Wednesday, September 29, 2010

"Award" Blogger Yang Prihatin


Tak sangka dapat award dari atiey sebagai blogger yang prihatin.(Ye ke?Macam tak percaya jer). Apa-apa pun jutaan terima kasih dihulurkan buat atiey kerana sudi memberi award kepada saya. Sangat-sangat menghargainya.Lepas ini, mesti kita selalu "keep in touch" dalam dunia blogger  dan saling prihatin (chewah!").

Saat perkenalan dengan atiey melalui adik saya, selalu juga nampak gambar dia tapi belum pernah bersua muka kan.Harap-harap nanti ada rezeki, kita jumpa yerk, jalan-jalan kat Bandar Kuantan ni.

p/s: teringat pula lagu tema Kumpulan Cempaka Tunas Puteri waktu bersekolah rendah dulu, "Cempaka bersukaria, menolong setiap masa", agaknya terdidik dari lagu tu sampai suka menolong orang sehingga sekarang.;-) 


Sunday, September 26, 2010

Dilema Si Penganggur Graduan



Termenung seketika seorang graduan universiti tempatan mengenangkan nasibnya yang tak kunjung tiba. Melihat rakan-rakan yang hanya belajar setakat SPM telah mempunyai pekerjaan yang tetap, malah lebih berjaya daripadanya yang berpelajaran tinggi. Apa salah dirinya, satu kerja pun belum dapat ditakluki.Salah pilih kursuskah?Atau terlalu memilih kerja?Atau mahu pekerjaan yang gajinya terus beribu-ribu?Hmm..

Saturday, September 25, 2010

Tip Membuat Keputusan

aik confius la, nak fokus facebook?twitter atau  blog yerk?hmmm
Sudah menjadi kebiasaan untuk kita membuat keputusan setiap hari. Namun, apabila ia melibatkan keputusan yang besar, pasti kita berada dalam dilema.Nak ke tak nak? Habis semua sahabat menjadi rujukan kita bagi membuat keputusan yang tepat.Tak kisahlah ia melibatkan masalah apa pun.Kadang-kadang keputusan yang kita buat itu memerlukan pengorbanan, walaupun ia agak susah ia diterima orang lain. Tetapi kita sendiri sudah bulat hati .Tak mengapalah kan?Asalkan kita ada sebab yang kukuh. Saya membelek Majalah Solusi edisi 22 mengenai tip membuat keputusan. Moga ia menjadi panduan buat kita semua yang masing bingung membuat pilihan.

Entry Khas "Saman RM 2 Juta"

Entri kali ini untuk khas untuk rakan-rakan blogger yang sudi mendoakan bagi penyelesaian kes  Saman RM 2 Juta . Kepada rakan rakan khasnya Zikri Husaini, Cikgu Dahlia, Seposeng Karat, Iqbal Syarie, terima kasih atas doa kalian. Mesti teruja nak tahu apa akhiran kes tersebut kan?

Wednesday, September 22, 2010

Selamat Tinggal Nescafe dan Teh Tarik!



Dulu, waktu saya bergelar pelajar, pasti ada stok Nescafe 3 in 1 untuk bekalan "study" waktu malam. Bayangkan, setiap malam minum Nescafe yang kaw. Berjaya juga berjaga malam dengan secawan Nescafe. Memang seronok belajar, sambil membuat nota-nota , minum nescafe, sedapnya! Tapi, saya dapat tahu, bahayanya minum nescafe kerana ia boleh menyempitkan saluran darah , menyebabkan serangan jantung dan macam-macam info lagi.

Friday, September 17, 2010

Berhati Malayakah Aku?


Bersempena sambutan 1 Malaysia semalam, melayan jugalah saya siaran secara langsung dari RTM bagi mengikuti perkembangan tanah air tercinta.Selepas itu, terlihat pula saya Filem Hati Malaya 1957. Rasanya dah banyak kali saya menonton filem tersebut sejak saya di universiti, bahkan menonton tayangan perdana dan pelakon-pelakon utama pun turut hadir.Tak sangka dapat bertemu mereka.Maklumlah, saya ni bukannya jenis teruja nak jumpa pelakon atau penyanyi.Kiranya pada pandangan pertama, hanya sebelah mata ajer (hukhuk) pada mereka.

