Wednesday, July 31, 2013

Cabaran 10 Malam Terakhir

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

[kredit]
Fuh!Tabir Ramadhan semakin berlabuh menanti Syawal yang akan menjelma.Sedikit sebanyak ada rasa sayu di hati.Kadang-kadang rasa tak nak dengar lagu raya, yang semakin meriah berkumandang di mana-mana, radio, televisyen , bazar ramadhan, pasaraya.Alangkah indahnya jika  yang berkumandang itu hanya alunan ayat Indah dari Al Quran.

Memang kita ini hanya insan biasa.Bagi mereka yang bermujahadah sungguh-sungguh, pasti akan dapat mengkhatamkan Al Quran,pasti dapat melakukan ibadah sunat yang banyak-banyak bagi bekalan kita di "sana" nanti, kerana di bulan Ramadhan ini pahalanya berganda.Inilah "saving" dan "investment" sebenar seorang hamba sebagai pemburu malam 1000 bulan .Bukan sekadar hakikat.

Melakukan ibadah dari segala sudut, penjuru di samping mendidik iman dalam diri.
Selain itu kita boleh banyakkan zikir.

Bagi yang masih ada anak kecil, masih ada ruang untuk kita beribadah, berzikirlah selalu dengan anak-anak.Biasakan anak kecil itu dengan persekitaran memuliakan Ramadhan.

Teringat satu forum, katanya kita ni selalu mencari tanda malam lailatul qadar(macam air sejuk, hari yang redup) tapi tidak berusaha ke arahnya.Maka, berusahalah walau dengan sedikit zikir, kerana setiap zikir itu pahalanya berganda.

Cabaran
Ramadhan kali ini memang mencabar bagi saya, mempunyai anak kecil, ruang untuk memprivasikan diri dengan NYA agak terhad,Tetapi saya sentiasa ingatkan diri, saya tak perlu mengehadkan diri, tetapi saya perlu berkongsi dengan si kecil Aina.Berzikir sama-sama, bertadarus sama-sama, kalau boleh nak solat sama-sama dengannya, bersahur dan berbuka puasa supaya kami sama-sama dapat ganjarannya.Bukan tamak seorang diri.Bukankah sharing is loving?

Puteri 10 malam terakhir ni dah setahun dah (kalendar hijriah-20 ramadhan)
Adakalanya Aina juga bangun tengah malam dalam 2.30-4.00 pagi semata-mata nak bermain.Saya cuba ingatkan diri, bahawa Allah swt rindu dengan kami, maka aktiviti bangun tengah malam, digantikan zikir.memang itu yang saya niatkan.Tetapi kadang-kadang saya kalah juga , tertidur dan zauji pula yang tidurkan Aina :-P. Terima kasih ye.

Zauji pula selalu ingatkan saya .Memang kita letih, mengantuk,tapi cubalah lawan mengantuk tu dan bangun.

Mak benarlah, makin melalui malam-malam terakhir Ramadhan, makin banyak cabarannnya, dugaannya. walaupun sekecil sakit perut, pening kepala dan kesibukan kerja yang semakin berganda.Cuma iman kita yang akan sembuhkannya kembali.Allahuakbar..

Wallahualam.

Nota Naluri:
Oh Ya.Aina, dah setahun malam 20 Ramadhan hari tu.Alhamdulilah!Perjuangan membesarkan tidak pernah berhenti.Semoga Allah merahmati:-)

Tuesday, July 23, 2013

Middle of Ramadhan

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Sudah sampai pertengahan Ramadhan.Apa status kita sekarang?

Sudah dapat mendidik nafsu?

Sudah ada kesabaran yang jitu?

Ibadah yang ada sudah menjadi lebih indah?

Al Quran sudah habis dibaca?

Cabaran Di Bulan Ramadhan
Ya, cabaran menjadi anak, ibu dan isteri bekerjaya, mempunyai masa yang terkejar-kejar.Nak buat itu,nak buat ini.Tetapi, hadirnya Ramadhan, mendidik saya supaya lebih tenang mengatur waktu.Lebih teratur dan lebih baik daripada sebelum ini.

