Friday, April 26, 2013

Jemputan Majlis Perkahwinan & Pertunangan

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Buat rakan seperjuangan saya, yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada hari esok, ucapan tahniah di hulurkan, "Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia hingga ke syurga kelak "

Suka "captionnya"!Tidak hanya salah satu...
Tapi apakan daya, ada aral yang meyebabkan kami sekeluarga tidak dapat ke sana.Ikut hati mahu sahaja meraikan kamu berdua, Fiza (Chini) dan Tini(Raub).

Kedua-dua mereka ini masih jadi peguam.teruskan perjuangan kita, walaupun adakalanya sukar juga kan?:-P

Tini (Raub) di hari "besar" saya sebagai pengapit.
Buat Tini, ikutkan mahu sahaja terbang ke Raub.Tapi ada aral, Insha Allah ada hadiah yang ingin dikirimkan buat antum berdua sebagai pengantin baru.Tahniah!akhirnya bertemu dengan "prince charming".Semoga perkahwinan nanti sentiasa diberkati Allah swt.

Fiza yang bertudung hijau!
Gambar di atas, masa kami buat rombongan je rumah Alin di majlis perkahwinannya.Kira zaman solo-solo dululah.hehe.

Selamat Pengantin Baru juga buat Fiza dan suami..Semoga Bahagia dunia akhirat...!Fiza ni dah dikenali sebagai superwoman di kalangan kami, sebab dia amat komited dengan kerjanya dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara..:-)

Akhir sekali, selamat bertunang buat sepupu, Shafiqah, bertunang pada hari esok.Alhamdulilah, Insha Allah, Allah dah jadikan dia yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya.Semoga majlis berjalan lancar pada hari esok.Amin!

Agaknya, dapatkah saya sekeluarga menghadiri satu lagi majlis perkahwinan saudara arwah abah kami?Harap-harap dapat pergi, sekurang-kurangnya dapat menambah pahala silaturahim di antara kami.In sha Allah..:-)

"Apabila dua hati bertemu atas satu matlamat kerana Allah itulah kebahagiaan.."

Nota Naluri:
Alamak..Big Bad wolf ada di SASICC Zenith, Kuantan...!

Wednesday, April 24, 2013

Man Jadda Wajada

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Di Suatu Pagi Isnin.Selepas subuh. Rutin mingguan dari rumah mertua ke rumah keluarga saya sebelum memulakan kerja. Aina di ribaan masih tidur selepas menyusu.Mood "monday blues" tenggelam timbul .Zauji fokus memandu.

"Macam mana nak hilangkan "monday blues" ni? "
"Entahlah. biasanya buat macam ni je, tak sabar nak tunggu hari Jumaat.Jadi nak jumpa Hari Jumaat kena buat kerja cepat-cepat, sibukkan diri, target kosongkan meja.Tau-tau dah Hari Jumaat dah boleh relax!"
"Ok. Man Jadda Wajada!"
"MAN JADDA WAJADA!!" penuh semangat saya sambut seruan itu, semangat di pagi Isnin.

Sebenarnya malam sebelum itu kami menonton filem Indonesia "Negeri Lima Menara". Filem ini banyak mesej.Misi "Man Jadda Wajada".Iaitu semangat Kesungguhan, usaha dan tekad. ( Boleh jadi motto harian nih)




Antara yang menarik perhatian saya, Tentang impian seorang ibu, mesej "orang besar", tentang inspirasi Ibnu Batutta, semangat Man Jadda Wajada

Antara kata-kata yang menusuk hati saya..

 Tentang Impian Seorang Ibu untuk menyekolahkannya anaknya di sebuah Pondok Agama....

"Ibumu itu keinginannya luar biasa.
Memikirkan nasib umat.Dia tidak memikir dirinya sendiri" 

Tentang sifat sabar....