Thursday, September 16, 2010

Hayati Aidilfitri 2010 Di Keledang..


wah wah..kebanyakan blog gambar hari raya ajer..
saya pun tak nak  ketinggalan  memeriahkan susana hari raya ni..
jom tengok..


Kalau nak tahu, kampung saya ada "signboard" di atas ni. Jadi pastikan anda tidak merokok dan menutup aurat sebelum datang beraya, maklumlah kampung ini merupakan perkampungan ilmu, jadi semua kena dijaga baik aurat dan pandangan mata. Penduduknya, berpakaian jubah dan purdah ,mengikut sunnah nabi.Sangat aman beraya di sini seolah-olah kita dikelilingi hidayah dariNya, cuma kita sahaja yang memilih untuk menerima atau tidak.

Tuesday, September 14, 2010

Hikmah Tragedi Pembunuhan Sosilawati..


Baru-baru ini kita digemparkan kes pembunuhan secara kejam jutawan Sosilawati dan rakan-rakan perniagaannya, peguam, pegawai bank CIMB dan pembantu peribadi beliau. Al-Fatihah untuk mereka dan sekalung takziah buat keluarganya.Semoga mereka dapat menerima hakikat ini dan tabah dan kuat dalam menghadapi ujian dariNya. Sesungguhnya terdapat banyak hikmah yang tesembunyi di sebalik tragedi ini yang belum kita lihat dari pandangan mata hati.

KEKUATAN DOA UMAT ISLAM
Bayangkan sahabat-sahabat, pembunuh kes ini telah menghilangkan dan membunuh empat orang sebelum ini dengan melakukan ritual pembakaran mayat dan membuang abu di sungai yang berdekatan.Tetapi kenapa kes terdahulu tidak dapat dibongkar?Kenapa apabila ianya terjadi pada empat individu Islam di bulan Ramadhan, baru kes ini terbongkar walau betapa liciknya si pembunuh tersebut.
 
"Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat"

Apa yang saya lihat, rahsianya adalah kekuatan doa dan solat hajat yang dilakukan oleh seantero umat Islam di Malaysia.Semua orang pasti mendoakan keajaiban berlaku terhadap mereka, tetapi akhirnya apa yang polis temui bukti-bukti kematian mereka walaupun ianya merupakan tulang-tulangan.Memanglah tidak dinafikan, kita pasti kecewa dengan pengakhiran tersebut. Tetapi, pandanglah dengan mata hati, sesungguhnya, ALLAH telah memakbulkan doa kita melalui penemuan tersebut walaupun buktinya hanya sebahagian kecil sahaja. Bahkan suspek-suspek telah mengaku kesalahan jenayah terulung mereka.Tambahan pula, polis dapat mencari si pembunuh tersebut secara terus, dan urusan ini  telah dipermudahkan melalui doa kita.



Sabda Rasullullah s.a.w 
"Apabila hamba Allah telah menyintai hambaNya itu dan Allah ikatkan balaNya ke atas hamba tersebut. Apabila hamba itu berdoa maka para malaikat pun berkata; Wahai Tuhanku, sampaikanlah hajat hambaMu itu. Allah menjawab:Usah campuri urusan hambaku itu.  Sesungguhnya aku cinta dan sayang mendengar suaranya berdoa dan bermunajat. Apabila hamba itu berkata:Wahai Tuhanku!Maka Allah menjawab:Selamat dan bahagialah wahai hambaKu.Tidak kamu seru sesuatu melainkan Aku perkenankan buatmu."

Wallahu 'alam.


