Thursday, April 18, 2013

DIY : Flash Card Hijaiyah

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Lepas print
Rentetan dari entri ini dan ini, saya dengan semangat pergi yemenlinks.com untuk dapatkan flashcard hijaiyah untuk Aina Syafiyah.Berkenan dengan corak bunga, nampak comel je kembang kelopaknya.

Saya print Zauji yang printkan..Terima kasih banyak-banyak atas segala sokongan yang diberikan.Print atas kertas A4 biasa then tampal pada kertas keras sedikit.Hajat di hati mahu laminate.Tapi tak kesampaian sebab Aina dah banyak keronyok kan flash card.Adatlah mengajar anak kecil, depan mata semua benda dia nak capai.

Kalau laminate, saya rasa bucu kertas tu agak tajam. risau pula akan terluka di mana-mana,Kertas kan senjata paling bahaya tanpa sedar, kalau terkena kulit.Boleh luka tau.
Selesai dipotong dan tampal pada kertas keras.
Walaupun kertas dah dikeronyok-keronyok, sesi kenal huruf tetap diteruskan.Semangat nih.Tapi kadang-kadang dek kesuntukan masa yang ada, adalah 2-3 kali seminggu sempat diajarkan.Bukan setiap hari pun.:-P

flash card abc..bagi Aina ralit je.:-)
Sekarang ni tengah cari idea untuk flashcard yang lebih tahan lama, lasak.Setakat ni yang nampak flash card felt aje macam kat bawah ni..

credit to googles. (tak ingat dah link mana..(T.T)

Harap-harap tercapai nak buat flash card felt ni.

Nota Naluri:
Sangat kagum denagn mereka yang sentiasa rajin, istiqamah mendidik anak-anak mereka.



2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...