Sunday, October 30, 2016

Penjagaan Bayi Pramatang (2)

PENJAGAAN BAYI PRAMATANG
(Sumber dari Pa & Ma)



Bayi lahir tidak cukup bulan atau bayi pramatang memerlukan penjagaan khusus berbanding bayi lahir normal. Bayi pramatang lahir awal iaitu antara 28 hingga 36 minggu usia kehamilan ibu.

Semakin pramatang usia bayi, semakin rumit penjagaannya. Lebih kurang lapan peratus bayi dilahirkan pramatang di Malayasia. Oleh kerana kebanyakan bayi pramatang lahir dengan berat badan terlalu ringan iaitu kurang daripada 2 kg maka doktor akan beratnya akan dipantauu sebelum dibenarkan keluar dari hospital.

Justeru, ibu memainkan peranan penting membantu bayi bertambah berat badan bagi mengurangkan risiko lain kepada bayi. Untuk perkembangan optimal bayi pramatang, ciptakan suasana seperti di dalam rahim.

Lakukan beberapa langkah ini untuk membantu bayi pramatang anda cepat membesar.

1. Posisi tidur
Ciptakan tempat tidur bayi daripada gulungan selimut tebal yang dibuat bentuk huruf U. Letakkan bayi dalam ‘sarang’ tersebut seperti posisinya di dalam rahim. Dalam kedudukan ini, bayi merasakan dia sentiasa dipeluk dan tidak akan terperanjat kerana terasa seperti hendak terjatuh.

2. Pegang bayi
Memegang bayi pramatang dengan kemas tanpa membuatnya tersentak. Ketika mengangkat bayi, pegang juga kedua lengannya, serapat yang boleh, selain menahan leher ataupun punggungnya. Boleh juga dukung bayi dalam keadaan berbedung.

3. Pasangkan lampu yang malap
Ketika menyusukan bayi dan tidurkannya, pastikan anda hanya memasang lampu yang bercahaya malap. Tidur yang lama, koordinasi pernafasan dan menelan dengan baik susu yang dihisap menggalakkan kenaikan berat badan lebih tinggi. Bila cahaya terlalu terang, bayi akan menutup mata sehingga rangsangan penglihatan menjadi kurang baik.

4. Tidak boleh penat
Jangan lakukan beberapa aktiviti berturut-turut. Misalnya menggantikan lampin, memakai baju dan menyusukannya, ini akan membuatkan bayi berasa kepenatan. Antara tanda bayi penat adalah hilang fokus mata, tangan seperti menolak, mengantuk, menguap berlebihan dan meragam.

5. Elak bunyi bising
Jangan sesekali membuat bising seperti bercakap kuat di depan bayi atau menutup pintu bilik dengan kuat ketika bayi tidur. Bayi pramatang memerlukan tidur berkualiti untuk merangsang hormon pertumbuhan dan perkembangan sel otak yang optima.

6. Rawatan kaedah kanggaro
Rawatan ini untuk mempertahankan suhu badan bayi, menstabilkan denyut jantung dan pernafasan, membuat tidur lebih banyak, jarang menangis, meningkatkan pengeluaran susu ibu. Kaedah ini disarankan untuk bayi pramatang dengan berat badan di bawah 2500 gram.

7. Lakukan stimulasi
Stimulasi berupa sentuhan, suara dan penglihatan dapat membantu bayi pramatang. Hangatkan tapak tangan anda ketika memegang bayi. Letakkan jari telunjuk dalam genggamannya. Bayi suka suara ibu, jadi ajaklah dia berbual ketika menyusu atau sebelum bayi mengantuk. Ketika berbual dengan bayi, jarakkan wajah anda antara 20-30 cm di hadapannya.

Semoga bermanfaat.

Nota Naluri:
Ibu ayah juga boleh join kumpulan sokongan "Baby Premature NICU Malaysia" di laman Facebook.Banyak semangat dan panduan di situ. "Only Positive vibes there.;-)"

Walimah Sepupu :Maryam, Fatihah & Aishah

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt

Alhamdulilah, dalam tahun ini, banyak meraikan sepupu menjadi pengantin baru.Bila sepupu kahwin ni, memang meriah la sebab dapat jumpa saudara mara yang jarang nak berjumpa.Boleh jadi perhimpunan terbesar tau.Memang seronok lah.Antara sebab saya suka saudara mara kahwin, boleh jumpa hampir kesemuanya disebalik kesibukan yang ada.Walaubagaimanapun, ada juga kenduri yang tak dapat saya nak pergi , sebab tengah berpantang.So, save gambar mereka siap-siap, untuk diabadikan di sini.Kot kot terjumpa di tengah jalan, takdelah tak kenal ahli keluarga baru kan. Kot kot ada pembaca ni saudara tanpa sedar, hehe seronok juga tu jejak kasih.

