9/17/10

Berhati Malayakah Aku?

BY humble.yat IN 6 comments


Bersempena sambutan 1 Malaysia semalam, melayan jugalah saya siaran secara langsung dari RTM bagi mengikuti perkembangan tanah air tercinta.Selepas itu, terlihat pula saya Filem Hati Malaya 1957. Rasanya dah banyak kali saya menonton filem tersebut sejak saya di universiti, bahkan menonton tayangan perdana dan pelakon-pelakon utama pun turut hadir.Tak sangka dapat bertemu mereka.Maklumlah, saya ni bukannya jenis teruja nak jumpa pelakon atau penyanyi.Kiranya pada pandangan pertama, hanya sebelah mata ajer (hukhuk) pada mereka.




Tapi, sedikit demi sedikit hati saya tersentuh melihat perjalanan cerita, sayu rasa bila melihat watak-watak Sultan memberi kuasa pada orang Inggeris. Tak sangka, jiwa patrioritik saya bertambah melalui scene tersebut.Ada lagi, scene yang yang membuat saya menghargai erti kemerdekaan. Hendak melaungkan perkataan "MERDEKA" pun rasa tak layak kerana tidak mengikuti perjuangan mereka.Bahkan melihat anak-anak merdeka yang banyak mengikuti budaya kebaratan membuatkan saya cukup meluat.Kalaulah mereka ada jiwa merdeka dan sayangkan kemerdekaan Malaysia kan bagus.


Babak ni saya suka juga, kiranya watak kesukaan saya adalah Tunku Abdul Rahman. Saat dia meminta pertolongan kewangan dari rakyat Tanah Melayu untuk mereka berjumpa orang Inggeris bagi menuntut kemerderkaan. Mengalir air mata Tunku bila melihat ramai yang menggadaiakn harta mereka semata-mata untuk menuntut kemerdekaan. Jiwanya kukuh untuk menuntut kemerdekaan secara baik dan bukan melalui pergelutan darah dan peperangan. Betapa indahnya bangsa Melayu, perjuangkan negara melalui budi bahasa.Tak beruntungkah kita menjadi bangsa Melayu? Saya rasa ia adalah satu keuntungan yang besar dan peliharalah maruah itu dengan sebaik mungkin.

SALAM SATU MALAYSIA

p/s: Sebenarnya saya tak jemu langsung melihat filem ni sekarang, bahkan makin berkobar-kobar untuk meraikan kemerdekaan!Dan saya suka sangat tengok lakonan watak Tunku!Dia juga ada bersama-sama menonton tayangan perdana..;-)


6 inspirasi naluri :-):

SURI said...

salam sahabat..
terima kasij kerna sudi ke blog saya yang tak seberapa..

link sahabat dah ada d teratak ijau saya..

dulu masa sek men suka baca buku peradaban sejarah ttg jepun huhu..

hamzah ian said...

lame dah gua tak tngk tv. sob2..

Rasa said...

Assalamualaikum Humblehayati.
Salam Aidilfitri.

Semoga jiwa patriotik semakin subur dalam diri warga kita.

kalau dulu berhati malaya, sekarang berhati malaysia. selamat hari malaysia.

TQ

humble.yat said...

@suri:terima kasih sudi dtg ke blog sy.sy suka bc blog suri..santai bermaklumat;-)
@hamzah ian:jgn sedih tak tgok tv.tgok melalui internet ajer..kan teknologi di hujung jari ajer..
@rasa:betul, sekarang kena kena berhati malaysia..;-)

Penduga Arus said...

Assalamualaikum cik humbleyat,
Melayu mulia kerana ISLAM...=)

Zikri Husaini said...

selamatkan negara kita!!!