Thursday, January 21, 2016

2016- Penuh Cabaran

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt



Hari ni dah melangkah ke hari 21 dalam tahun 2016.Masa yang agak panjang bagi saya untuk memulakan langkah di tahun 2016. 2016 kali ini dibuka penuh dengan cabaran.Diuji bertalu-bertalu. Perlu banyak tenangkan hati dan jiwa dengan mengingati Allah.

1.1.2016- Kereta saya jatuh ke gaung kecil di Kuantan sebab nak elak lori, Alhamdulilah tiada apa-apa kecederaan yang berlaku, cuma kereta je teruk.Makanya, kereta tersadai di bengkel lagi dalam tempoh sebulan dua. 

Kes mahkamah dan meeting di luar banyak,.Berterus terang dengan bos masalah saya.Alhamdulilah mereka sangat memahami.Malah bos sendiri yang akan mengambil alih kes sebutan/permohonan dan bicara di mahkamah sivil nanti. Apatah lagi rakan sejAwatan saya dah mula buka firm sendiri.Tinggal lah saya seorang, sebagai peguam muda di pejabat ini, 

Kesihatan saya juga diuji.Semoga ianya menjadi asbab menggugurkan dosa dosa saya.T.T.Tapi gagahkan diri ke pejabat.Kalau tak larat , saya duduk di bilik rehat di pejabat.Balik dari kerja, memang collapsed kat rumah.Malam tadi pun tak mandi dan makan malam.Hanya bangun untuk solat sahaja.

Emak pula sakit lutut, tak larat nak berjalan jauh.Begitu juga dengan emak mertua. Zauj pun begitu juga, sakit sakit akibat slip disc.Ayah mertua , masih berlatih berjlan selepas strok pada awal Muharam tahun lepas. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami semua dalam mengharungi sisa sisa hidup yang ada T.T. 

18.01.2016. Kami sekeluarga kehilangan nenek.Satu satunya nenek yang kami ada.Alhamdulilah wajahnya memang tenang sekali.



Insya Allah, ujian ujian yang kami ada ini, adalah tanda kasih sayang Allah buat kami. Para sahabat nabi terdahulu, akan rasa gembira bila menerima ujian.kerana kata mereka, itu tanda Allah masih ingat pada kita.Insya Allah.


1 comment:

NabilaHasyim said...

Allah, Allah, Allah...
rupanya orang lain pun ada musibah yang melanda..
cuma jalan cerita yang berbeza.
semoga kita kuat untuk menempuhinya, Yatt..

#Allahsayangkatkita
#Alhamdulillah
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...