"Man shabra zhafira.Siapa yang bersabar akan beruntung.
Jangan risaukan penderitaan hari ini,
Jalani saja dan lihatlah apa akan terjadi di depan.
Kerana apa yang kita tuju bukan sekarang,
tapi ada yang lebih besar dan prinsipil,
iaitu menjadi manusia yang telah menemukan misinya dalam hidup"
    
Dulu bila sebut orang besar, saya membayangkan dia berjawatan tinggi, mempunyai nama., kaya raya.Tetapi dalam filem ini orang besar itu adalah............  

Orang Besar adalah Orang yang mahu berkongsi ilmu yang dimilikinya hingga orang yang berada di bawah jambatan sekalipun

Orang yang sentiasa berkongsi ilmu!Jadi siapa mahu jadi orang besar? :-) 

Semangat Man Jadda Wajada

Semangat Man Jadda Wajada digambarkan di dlam filem ini, bila seorang guru membawa parang yang tumpul dan berkarat dan sebatang kayu untuk dikerat.Tapi dengan hasil kesungguhannya, berpeluh keringat, kayu itu berjaya dikerat dengan parang yang tumpul.

Walaupun kita ini asalnya insan yang biasa, tapi jika ada kesungguhan , pasti akan berjaya.Semoga sahabat-sahabat semua dapat mengambil semangat Man Jadda Wajada sebagai motivasi kehidupan seharian kita.Ameen!

 "Jangan pernah remehkan setiap impian kita walau setinggi mana pun.
Hasil itu akan dari datang semangat yang tidak pernah mengalah!"

Nota Naluri.
Ting! tetiba ada idea untuk buat sesuatu tentang Man Jadda Wajjada. Malabis al usrah mumkin?:-)


Thursday, April 18, 2013

DIY : Flash Card Hijaiyah

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Lepas print
Rentetan dari entri ini dan ini, saya dengan semangat pergi yemenlinks.com untuk dapatkan flashcard hijaiyah untuk Aina Syafiyah.Berkenan dengan corak bunga, nampak comel je kembang kelopaknya.

Saya print Zauji yang printkan..Terima kasih banyak-banyak atas segala sokongan yang diberikan.Print atas kertas A4 biasa then tampal pada kertas keras sedikit.Hajat di hati mahu laminate.Tapi tak kesampaian sebab Aina dah banyak keronyok kan flash card.Adatlah mengajar anak kecil, depan mata semua benda dia nak capai.

Kalau laminate, saya rasa bucu kertas tu agak tajam. risau pula akan terluka di mana-mana,Kertas kan senjata paling bahaya tanpa sedar, kalau terkena kulit.Boleh luka tau.
Selesai dipotong dan tampal pada kertas keras.
Walaupun kertas dah dikeronyok-keronyok, sesi kenal huruf tetap diteruskan.Semangat nih.Tapi kadang-kadang dek kesuntukan masa yang ada, adalah 2-3 kali seminggu sempat diajarkan.Bukan setiap hari pun.:-P

flash card abc..bagi Aina ralit je.:-)
Sekarang ni tengah cari idea untuk flashcard yang lebih tahan lama, lasak.Setakat ni yang nampak flash card felt aje macam kat bawah ni..

credit to googles. (tak ingat dah link mana..(T.T)

Harap-harap tercapai nak buat flash card felt ni.

Nota Naluri:
Sangat kagum denagn mereka yang sentiasa rajin, istiqamah mendidik anak-anak mereka.



Tuesday, April 16, 2013

Kami di UIAM Kuantan Berselawat

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Kami dah sampai!Alhamdulilah!
 Alhamdulillah,dalam kesibukan kami sekeluarga di hujung minggu, kami berpeluang untuk menghadiri Mawlid Akbar di kampus UIAM, Kuantan di samping mengubat rindu pada tempat pengajian sebelum ini.Syahdu rasanya bila melepasi lanskap-landskap, bangunan pentadbiran , kuliah dan mahallahnya.