Saya mengaku, pengurusan masa saya memang berterabur, sebab itu saya perlu atur strategi menyusun jadual  supaya saya tahu yang mana rutin, yang mana keperluan, yang mana kehendak.

Dapat Fokus
Dan hadirnya Ramadhan,membuatkan saya lebih fokus atas setiap kerja-kerja yang saya ada.Bahkan terasa lebih pantas sedikit berbanding dahulu.Walaupun waktu kerja adalah singkat berbanding dahulu.(4.30 boleh balik dah), apatah lagi dengan tugasan memangku.

Dan hari ini meja memang tahap CCU.Penuh! Attend anakguam pun perlu guna bilik lain.Tetapi ketenangan itu tetap ada.Buat satu persatu.

Tetapi...paling kacau bila pergi pusat membeli belah, lagu raya sudah kedengaran..Aduh..dah sampai pertengahan Ramadhan ke?Ada rasa sayu di hati bila Ramadhan pergi hari demi hari.Kalau boleh mahu Ramadhan sepanjang tahun sebab ada sifat toleransi dalam setiap diri kita dan yang lain.Sifat sabar itu semakin bercambah bila Ramadhan berlangsung. Masing masing menatap gajet dan tab, Al Quran mengalunkan ayat ayat suci di mana-mana sahaja.

Ramadhan itu indah kerana ada ketenangan di situ.Penuh dengan kasih sayang Allah swt yang tidak berbelah bahagi.

Wallahualam.

Friday, July 19, 2013

Buku: Muqaddam Bergambar

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Perkongsian hari ini.Koleksi buku Aina Syafiyah.

Muqaddam Bergambar.

(google)

Antara material  silibus pendidikan awal untuk permata hati kami.

 Selain flash card hijaiyah , audio 30 surah lazim, pengenalan kepada buku juga penting.

Memandangkan Aina pun dah pandai belek bukunya, buku umi dengan jayanya , belek satu persatu kertas yang nipis-nipis tu macam orang besar (bukan buku yang ada mukasurat tebal yang khas untuk budak-budak tu) .Kalau ada mukasurat tertinggal, dia akan usahakan sampai dapat.Mukanya memang serius membelek buku.Maka uminya pun yakin untuk memberi satu muqaddam gambar yang comel, berwarna warni , siap ada ilustrasi lagi.Alhamdulilah, dipersetujui abi.

(google)
Saya sendiri pun tertarik dengan muqaddam ini sebab ada tiga bahasa.Sambil baca tafsir, sambil tengok ilustrasi, memang ada rasa penghayatannya.Kadang-kadang diri sendiri meremang bulu roma bila meneliti satu persatu tafsir surah lazim sambil tengok ilustrasi yang mengikut cerita surah tersebut.

Oh, untuk pengetahuan buku ini disertakan sekali dengan CD Al Quran 30 surah lazim.Sebelum ini saya hanya guna thumb drive di radio atau speaker pillow semasa tidur atau bacaan kami secara langsung kepada Aina Syafiyah.

Kalau dalam kereta, kami pasang audio orang membaca Al Quran, Aina pun ikut sekali mengikut panjang pendek bacaannya.Kadang-kadanung ada runut bunyinya.Kami sendiri pun terkejut dengan perkembangannya.Begitu juga kalau kami yang bacakan.Masa musim tilawah peringkat antarabangsa baru-baru ini, kami tidak lepaskan peluang untuk memberikan pendedahan untuk mendengar bacaan ayat ayat Al Quran.Sampai saya tertidur atas sofa sambil meriba Aina yang sudah terlena. 



Dan menariknya muqaddam ini, sehingga saya menempah lagi buku ini atas permintaan rakan-rakan sepejabat. Sebab ketika itu ada promosi dengan buku Sehari dalam Hidupku plus poster.Insha Allah buku tu pun menarik juga.Saya review satu-satu yek.

Kalau berminat untuk buku Muqaddam bergambar , boleh beli dengan kawan saya, Naz, pemilik My Litlle Aisyah Shop. 