Thursday, September 9, 2010

Rindu Di Aidilfitri

Tahun ini genap enam tahun kami sekeluarga meraikan Aidilfitri tanpa ayah tersayang. Arwah pergi meninggalkan kami tanggal 7hb Syawal...Satu detik yang amat memilukan kami sekeluarga. Namun,saya harus kuat untuk menggalas segala bebanan itu selaku anak sulung , sebab itu saya tidak mengalirkan air mata tatkala arwah pergi meninggalkan kami. Andai jatuh setitis air mata saya, tentu goyahlah semangat ahli keluarga saya yang lain. Saya seolah-olah tahu yang arwah akan pergi meninggalkan kami pada saat itu, melihat perilakunya, tanda-tandanya melalui deria keenam saya. Dan pada saat itu, juga saya telah bersedia menghadapi segala ujian yang mendatang. Alhamdulilah, Tuhan telah memberi kekuatan untuk saya meneruskan kehidupan saya dan membangkitkan kembali semangat kekeluargaan kami.



Namun begitu, perasaan sebak saya tidak dapat dikawal pada tahun pertama kami meraikan syawal tanpa arwah abah. Dengan tiada pengangkutan untuk beraya di kampung (pada masa itu saya masih belajar), melihat anak-anak kecil membeli belah bersama ayah mereka,  saya menahan air mata dari terus mengalir mengenangkan adik saya yang bongsu akan membesar tanpa ayah.


MONOLOG ADIK BONGSU

Sambil adik saya berbaring di atas katil, menekup bantal dan selimut ke atas mukanya, bertanyakan soalan kepada saya, "Kakak, kenapa kita tak balik kampung tahun ini?"Say a tidak semena-semena tidak dapat menjawab soalan itu walaupun saya tahu jawapannya. "Kawan-kawan Din semuanya balik kampung, kenapa kita tak balik kampung, kak?" " Din, tahun ni kita beraya rumah aje la, susah nak balik kampung, kalau ada arwah abah...."

Belum sempat saya menghabiskan jawapan tersebut, kedengaran satu tangisan yang teresak-esak di sebalik bantal. Saya juga menekup selimut sambil tersedu-sedu menangis seraya mengimbas kenangan Raya bersama arwah abah. Kunci bilik dikunci, khuatir jika adik-adik saya yang lain melihat kami bergelinangan air mata. Namun, adik ketiga saya menyedari keadaan kami dan dia juga tidak dapat menahan air matanya. Dan pada malam raya itu, kami sambut ia dengan rasa rindu di hati kami.

Dan Aidilfitri pada tahun itu agak hambar. Namun, sokongan saudara mara terhadap keluarga kami, menziarahi kami tanpa henti membuatkan kami bersemangat untuk meraikan Syawal yang akan datang .


Abah, sentuhanmu amat bermakna bagi kami.
Membesarkan kami dengan didikan agama yang sempurna. 
Al-fatihah, semoga arwah abah digolongkan di dalam golongan yang beriman.

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

Tuesday, September 7, 2010

Andai Kau Tahu ini Ramadhan Terakhir

Saat ini, seluruh umat Islam sibuk membuat persiapan Syawal yang bakal menjelma. Tetapi, adakah kita sedar dan pernah terfikir andai ramadhan ini adalah yang terakhir buat kita?Andai ramadhan ini merupakan garisan penamat untuk kita mendapatkan keampunan dari Allah yang Maha Esa, mendapatkan pembebasan dosa sepertimana yang dijanjikanNYA tetapi akhirnya kita tersungkur dihujungya.Bukankah kita dalam kerugian yang amat besar?

Malangnya Ramadhan kita jika tidak mengalunkan bacaan Al-Quran.
Malangnya Ramadhan kita jika kita tidak sibuk berpesta dengan berterawih...berqiamullail...bertahajud...mengadu ..merintih...meminta belas kasih dan keampunanNYA
Malangnya Ramadhan kita jika kita tidak menghidupkan malam dengan beribadah kepada NYA.
Malangnya Ramadhan kita jika tidak pernah berzikir walau sesaat.
Malangnya Ramadhan kita, andai solat masih di akhir waktu.
Malangnya Ramadhan kita jika kita tidak menambahkan dan memperbaharui amalan kita.
Bertambah malangnya Ramadhan kita tidak menghormati kedatangannya.

