Monday, January 18, 2016

Rumah : KDK Wall & Auto Fan

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Akhirnya selesai juga masalah kipas di dinding .
  • bilik yang bersiling rendah, 
  • bilik tengah yang ada loteng aka bilik modus operandi 
  • antara dapur dan meja makan.
Semuanya diselesaikan sebab loteng dah siap. baru senang bila sekali harung.:-) hebatlah zauj buat all out dalam masa setengah hari.Sampai bermandi peluh walaupun kesihatannya tak mengizinkan untuk dia buat kerja lasak-lasak.Semoga Allah sentiasa melindunginya.Aaminn...

Macam biasa , kami beli di kedai pembekal barangan KDK Kuantan di Jalan Bukit Ubi, tengok katalog, minta pendapat , bayar dan pekerja hantar terus ke kereta.


KDK Auto Fan RM230.00

Dah berfungsi dengan jayanya di bilik yang bersiling rendah:-)

Kipas ni letaknya di bilik yang siling rendah kat bilik belakang menghadap bilik tetamu.Mencabar juga pasang di bilik ni  sebab settingnya tak sama dengan kipas di dinding biasa, kena set regulator. Kalau orang wiring mungkin takde masalah sangat kot.Tapi bagi kami yang DIY sendiri ..hehe memang kena study la bab wiring ni .Buat finally Alhamdulillah..berpusing dengan jayanya.Memang angin KDK ni best..Tempat solat dan pantry office saya pun pakai kipas dinding KDK..:-) 





RM165 - 16"



Kipas di bilik "modus operandi".Sebab bilik ni sesuai untuk buat kerja sahaja.Tidak sesuai untuk tetamu.Tetamu bujang mungkin boleh hehe. Yang berbesi kat atas kipas tu loteng kami, standby letak barang bila musim banjir dan letak barang barang yang jarang digunakan. Kipas ni menghadap pintu bilik.Supaya angin tidak beredar dengan elok ke luar rumah.Takde lah ter"paap" je kan? Kipas atas loteng mungkin pakai kipas meja je.Sebab mudah alih. Sebelum ni bilik ni, sebelum tiada loteng kami pakai kipas siling KDK. Kipas tu dah dicabut dah , dan diberikan kepada mak dan ayah mertua untuk dapur baru mereka.



RM220- 18"


Yang last, kipas antara ruang makan dan ruang dapur . Kali ni guna bilah yang besar 18" sebab penggunaan ruang yang besar.Dah tak bersauna dah di dapur.Biasa mengharapkan angin kat luar tingkap je  .Alhamdulilah yang ni pun berfungsi dengan jayanya

Alhamdulilah, kami dapat juga harga less.Jaminan bagi semua kipas ini adalah setahun, Harap dapat berfungsi dengan baik.Be nice to us ok?

1 comment:

Aty_Fared said...

saya guna kipas ni kat family hall yang ber ceiling tingggggggiiiii...
dah ada kipas ceiling dah..tapi ruang tu panas..kene pakai kipas lagi satu.. so pakai yang macam ni..nak pasang ekon..ruang terdedah sangat -dekat ngan tangga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...