1/30/12

Ahlan Wasahlan Our Little Caliph..^_______^

BY humble.yat IN 8 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulilah!Saya tak tahu nak mulakan cerita dari mana, atas rasa syukur dan permintaan rakan-rakan maya, dan ucapan tahniah mereka, maka saya nukilkan cerita ini.Ahlan Wasahlan Our Little Caliph.Khas untuk kawan-kawan semua sebagai satu perkongsian..:-) Tak sanggup pula saya nak hampakan kawan-kawan yang menunggu cerita saya.Terima kasih sangat-sangat semuanya..:-)

Mungkin coretan ini panjang..tapi janganlah bosan ye membaca yek..hehe..satu kompilasi sepanjang trimester pertama.:-)

Segalanya bermula dari semangat saya hendak kuruskan badan pada awal November, sebab ramai yang tegur saya dah makin tembam bam bam, dan "lunch hour" saya bukan lagi dengan nasi, tetapi saya ambil bihun sup, rebus dan tomyam, semuanya bihun, tetapi bila balik rumah selepas waktu pejabat , kenalah makan nasi, dengan keluarga tercinta tapi saya ambil sikit je.Haruslah "coverline" hehe...

Saya dan keluarga suami pula sempat bercuti ke Langkawi selama 4 hari, di akhir bulan 11.Bila lihat gambar yang di snap, wah, saya memang nampak bulat..tak sanggup nak tengok dan tak sanggup juga nak kongsikan gambar bercuti di Langkawi itu di sini ...huhu..

Saya juga berpeluang berpuasa sunat 2 hari di bulan Muharam, saya tekad juga bila terkenang  saya tidak dapat menunaikan puasa sunat pada bulan Zulhijah, memang rasa kecewa sangat sebab tidak dapat fadhilatnya.

Namun begitu, puasa di bulan Muharam itu, membuatkan perasaan saya sangat-sangat tenang yang tidak di dapat digambarkan, perasaannya macam nak puasa sepanjang tahun.Saya sanggup.Sukar hendak digambarkan perasaan ketika berpuasa di bulan Muharam tersebut.Memang yang terindah buat saya.Syukur.:-)

Hari ketiga puasa di bulan Muharam, saya diserang gastrik, sampai lenguh-lenguh dan terketar kaki, hubungi suami nun jauh yang bertugas di Negeri Sembilan, minta izin untuk berbuka.Saya makan, dengan tangan yang terketar, sampai nasi pun berterabur, dahsyat betul gastrik tu. Masa tu hari Rabu.Malam -malam memang tak dapat tidur.

Keesokannya hari Khamis, pun sama, masih gastrik, makan dengan tangan yang terketar, walaupun saya baru makan dalam satu jam sebelum itu.Dan akhirnya petang itu saya mengalah ke Klinik Al-Amin, dapat ubat gastrik yang ditentukan dengan waktu "period "saya.(baru saya tahu, ubat-ubat gastrik ada kategori mengikut cycle "period" kita..huhu..).

Jumaat pun sama, masih sakit perut, kadang-kadang tapi kerap, sehingga waktu malam, akhirnya suami bertekad pada jam 11.00 malam membawa saya ke klinik Al Farabi.Hujung minggu sahaja lah kami dapat berjumpa.

Katanya, dia pernah gastrik, tapi takde lah sampai lenguh dan terketar kaki, "cramp" perut .Risaunya makin bertambah.Tetapi dia memang sangat "caring" dan penyayang.hehe...^_____^.

Maka, pergilah kami di tengah kekalutan malam, suami dengan seluar track yang masih digulung, tidak dijatuhkan betul-betul di bawah buku lalinya.Bila saya tegur kenapa tak jatuhkan kaki seluarnya.Suami saya kata,"Biarlah abang macam mana pun, yang penting sakit perut sayang tu macam mana..".Aduh sampai begitu sekali risaunya.Sudahlah baru sampai di rumah, dengan penatnya yang masih tak hilang lagi.Serba salah saya dibuatnya.

Apa kata Dr?jeng Jeng Jeng......

Doktor mengesahkan saya gastrik, dan memang banyak angin di dalam badan saya, sehingga dia yang tolong sendawakan untuk saya.Saya memang tak pandai keluarkan angin ni.Maaf ye Doktor..huhu..

Sesi soal jawab dengan Dr diteruskan lagi. 

Dr     : Awak ni gastrik ni, kena jaga makan..
Saya : Habis tu saya boleh puasa tak Dr?
Dr    : Ish Tak boleh lagi.Ok saya akan bagi ubat angin. bila tarikh last "period"?

