi, tengok katalog, minta pendapat , bayar dan pekerja hantar terus ke kereta.


KDK Auto Fan RM230.00

Dah berfungsi dengan jayanya di bilik yang bersiling rendah:-)

Kipas ni letaknya di bilik yang siling rendah kat bilik belakang menghadap bilik tetamu.Mencabar juga pasang di bilik ni  sebab settingnya tak sama dengan kipas di dinding biasa, kena set regulator. Kalau orang wiring mungkin takde masalah sangat kot.Tapi bagi kami yang DIY sendiri ..hehe memang kena study la bab wiring ni .Buat finally Alhamdulillah..berpusing dengan jayanya.Memang angin KDK ni best..Tempat solat dan pantry office saya pun pakai kipas dinding KDK..:-) 





RM165 - 16"



Kipas di bilik "modus operandi".Sebab bilik ni sesuai untuk buat kerja sahaja.Tidak sesuai untuk tetamu.Tetamu bujang mungkin boleh hehe. Yang berbesi kat atas kipas tu loteng kami, standby letak barang bila musim banjir dan letak barang barang yang jarang digunakan. Kipas ni menghadap pintu bilik.Supaya angin tidak beredar dengan elok ke luar rumah.Takde lah ter"paap" je kan? Kipas atas loteng mungkin pakai kipas meja je.Sebab mudah alih. Sebelum ni bilik ni, sebelum tiada loteng kami pakai kipas siling KDK. Kipas tu dah dicabut dah , dan diberikan kepada mak dan ayah mertua untuk dapur baru mereka.



RM220- 18"


Yang last, kipas antara ruang makan dan ruang dapur . Kali ni guna bilah yang besar 18" sebab penggunaan ruang yang besar.Dah tak bersauna dah di dapur.Biasa mengharapkan angin kat luar tingkap je  .Alhamdulilah yang ni pun berfungsi dengan jayanya

Alhamdulilah, kami dapat juga harga less.Jaminan bagi semua kipas ini adalah setahun, Harap dapat berfungsi dengan baik.Be nice to us ok?

Friday, January 15, 2016

Majlis: Engagement Adik- Basirah & Jihan

Bismillahirahmanirrahim..
 Assalamualaikum wbt.

Pejam celik pejam celik dah besar dah adik saya seorang ni. Alhamdulilah.Majlis pertunangannya dilangsungkan secara kecil kecilan je.Jemputan keluarga dan saudara mara, dan jiran jiran yang dekat je.Ala-ala buat jamuan raya kat rumah kan.Cuma jiran datang seleaps habis majlis merisik dan bertunang.

**** Masa ni majlis selepas hari raya puasa hari tu, baru kali ini nak update kat blog . 

Hidangan nasi tomato, ayam masak tomato dan lauk yang  sepadan dengannya. tempah dengan kawan sepejabat juga.Memang sedap lah. Tempah kuih talam labu .Yang lain kuih raya je :-) 

Adik saya pun pakai jubah dan shawl je.Takde dah macam zaman kakaknya, siap veil bagai hehe.Zaman sekarang semua jubah dan tudung dah cantik cantik.Tak macam zaman saya, semua kena buat sendiri..Susah nak cari yang berkenan di mata..hehe


Yang ini gambar emak , M de , M njang dan nenek tunang lelaki, Jihan. 


Meja tempat makan . Buat kat porch car je. 


Antara hantaran dari perempuan dan lelaki.Kali ni adik adik saya buat sendiri.Tak sempat dah  saya nak nukilkan hasil seni saya saya dah hehe



Basirah dan bakal mak mertuanya.Amboi lebar sengihnya yek.


Gambar dengan family pula.Nenek kat tengah paling berseri hehe.


Siap dapat surprise bunga lagi tu. eh lupa pula , Jihan asalnya dari Pontian Johor.First time dapat bakal ahli keluarga bukan orang Pahang.Dah mix dah keluarga kami nanti.Mereka dah mula kenal sejak zaman universiti lagi.


Pakcik sedara dan sepupu sepupu kami


Dari family emak, sepupu-sepupu saya juga


Antara keluarga dari pihak lelaki.