"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga- MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Wallahualam.

Monday, September 6, 2010

Saman RM2 Juta!

Setelah mendapat panggilan telefon di tengahari dari sebuah pejabat guaman di ibu kota, rakan sepejabat saya, Ana hampir sakit jantung mendengar khabar buruk tersebut.Saya pula hampir terhenti nafas tatkala Ana menceritakannya kembali kepada saya.


Walhal kami baru sahaja membincangkan untuk membalas afidavit jawapan terhadap tuntutan balas defendan. Bagaimana pula dan bila pihak defendan telah memasukkan penghakiman sebanyak RM2 JUTA terhadap anak guam kami!Sedangkan kes tersebut adalah kes "clear cut" dan sangat bermerit bagi anak guam kami mendapat tuntutan.Habislah kami kali ini.Tambah-tambah Ana, makin susah hati untuk memikirkan untuk mencari jalan penyelesaian. Saya pula sakit kepala disebabkan kes-kes di atas meja yang tak pernah kenal erti surut.

Dan kami terus membelek fail tersebut sama ada kami ada terima serahan penghakiman . Ternyata tidak ada!Waduh!Makin susah ini. Tiba-tiba saya teringat cerita dari kakitangan supaya berhati-hati dengan peguam defendan tersebut, kerana mereka pernah memperdayakan dan mengelirukan pihak kami. Andai dengar ceritanya, pasti sakit jiwa dan sama-sama mengeluh, mengapa dunia ini tidak adil?

Jangan putus asa!jika tidak pasti ketidakadilan berlaku..Sanggupkah?

Dan kami sama-sama menyemak lagi sambil melihat minit-minit mahkamah yang telah dihadiri.Masih tidak ada perintah bersih mahkamah mengenai penghakiman bernilai RM2,000,000-00 lebih yang diserahkan kepada kami.Terdetik di dalam hati, masih ada harapan ini untuk membuat hujahan balas selagi tiada perintah bersih.Dakwa peguam tersebut, mereka telah mendapatkan penghakiman dalam tahun ini.Jadi mana mungkin, ianya telah diserahkan dan kami masih ada peluang untuk membuat bantahan.

Ana terus merujuk peguam senior.Alhamdulilah, ada jalan keluar untuk mengenepikan perintah tersebut. Dan esoknya, perbicaraan pengurusan kes diteruskan, ikatan pliding telah difailkan dan tarikh bicara penuh ditetapkan.Dan pihak kami akan membuat satu permohonan baru untuk mengenepikan penghakiman RM2,000,000-00 tersebut.Mudah-mudahan kami berjaya melaksanakan misi kami.AAMIN!

Setiap masalah pasti ada jalan keluar asalkan jangan berputus asa!

"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiadalah yang berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir."
[Surah Yusuf: 87]


Sunday, September 5, 2010

Cuti "Advanced"..


Hati saya berbunga kecil setelah menghantar borang cuti sempena raya. Hajatnya, nak bercuti awal supaya boleh membantu ibunda tercinta membuat persiapan raya, pasang langsir baru, kemas rumah, membeli barang dapur, mengambil adik di terminal, membayar zakat, servis kereta.Kalaulah disenaraikan, memang tak habis.Dan jelas terbayang di mata, borang cuti siap ditandatangani oleh bos.Harap-harap diluluskan. Amiinn!

Tetapi ketika  saya menghadap fail-fail yang bermasalah tahap "CCU", terganggu seketika dengan deringan telefon.Ops!Bos interkom rupanya dan bertanyakan kenapa saya bercuti awal.Katanya saya bercuti macam saya dah berkeluarga gayanya, padahal saya masih belum berkahwin!Hehe, saya berterus terang bahawa saya ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan, maklumlah anak sulung @ ketua keluarga buat masa ini. Mana sempat nak habiskan semua kerja dalam satu hari.Lagipun, sebelum ini, alasan-alasan cuti saya semua adalah urusan keluarga.Tak pernah ada urusan lain dan jarang ada MC Tambahan pula, kakitangan-kakitangan tidak memohon cuti "advanced" melainkan saya. Terpaksa bos..Luluskan la ye.

