Sunday, October 30, 2016

Penjagaan Bayi Pramatang (2)

PENJAGAAN BAYI PRAMATANG
(Sumber dari Pa & Ma)



Bayi lahir tidak cukup bulan atau bayi pramatang memerlukan penjagaan khusus berbanding bayi lahir normal. Bayi pramatang lahir awal iaitu antara 28 hingga 36 minggu usia kehamilan ibu.

Semakin pramatang usia bayi, semakin rumit penjagaannya. Lebih kurang lapan peratus bayi dilahirkan pramatang di Malayasia. Oleh kerana kebanyakan bayi pramatang lahir dengan berat badan terlalu ringan iaitu kurang daripada 2 kg maka doktor akan beratnya akan dipantauu sebelum dibenarkan keluar dari hospital.

Justeru, ibu memainkan peranan penting membantu bayi bertambah berat badan bagi mengurangkan risiko lain kepada bayi. Untuk perkembangan optimal bayi pramatang, ciptakan suasana seperti di dalam rahim.

Lakukan beberapa langkah ini untuk membantu bayi pramatang anda cepat membesar.

1. Posisi tidur
Ciptakan tempat tidur bayi daripada gulungan selimut tebal yang dibuat bentuk huruf U. Letakkan bayi dalam ‘sarang’ tersebut seperti posisinya di dalam rahim. Dalam kedudukan ini, bayi merasakan dia sentiasa dipeluk dan tidak akan terperanjat kerana terasa seperti hendak terjatuh.

2. Pegang bayi
Memegang bayi pramatang dengan kemas tanpa membuatnya tersentak. Ketika mengangkat bayi, pegang juga kedua lengannya, serapat yang boleh, selain menahan leher ataupun punggungnya. Boleh juga dukung bayi dalam keadaan berbedung.

3. Pasangkan lampu yang malap
Ketika menyusukan bayi dan tidurkannya, pastikan anda hanya memasang lampu yang bercahaya malap. Tidur yang lama, koordinasi pernafasan dan menelan dengan baik susu yang dihisap menggalakkan kenaikan berat badan lebih tinggi. Bila cahaya terlalu terang, bayi akan menutup mata sehingga rangsangan penglihatan menjadi kurang baik.

4. Tidak boleh penat
Jangan lakukan beberapa aktiviti berturut-turut. Misalnya menggantikan lampin, memakai baju dan menyusukannya, ini akan membuatkan bayi berasa kepenatan. Antara tanda bayi penat adalah hilang fokus mata, tangan seperti menolak, mengantuk, menguap berlebihan dan meragam.

5. Elak bunyi bising
Jangan sesekali membuat bising seperti bercakap kuat di depan bayi atau menutup pintu bilik dengan kuat ketika bayi tidur. Bayi pramatang memerlukan tidur berkualiti untuk merangsang hormon pertumbuhan dan perkembangan sel otak yang optima.

6. Rawatan kaedah kanggaro
Rawatan ini untuk mempertahankan suhu badan bayi, menstabilkan denyut jantung dan pernafasan, membuat tidur lebih banyak, jarang menangis, meningkatkan pengeluaran susu ibu. Kaedah ini disarankan untuk bayi pramatang dengan berat badan di bawah 2500 gram.

7. Lakukan stimulasi
Stimulasi berupa sentuhan, suara dan penglihatan dapat membantu bayi pramatang. Hangatkan tapak tangan anda ketika memegang bayi. Letakkan jari telunjuk dalam genggamannya. Bayi suka suara ibu, jadi ajaklah dia berbual ketika menyusu atau sebelum bayi mengantuk. Ketika berbual dengan bayi, jarakkan wajah anda antara 20-30 cm di hadapannya.

Semoga bermanfaat.

Nota Naluri:
Ibu ayah juga boleh join kumpulan sokongan "Baby Premature NICU Malaysia" di laman Facebook.Banyak semangat dan panduan di situ. "Only Positive vibes there.;-)"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...