Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Jom, sesiapa yang berkesempatan dan berkelapangan boleh kita jumpa di sini nanti.:-)
Suburkan budaya cintakan Rasullullah s.a.w.
Nak hafal qasidah dalam album Ya Hanana oleh Habib Syech Assegaf dengan Aina sebelum ke situ.Practise dengan Aina dulu.Baru ada feeling.:-)
Lagi satu nak kongsikan album Ya Hanana.Album ni memang menarik, recommended.Semangat berselawat itu sentiasa ada, apatah lagi selalulah bernasyid dengan Aina.Tersengih-sengih aje lah dia tengok uminya bernasyid walaupun kadang kadang ada flatnya.haha.Nak-nak kalau tiru gaya Habib berqasidah, lagi terkekek ketawanya.:-)
Menariknya album ini, sampai tak jemu-jemu dengar banyak kali pun.
Ada satu lagi album untuk saya review khas untuk meditasi a.k.a untuk hilangkah letih,stress.Nantikan yek.
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu
sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya
sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak
(inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas
serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman."
AT Taubah : 128
0 inspirasi naluri :-):
Post a Comment