Jangan tak tahu rombongan kami empat buah kereta tau bersama emak dan adik, keluarga mertua, kakak dan adik ipar, dan anak-anak buah kami.Meriah! Semangat siapkan Aina awal-awal, tidurkan dia waktu siang, supaya dia boleh biasakan diri dengan majlis macam ini.Walaupun ada halangan-halangan kecil, bila dingatkan niat untuk bermawlid, tetap tekad untuk meneruskan perjalanan kami.Alhamdulillah,Semua dengan segala izinNYA.

Dalam Masjid SuItan Haji Ahmad Shah, UIAM Kuantan
Ok.Cara berselawat yang disediakan oleh pihak penganjur, ada salinan kertas selawat-selawat yang diedarkan.Tapi membaca di layar skrin lebih mudah bagi saya. Dan kami betul betul menghargai waktu ini.Ada juga sesi tausiyah oleh Ustaz Habib Ali Zainal Abidin al Hamid, secara langsung tau.

Kami sekeluarga datang selepas Maghrib walaupun programnya bermula dari Asar lagi,Itulah waktu yang terbaik bagi kami.Sebaik sahaja sampai, dan parking kereta, saya dah dengar qasidah-qasidahnya bergema di luar masjid.Wah pasti lah saya yang teruja.Aina pun menyengih aja bila uminya teruja begitu.Tapi abinya lagi teruja, terus pergi bawa Aina ke tempat muslimin untuk berqasidah sama-sama.Laju pula jalannya.Teruja dalam diam la tu..:-P

Di luar masjid ada juga kiosk menjual barang-barang, tapi saya tak sempat nak menyinggah pun.Zauji kata ada macam-macam jenis selendang bahu, ada yang bersulamkan gambar capal nabi lagi.Rupanya memakai selendang di bahu (macam Ustaz Don selalu pakai) merupakan satu sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Semoga kami berpeluang sekali lagi untuk menikmati majlis ilmu-ilmu sebegini. Rindu zaman bertaalim! 

"Ya Rasullullah...Dalam sirahmu ku temu tulusnya cinta 
Demi Umatmu berkorban jiwa sehingga hujung nyawa-
 Kasih Padamu, Ya Rasulullah..." 



Friday, April 12, 2013

Tudung Anatomi Mukminah

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Xarra mempunyai koleksi tudung labuh yang pernah dipakai ketika zaman bergelar pelajar universiti. Tetapi tudung itu disimpan seketika, disarung tudung bidang 55-60 yang boleh dipin kerongsang secara rama-rama mahupun dililit.

Tudung itu masih tertutup auratnya.Tapi hatinya masih menjeling pelajar-pelajar muslimah yang masih bertudung bulat dan labuh.Nuraninya masih terusik.Ada rasa cemburu.Tudung labuh itu nampak suci, memelihara diri berbanding tudung bidang besar yang dipakainya kini.Dalam hati mahu berazam mencari kekuatan untuk menyarung tudung labuh kembali.Tetapi sampai bila? Semacam seronok bertabaruj dengan tudung bidang besar itu, nampak ada gaya yang tersendiri tetapi masih menutup auratnya.

Namun Xarra terus berdoa, supaya berjumpa seorang imam dalam hidupnya yang boleh menyarungkan tudung labuh itu kembali. Tekad tudung sarung labuh itu disimpan, warna putih, biru, ungu , dan coklat lembut.

Dan akhirnya sampai satu ketika, imam yang dicari itu hadir dalam hidupnya, bertanyakan tudung labuh yang tersangkut di almari baju tetapi tidak pernah disarung oleh isterinya tadi sejak lafaz sakinah itu diterima.

Suami : kenapa sayang tak pernah pakai tudung tu?
Xarra  : sebab sayang tunggu seorang lelaki yang bergelar suami yang sudi untuk menyarungkan tudung labuh  itu kembali..
Suami : hmm..abang ke lelaki tu?
Xarra:  Abang rasa?

Lalu suami tadi mengambil tudung itu dan menyarungkan tudung itu kepada isteri tadi.