Kesimpulannya, orang selalu salah sangka kalau bujang tentu tiada komitmen dan hanya boleh untuk "enjoy" saja. Tetapi itu bukan diri saya, kerana saya harus berjasa dan membalas budi ibunda dan keluarga yang terlalu banyak memberi sokongan kasih sayang. Membalas budi saudara-saudara yang banyak menolong kami tika kami dalam kesusahan.Membalas budi jiran-jiran, kawan-kawan yang terlalu banyak memberi sokongan untuk kami meneruskan kehidupan setelah kehilangan ayahanda tercinta.Saya juga harus memberi kasih sayang dan semangat buat adik-adik saya yang kesemuanya masih belajar lagi untuk kami cipta kegemilangan keluarga.

Dan yang paling penting saya tidak mahu menjadi seperti kacang lupakan kulit!

Friday, September 3, 2010

Pemburu Malam 1000 Bulan



Hargailah malam-malam terakhir ramadhan untuk menjadi pemburu malam lailatul qadar.Barang siapa yang tidak berusaha mencari malam Lailatul Qadr berada dalam kerugian yang amat sangat kerana malam itu hanya dihadiahkan kepada Umat Nabi Muhammad sahaja. Betapa sayangnya ALLAH pada kita, tetapi kita hanya membiarkan ianya berlalu begitu sahaja.Bahkan kita masih boleh menyambung tidur yang diulit mimpi-mimpi indah.

TIDAK MAMPU?

Sekiranya tidak mampu, kita perlu berusaha mencarinya sesuai dengan keupayaan dan kesungguhan masing-masing kerana tiada amalan khusus yang ditetapkan melainkan melebihkan beribadat, melebihkan berzikir, dan banyakkan berdoa.

TIDAK MAMPU LAGI?  
Hendaklah menganggap malam-malam sepuluh akhir Ramadhan adalah peluang yang paling bernilai. 

MASIH TIDAK MAMPU LAGI? 
Sekiranya itu pun masih tidak mampu maka janganlah dibiarkan malam-malam ganjil dari sepuluh akhir terlepas begitu sahaja

KALAULAH TIDAK MAMPU LAGI....
(Semoga Allah menjauhkan) maka hendaklah menganggap malam ke-27 adalah peluang keemasan.Sekiranya dengan pertolongan ALLAH seorang yang bertuah dimudahkan untuk mendapat Lailatul Qadr, segala nikmat di dunia tidak mempunyai apa-apa nilai jika dibandingkan dengannya. 

Andai kita masih terlalu lemah imannya, CUKUPLAH HANYA SEKADAR BANGUN DAN BERDOA UNTUK MENGAMBIL KEBERKATAN MALAM LAILATUL QADR.. 

TIGA TANDA ORANG YANG DIKUNJUNGI LAILATUL QADR (Diriwayatkan dalam hadis Sahih)

1. Tubuh badan gementar, ada rasa takut di dalam hatinya secara tiba-tiba


2. Hati menjadi lembut dan sayu pada saat itu.


3. Bercucuran air mata.


Disebut juga di dalam sebuah Hadis, bahawa tanda-tandanya ialah keadaannya terang dengan langit yang bersih, tenang lagi sunyi, tidaklah terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk.Seolah-olah bulan memancar  (kerana banyak Nur kerohanian). Bintang-Bintang tidak digunakan lagi untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga ke pagi, matahari akan terbit keesokan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuat. Ia terbit dalam satu bentuk bulatan yang rata seperti bulan purnama dan ALLAH s.w.t telah mengharamkan syaitan keluar bersamanya pda hari itu (sebaliknya pada hari-hari yang lain syaitan akan muncul di tempat matahari terbit.
Wallahu alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...