Kita hanya merancang dengan cita-cita, tetapi Allah merancang dengan cinta.
Maka berusaha lah selagi ada kudrat dan serahkan segalanya kepada Allah yang Maha Pengasih

Nota Naluri:
Sekarang ni selalu tengok Qari Junior di TV3, sebelum waktu berbuka puasa.Seronok dan tumpang gembira tengok anak anak dididik begitu


Wednesday, July 17, 2013

Islamic Banking di Zenith

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, selesai sudah menghadiri seminar Understanding Shariah Principle in Islamic Banking pada 19-20 June baru-baru ini di Zenith Kuantan.Tempat yang boleh diiktiraf antara hotel yang sangat selesa dan mewah di Kuantan.

Speaker, Mr Johan Lee,memang best dan penyampaiannya sangat-sangat praktikal.Berperingkat, dan langkah demi langkah.

Dapat juga berkenalan dengan rakan rakan baru walaupun kami semua berbeza usia.Ya, paling seronok bertukar pendapat tentang perkembangqn produk-produk baru perbankan Islam yang semakin membangun.Kesedaran pengguna dan penyelesaian masalah riba.Hakikatnya riba dan akhir zaman ini memang tidak dapat dipisahkan jika difikirkan susur galurnya.Sedih!

Antara produk pinjaman secara Islam yang semakin digemari adalah Tawarruq.Sebelum ini, produk nya adalah Bai Bithaman Ajil,Musyarakah Mutanaqisah,Bai al Inah, Comodity Murabahah.Walaubagaimanapun BSN , Bahagian Pinjaman Perumahan masih mengekalkan lagi produk Bai Bithaman Ajil.

Bersama-sama rakan-rakan  yang masih "practice".
Oh ya!ada rakan saya,non-muslim pun menyertai kursus ini untuk mendalami sistem perbankan Islam memandangkan ia semakin membangun dan menjadi pilihan pengguna di Malaysia.Katanya,kenapa tak guna sistem ni dari dulu lagi, semuanya bagus!

Saya hanya jawab, sekarang ni baru ada ramai pakar kewangan Islam, dan senang untuk berdiskusi, perbahasan dan membuat keputusan untuk mengaplikasikan prosedurnya.Apatah lagi kesedaran yang tinggi dalam sektor perbankan Islam.

Jadi mari kita sama-sama menyokong perbankan Islam demi membangunkan sistem ekonomi yang berlandaskan syariat.

Nota Naluri:
Takaful Haji pun salah satu alternatif pengurusan kewangan Islam..pengurusan hibah , khairat kematian, ziarah protection, upah haji (bagi mereka yang tidak berkesempatan) Berminat hubungi pihak kami yek.. Whats app/SMS- En Muz 019 9598199 . Sekadar berkongsi apa yang telah kami manfaatkan dalam pengurusan kewangan Islam.:-)

Monday, July 15, 2013

Menjahit Jubah

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulilah, atas galakan dan dorongan ibunda tercinta dan zauji, saya menyertai kursus jahitan jubah selama dua hari di Pekan.Jauh tak? Di samping mengeratkan silaturahim antara peserta (yang mana di anjurkan oleh rakan sekerja zauji), di samping menziarahi kubur arwah abah..:-) Terima kasih zauji, bawa kami menzirahi pusaranya di petang hari, dan jaga Aina Syafiyah sepanjang dua hari..:-)

Ok.Saya ada ajak adik join sekali.Dia mahu buat jubah berzip belakang.Dan saya mahu buat jubah berbutang di depan, supaya senang nak menyusukan Aina.

Sebenarnya dah lama mencari tutorial atau sesiapa yang pandai meng"alter" jubah biasa kepada jubah nursing.Makanya, di sinilah tempatnya saya mendapat bertemu cikgu Arissa untuk mempelajari teknik tersebut.Terlalu banyak jubah biasa tersimpan di dalam beg, sebab tak dapat nak pakai semenjak menyusukan Aina, hanya pakai jubah yang berbutang sahaja.Lepas ni boleh pakai balik .hehe

Seronok betul bila dah belajar jubah butang.Kami belajar mengukur, deraf atas patern (yang ni susah dan pening sikit) dan  Cikgu Arisa dengan baik hati bagi standard size dan formula.Kemudian cantum kan badan jubah, lengan, dan lidah butang kemudian "piping leher" (yang ni saya failed, beberapa kali tetas sebab tak jadi, tapi bolehlah..hehe nanti nak baiki balik..)