Suami :Sejuk mata abang pandang sayang macam ni, bertambah cantik, Isy, ni yang kena pakai purdah pulak ni...

Satu ciuman singgah di ubunnya, penuh kasih dari suami.Xarra hanya tertunduk malu mendengar celoteh suaminya sambil mendoakan agar nikmat ini berkekalan hingga syurga kelak.

kredit to googles

"Indahnya hidup berteraskan syariah"

Thursday, April 11, 2013

Demam PRU 13

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.
  
PRU 13 memang hangat, apatah lagi melihat anak-anak muda berkempen sama-sama di dunia teknologi.Twitter?Facebook? Fuh berpeluh kita dibuatnya.Masing-masing mahu keadilan diperteguhkan

Apatah lagi isu yang sering diperkatakan pembubaran parlimen, dakwat kekal, undi awal, kerajaan sementara, dan keadilan dalam pentadbiran,
Tapi apa yang penting...
  • bukakan minda anda
  • jangan terlalu "rigid" tentang sesuatu pihak
  • Jadi seperti kelas minda pertama.
  • Belajar tentang perlunya check and balance system dalam sesebuah negara.
  • Jangan hanya berpegang pada satu pendapat.
  • Jadi seperti burung, yang memandang keseluruhannya (syumul)
  • Undi ikut maslahah negara.
  • Cari sumber yang sah, bukan dengar khabar angin, sembang kopi, rumours, mahupun fitnah.
  • Serah pada Alllah swt!
Untuk panduan kita semua sempena pilhanraya...

Akhlak sebagai Umat Islam.

Kewajiban Mengundi.Jangan jadi atas pagar pula yek.
 
 Betulkan perspektif tentang politik

Kalau mahu dikupas tentang perspektif mengundi mengikut kitab usul fiqh (menurut apa yang saya belajar), memang banyak,tetapi yang perlu kita tahu wajib undi untuk kepentingan maslahah sesebuah negara untuk suatu pentadbiran.

Ok selamat mengundi semuanya!

Jaga akhlak dan akidah kita semua yek.. 

Nota Naluri:
Kali kedua mengundi.Merancang pembahagian masa dan perjalanan untuk mengundi sebab emak mengundi di kawasan lain, zauji kawasan lain, saya dan adik-adik satu kawasan.Bos dah mula sibuk dengan jentera pilihan raya dan mula berkempen.Semoga berjaya YB Bos..:-)

Tuesday, April 9, 2013

Motivasi BF: Tabii Seorang Anak Dan Ibu

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Satu motivasi buat ibu yang menyusukan.Menyentuh perasaan saya.Sempena misi Al Baqarah  2: 223

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” 




Menyusu itu juga satu pekerjaan. Kalau tak, kenapa Allah suruh beri upah kepada ibu menyusu?Fikir-fikirkan


Thursday, April 4, 2013

Save The Date !UIAM Kuantan Berselawat

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
 

 Jom, sesiapa yang berkesempatan dan berkelapangan boleh kita jumpa di sini nanti.:-)
Suburkan budaya cintakan Rasullullah s.a.w.

Nak hafal qasidah dalam album Ya Hanana oleh Habib Syech Assegaf dengan Aina sebelum ke situ.Practise dengan Aina dulu.Baru ada feeling.:-) 

Lagi satu nak kongsikan album Ya Hanana.Album ni memang menarik, recommended.Semangat berselawat itu sentiasa ada, apatah lagi selalulah bernasyid dengan Aina.Tersengih-sengih aje lah dia tengok uminya bernasyid walaupun kadang kadang ada flatnya.haha.Nak-nak kalau tiru gaya Habib berqasidah, lagi terkekek ketawanya.:-)

Menariknya album ini, sampai tak jemu-jemu dengar banyak kali pun.

Ada satu lagi album untuk saya review khas untuk meditasi a.k.a untuk hilangkah letih,stress.Nantikan yek.

