Friday, September 3, 2010

Pemburu Malam 1000 Bulan



Hargailah malam-malam terakhir ramadhan untuk menjadi pemburu malam lailatul qadar.Barang siapa yang tidak berusaha mencari malam Lailatul Qadr berada dalam kerugian yang amat sangat kerana malam itu hanya dihadiahkan kepada Umat Nabi Muhammad sahaja. Betapa sayangnya ALLAH pada kita, tetapi kita hanya membiarkan ianya berlalu begitu sahaja.Bahkan kita masih boleh menyambung tidur yang diulit mimpi-mimpi indah.

TIDAK MAMPU?

Sekiranya tidak mampu, kita perlu berusaha mencarinya sesuai dengan keupayaan dan kesungguhan masing-masing kerana tiada amalan khusus yang ditetapkan melainkan melebihkan beribadat, melebihkan berzikir, dan banyakkan berdoa.

TIDAK MAMPU LAGI?  
Hendaklah menganggap malam-malam sepuluh akhir Ramadhan adalah peluang yang paling bernilai. 

MASIH TIDAK MAMPU LAGI? 
Sekiranya itu pun masih tidak mampu maka janganlah dibiarkan malam-malam ganjil dari sepuluh akhir terlepas begitu sahaja

KALAULAH TIDAK MAMPU LAGI....
(Semoga Allah menjauhkan) maka hendaklah menganggap malam ke-27 adalah peluang keemasan.Sekiranya dengan pertolongan ALLAH seorang yang bertuah dimudahkan untuk mendapat Lailatul Qadr, segala nikmat di dunia tidak mempunyai apa-apa nilai jika dibandingkan dengannya. 

Andai kita masih terlalu lemah imannya, CUKUPLAH HANYA SEKADAR BANGUN DAN BERDOA UNTUK MENGAMBIL KEBERKATAN MALAM LAILATUL QADR.. 

TIGA TANDA ORANG YANG DIKUNJUNGI LAILATUL QADR (Diriwayatkan dalam hadis Sahih)

1. Tubuh badan gementar, ada rasa takut di dalam hatinya secara tiba-tiba


2. Hati menjadi lembut dan sayu pada saat itu.


3. Bercucuran air mata.


Disebut juga di dalam sebuah Hadis, bahawa tanda-tandanya ialah keadaannya terang dengan langit yang bersih, tenang lagi sunyi, tidaklah terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk.Seolah-olah bulan memancar  (kerana banyak Nur kerohanian). Bintang-Bintang tidak digunakan lagi untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga ke pagi, matahari akan terbit keesokan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuat. Ia terbit dalam satu bentuk bulatan yang rata seperti bulan purnama dan ALLAH s.w.t telah mengharamkan syaitan keluar bersamanya pda hari itu (sebaliknya pada hari-hari yang lain syaitan akan muncul di tempat matahari terbit.
Wallahu alam.

6 comments:

Abhamz said...

salam, n3 yang menimbulkan keghairahan saya dan mgkn pembaca yang lain utk mendapatkan peluang beribadat di malam 1000 bulan tersebut...InsyaAllah jika kita berkomited hasilnya tentulah kejayaan yang ditunggu-tunggu buat semua mukminin dan mukminat.

SitiMashitahSaidin said...

wua~~~~ thanx sbb berkongsi~~

humbleyat said...

abhamz:
wslm.dengan izin Allah.tapi malangnya masih kurang kesedaran antara golongan belia, mereka lebih suka untuk berhibur dan mengejar trend.

SitiMashitah:
same2 sebab sudi membaca coretan yg tak seberapa ini.hanya sekadar berkongsi apa yg saya tahu;-)

basirahsmarties said...

nak copy link kasi owg bce bley x
hihihihi

humbleyat said...

basirahsmarties:
boleh aje nak share ;-)

Atsuko Ichirou said...

info berguna...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...