Daripada pattern jubah, kita boleh jadikan dia blouse, mini jubah.Ha, seronok tak.Dan Kursus jahitan jubah adalah yang pertama ada untuk orang awam, maka kami lah peserta pertama yang dapat modul ni.Lagi seronok kan?hehe Alhamdulilah!

Mulalah saya merancang strategi nak ....
(i) "alter" jubah kat rumah bagi memudahkan proses penyusuan Aina, 
(ii) rancang nak buat blouse kat Aina raya nanti, ataupun buat baju jalan-jalan.
(iii) mahu buat jubah/blouse sendiri..

(^_____^)

Nota Naluri:
Cikgu kata menjahit mendidik kesabaran.Saya ada juga give up masa buat piping leher jubah, berehat  cium peluk Aina, solat kemudian sambung balik..Fuh!tercabar rasanya kesabaran di situ..


Thursday, July 11, 2013

Selamat Hari Lahir Emak!

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Tiga Generasi..

Hari ini pakai jam nak pergi bekerja, tengok tarikh, 11 Julai!Dengan segera cium mak dengan ucapan hari lahirnya yang ke 53.

Selamat hari lahir Emak.Tahun ini tahun pertama ibunda tercinta meraikan hari lahir dengan cucu kesayangannya, Aina Syafiyah! Alhamdulilah.Semoga emak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah swt.

Sayang emak dulu kini dan selamanya.Penasihat terbaik untuk saya dalam segala bidang.Kalau saya lemah semangat untuk bekerja, katanya "Pergilah, kata berkhidmat untuk masyarakat..".Hehe..

Semua nasihat mak memang terbaik dan takkan dilupakan sampai bila.Semoga Allah memberikan kekuatan untuk ibunda tercinta dalam mengharungi hari yang mendatang. Ameen!

Wednesday, July 10, 2013

Inspirasi Ramadhan 2013

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


 Selamat berpuasa untuk seluruh umat Islam!
 Quote dari Langit Ilahi.com yang yang menjadi  insipirasi saya untuk Ramadhan kali ini

                 " Ramadhan bagi mukmin adalah kekuatan.                    
                        Bagi seorang pendosa adalah harapan.                     
                        Bagi seorang daie adalah bekalan."                          

Klik untuk lebih besar-Falak Online
Yang di atas ni adalah gambar anak ramadhan yang berumur lebih kurang 28 jam menurut Falak Online.Subhanallah! Allahuakbar!Alhamdulilah.Indahnya hilal Ramadhan itu. Terasa langit itu menerima kehadiran Hilal Ramadhan dengan penuh ketenangan.


Satu lagi, seiring dengan perkembangan gajet dan aplikasi android, apa kata download aplikasi ini, Mutabaah Ramadhan, sangat bermanfaat bagi melihat statistik perkembangan rohani kita sepanjang bulan ramadhan.Yang penting jujur dalam menandakan senarai tugasan di bulan Ramadhan.



Insha Allah, doakan semangat ini tidak akan luntur dan pudar dalam mengimarahkan Ramadhan kali ini.

Akhir kalam, Selamat berpuasa semua!Ramadhan Kareem!

Nota Naluri:
Hati rasa sayu bila Ramadhan berlalu hari demi hari.Maka,manfaatkanlah ia semaksimum yang mungkin dengan anggapan ini mungkin Ramadhan terakhir kita.Allahurabi!

Tuesday, July 9, 2013

Sleeping Princess(es)

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Tiga-tiga anak dalam jagaan ibunda tercinta tidur dengan nyenyaknya. Nadirah, Aina Syafiyah dan Najihah.Hilang rasa penat seketika melayan karenah mereka.Mahukan perhatian, mahu dimanjai.Hilang juga kelasakan mereka yang sentiasa meneroka perkara baru dalam kehidupan  tentang sikap dan perlakuan kita, kata-kata kita, apa yang didengari mereka saban hari.