Jom raikan pengantin dalam entri kali ini.


1.Maryam & Ikrar



Majlis Akad Nikah
Majlis Perkahwinan

Majlis Sambut Menantu Di Terengganu
Majlis perkahwinan dilangsungkan Hotel Puri Pujangga UKM,Bangi. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar.Tahniah buat Maryam dan Ikrar,orang Terengganu. Semoga bahagia ke syurga hendaknya.Kedua dua mempelai merupakan pegawai farmasi,Cinta farmasi la kot hehe.Apa pun barakallah Maryam.Kak Yati mendoakan Yam dan Ikrar akan bersama sama melalui bahtera perkahwinan sehingga ke syurga

2. Fatihah & Pasangannya

AKAD NIKAH



Tahniah juga buat Fatihah dan suami , akhirnya bersatu dalam satu ikatan perkahwinan,Fatihah ni pangkat dua pupu, tapi rapat macam sepupu juga.Dia junior saya juga di AIKOL,UIAM dulu.Tapi saya dah grad masa dia masuk main camp.Masih teringat lagi, Fatihah juga meraikan hari konvokesyen saya.terima kasih tau.Samapai sekarang pun Kak Yati ingat lagi.Sangat sangat menghargai.Sekarang dah berkhidmat di Petronas dah. Suami dia tu rakan sekerja dia.Alhamdulilah, bertemu juga jodohnya.Tahniah ye Fatihah, bakal mom to be !;-)

3. Aisyah



Aisyah, si cantik manis ala-ala "Fathia"ni pangkat dua pupu kami. Orang Mentakab.Masa kecil-kecil dulu, kalau balik kampung, sibuk main dengan adik beradik dia.Nenek dia,kamipanggil Tok Su, dan rumah dia sebelah rumah To' mek kami. Memang wajib beraya rumah dia lah kiranya .Ramai tau adik beradik Aisyah ni.Alhamdulilah sudah selamat dijabkabulkan dan majlis berjalan lancar.Semoga berbahagia hingga ke syurga ye.

Thursday, October 13, 2016

Penjagaan Bayi Pramatang

Bismillahirahmanirrahim..
 Assalamualaikum wbt.

Terima kasih banyak banyak buat mereka yang memahami penjagaan yang teliti kepada "premature baby".Saya sangatlah menghargai setiap ucapan dan doa kalian. Buat masa ini, saya cuti tanpa gaji bagi penjagaan yang teliti bagi enam bulan pertama ni.Ya, saya masih rindukan kerja saya, tapi ini pilihan yang saya perlu utamakan, keluarga saya. Harap sangat majikan, kakitangan dan klien memahami saya.Sebab ini adalah masa sukar saya dan keluarga.Jadi mohon memahami bahawa ibu ayah bayi juga perlukan sejuta ketenangan di sebalik kekuatan yang baru terbina.penting tau nak jaga emosi waktu jaga baby ni.

Please jangan bandingkan dengan baby premature yang sihat.Sebab itu adalah hasil dari susah payah penjagaan mak ayah mereka dari saat kelahiran. Setiap inkubator tu, ada kisah perjuangan tersendiri.Kami ini baru sahaja bermula episod perjuangan untuk membesarkannya dalam bulan-bulan pertama.Sepanjang enam bulan pertama ni, memang kami dapat tarikh yang padat setiap minggu dan bulanan bagi pemantauan khas dari pakar-pakar.Jika saya kerja pun, mungkin saya dah macam chipsmore, kejap ada kejap takde.Jadi tak dapat nak fokus kerja secara maksimum.