Dalam hati.Apa pula kaitan gastrik dengan tarikh period ni.Dahlah period masih "ting tong".Huhu...

Saya   : Kenapa pulak dengan tarikh period, saya kan gastrik je, apa kaitannya?
Dr      : Ubat angin dan gastrik memang ada kaitan dengan tarikh period.
Saya  : Ohh...ok ok..Tarikh sekian sekian...
Dr     : Ish dah lewat ni.pergi buat urine test.
Saya : Hah?urine test..tapi saya tak rasa nak kencing pun Dr.Saya sakit perut je.

Apa pulak kaitannya.Saya dah keliru ni,Angin kat perut sudah memainkan lagunya..Adesss...

Dr     : Pergi je, kejap lagi mesti rasa nak kencing..Ok? Ikut nurse yang tengah tunggu kat depan tu k?
Saya : ok ..

Pergi dalam keadaan yang masih "blurrrrr..."

Doktor itu terus bersembang dengan suami saya.Dan kemudian saya masuk, saya nampak nampak Dr tu, tunjuk UPT..

Dr : Hah, kan saya dah kata, double line yang clear, maka positif 5-6 minggu.Jadi tahniah!

Respon kami berdua.Speechless.Kaku.Jam pun rasa terhenti saatnya..T.T


Kemudian doktor memberikan nasihatnya , kalau rasa lapar, gigit kurma sikit demi sikit, amalkan makan kismis, jangan makan makanan yang pedas dan berminyak.

Sampai di rumah, dan pada malam itu, sukarnya mata kami berdua nak tidur, masih tak percaya ,ketika suami masih berfikir-fikir untuk sambung PHD, menguruskan urusan pertukaran kerja di Kuantan,rupanya masih ada rezeki yang tidak ternilai dariNya, tepat pada masanya.Satu perjalanan yang cukup indah.

Saya masih lagi rasa bermimpi, bertemu , berkahwin dengannya sehingga ke hari ini juga ,masih rasa bermimpi lagi.Susahnya nak keluar dari mimpi itu.:-)

Di tengah-tengah malam itu juga, suami saya mula mengira-mengira jubah saya, katanya "Jubah semua cukup lagi?Kalau tak cukup beritahu ya, untuk akan datang..."

Comel pulak bila saya dengar suami saya berbicara begitu.

Alhamdulilah, saya tidak mengalami alahan yang teruk.Satu lagi kurnia dariNya, kerana saya ada masih banyak tanggungjawab dan komitmen untuk menjaga ibunda tercinta, adik-adik saya untuk saya tunaikan.Antara permintaan saya yang dikabulkan, jadikan saya kuat untuk menggalas komitmen tersebut ..;-) Ameen!

8 inspirasi naluri :-):

Anonymous said...

tahniah...

All about a journal said...

salam..akhirnya..


wah..unik sungguh cerita indah ini...

selalunya orang berharap, dan sentiasa kira2 period, bila lambat sehari dua dah mula kalut carik UPT.

Lain benar pula kisahnya yati ni..hehehe...

Semoga kandungan ini dipelihara hingga ke lahirnya..semoga dipermudahkan dan dikurniakan kesihatan kepada keduanya...

Semoga yang bakal lahir ini adalah mujahid/mujahidah Mu ya Allah ya Rahman...

Ameen...

epitjack said...

Congrats sahabat...=)) really hepi for u. jaga diet pemakanan dan ambik makanan yang bernutirisi tinggi.. penting utk yati dan baby dalam kandungan tu. Ohh lagi satu, kira betul2 pergerakan baby ikut chart yang nurse ajar. sungguh gembira utk yati dan suami...=))

Anonymous said...

Tahniah.. semoga semua berjalan lancar.. 9 bulan ni banyak kena korban dan bersusah susah..

Siti Khadijah Mn said...

alahai cute nye kak yat...sweet sgt...senyum sampai ke telinga baca entri ni...ape2 pun tahniah skali lagi ye...:):):)

puteriraifana said...

Tahniah dear. Jaga diri baik baik ye. Harap boleh sharing
info sama-sama

cun09 said...

salam dik...

ALHAMDULILLAH ^___^

**N3 yg dh lama akak tunggu...jaga diri**

suri said...

bahagian hati saat tu dpt suri bayangkan ;)

tahniah. tapi bila humb kwin? ada pickwin ke dlm blog ini? huu..