Jika sikap dan perlakuan yang baik, kata-kata yang penuh budi bahasa, Insha Allah membesarlah mereka di dalam lindungan dan kasih sayang Allah swt.

Anak-anak itu ibarat kain putih, terpulang pada ibu bapa mencoraknya dan dalam menangani cabaran-cabaran persekitaran yang semakin tinggi di akhir zaman ini.Ingatlah iman itu tidak dapat diwarisi dari seorang ayah kepada seorang anak.Tetapi bekalan, didikan ibu ayah itu sendiri akan membentuk pegangan mereka sedari mereka makin membesar. 

Ya, apabila seorang ayah mati meninggalkan anak dan isteri, hanya ilmu dan amalan-amalan mereka yang akan sampai di sana, yang akan menerangi pusara nanti.

Maka bersabarlah dan senyum dalam mendidik mereka. Fahami dan selamilah perasaan mereka.Fitrah anak dan cinta tanpa syarat.

Friday, July 5, 2013

Singgah Musolla ICAM

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
 

Zauji ada bagi ceramah kat ICAM(International College of Automotive,Pekan) Aina dan uminya jadi peneman sahaja.Maka, berehatlah kami  di cafe ICAM.Cantik juga reka bentuk cafe ICAM.Moden.Tetiba teringat cafe kat UIAM dulu.Meriah!

Dah bosan duduk kat cafe, berjalan-jalan di kampus ICAM ni, bertemu juga suraunya.Tetiba teringat segmen En Hisyam Muhibah-Singgah Solat.Rasa nak join juga segmennya, boleh kan En HM?Sebagai perkongsian dan manfaat kita bersama.

ICAM ni terletak di Pekan, betul-betul di tepi jalan, kalau dari Bandar Pekan, ianya sebelah kiri.Dan Musollanya betul-betul terletak di belakang Dewan Utama ICAM, di pintu masuk surau, ada satu set sofa untuk berehat.

Cantik jugak surau (musolla perempuan) nya, selesa, ada telekung sejadah dan Al Quran.Tapi lantai tidak berkarpet mungkin sebab tempat wudhu di belakang.Maaf tempat wudhu tak dapat ambilkan gambarnya, sebab tak berani nak tinggalkan Aina seorang diri di tempat sembahyang.Tapi tempat wudhu sangat selesa, dan yang penting tertutup dan jauh dari pintu laluan masuk dan keluar.


Selain hawa dingin, kipas berdiri pun ada (mungkin jika pengguna seorang, tak perlu hidupkan penghawa dingin, memadai menggunakan kipas  berdiri) penjimatan elektirik di situ, untuk keselesaan bersama.Kerusi pun disediakan bagi mereka yang tidak mampu untuk solat berdiri.Arah kiblat pun ada ditunjukkan, stikernya dilekat di atas siling.


Ada rak tempat letak kain sembahyang kakitangan,penyidai kain sembahyang untuk pengguna juga.Cermin pun ada untuk memastikan imej kita kemas sebelum keluar.


Setakat ini saya memang dan sangat selesa dengan kemudahan surau ICAM ni. Alhamdulilah, tahniah untuk pihak pengurusan Surau di ICAM. Aina pun sibuk solat dhuha juga agaknya.Apalah yang khusyuk sangat dibuatnya tu?Letak sejadah tu sebab lantai sejuk untuk dia.huhu.


Gigit Wet Tissue!Huhu..Uminya ambil gambar, dia dah kucar beg uminya..tak kisah pun.Tapi Aina kena biasakan diri dengan surau tau!

Masa ni Aina baru tengah pandai guling-guling,Tak ingat dah bulan berapa.Kira entri tertangguh kot lantaran kesibukan yang ada.Tetapi masih bermanfaat kan?

Nota Naluri:
Tengah fikir, boleh ke bawa Aina gi terawih kat surau dan solat raya di masjid nanti hehe..