Dari family ayah mertua (masa tu ayah mertua msih sihat lagi)


Ok lah itu sahaja.Insya Allah by this February, mereka akan menjadi suami isteri.Semoga menjaga segala muamalat walaupun dalam ikatan pertunangan, Dan bahagia dunia akhirat.

Tuesday, January 12, 2016

Sewing Project: Jubah Abaya

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Abaya Turqoise
Anatra koleksi jubah jahitan sendiri.Sekadar kenangan sahaja .

First time buat jubah stripes macam ni.Orang takde pola, memang kemain susah la nak buat.Kalau orang yang dah pro senang je kot.Part nak cantum warna paling susah.Sebab tak pandai sangat kan.eh ada juga officemate saya minta jahit baju warna mcam ni.Tapi versi sulam .Nanti upload gambar tu.


Yang ni officemate saya, K nor.Dia memang selalu support saya dalam bidang jahitan.Tak kisahla hsaya jahit apapun.Dia mesti nak tempah. Kak Nor nak yang ada corak-corak di bahagian bawah, supaya nampak lebih ceria dengan cuff tangan 3 inci. Lepas tu tambah kuntuman ros kecil kat bahagian atas tu.Ok tak?

Abaya Plain Hitam
Yang ni tempahan jauh dari Utara.Dia nak yang simple je dan dengan cuff tangan.Terima kasih sudi percaya jahitan saya. Yang menyemak bahagian kualiti jubah sebelum dipos, mestilah emak dan zauj.


Yang ni jubah untuk adik kesayangan, nak ada manik manik di pinggang. Pilihan kain, dia beli sendiri, rasanya Thai Silk kot. Nampak bersinar je dia masa majlis Dinner tu.Dah la dia jadi MC.Good job Halimatun.

Ada lagi project jahit  yang lain, jubah lelaki, dress Aina, langsir. Biasa-biasa je.Nanti saya upload slow-slow k.

Semoga saya lebih pakar menjahit selepas ini.Kena praktis banyak banyak sebelum Aina membesar.Sebab boleh jahit baju dia banyak-banyak and jimat duit!:-)


Wednesday, January 6, 2016

Telekung Habeb 1.0,2.0,3.0 Available in Limited Stock!

Bismillahirahmanirrahim..
 Assalamualaikum wbt.


๐ŸŒธ๐ŸŒธ Telekung Habeb 2.0 -

TELEKUNG HABEB EDISI BARU !
- 1 set berserta kain
- Tidak melekap pada badan
- Meterial jersey yang extra superb
- Lapisan dalam yang extra labuh!
- Ready stock!
------------------------------------------------------------------------------
9 SEBAB ANDA PERLU MEMILIKI TELEKUNG HABEB?
Material : Jersey High Quality.
✔ Renda cotton .
✔ Size bukaan muka adalah standard.
Sesuai untuk semua bentuk muka besar atau kecil.
✔ Tidak jarang dan tidak panas
✔ Kain getah
✔ Tali ikat belakang
✔ Jahitan kemas, homemade
✔ Tidak perlu pakai anak tudung
✔ Ira corak dan warna renda telekung mungkin sedikit
berbeza dengan gambar .
------------------------------------------------------------------------------
๐Ÿฃ Telekung Habeb 2.0 & 3.0 : RM80 (Renda cotton)
                                                exclude postage

SOLD OUT

SOLD OUT

SOLD OUT

SOLD OUT update 6/1/2016

SOLD OUT update 6/1/2016

SOLD OUT update 7/1/2016

SOLD OUT




SOLD OUT

TH 3.0- RENDA COTTON BERWARNA RM80
EXCLUDE POSTAGE

SOLD OUT


SOLD OUT

TH 1.0 RENDA ORGANZA BERWARNA RM90.00
EXCLUDE POSTAGE

SOLD OUT

SOLD OUT 7/1/2016

Kalau berminat boleh PM saya yek..
Telekung ni memang cepat habis, so siapa cepat dia dapat :-)
Kalau tak sempat beli, kena tunggu next  release pula..huhu
Berbaloi baloi tunggu tau..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...