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman."
AT Taubah : 128


Wednesday, April 3, 2013

Fitrah Khitan Anak Perempuan

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

 Khatan atau pemotongan genitalia wanita.
atau istilahnya berkhatan bagi wanita.


Dalil utama untuk berkhatan adalah;

خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب

Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim

Mengenai prosedur berkhatan, boleh baca artikel  Dr Zubaidi.membantu sangat-sangat tentang bagaimana, perbincangan tentang salah faham tentang hukum khatan.Boleh baca kat situ ye.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
   

Lokasi: Hospital Al Farabi, Kuantan/30hb Mac 2013.

Sambil menunggu giliran untuk prosedur untuk khatankan Aina, kami cerita pada Aina, tentang kenangan ini.:-) Kelakarlah pulak, bila zauji menghafal bait-bait di entri itu.Terasa malu sendiri.Zauji memang begitu. Ada sahaja pesan-pesan saya di entri blog ini dilontarkan kembali, supaya saling ingat mengingati.In Shaa Allah..

"Ha, Aina, di sinilah umi dan abi dapat tahu Aina dah ada tau."

Aina pun buat muka serius memandang kami berdua, sambil melihat keadaan keliling.Macam orang besar je,asyik berfikir...^___^. Tapi senyumannya pun tak pernah lekang, macam senyuman pertama yang kami lihat.Malah makin menyejukkan hati kami sekeluarga.
 
Alhamdulilah, rasa lega bila anak umi dan abi sudah dikhatankan.Sepatutnya harus dibuat seawal mungkin sebaik dilahirkan.Dek kekangan jaundis berpanjangan, kesihatan serta kesibukan yang amat, kami terlupa menyegerakan perkara ini.Risau juga bila melihat Aina yang makin aktif.Mahu ke dia duduk diam-diam bila dikhatankan nanti. Nak pakaikan pampers pun berperang.huhu..

Syukur, keluarga kami berdua sentiasa mengingatkan tentang perkara ini.Maka terlaksanalah misi khatan, Aina Syafiyah pada petang Sabtu, 30/03/2013 di Hospital Al Farabi, Kuantan.

Kami bershopping...!test aje..:-)

Kalau dulu, kami adik beradik perempuan disunatkan oleh tok sebelah arwah abah,merangkap bidan dan tukang urut.Hmm..mudah sikit. tetapi sekarang kami teruskan prosedur ini di klinik/hospital sahaja memandangkan perkhidmatan ini disediakan.

Kenapa Hospital Al Farabi?Sebab pada asalnya mahu ke Klinik Al Farabi. tetapi penuh.Mesti gilirannya lama lagi.Jadi kami dimaklumkan kalau nak cepat, daftar di Hospital Al Farabi (bersebelahan Klinik sahaja).Yang berbeza adalah fee klinik lagi murah sebab atas dasar rawatan pesakit luar.Tapi yang penting kami mahu yang cepat , tak kisah tentang harganya , RM35.00 sahaja.

Memanglah, Aina ada menangis ketika prosedur itu berlaku, tetapi dia behave sangat bila nurse baringkan, bukakan pampers.Tetapi tangisannya berhenti bila dipeluk dan ditepuk-tepuk oleh abi dan umi.TAPI, sebelum keluar
-
-
-
-
-
-
 
Aina bagi "jelingan maut" pada doktor, macam bagi warning aje..tajam pula jelingannya tu.adus..macam-macam.

Buat masa ini dah pandai bercakap panjang-panjang, meniarap sambil merangkak,memanjat badan abi dan umi masa tidur, berdiri dengan kaki berjinjit ( feeling kasut "high heel" kot. ), cuba memaut macam nak berdiri, mengenali lagu-lagu selawat.Semua nak buat ye Aina.Sabar tau, buat satu-satu,

Nota Naluri:
Parlimen dibubar pada hari ini, 03/04/2013.Rasa macam dengar pengumuman hari raya aja. Jadi teruskan perjuangan dan selamat mengundi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...