Thursday, July 4, 2013

DIY :Mahar dan Cincin Perkahwinan

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Ada permintaan dari seorang kawan baik untuk buat hantaran cincin dan mas kahwin.Hmm.Jadi tengah membelek-belek gambar hantaran yang pernah saya buat dan lihat.Manalah tahu ada yang berminat nak tempah pulak kan hehe.


Yang atas ni sempena perkahwinan adik saya, Angah. Guna Frame warna "purple pink" ada diamond dan bunga.memang naik warnanya.Cuma susun-susun duit je.Lepas tu, letak bantal kecil yang dibuat sendiri  untuk letak cincin tu.Done.Alhamdulilah,selesai.

 

Pondok berpayung ungu ni, hantaran cincin pertunangan saya, ibu mertua yang tambahkan dan gubahkan bekas ni, memang cantik.Pilihan cincin pun dari mak mertua juga. :-)


Ok yang atas ni pulak, hantaran merisik dan bertunang adik saya juga.Menggunakan konsep bunga tisu carnation.Buat sendiri juga.Ringkas je kan.Ada yang ingat saya letak bunga segar carnation, sebab bial sentuh je lembut macam kelopak bunga.hehe.


Ha, yang atas ni, hantaran cincin perkahwinan untuk zauji.Hasil perbincangan dengan kawan saya, Kak Ila, Bekas cari sendiri, bantal buat sendiri.memang cantiklah Kak Ila buat.Menangis terharu saya ketika dia membawa bekas cincin ni masa sehari sebelum nikah.Yalah, bukan senang nak cari idea kan?huhu..Sampai sekarang saya simpan lagi bekas ni.


Allahurabbi..kenangan lama memang mengusik jiwa kan?T.T Sesi penyerahan cincin kepada zauji.Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan ketika itu.:-)


Ok, yang ini sekadar idea, sebab bukan saya yang buat.Tapi sepupu saya sendiri, sempena perkahwinannya.Letak dalam gelas tinggi diisi dengan kertas yang dicarik-carik.Sweet jugak kan.Kalu nak meriah tambahlah apa-apa yang patut hehe


Yang ini sila perhatikan bekas warna ungu.Ada bekas gelang, cincin dan mas kahwin dalam bentuk jambangan bunga.Kira macam pengantin lelaki serah bunga dekat pengantin perempuan, tapi antara kelopak tu, ada duit mahar.Idea yang ok juga kan?

Setakat ni kalau mas kahwin, nak yang mudah dan ringkas, saya beli frame yang cantik-cantik je.kemudian hias dengan bunga atau reben.Itu sahaja.Praktikal sikit kan.

Ok itu sahaja.siaran hari ini untuk mencari idea.Tengok nanti apa hasil hantaran untuk bekas cincin kahwin kawan saya k.Insha Allah akan dikongsikan.Tetapi pengantin dirahsiakan atas permintaan.hehe..

Nota Naluri:
Buat suka-suka je.Memang minta kraf, tetapi kesempitan masa.huhu..

Monday, July 1, 2013

Julai Sudah!

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Dah Julai rupanya.Dah hampir setengah tahun.Sekejap aje masa berlalu kan?Lagi seminggu dah masuk Ramadhan.Bulan yang saya nanti-nantikan saban tahun.

Update sikit;
-Tengah sibuk aturkan masa untuk siapkan kerja atas meja.
-Kes menang dengan kos lagi!Yeay..Alhamdullilah
-Dapat projek baru,panel baru.
-CPD point (untuk kepeguaman) dah makin banyak dan hampir settled 80%.
-Ada jemputan untuk usrah setiap hari Jumaat di Masjid UIA, selepas waktu kerja,merancang jalan mana yang paling shortcut untuk ke sana bagi mengelak traffic jam.Zauji dah bagi izin:-)
-Pencarum takaful haji makin bertambah!

Syukur atas segalanya.
Ingat nak cerita tentang Speaker Pillow, Muqaddam bergambar dan Islamic Banking.
Doakan waktu saya dilapangkan ye untuk kita kongsi sama-sama.

Nota Naluri:
Sepatutnya pergi seminar , jumpa State L.A petang ni, Tapi datang aral sakit pinggang pulak.Salah tidur agaknya.Terbongkok-bongkok berjalan.T.T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...