our BFF now, Dettol and  Lifebouy
Antara kompilasi checklist penjagaan bayi pramatang.Kompilasi ni saya kumpulkan dari pengalaman ibubapa bayi pramatang dari media sosial dan kumpulan sokongan ibu bapa bayi pramatang, dan daripada pengalaman saya menjaga anak pramatang kami.Semoga ia menjadi panduan buat mereka,Sebab saya pun macam mereka, mencari tips penjagaan yang terbaik buat anak.
  • Barangan baby semua dibersihkan,disterilkan dan dicuci
  • Setiap ruang rumah bersih dicuci dengan Dettol.
  • Hand sanitizer digunakan sebelum dan selepas menyentuh bayi.Yang ini paling penting.Jangan skip.Kalau tetamu datang , tanya khabar mereka dahulu sebelum menyentuh bayi anda dan mereka cuci tangan dengan hand sanitizer dengan cara yang betul seperti yang dianjurkan oleh pihak kesihatan. 
  • Facemask (wajib pakai jika ada ahli keluarga yang tak sihat atau batuk/atau asingkan baby)
  • xguna spray nyamuk, perfume, ubat gegat sebab baby premature sangat-sangat sensitif
  • tiada haiwan peliharaan(elak penyakit)
  • pengudaraan yang baik (elak dari asap rokok/asap masakan/habuk/debu)
  • Sentiasa bersihkan kipas dari habuk
  • tidak mendedahkan baby dengan bunyi yang kuat, sebab pendengarannya yang sangat sensitif.
  • tidak dibenarkan pelawat ( 3-6bulan) (ikut keadaan baby)
  • Jangan letak baby di kawasan karpet yang mudah berdebu.Letakkan di dalam baby cot/playpen.Guna karpet yang tak mudah berhabuk.
  • Ibu dan ayah uruskan baby sebab lebih prihatin, lembut, arif tentang baby sebab dapat info dari doktor dan nurse
  • krim tropika sangat sesuai sebab bersifat natural dan tak panas- dapat elakkan baby selsema, batuk, alahan kulit, kembung perut, sapu di dada, pelipat tangan, belakang badan, perut, betis, tapak kaki setiap kali tukar pampers
  • penimbang berat badan untuk pantau kenaikan berat badan baby
  • Jika minum susu formula,basuh botol dengan bersih dan steril, setiap kali pencucian botol
  • Jaga waktu minum baby,jangan skip-jika susu formula, setiap tiga jam.kalau baby tidur memang kena kejutkan dia.Jika susu ibu,keep on baby's demand.Bayi pramatang mengambil masa untuk.belajar menyusu.sebab sucking masih lemah.Sila bersabar dan jangan putus asa.
  • Banyakkan bersabar jika berat badan baby tidak naik seperti yang diharapkan.Yang penting jaga kesihatan dan alert perkembangannya.
  • Wajib sendawakan baby, dan iringkan baby bagi mengelak tersedak susu.bayi pramatang mudah muntah,terjeluak susu sebabnya ususnya tidak kuat.
  • Peka dengan kulit bayi, sebab kulit mereka mudah jadi biru dalam keadaan menangis, tersedak ketika minum susu,batuk.Angkat bayi dan tepuk belakang bayi kuat kuat sehingga warna kulit bayi kemerahan.
  • Mandikan baby(9/10 pagi) dan 5/6 petang.Ada sesetengah bayi,tidak dibenarkan mandi kecuali dilapkan sahaja , dikhuatiri bayi demam.jangan mandikan baby ketika cuaca sejuk.
  • Jangan guna aircond yang kuat, gunakan dengan sekadarnya sebab baby mudah selsema dan akan memudaratkan kesihatannya.
  • Basuh pakaian baby berasingan.Sentiasa pakai baju yang bersih dan kering
  • Tukar persalinan setiap hari, sarung bantal, bedung, alas tilam, sarung bantal
  • Thermometer untuk pantau suhu badan setiap empat jam, macam hospital buat.Jika badan mulai demam, bawa terus ke emergency hospital bagi pemeriksaan jangkitan kuman.Perkara ni bukan boleh dibuat main-main ye.
  • Pastikan baby tidur cukup untuk tumbesarannya.Bedung baby untuk tidur yang lena.
  • Ibu jangan makan sebarang jamu,makanan berempah bagi ibu menyusu, perut baby sangat sensitif
  • Kuarantin baby seminimum enam bulan di rumah.Jangan pergi ke tempat awam, kenduri kendara , jamuan di luar jika sayangkan baby anda.
  • tukar pampers setiap empat/lima jam untuk pastikan kebersihan badannya.
  • sentiasa bersihkan hidung baby untuk pernafasan baby yang lebih lancar
  • lampu tidur untuk pantau pernafasan baby di waktu malam-risk of apnea (keadaan yang lupa bernafas)
  • kelambu untuk elak nyamuk sebab kulit bayi pramatang sangattttt sensitif.
  • jangan miss appointment dengan klinik, hospital, doktor dan pakar
  • persediaan mental, tenaga, fizikal,masa , wang, tenaga. memang kena kuat sebab cabaran dia sangat tinggi kerana kita melalui perjalanan bayi dari dilahirkan untuk mendapat kesihatan yang terbaik untuk.mereka.
  • Kena rajin bertanya dan peka atas perkembangan anak anak, cari ilmu tentang bayi pramatang.
ok.semoga bermanfaat ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...