Wednesday, September 22, 2010

Selamat Tinggal Nescafe dan Teh Tarik!



Dulu, waktu saya bergelar pelajar, pasti ada stok Nescafe 3 in 1 untuk bekalan "study" waktu malam. Bayangkan, setiap malam minum Nescafe yang kaw. Berjaya juga berjaga malam dengan secawan Nescafe. Memang seronok belajar, sambil membuat nota-nota , minum nescafe, sedapnya! Tapi, saya dapat tahu, bahayanya minum nescafe kerana ia boleh menyempitkan saluran darah , menyebabkan serangan jantung dan macam-macam info lagi.
Tapi susahnya nak nak tinggalkan nescafe 3 in 1 sehinggalah saya nekad dengan menggantikannya dengan Habbatus Sauda. Memang benarlah, mengamalkan Habbatus Sauda menyebabkan saya tak dapat menikmati nescafe lagi. Setiap kali minum Nescafe, saya dapat rasakan kandungan kafein yang tinggi dan menyebabkan saya sakit kepala.Dan saya nekad untuk tidak minum Nescafe lagi!Selamat Tinggal Nescafe!

                                                

Dan entah kenapa sejak bekerjaya ni, saya cenderung untuk memilih teh tarik sebagai minuman kegemaran saya Dengan hawa pagi yang sejuk dan ditemani alunan asap teh tarik membuatkan saya lebih bersemangat untuk memulakan tugas hakiki. Tugas hakiki sebagai seorang perantara masyarakat yang merupakan tuntutan fardhu kifayah. Namun begitu, adakah teh tarik ini baik untuk kesihatan kita?

 Maklumat kalori teh tarik...
1 cawan teh tarik = 83 kalori
4 cawan sehari = 1 1/2 mangkuk nasi.

Wah, kiranya tak bagus minum teh tarik selalu ni. Nampaknya saya terpaksa disiplinkan diri untuk mengurangkan minum teh tarik. Tapi tak mengapa kan, jika hanya sekadar satu cawan satu hari?(Nak jugak tu!). Ha, lagi satu mungkin saya akan terus minum teh tarik kurang manis punya..hehe..Agaknya, bagaimanalah tahap kesihatan mereka yang minum bergelas-gelas teh tarik sambil berbual kosong yerk? Dengan ditambah roti canai ataupun nasi lemak.Fuh, bertambah tinggi lah kalori kita kan? Nampaknya saya terpaksa meninggalkan teh tarik pula.Isk Isk.

6 comments:

Nasir Bravo said...

Nak order teh tarik satu kt cni pagi2 nie..hehehe,,baik punya teh tarik yer

humbleyat said...

nasir bravo:ok siap!teh tarik kurang manis yerk...

Hisyam Muhibah said...

mujur saya tak terikat dengan satu jenis minuman saja.. tetapi kalau nak memandu malam balik kampung, memang air kopi atau nescafe panas akan jadi bekalan. setakat ni tak lah juga minum teh tarik selalu sangat.

apa2 pun, kesihatan penting dijaga :-)

suri said...

ytakan nak minum tech 4 cawan sekali..

klu suri cukup minum pans sekali jer iaitu time pagi..lain waktu suri suka minum air suam atau soya bean jer..
huhu..

humbleyat said...

hisyam muhibah:
yesz..samela..klu drive jauh..sy cri 100plus air ngan air masak..100 plus tambah tenaga and air masak, tambahkan oksigen untuk fokus.

suri:
tulah,tp klu order te h tarik mesti die bg gelas besar dah bersamaan 2 cwn..haha yg tu kena kurangkan kuantiti..
tapi suri sy takleh minum soya, nni muntah blik huhu..kenalah makan tempe byk2 gantikan soya..huhu

aisyahHumaira said...

Emm nescafe? dh lama akak tak minum sejak bertukar kpd Kopi Radix (Mai secawan)..
rasanya lebih sdp dan selamat diminum..itu yg penting.. :) kita sama2 jaga kesihatan, k..
uhibbuki fillah dik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...